Bernama
31/10/2012
31/10/2012
SEREMBAN, 31 Okt (Bernama) -- Penjenamaan semula skuad pengguna telah
mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak, kata presiden Kongres
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar
Osman.
Beliau berkata sokongan padu daripada pihak badan bukan kerajaan (NGO), Cuepacs serta pihak peniaga, menunjukkan kewujudan kumpulan sukarelawan seumpama ini masih relevan dalam masyarakat.
"Sinergi ini bermatlamat untuk meningkatkan iltizam dan kesungguhan skuad pengguna berganding bahu bersama NGO, peniaga dan kerajaan bagi membantu tingkatkan kesedaran kepenggunaan," katanya kepada pemberita selepas program penyerahan kad skuad pengguna kepada anggota Cuepacs di sini pada Rabu.
Skuad pengguna yang dahulunya dikenali dengan nama Rakan Pengguna ditubuhkan pada 2001 dengan objektif membantu kerajaan memantau harga barangan dan perkhidmatan. Skuad pengguna dilancarkan di KL Sentral, Kuala Lumpur pada 22 Mac lepas.
Omar berkata penstrukturan semula rakan pengguna kepada skuad pengguna memberi nafas baru dari segi penstrukturan misi dan peranan, imej serta keistimewaan yang dapat dinikmati oleh anggota skuad pengguna.
-- BERNAMA