Bernama
4/7/2013
4/7/2013
KOTA KINABALU, 4 Julai (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
akan menjadi contoh kepada transformasi perkhidmatan awam yang sedang
disusun sebelum dilaksanakan di agensi kerajaan, hujung tahun ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata JPA kini sedang melaksanakan lima perkara untuk meningkatkan produktiviti ke arah transformasi itu iaitu sumber manusia, organisasi, sistem penyampaian, keputusan secara bersama dan semangat patriotisme.
"JPA perlu berubah untuk memenuhi kehendak keadaan yang telah berubah. Jika hendak menjadi negara maju, kita mesti mempunyai produktiviti yang berasaskan kepada kreativiti dan inovasi," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Likas, dekat sini Khamis.
Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Mohamad Zabidi berkata produktiviti dan kesihatan pekerja menjadi tonggak dalam melahirkan pegawai kerajaan yang berinovatif dan kreatif bagi mencapai gagasan negara maju menjelang 2020.
Beliau kedua-dua perkara itu berkait rapat terutamanya kesihatan kerana penjawat awam yang sihat akan mampu meningkatkan produktiviti dan menjalankan tugas dengan sistem pencapaian yang cepat.
"Melalui produktiviti ini setiap jabatan mempunyai Indeks Prestasi Utama (KPI) dan setakat ini secara keseluruhannya KPI di setiap peringkat adalah sangat baik," katanya.
Beliau berkata usaha meningkatkan tahap KPI dilakukan berterusan bermula dari peringkat bawah bagi menyumbang kepada KPI di peringkat atas.
"Apa juga produktiviti ini adalah kerjasama daripada semua jabatan yang perlu ditingkatkan lagi dan hasilnya untuk kejayaan negara," katanya.
Pada seminar itu, Pegawai Kesihatan Penampang Dr. Mohammad Saffree Jeffree menerima Anugerah Majikan Paling Mesra manakala Presiden Sabah Medical Services Union (SMSU) Maiman Muntial menerima Anugerah Khas Persatuan Aktif.
Seminar anjuran bersama Majlis Bersama Kebangsaan Pekerja-pekerja Sains dan Teknologi Dalam Kumpulan Pelaksana dan Sabah Medical Services Union (SMSU) dan Pejabat Kesihatan Kawasan Penampang itu turut dihadiri Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.
-- BERNAMA