SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 September 2008

KAKITANGAN AWAM SABAH AKAN TERIMA BONUS

Bernama
24/9/2008

KOTA KINABALU: Kakitangan awam kerajaan Sabah akan menerima bonus sebulan gaji tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman hari ini. Musa, yang juga Menteri Kewangan Negeri, berkata bonus itu akan dibayar dua kali iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan pada Disember ini. "Kita berharap dengan pembayaran bonus ini kita sehaluan dengan pucuk pimpinan negara dan juga Bajet 2009 iaitu pemberian satu bulan bonus untuk kakitangan kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di sini.
Menurut Musa, kerajaan negeri akan membelanjakan kira-kira RM32.5 juta untuk pembayaran bonus kepada 19,363 kakitangan awam negeri. Sementara itu, Musa turut mengumumkan kerajaan negeri akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada Hari Raya pertama di Kompleks Sukan Likas dekat sini. Katanya, rumah terbuka itu mulai jam 11 pagi hingga 3 petang dan akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah dan isteri Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar. - Bernama

23 September 2008

GOVERMENT STAAF SEEK SALARY ADVANCE, EXTRA HOLIDAY

The Star
Thursday September 18, 2008

PETALING JAYA: Civil servants are requesting for a salary advance as well as an extra day of holiday for Hari Raya Aidilfitri.
Cuepacs president Omar Osman sent a letter to Chief Secretary Tan Sri Mohd Sidek Hassan yesterday asking for the salaries of civil ser­vants to be paid on Sept 20 so that they would have money for the Hari Raya celebrations.
“Many civil servants return to their hometowns early and need the advance to shop and prepare for the festival,” he said.
He also requested that civil ser­vants be given Oct 3 off so that they can enjoy a longer break.
“The first two days of Hari Raya are public holidays and fall on Oct 1 and 2, which is a Wednesday and Thursday. Oct 3 is a working day, followed by the weekend,” he said.

22 September 2008

CUEPACS MINTA KAKITANAGN AWAM SETIA KEPADA KERAJAAN

Petikan dari Berita Harian
22/9/2008

PUTRAJAYA: Cuepacs meminta 1.3 juta kakitangan sektor awam terus setia dan memberi sokongan padu kepada kerajaan dan tidak terpengaruh dengan pelbagai muslihat serta permainan politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presidennya, Omar Osman, berkata tidak ada sebab kakitangan perkhidmatan awam mempercayai apa juga rancangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu menjatuhkan kerajaan, selain membentuk kerajaan baru. Katanya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan terbaik untuk meningkatkan taraf hidup mereka seperti menaikkan gaji, memberi bonus dan pelbagai kemudahan lain.
"Oleh itu, wajar kakitangan awam mengenang budi dan jasa kerajaan dengan terus meningkatkan produktiviti serta sistem penyampaian, sekali gus memajukan ekonomi negara. "Mereka adalah tulang belakang pentadbiran kerajaan... maka adalah lebih baik tumpukan kepada kerja daripada terpengaruh dengan spekulasi politik pembangkang," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

21 September 2008

BOLASEPAK MERAPATKAN HUBUNGAN

Petikan dari Utusan Malaysia
OLEH AMRAN AHMAD
21/9/2008


OMAR Osman menyerahkan beg Konvensyen Cuepacs ke-24 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Disember 2007.
OMAR yang meminati bola sepak sejak kecil lagi menjadikan sukan tersebut sebagai aktiviti santainya yang bukan sahaja mengekalkan kecergasan badan dan minda malahan turut memberi ruang kepadanya untuk menambah bilangan kawan dan merapatkan hubungan persahabatan yang sedia ada.
"Bola sepak bagi saya adalah sukan yang sebenar-benarnya kerana melibatkan pergerakan seluruh anggota badan, dari hujung rambut hingga ibu jari, dan mengeluarkan peluh yang banyak untuk membolehkan seseorang itu kekal berstamina dan mempunyai bentuk badan yang menarik.
"Semasa bermain bola sepak, saya juga belajar untuk menumpukan perhatian pada permainan dan minda diajar agar sentiasa melihat peluang yang ada dan bertindak mengikut strategi yang dirancangkan. Selebihnya sukan ini adalah medan pertemuan yang baik untuk merapatkan hubungan dengan rakan-rakan.
"Pada masa yang sama, menerusi sukan ini, saya berjaya membina semangat setiakawan yang tinggi. Pengalaman mengurus dan melatih pasukan bola sepak telah membentuk peribadi, perwatakan selain menimba ilmu pengetahuan terutama teknik menyelesaikan masalah di atas padang antara pemain," jelas anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu.
Sering bermain bola sepak di padang bola sepak Universiti Putra Malaysia (UPM) dua minggu sekali secara puratanya, Omar yang memuja legenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari atau lebih terkenal dengan gelaran Super Mokh itu turut menjadi Pengurus Pasukan Bola Sepak Pelajar (UPM) sejak beberapa tahun yang lalu.
Sepanjang menjadi pengurus pasukan itu, beliau yang pernah menjadi pengadil bagi Negeri Selangor Darul Ehsan telah mencatatkan beberapa kejayaan antaranya membawa pasukan berkenaan menjadi juara dalam tiga kejohanan yang melibatkan pertandingan bola sepak antara universiti-universiti di negara ini pada tahun lalu.
Atas kecemerlangan dan pengalaman berdekad lamanya dalam sukan tersebut, Omar yang menjadi peminat setia pasukan bola sepak Selangor sejak zaman remajanya turut dilantik menjadi Jurulatih Utama Pasukan Bola Sepak Kakitangan UPM.
Ditanya mengenai perbezaan sukan bola sepak dahulu dan sekarang, Omar berpendapat pemain dahulu bermain atas semangat kesukanan yang cukup tinggi dengan azam menebal untuk memartabatkan sukan berkenaan di peringkat tempatan dan kalau boleh, negara mampu menyertai kejohanan besar seperti Piala Dunia.
Imbuhan
Namun, keadaan sekarang cukup berbeza dengan prestasi pemain bola sepak, sama ada tempatan mahupun luar negara dimotivasi oleh ganjaran dalam bentuk gaji atau imbuhan yang membawa maksud tahap produktiviti ditentukan mengikut berapa banyak duit yang diterima.
Selain bola sepak, Omar yang sering mengikuti perlawanan Liga Inggeris dan meminati pasukan Arsenal turut melibatkan diri dalam sukan ragbi dan hoki dengan menonton perlawanan kedua-dua sukan itu di televisyen jika ada masa yang terluang.
Sebagai pemimpin kesatuan, Omar turut mengakui bahawa masa beliau untuk bersama keluarga sememangnya agak terhad kerana terpaksa menghadiri pelbagai acara termasuk mesyuarat, rundingan serta perjumpaan dengan 1.3 juta ahli Cuepacs di seluruh negara.
Mengulas mengenai kehidupan beliau sebagai pemimpin nombor satu kesatuan sekerja terbesar negara, Omar selalu mengingati bahawa tugas besar beliau ialah membela, mempertahankan serta memartabatkan imej kakitangan kerajaan di negara ini.
"Ada ketikanya saya pernah dikeji, dikritik, dikutuk dan dimaki oleh ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan saya. Tetapi ini semua adalah perkara biasa kerana saya anggap ia sebagai sepak terajang dalam perjuangan kesatuan sekerja.
"Jika saya menghadapi tekanan ataupun bingung dalam merencanakan perjuangan apabila berlaku banyak masalah dan tekanan, saya akan selalu teringatkan idola-idola saya dalam kesatuan sekerja dan susur galur perjuangan mereka sebelum ini.
"Antara yang saya kagumi ialah bekas Presiden Cuepacs, Allahyarham Ahmad Nor dan A. Ragunathan serta bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Zainal Rampak," katanya lagi.
Bapa kepada anak tunggalnya, Putri Amirah Omar hasil perkahwinan dengan Rahida Abdul Razak itu walau bagaimanapun akan cuba sedaya-upaya meluangkan masa bersama keluarga untuk bercuti sekali-sekala dengan membawa isteri dan anaknya itu melawat tempat-tempat menarik di seluruh negara.
Sedikit mengenai latar belakangnya, Omar gemar makanan mengikut resipi masakan negeri kelahirannya serta sayuran dan buah- buahan. Beliau mula diberi tanggungjawab sebagai Presiden Cuepacs pada 22 Oktober 2006 selepas Datuk Nordin Abdul Hamid bersara wajib. Presiden Kesatuan Kakitangan Am UPM (Kepertama) itu diberi tanggungjawab tersebut kerana kedudukannya ketika itu sebagai Timbalan Presiden Cuepacs 1. Dalam pemilihan yang diadakan pada 11 Disember 2007, beliau menang tanpa bertanding, sekaligus mencatat sejarah kerana tidak dicabar bagi jawatan tertinggi kesatuan sekerja itu yang sebelum itu menyaksikan pertandingan.
Omar, pelajar generasi pertama sekolah vokasional di Bukit Senyum, Johor Bahru meminati artis-artis era 60an seperti Jefry Din, L. Ramlee, Ahmad Jais, Azizah Mohamad dan Sharifah Aini. Beliau pernah menerima anugerah Tokoh Putra Terbilang 2008 dari UPM.
Sejarah Cuepacs dengan visinya iaitu kekal sebagai Pusat Kebangsaan Kesatuan Sekerja Unggul Sektor Awam bermula pada tahun 1948 apabila beberapa pemimpin kesatuan sekerja sektor awam mengambil langkah pertama menubuhkan Majlis Kakitangan Perkhidmatan Kerajaan yang mewakili 40 badan kesatuan sekerja awam.
Matlamat utama majlis itu ditubuhkan ialah untuk menggalakkan kerjasama antara kesatuan, tanpa melibatkan diri dalam autonomi individu hal-ehwal pentadbiran kesatuan demi memperjuangkan kepentingan dan kebajikan bersama anggota yang bergaji bulan daripada kesatuan-kesatuan yang menyertainya.
Dari situ, majlis berkenaan kemudiannya bertukar kepada Cuepacs dan didaftarkan di bawah Enakmen Kesatuan Sekerja pada 23 Oktober 1957 sebelum didaftarkan semula pada 12 November 1960 ekoran penyusunan Pejabat Pendaftar Kesatuan Sekerja.

18 September 2008

KAKITANGAN AWAM DAPAT BONUS SELASA

SelasaOleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Lebih 1.2 juta kakitangan awam akan menerima gaji dan bayaran bonus setengah bulan Selasa depan bagi membolehkan mereka membuat persiapan awal menyambut Aidilfitri selain merancang perjalanan pulang ke kampung. Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata Kementerian Kewangan memaklumkan perkara itu kepada kesatuan petang semalam dan Cuepacs amat menghargai tindakan kerajaan menjaga kebajikan kakitangan awam. Katanya, Cuepacs menerima rayuan dan permintaan anggota sektor awam dan kesatuan gabungan berhubung perkara itu memandangkan Aidilfitri jatuh pada 1 Oktober depan. “Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas kelulusan gaji lebih awal ini dan yakin anggota sektor awam dapat membuat perancangan kewangan yang bijak,” katanya kepada Berita Harian, semalam. Sementara itu, Omar berkata pihaknya memohon kerajaan mengisytiharkan 3 Oktober depan sebagai cuti khas sempena Hari Raya dan sudah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam. “Kita sudah menulis surat kepada KSN memandangkan sambutan Hari Raya jatuh pada 1 Oktober (Rabu) dan 2 Oktober (Khamis) manakala kakitangan sektor awam perlu kembali bertugas pada 3 Oktober (Jumaat). “Mereka perlu hadir ke pejabat masing-masing untuk bertugas pada Jumaat dan bercuti semula pada Sabtu dan Ahad berikutnya. Sekiranya 3 Oktober diberi cuti khas maka anggota sektor awam tidak perlu bergegas pulang dari kampung masing-masing,” katanya. Katanya, beliau yakin pemberian cuti khas tidak akan menjejaskan produktiviti, sebaliknya pelbagai perkara seperti penggunaan elektrik, air dan penghawa dingin dapat dijimatkan.

KPPJSM SYOR HARI PENGUATKUASA PERINGKAT KEBANGSAAN PADA 15 SEPT.

Petikan dari Berenama
By:
Ramjit-->

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) hari ini mencadangkan supaya 15 Sept disambut sebagai Hari Penguatkuasa peringkat kebangsaan.Presidennya Hamzah Masri berkata semua agensi kerajaan yang mempunyai bahagian penguatkuasaan perlu menjadikan sambutan itu sebagai acara tahunan seperti yang dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Hari Penguatkuasa itu seharusnya disambut oleh semua agensi yang mempunyai bahagian penguatkuasaan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen dan Majlis-majlis Daerah di seluruh negara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini."Dengan adanya sambutan itu, semua agensi terbabit dapat berkumpul dan dari situ kita boleh bertukar-tukar pendapat dan mencari jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang berbangkit semasa menjalankan tugas," katanya ketika mengulas mengenai sambutan Hari Penguatkuasa DBKL.Jika sambutan Hari Penguatkuasa peringkat kebangsaan dilaksanakan, ia merupakan satu langkah positif yang akan menjadi kayu pengukur dalam menilai prestasi kerja kakitangan agensi itu, katanya.Hamzah berkata perkara itu pernah dicadangkan dalam mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs lepas dan ia dipersetujui oleh semua anggota majlis."Saya tidak tahu bila ia akan dilaksanakan tetapi berharap cadangan ini akan dikaji agar ia dapat dilaksanakan untuk kebaikan bersama," katanya.-- BERNAMA

PERJUANGAN HAK


Saya adalah salah seorang kakitangan kerajaan, ingin supaya pihak Cuepac terus memperjuangkan perkara-perkara berikut :

1. Perbaiki skim KWSP Saya telah memilih skim tersebut kerana salah maklumat yang diberi semasa kursus. Saya tidak mengetahui kesan kerana memilih skim tersebut antaranya tidak mendapat wang ganjaran pencen.Saya tidak faham kenapa mereka yang memilih KWSP tidak dapat ganjaran tersebut sedangkan mereka adalah kakitangan kerajaan sebagaimana yang memilih pencen.- Apalah sangat nilai yang kita dapat melalui skim KWSP jika kaikatangan itu bergaji rendah. Saya khuwatir mereka akan menjadi orang atau golongan miskin kerana tidak mempunyai pendapatan kerana kita tidak mengetahui keadaan hidup pada masa akan datang. Apa lagi yang menerima nasib itu adalah mereka yang sakit dan tidak mempunyai pendapatan lain.Jadi saya harap pihak Cuepac dan pihak berwajib memperjuangkan hak untuk memilih semula sama ada skim pencen atau kwsp.

2. Kerajaan hanya memberi kelebihan dan pembelaan kepada guru-guru kakitangan bukan siswazah berbanding kami yang belajar bertahun-tahun di universiti dan perlu membayar balik pinjaman berbanding yang tidak melanjutkan pelajaran ke Universiti dari segi kenaikan gaji dan pangkat...Oleh itu saya sangat sangat berharap pihak kesatuan akan menagambil perhatian dan memohon apa yang saya katakan tadi menjadi kenyataan.

Terima kasih.

Yang benar
Shidatulaida

15 September 2008

CUEPACS MOHON GAJI KELUAR AWAL BAGI SAMBUTAN HARI RAYA

Petikan dari Berita Harian
15/9/2008


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta kerajaan mempercepatkan pemberian gaji bulan ini bagi membolehkan kakitangan awam membuat persiapan menyambut hari raya. Presidennya Omar Osman berkata gaji sektor awam perlu dipercepatkan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal daripada tarikh biasa 25 September bagi membolehkan kakitangan sektor itu merancang perjalanan pulang ke kampung dengan lebih baik. “Kebanyakan mereka (kakitangan awam) sudah mengambil cuti awal untuk pulang ke kampung. Jadi jika gaji keluar pada 25 September, mereka yang kampungnya jauh terpaksa menunggu gaji masuk sebelum dapat merancang perjalanan mereka.
“Ini akan mengundang kesesakan jalan raya contohnya apabila kebanyakan daripada kita akan keluar dari ibu kota pada masa yang sama untuk menuju ke kampung masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Katanya beliau juga menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kakitangan awam yang merungut tidak dapat membeli barangan untuk sambutan hari raya lebih awal jika gaji dikeluarkan pada tarikh biasa. - Bernama

SMS KE CUEPACS

SMS dari Utusan Malaysia
15/8/2008

MINTA CUEPACS tolong selesaikan masalah elaun sara hidup di pedalaman khususnya di Limbang, Sarawak yang masih lagi pakai 10 peratus gaji lama (gaji sebelum kenaikan September tahun lepas).

ADAM YUNUS

12 September 2008

KEUTAMAAN PERLANTIKAN PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN KE JAWATAN GRED 41

Daripada: Rosani Tanjil Jusinah tq1089@yahoo.com.my
Dihantar: Khamis, 7 Ogos, 2008 11:50:09

Kepada pihak CUEPACS yang dihormati,.

Saya ialah seorang kakitangan kerajaan (Persekutuan) Kumpulan Sokongan Gred N17 telah berkhidmat selama 18 tahun dan mempunyai Ijazah. Apa yang saya bangkitkan di sini dan saya berpendapat pihak Cuepacs perlu beri perhatian demi nasib khususnya kakitangan Kumpulan Sokongan ialah tentang peluang kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi Gred 41 di kalangan pegawai Kumpulan Sokongan yang mempunyai kelayakan Ijazah.

Saya percaya pada masa ini telah ramai pegawai Kumpulan Sokongan yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda akan tetapi peluang mereka untuk naik pangkat ke jawatan Gred 41 amat TERBATAS DAN TERSEKAT disebabkan dasar dan kerenah pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang langsung tidak mengambil kira pengalaman, merit dan kelebihan pegawai Kumpulan Sokongan untuk dipertimbangkan dipanggil temuduga dan dilantik ke jawatan dalam Gred 41. Saya telah memohon beberapa jawatan Gred 41 secara on-line di SPA tetapi "JANGANKAN DAPAT KERJA GRED 41, DIPANGGIL TEMUDUGA PUN TIDAK DAPAT".

Saya berpendapat pihak SPA sepatutnya memberi keutamaan atau setidak-tidaknya memberi sedikit kelonggaran, laluan dan peluang kepada pemohon atau calon di kalangan pegawai Kumpulan Sokongan yang sedang berkhidmat untuk dipanggil temuduga, bukannya dikenakan berbagai-bagai syarat, sekatan dan tapisan. Ini kerana pegawai-pegawai kumpulan sokongan selain mempunyai pengalaman kerja dan telah banyak menyumbang kepada pentadbiran kerajaan dan negara, mereka juga mempunyai merit yang tidak dimiliki oleh pemohon yang baru menamatkan pengajian universiti. Contohnya pegawai-pegawai awam telah menghadiri banyak kursus, lulus peperiksaan perkhidmatan, lulus kursus Induksi, BTN, lulus PTK, menerima sijil penghargaan Khidmat Cemerlang dan menghadiri latihan-latihan yang dianjurkan oleh kerajaan. Inilah antara alasan pada pendapat saya pihak SPA perlu pertimbangkan kepada pemohon-pemohon jawatan Gred 41 di kalangan pegawai Kumpulan Sokongan.

Kami telah bersusah-payah untuk belajar, berkorban wang ringgit (hutang PTPTN), masa, tenaga dan berpisah dengan keluarga semata-mata untuk menimbah ilmu bagi menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan setiap kakitangan kerajaan mempertingkatkan ilmu pengetahuan. Tetapi dalam masa yang sama pihak kerajaan khususnya SPA seperti melupakan kami yang telah bertungkus-lumus belajar untuk diberi pertimbangan dipanggil temuduga dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi dalam Gred 41. Sila rujuk Surat Edaran JPA bertarikh 12 Okt 2005 rujukan : JPA(S)256/6 Klt.12 (66).

Saya amat mengharapkan pihak Cuepacs dapat melihat isu dan permasalahan ini secara kolektif dan memberi perhatian yang sewajarnya demi memartabatkan dan meningkatkan karier kerjaya kakitangan Kumpulan Sokongan yang komited dan mempunyai Ijazah yang pada masa kini masih terumbang-ambing dan tidak mendapat perhatian dan pembelaan.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

ROSANI BIN TANJIL
Institut Perguruan Tawau
Beg Berkunci No. 27
91009 Tawau

11 September 2008

BAYARAN COLA DITAMATKAN PADA TAHUN 2009

posted by MKI_Melaka at
9/09/2008 04:07:00 PM

Saya kira ramai kakitangan awam tidak menyedari dalam keseronokan bakal menerima bonus sebulan gaji iaitu mulai tahun 2009, Cola RM 200 kepada kakitangan awam yang dibayar sebelum ini akan ditamatkan. CUEPACS sedang membuat tuntutan agar bayaran cola ini dikekalkan. Sekiranya keputusan kerajaan kekal,maka bonus sebulan gaji seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan baru –baru ini tidak membawa apa –apa makna.
Keaadaan ini pasti menyukarkan terutama kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Ini akan menyebabkan tekanan hidup yang bertambah parah dan meruncing akan lebih dirasai berikutan kenaikan harga minyak, peningkatan kadar inflasi ( 8.5 % ) serta peningkatan kos sara hidup yang lain.
Justeru itu, kita berharap agar kerajaan yang masih berkuasa mengkaji semula langkah untuk memberhentikan pemberian cola ini . Jika kerajaan yang berkuasa tetap dengan keputusannya, besarlah harapan perubahan kerajaan yang diuar-uarkan akan memberi semula bayaran cola yang dinikmati sektor awam sebelum ini. Di samping turut mengkaji tuntutan gaji minimum RM 900 dan bayaran cola untuk pekerja sektor swasta.

ABDULLAH MAHU KAKITANGAN AWAM LAKSANA CADANGAN DALAM BAJET 2009 SEBAIK-BAIKNYA

Dari Bernama
8/9/2008


PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan kakitangan kerajaan agar semua cadangan di dalam Bajet 2009 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Ogos lepas, dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.Perdana Menteri berkata kritikan berhubung cadangan itu pasti ada tetapi masalahnya bukan kerana kekurangan idea atau rencana yang baik, mahupun untuk membuat perubahan tetapi kekurangan daripada segi kemampuan untuk melaksanakannya."Kami tidak kekurangan idea, atau perancangan yang baik tetapi kami kekurangan daripada segi kemampuan untuk melaksanakannya. Ini menjadi satu pandangan yang biasa dikemukakan."Tentu sekali ini dapat kita atasi, dengan prestasi yang dibuktikan baru-baru ini tetapi juga menjadi ingatan kepada semua agar apa yang telah dicadangkan untuk dilaksanakan itu mesti dilaksanakan sebaik-baiknya," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana di sini.Katanya jika semua kakitangan kerajaan mempunyai azam dan tekad, beliau percaya masalah tidak akan timbul dan kejayaan akan diperoleh untuk kebaikan kepada negara dan rakyat.Abdullah turut berasa gembira berikutan Laporan Audit menunjukkan beberapa jabatan di JPM telah menunjukkan prestasi baik."Kepada mereka diucapkan tahniah dan adalah menjadi harapan saya agar prestasi itu perlu ditingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi," katanya.Beliau juga bersyukur berikutan usaha yang bersungguh-sungguh dan pelbagai langkah dijalankan oleh jabatan masing-masing serta peranan yang dijayakan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), kedudukan tahap daya saing negara berjaya ditingkatkan ke tangga 19 tahun ini berbanding 23 pada tahun lalu."Ini adalah satu lagi kejayaan yang telah kita capai. Ini membuktikan kepada kita bahawasanya kejayaan yang boleh kita perolehi itu bergantung kepada kita," katanya.Bagaimanapun, kata Perdana Menteri perhatian khusus perlu diberikan kepada sistem dan prosedur serta keperluan birokrasi dikurangkan kepada seminimum mungkin."Sistem yang terbaik sekalipun jika sekiranya orang yang mengendalikan sistem itu kurang semangat, minat dan berilmu pengetahuan, maka sistem yang baik tidak akan menghasilkan prestasi yang tinggi seperti yang diharapkan."Ertinya kombinasi di antara modal insan dan prosedur itu mesti berada pada tahap yang sama tinggi, setinggi yang boleh," katanya.Abdullah berkata dengan itu, barulah sistem yang diperbaiki, peraturan yang diperkenalkan akan dapat membawa kejayaan yang lebih baik dan pegawainya yang benar-benar komited mampu menjayakan apa jua tanggungjawab yang diberikan.-- BERNAMA

BAJET 2009

By: Wan Mokhtar
on September 2, 2008 at 10:06 am

Kita kakitangan awam seramai 1.3 juta orang ini memang bersyukur atas pemberian bonus sebulan gaji atau minima RM1K yang diumumkan semasa pembentangan bajet 2009.
Namun begitu agak terkilan juga kerana PM tidak menyentuh langsung tentang 3 perkara yang telah dipersetujui pada dasarnya yang dituntut oleh Cuepacs iaitu PTK, Cola dan elaun perumahan. 3 perkara tersebut telah ditangguhkan pengumumannya pada perhimpunan Hari Pekerja anjuran JPA awal Mei lalu. Rata-rata 1.3 pegawai awam menunggu-nunggu pengumuman tersebut berasa hampa.
Kenapa terjadi begitu? Banyak andaian boleh dibuat. pertama PM terlalu sibuk mungkin terlupa akan janjinya pada Cuepacs. Tapi kalau ye pun terlupa siapa pula yang bertanggungjawab untuk mengingatkan PM. Tentulah kita sendiri sebagai pegawai kerajaan kena mengingatkan kepada Pak-Pak Menteri ini. Dalam isu ini siapa pula yang kena peringat kepada PM?
Sudah semestinya JPA/KSN/KPPA atau Perbendaharaan sendiri yang mengendalikan penyediaan bajet ini. Semua ini adalah pegawai kerajaan/kakitangan awam. Semua peringkat pegawai di atas adalah bertaraf JUSA. Mungkin juga mereka terlupa atau terlepas pandang. Mungkin juga mereka merasakan kerajaan telah beri semua itu. Maklumlah mereka baru-baru ini telah mendapat apa yang mereka kehendaki. Sebab itu mereka rasa semua tuntutan lain telah diperolehi. Itulah yang menyebabkan mereka terlepas pandang.
Dalam perkara ini Tuan Hj Omar kenalah terlebih pandang nampaknya supaya orang yang di atas tu tak terlepas pandang. KEPAK akan sentiasa menyokong Tuan Hj Omar dan CUEPACS dalam apa jua perkara yang memberi manfaat kepada perkhidmatan awam khususnya kepada para penjawat awam itu sendiri. Sebelum ini setiap perjuangan CUEPACS, kita tidak pernah lupa kepada golongan atasan kita (Walaupun mereka bukan ahli CUEPACS dan sudah pasti mereka tidak membayar yuran keahlian).
Tapi malang bagi CUEPACS kerana pengorbanannya tidak dihargai oleh golongan tersebut bila mana apabila golongan tersebut berjuang untuk kepentingan temolok mereka sendiri sahaja sebagaimana baru-baru ini yang mereka telah dapat yang membuatkan mereka terlepas pandang ada TIGA perkara lagi yang belum disempurnakan sebagai dijanjikan.
Itu belum lagi diambil kira tuntutan Kongres CUEPACS tahun lalu yang meminta Presiden CUEPACS dilantik sebagai SENATOR di Dewan Negara?
Wassalam dan Selamat Berpuasa.

10 September 2008

RAYU KERAJAAN NEGERI BERI BONUS

Petikan dari Utusan Malaysia
9/9/2008

KOTA KINABALU 9 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) cawangan Sabah meminta Kerajaan negeri memberi bonus kepada kakitangan awam negeri sama seperti yang dinikmati kakitangan awam Kerajaan Persekutuan.
Pengerusinya, Pengiran Anak Pengiran Mubin berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada kakitangan awam negeri khususnya kakitangan sokongan yang ingin mengetahui perkara itu.
"Cuepacs Sabah akan menghantar surat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam masa terdekat untuk memohon pertimbangan tentang perkara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Melalui Bajet 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pemberian bonus kepada seramai 1.2 juta kakitangan awam Kerajaan Persekutuan.
Pemberian itu dilakukan dengan menerima sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember ini.
Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan awam kepada pembangunan negara.
Pengiran Anak berkata, pihaknya yakin bahawa kerajaan negeri akan mempertimbangkan perkara itu kerana sebelum ini, kerajaan Sabah tidak pernah
tidak berbuat demikian.

08 September 2008

INSENSITIVE OF CUEPACS TO KEEP ASKING FOR MORE

From The Star Online
8/9/2008

IT'S preposterous to talk about civil servants being affected by the higher cost of living as if they are the only ones affected by it.
Money is never enough no matter how much you have, so the civil servants have to find a way to deal with their finances better. Prudent spending is one counter measure to the higher cost of living.
It's so appalling to see that Cuepacs is not sensitive to the current situation that the Government is facing.
The Government has been flexible in the recent budget towards civil servants, but are they appreciative of it?
Bonus for retirees? How much will that cost us taxpayers? Some quarters will say that I should be appreciative of the fact that the retirees have given their service to the country. Fine!
A high percentage of civil servants get gratuity when they retire and on top of that, they get pension for life, plus medical expenses and other benefits even when they are no longer in service.
I know this because my father was in the service. During his time, there was no such thing as demanding this and that. He was truly loyal to the Government.
He started off as a clerk and worked his way up to asistant director-general. He gave 33 years of his life to the civil service. Never once did I ever hear of demands being made for higher COLA or fixed housing allowance.
The civil servants have it good considering they have a lot of benefits: free housing, government housing loan, medical, gratuity, pension, benefits after retiring, etcetra.
The civil service needs to understand one thing, it is a cost centre. It is a non-revenue generating service.
Try hard as it may, the Government still cannot seem to change the culture in the civil service; less work, more pay, poor service (attributable to wanting to do less work), more breaks and being covered for life.
If these civil servants don't like where they are at, they should seek greener pastures elsewhere.
FRUSTRATED,Kuala Lumpur.

BEKAS KAKITANGAN KERAJAAN GAGAL DALAM RAYUAN BAGI PEMECATAN

Berita Harian
25/9/2008



PUTRAJAYA: Seorang bekas kakitangan kerajaan gagal dalam rayuannya untuk mengenepikan keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memecatnya daripada perkhidmatan 15 tahun lalu bagi salah laku disiplin.Sidang panel hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Hasan Lah dan Datuk Sulaiman Daud sebulat suara menolak rayuan Mohd Daud Mahmood selepas memutuskan proses membuat keputusan yang dikendalikan oleh JPA tidak cacat.Mohd Daud 53, menyaman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Kerajaan Malaysia, mencabar keputusan JPA yang memecatnya pada 2 November 1993 dan memohon diambil bekerja semula serta bayaran balik gaji. Bekas penolong pegawai di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ketika itu membawa kesnya ke Mahkamah Rayuan selepas dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi.Mohd Daud dipecat daripada perkhidmatan selepas dia diminta memberi tunjuk sebab terhadap enam pertuduhan disiplin iaitu datang kerja lambat, meninggalkan pejabat tanpa kebenaran pegawai atasan dan tidak hadir bekerja tanpa kebenaran, melewatkan pembayaran kepada peserta dan bayaran bagi sewa bas dan gagal menyediakan laporan kepada pegawai atasannya.Hakim Zaleha dalam keputusannya berkata Mahkamah Tinggi adalah betul semasa memutuskan JPA tidak disyaratkan memberikan alasannya bagi pemecatan Mohd Daud.Mohd Daud menyatakan wujud prejudis terhadap beliau dengan pemecatan itu kerana dalam surat pemecatan kepadanya, JPA tidak menyatakan pilihan bagi turun pangkat.Katanya proses membuat keputusan oleh JPA adalah cacat kerana JPA tidak menimbangkan pilihan untuk turun pangkat berikutan ketiadaan pilihan itu (pilihan untuk turun pangkat) dalam surat pemecatan itu.Mahkamah Rayuan bagaimnapun, memutuskan tidak terdapat apa-apa yang mencadangkan JPA ada menimbangkan pilihan turun pangkat kerana surat pemecatan itu sebenarnya merujuk kepada surat tunjuk sebab yang ada menyebut mengenai turun pangkat dan pemecatan.Peguam Kanan Persekutuan S.Narkunavathy mewakili JPA dan kerajaan manakala Mohd Daud diwakili peguam Karpal Singh dan Sangeet Kaur. - Bernama

INSENSITIVE OF CUEPACS TO KEEP ASKING FOR MORE

The Star
Monday September 8, 2008
IT'S preposterous to talk about civil servants being affected by the higher cost of living as if they are the only ones affected by it.
Money is never enough no matter how much you have, so the civil servants have to find a way to deal with their finances better. Prudent spending is one counter measure to the higher cost of living.
It's so appalling to see that Cuepacs is not sensitive to the current situation that the Government is facing.
The Government has been flexible in the recent budget towards civil servants, but are they appreciative of it?
Bonus for retirees? How much will that cost us taxpayers? Some quarters will say that I should be appreciative of the fact that the retirees have given their service to the country. Fine!
A high percentage of civil servants get gratuity when they retire and on top of that, they get pension for life, plus medical expenses and other benefits even when they are no longer in service.
I know this because my father was in the service. During his time, there was no such thing as demanding this and that. He was truly loyal to the Government.
He started off as a clerk and worked his way up to asistant director-general. He gave 33 years of his life to the civil service. Never once did I ever hear of demands being made for higher COLA or fixed housing allowance.
The civil servants have it good considering they have a lot of benefits: free housing, government housing loan, medical, gratuity, pension, benefits after retiring, etcetra.
The civil service needs to understand one thing, it is a cost centre. It is a non-revenue generating service.
Try hard as it may, the Government still cannot seem to change the culture in the civil service; less work, more pay, poor service (attributable to wanting to do less work), more breaks and being covered for life.
If these civil servants don't like where they are at, they should seek greener pastures elsewhere.

FRUSTRATED,Kuala Lumpur.

06 September 2008

NUTP: WUJUD SKIM GAJI KHAS

Utusan Malaysia
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
6/9/2008




KUALA LUMPUR 5 Sept. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap kerajaan segera mempertimbangkan mewujudkan skim gaji bersepadu khas untuk guru-guru di seluruh negara.
Presidennya, Hashim Adnan berkata, skim perkhidmatan sedia ada didapati terlalu kompleks sehingga menimbulkan suasana kurang harmoni di kalangan guru.
"Antara masalahnya ialah terdapat pelbagai kumpulan guru terutama guru siswazah dan bukan siswazah dengan tangga gaji berlainan tetapi beban tugas yang sama," katanya pada sidang akhbar mengenai isu-isu semasa NUTP di sini hari ini.
Hashim yang baru dilantik sebagai presiden kesatuan itu bulan lalu berkata, selepas mengadakan Persidangan Perwakilan Tritahunan NUTP Ke-18 baru-baru ini, kesatuan itu melihat guru-guru bukan siswazah yang berjaya mendapatkan ijazah perlu diberi insentif.
Katanya, ia termasuk mereka yang berjaya mendapat sarjana atau ijazah doktor falsafah (PhD).
"Sekarang guru yang mempunyai kelulusan itu tidak diiktiraf kerana dianggap tidak relevan dengan pengajaran di sekolah. Alasan itu tidak boleh diterima," jelasnya.
Katanya, NUTP juga meminta Kementerian Pelajaran mewujudkan beberapa jawatan baru bagi membantu guru-guru melaksanakan tugas di luar pengajaran seperti sebagai pembantu guru, ketua guru disiplin serta guru khas aktiviti kokurikulum.
Beliau berkata, ini bagi membolehkan para guru menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran di dalam kelas.
Tambah Hashim, khidmat guru yang sudah bersara juga masih diperlukan terutama bagi mereka yang pakar dalam subjek kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Malaysia.
"Kita mendapati masih ada keperluan untuk guru-guru yang sudah bersara ini menyumbangkan khidmat mereka. Kita tidak tahu kenapa khidmat kontrak bagi guru bersara ini ditamatkan sejak dua tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, semua cadangan itu akan dibincangkan NTUP secara menyeluruh pada bengkel yang dijadual diadakan dalam masa terdekat.
Katanya, memorandum mengenainya akan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran selewat-lewatnya awal tahun depan untuk tindakan lanjut.

05 September 2008

CUEPACS RAYU PESARA DIBERI BONUS RM750

Petikan dar Bernama
5/9/2008

KUALA LUMPUR: Cuepacs merayu agar kerajaan dapat memberikan bonus atau bantuan sara hidup RM750 kepada pesara kerajaan. Dalam surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertarikh semalam, Cuepacs membuat rayuan itu bagi meringankan beban golongan pesara kerajaan untuk menyambut perayaan Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina. Presiden Cuepacs, Omar Osman bagaimanapun berterima kasih kepada Abdullah dan kerajaan kerana memberi bayaran pencen minimum RM720 sebulan kepada pesara yang berkhidmat 25 tahun ke atas.
"Pada asasnya, Cuepacs memohon diwujudkan pencen minimum RM500 bagi tempoh perkhidmatan yang kurang daripada 25 tahun," katanya. Pada Bajet 2009, Abdullah mengumumkan pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009. – Bernama

04 September 2008

CUEPACS MASIH BERHARAP KERAJAAN BERI BONUS KEPADA PESARA

Petikan dari Bernama
3/9/2008

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu agar kerajaan dapat memberikan "bonus" atau "bantuan sara hidup" sebanyak RM750 kepada pesara kerajaan.Dalam surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertarikh hari ini, CUEPACS membuat rayuan itu bagi meringankan beban golongan pesara kerajaan untuk menyambut perayaan Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.Presiden CUEPACS Omar Osman bagaimanapun berterima kasih kepada Abdullah dan kerajaan kerana memberikan bayaran pencen minimum RM720 sebulan kepada pesara yang berkhidmat 25 tahun ke atas.Pada asasnya, CUEPACS telah memohon supaya diwujudkan pencen minimum sebanyak RM500 bagi tempoh perkhidmatan yang kurang daripada 25 tahun," katanya.Ketika membentangkan Bajet 2009 pada 29 Ogos lepas, Abdullah mengumumkan bahawa pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Jan 2009.Seramai 75,000 pesara wajib termasuk penerima pencen terbitan akan mendapat manfaat ini, dengan peruntukan tambahan RM140 juta pada tahun depan.Di samping itu, CUEPACS turut mengemukakan surat ucapan tahniah kepada Perdana Menteri sebagai penghargaan atas pemberian bonus kepada anggota sektor awam.Ketika pembentangan Bajet 2009 baru-baru ini, Abdullah mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam dan akan dibayar secara dua kali iaitu pada bulan September dan Disember.Mengenai tuntutan-tuntuan lain, Omar berkata CUEPACS akan berbincang dengan kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.-- BERNAMA

03 September 2008

WARGA UNIVERSITI PENGGERAK KECEMERLANGAN

Petikan dari Berita Harian
Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my
3/9/2008

WARGA universiti perlu berperanan sebagai penggerak utama memaju dan mentransformasikan universiti secara menyeluruh untuk muncul sebagai institusi pendidikan tinggi tersohor hingga ke peringkat global. Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah, berkata perubahan ke arah kecemerlangan universiti bukanlah proses yang boleh berlaku dengan sendiri, sebaliknya perlu dirancang, diurus dan dikawal dengan teliti serta disiplin selain sikap komited terhadap budaya perubahan. “Kita tidak boleh mudah berpuas hati dan begitu selesa dengan kejayaan semasa, sebaliknya perlu melakukan penambahbaikan secara berterusan.
“Sebagai sebuah pusat pendidikan berstatus universiti penyelidikan, UPM memerlukan kakitangan yang memiliki nilai tambah positif dan kreativiti yang mantap agar dapat menunjangi kekuatan universiti. “Cabaran besar ini kita harapkan daripada warga UPM agar mampu berperanan sebagai pekerja berilmu yang sentiasa kreatif, inovatif dalam menangani cabaran mampu, mampu menganalisis senario semasa serta perubahan bakal berlaku selain berani berdepan dengan risiko,” katanya pada Majlis Gemilang Putra di Serdang, baru-baru ini. Pada majlis itu, Nik Mustapha menyampaikan lima anugerah utama kepada 629 kakitangan cemerlang UPM bagi menghargai kecemerlangan kualiti kerja berkaitan bidang pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan profesional dan sokongan.
Anugerah berkenaan ialah Fellowship Naib Canselor yang disampaikan kepada lima penerima, Anugerah Jasa Putra (83), Anugerah Setia Putra (26), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (447) dan Anugerah Bakti Putra (66) Anugerah tertinggi iaitu Anugerah Khas Universiti - Tokoh Putra Terbilang diraih Juruteknik Kanan, Pusat Sukan UPM yang juga Presiden Cuepacs, Omar Osman. Masing-masing menerima anugerah berupa Sijil Simpanan Premium bernilai antara RM300 hingga RM15,000 berserta sijil penghargaan. Bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Seri Putra, masing-masing menerima wang tunai RM1,000 dan jam tangan bernilai RM300.

02 September 2008

CUEPACS TIDAK SETUJU

Petikan dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya lima negeri yang dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum kerana ia akan menjejaskan produktiviti kerja di negara ini.
Presidennya, Omar Osman berkata, sekiranya tarikh tersebut diumumkan sebagai cuti umum, ia akan menyulitkan para pelanggan di negeri terbabit yang hendak berurusan dengan kerajaan Persekutuan.
''Cuti umum yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri dalam setahun sebenarnya sudah mencukupi dan ini belum lagi termasuk cuti hujung minggu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Omar berkata, cuti umum tidak boleh diisytiharkan sesuka hati tanpa membuat kajian dan memberi penjelasan kepada institusi-institusi yang terlibat seperti majikan dan kesatuan pekerja.
''Jika PKR benar-benar berhasrat untuk mengumumkan 16 September sebagai cuti umum, mereka seharusnya menggunakan saluran yang lebih adil iaitu membawa dan membentangkan usul berkenaan di Parlimen untuk dibahaskan," ujar beliau.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, tindakan mengumumkan 16 September sebagai cuti umum di lima negeri terlibat akan menjejaskan produktiviti dan daya saing pekerja Malaysia di peringkat antarabangsa.
''Selain itu, syarikat-syarikat di negeri terlibat mungkin akan berhadapan dengan masalah kos operasi yang menjadi tidak menentu sehingga menjejaskan keyakinan para pelabur tempatan dan luar negara untuk membuat pelaburan di sini," jelasnya.
Shamsuddin berkata, majikan swasta tidak semestinya perlu mematuhi perundangan kerajaan negeri berhubung cuti umum melainkan kedua-dua pihak mempunyai perjanjian bersama supaya suatu tarikh tertentu diiktiraf sebagai cuti umum.
''Trend pengumuman cuti umum harus dielakkan manakala pihak pembangkang pula jangan terlalu ghairah untuk mengumumkannya tanpa mengenal pasti rasional cuti umum yang diberi tersebut," katanya.
Menurutnya, cuti umum yang sedia ada dalam setahun adalah lebih daripada mencukupi kerana hari bekerja untuk para pekerja di negara ini hanya sekitar 150 hari setelah cuti umum, cuti tahunan, cuti rehat dan cuti sakit diambil kira.

MUSTAHIL PENUHI SEMUA TUNTUTAN100% - TPM

Petikan dari Utusan Malaysia

KUANTAN 30 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak mampu memenuhi semua tuntutan yang dibuat oleh pelbagai pihak dalam Bajet 2009.Menurut Timbalan Perdana Menteri, setiap golongan di negara ini perlu melihat kemampuan sebelum mempersoalkan tindakan kerajaan yang dikatakan tidak memenuhi kehendak mereka seratus peratus.
"Kita tidak boleh dapat semua yang kita hendak. Ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan. Kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak semua golongan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 55 masjid dan 156 surau dalam daerah Pekan sempena Ramadan di Pejabat UMNO Pekan di sini hari ini.
Beliau mengulas kekecewaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berikutan kerajaan tidak memenuhi permintaan kesatuan itu berhubung kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan penyelarasan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) pada pembentangan Bajet 2009 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen semalam.
Sehubungan itu, Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bulan depan bagi membincangkan kedua-dua perkara tersebut.
Mengulas lanjut, Najib berkata, pada hakikatnya, kerajaan telah memenuhi pelbagai tuntutan yang dibuat oleh CUEPACS sebelum ini.
Tuntutan paling utama yang dipenuhi kerajaan, tegas beliau, ialah kenaikan gaji kakitangan awam yang dianggap paling tinggi pernah dilakukan oleh kerajaan pada tahun lalu.
"Tahun lalu, CUEPACS dapat kenaikan gaji yang tertinggi dalam sejarah tetapi mereka tidak dapat bonus. Apabila mereka tidak dapat bonus, mereka tuntut bonus pula. Jadi pada tahun ini kita bagi bonus sebulan," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan sedia menimbang segala tuntutan yang dibuat oleh CUEPACS pada masa akan datang berdasarkan kemampuan.
"Kita (kerajaan) buat dulu mana yang termampu. Kalau tidak dapat kali ini, kita sedia mendengar rayuan. Mungkin pada masa akan datang kerajaan boleh tolong," jelasnya.

CUEPACS BOLEH MERAYU BERHUBUNG DUA LAGI TUNTUTAN - NAJIB

Petikan dari Utusan Malaysia
30/08/2008 2:05pm

PEKAN 30 Ogos — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri semalam adalah tertakluk kepada kemampuan kerajaan dan sudah pasti ia tidak dapat memenuhi tuntutan semua pihak, termasuklah tuntutan Cuepacs.
Timbalan Perdana Menteri berkata sekalipun kerajaan tidak memenuhi dua lagi permintaan Cuepacs berkaitan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan dan penyelarasan elaun sara hidup (COLA) kepada kakitangan kerajaan, namun golongan itu juga sebenarnya turut mendapat faedah daripada peruntukan lain yang diumumkan.
“Tiap kali belanjawan negara kita tak boleh dapat semua yang kita tuntut, tahun sudah Cuepacs dapat kenaikan gaji yang begitu tinggi sekali, paling tinggi dalam sejarah, tapi tak ada bonus.
“Tahun ini kita bagi bonus satu bulan, kita tengok kepada kemampuan kerajaan, (bagi) kakitangan kerajaan, dia bukan sahaja kena lihat secara langsung, (tapi) secara tak langsung dia juga dapat faedah dari peruntukan lain yang dapat dipertimbangkan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Pekan bersempena menjelang bulan Ramadan, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Cuepacs Omar Osman semalam yang kecewa apabila dua tuntutan Cuepacs itu tidak disenaraikan pada Bajet 2009.
“Tak boleh dapat semua yang kita hendak, ini tertakluk kepada kemampuan kerajaan sebab kerajaan kena memenuhi semua kehendak golongan,” kata Najib.
Bagaimanapun, Najib berkata Cuepacs boleh merayu berhubung perkara itu untuk dipertimbangkan semula.
“Kalau tak dapat kali ini, kita rayulah, mungkin akan datang kita boleh terima,” kata Najib.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan Bajet 2009 di Parlimen dengan turut mengumumkan kakitangan kerajaan diberikan bonus sebulan gaji tahun ini.
— BERNAMA

BONUS: KAKITANGAN AWAM LEGA

Petikan dari Utusan Malaysia
Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM dan LIAU PEI WEN

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Sejumlah dua juta kakitangan awam negara ini boleh menarik nafas lega berikutan pengumuman kerajaan untuk memberi bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 dalam pembentangan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pemberian bonus yang akan dibayar dua kali sebulan itu disifatkan meringankan beban rakyat ekoran sambutan perayaan Aidilfitri Oktober ini.
''Saya mewakili kakitangan awam negara ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang prihatin dengan permohonan kami.
''Dengan pemberian bonus ini akan memeriahkan sambutan perayaan dalam merapatkan hubungan kekeluargaan tanpa bebanan kewangan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Bagaimanapun, Omar berkata, pemberian bonus tersebut seharusnya turut diperluaskan kepada golongan pesara sekurang-kurangnya RM200 sebulan supaya mereka turut merasai faedah tersebut.
''Pesara kerajaan yang berjumlah 75,000 orang di negara ini sepatutnya dapat menikmati juga pemberian bonus ini,'' katanya.
Mengenai beberapa tuntutan CUEPACS yang tidak diumumkan kerajaan dalam pembentangan bajet itu, Omar yakin perkara itu akan dipertimbangkan kemudian di peringkat dalaman.
''Tuntutan kami mengenai Imbuhan Tetap Perumahan serta lanjutan umur persaraan mungkin akan dibincangkan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Saya akan bertemu Perdana Menteri sekali lagi dalam masa terdekat,'' katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud menyifatkan bajet kali ini baik namun ia tidak menyeluruh kepada golongan berpendapatan rendah.
''Saya tidak menafikan memang ada insentif yang dibayar namun ia lebih kepada golongan tertentu sahaja.
''Saya sedikit kecewa kadar gaji minimum sebanyak RM900 serta pemberian Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300 tidak diumumkan kerajaan seperti yang dituntut MTUC sebelum ini,'' katanya.
Dalam pada itu, Syed Shahir menambah, kerajaan sepatutnya memberi perhatian kepada peningkatan harga barangan keperluan asasi daripada barangan mewah yang hanya boleh dinikmati golongan minoriti.
''Harga barangan keperluan yang meningkat seharusnya diberi fokus utama dalam pembentangan kali ini kerana ia lebih memberi kesan kepada rakyat,'' katanya

TAK PENUHI TUNTUAN CUEPACS

Petikan dari Berita Harian
1/9/2008

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memenuhi semua tuntutan Cuepacs menerusi Bajet 2009 kerana ia dilakukan berdasarkan kemampuan kerajaan. Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan kali ini memberi bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam. “Cuepacs perlu memahami bukan semua tuntutan mereka akan dipenuhi kerana kerajaan juga perlu mengambil kira kehendak golongan lain di negara ini,” katanya

CUEPACS KECEWA 'JANJI' ITP, COLA TAK DITEPATI

Petikan dari Berita Harian
1/9/2008


KUALA LUMPUR: Cuepacs yang gembira dengan pemberian bonus dalam Bajet 2009 bagaimanapun kecewa apabila dua permintaan kesatuan itu berhubung kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan penyelarasan elaun kos sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam tidak disenaraikan dalam belanjawan kali ini. Sehubungan itu, Cuepacs yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan sektor awam akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada bulan depan bagi membincangkan kedua-dua perkara itu. Presidennya, Omar Osman, berkata sebelum ini kerajaan secara dasarnya bersetuju memberi elaun Cola dan turut memaklumkan perkara berkenaan dalam satu surat maklum balas kepada Cuepacs, Julai lalu.
Beliau bagaimanapun berkata, Cuepacs tidak berniat mengugut kerajaan dalam perkara itu tetapi percaya sekiranya permintaan berkenaan dilaksanakan ia dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah. "Kita akur dengan pemberian bonus tetapi kecewa sedikit kerana dua permintaan Cuepacs tidak diumumkan dalam bajet kali ini. Sebelum ini, kita amat yakin ia (permintaan) akan ditunaikan setelah beberapa pertemuan diadakan dengan kerajaan tetapi hari ini (semalam) harapan kita itu 'lebur'. "Bagaimanapun, kita akan membuat temujanji untuk bertemu Perdana Menteri dan menerangkan secara rasional berhubung permintaan Cuepacs itu bagi manfaat anggota sektor awam," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Cuepacs sebelum ini meminta kerajaan menaikkan ITP daripada RM180 sebulan kepada RM230 dan menyelaraskan elaun Cola kepada RM500 sebulan di seluruh negara.

CUEPACS SAMBUT BAIK PEMBERIAN BONUS

Petikan dari Berita Harian
1/9/2008

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung imbuhan sebulan bonus untuk kakitangan kerajaan dan tempoh bayaran balik pinjaman perumahan daripada 25 tahun kepada 30 tahun. Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs bersetuju bayaran bonus dibuat dua kali pada bulan September dan Disember dan tidak berhasrat untuk membuat rayuan terhadap cara pembayaran itu. Beliau berkata Cuepacs bersyukur dengan pengumuman itu walaupun permohonan kesatuan untuk kenaikan imbuhan tetap perumahan kakitangan sokongan Gred I dan II daripada RM180 kepada RM230 tidak diumumkan hari ini.
Mengenai tempoh bayaran balik pinjaman perumahan yang dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun, beliau berkata ia sejajar dengan pengumuman umur persaraan kakitangan yang dinaikkan daripda 56 tahun kepada 58 pada awal tahun ini. Abdullah turut mengumumkan kakitangan kerajaan boleh mendapat pinjaman untuk pengubahsuaian rumah walaupun pinjaman pembelian rumah berkenaan daripada bank. Mengenai pesara memperoleh sekurang-kurangnya RM720 sebulan, beliau berkata kira-kira 75,000 pesara akan mendapat manfaat berkenaan.
Omar menjelaskan kini terdapat hampir 500,000 pesara di seluruh negara dan berharap jumlah RM720 itu ditingkatkan di masa hadapan untuk membolehkan lebih ramai menikmati manfaat daripada tindakan kerajaan berkenaan. Mengenai Elaun Bantuan Sara Hidup (Cola), Omar berkata Ceupacs mengemukakan tuntutan untuk menyelaraskan pembayaran itu bagi semua negeri kepada RM300 dan untuk mereka yang tinggal di Lembah Klang daripada RM300 kepada RM500. “Adalah difahamkan kajian menyeluruh mengenai perkara tersebut belum berakhir dan Cuepacs mengharapkan ia dapat dipercepatkan dan pengumuman mengenainya dapat diumumkan sebelum akhir tahun,” katanya. Omar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap kakitangan kerajaan dan dapat mempertimbangkan permohonan kesatuan itu dari semasa ke semasa. - Bernama