SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 September 2008

CUEPACS MASIH BERHARAP KERAJAAN BERI BONUS KEPADA PESARA

Petikan dari Bernama
3/9/2008

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu agar kerajaan dapat memberikan "bonus" atau "bantuan sara hidup" sebanyak RM750 kepada pesara kerajaan.Dalam surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertarikh hari ini, CUEPACS membuat rayuan itu bagi meringankan beban golongan pesara kerajaan untuk menyambut perayaan Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.Presiden CUEPACS Omar Osman bagaimanapun berterima kasih kepada Abdullah dan kerajaan kerana memberikan bayaran pencen minimum RM720 sebulan kepada pesara yang berkhidmat 25 tahun ke atas.Pada asasnya, CUEPACS telah memohon supaya diwujudkan pencen minimum sebanyak RM500 bagi tempoh perkhidmatan yang kurang daripada 25 tahun," katanya.Ketika membentangkan Bajet 2009 pada 29 Ogos lepas, Abdullah mengumumkan bahawa pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Jan 2009.Seramai 75,000 pesara wajib termasuk penerima pencen terbitan akan mendapat manfaat ini, dengan peruntukan tambahan RM140 juta pada tahun depan.Di samping itu, CUEPACS turut mengemukakan surat ucapan tahniah kepada Perdana Menteri sebagai penghargaan atas pemberian bonus kepada anggota sektor awam.Ketika pembentangan Bajet 2009 baru-baru ini, Abdullah mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam dan akan dibayar secara dua kali iaitu pada bulan September dan Disember.Mengenai tuntutan-tuntuan lain, Omar berkata CUEPACS akan berbincang dengan kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.-- BERNAMA

Tiada ulasan: