SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 September 2008

KEUTAMAAN PERLANTIKAN PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN KE JAWATAN GRED 41

Daripada: Rosani Tanjil Jusinah tq1089@yahoo.com.my
Dihantar: Khamis, 7 Ogos, 2008 11:50:09

Kepada pihak CUEPACS yang dihormati,.

Saya ialah seorang kakitangan kerajaan (Persekutuan) Kumpulan Sokongan Gred N17 telah berkhidmat selama 18 tahun dan mempunyai Ijazah. Apa yang saya bangkitkan di sini dan saya berpendapat pihak Cuepacs perlu beri perhatian demi nasib khususnya kakitangan Kumpulan Sokongan ialah tentang peluang kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi Gred 41 di kalangan pegawai Kumpulan Sokongan yang mempunyai kelayakan Ijazah.

Saya percaya pada masa ini telah ramai pegawai Kumpulan Sokongan yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda akan tetapi peluang mereka untuk naik pangkat ke jawatan Gred 41 amat TERBATAS DAN TERSEKAT disebabkan dasar dan kerenah pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang langsung tidak mengambil kira pengalaman, merit dan kelebihan pegawai Kumpulan Sokongan untuk dipertimbangkan dipanggil temuduga dan dilantik ke jawatan dalam Gred 41. Saya telah memohon beberapa jawatan Gred 41 secara on-line di SPA tetapi "JANGANKAN DAPAT KERJA GRED 41, DIPANGGIL TEMUDUGA PUN TIDAK DAPAT".

Saya berpendapat pihak SPA sepatutnya memberi keutamaan atau setidak-tidaknya memberi sedikit kelonggaran, laluan dan peluang kepada pemohon atau calon di kalangan pegawai Kumpulan Sokongan yang sedang berkhidmat untuk dipanggil temuduga, bukannya dikenakan berbagai-bagai syarat, sekatan dan tapisan. Ini kerana pegawai-pegawai kumpulan sokongan selain mempunyai pengalaman kerja dan telah banyak menyumbang kepada pentadbiran kerajaan dan negara, mereka juga mempunyai merit yang tidak dimiliki oleh pemohon yang baru menamatkan pengajian universiti. Contohnya pegawai-pegawai awam telah menghadiri banyak kursus, lulus peperiksaan perkhidmatan, lulus kursus Induksi, BTN, lulus PTK, menerima sijil penghargaan Khidmat Cemerlang dan menghadiri latihan-latihan yang dianjurkan oleh kerajaan. Inilah antara alasan pada pendapat saya pihak SPA perlu pertimbangkan kepada pemohon-pemohon jawatan Gred 41 di kalangan pegawai Kumpulan Sokongan.

Kami telah bersusah-payah untuk belajar, berkorban wang ringgit (hutang PTPTN), masa, tenaga dan berpisah dengan keluarga semata-mata untuk menimbah ilmu bagi menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan setiap kakitangan kerajaan mempertingkatkan ilmu pengetahuan. Tetapi dalam masa yang sama pihak kerajaan khususnya SPA seperti melupakan kami yang telah bertungkus-lumus belajar untuk diberi pertimbangan dipanggil temuduga dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi dalam Gred 41. Sila rujuk Surat Edaran JPA bertarikh 12 Okt 2005 rujukan : JPA(S)256/6 Klt.12 (66).

Saya amat mengharapkan pihak Cuepacs dapat melihat isu dan permasalahan ini secara kolektif dan memberi perhatian yang sewajarnya demi memartabatkan dan meningkatkan karier kerjaya kakitangan Kumpulan Sokongan yang komited dan mempunyai Ijazah yang pada masa kini masih terumbang-ambing dan tidak mendapat perhatian dan pembelaan.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

ROSANI BIN TANJIL
Institut Perguruan Tawau
Beg Berkunci No. 27
91009 Tawau

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju bah sani, kita sama dulu kat uum tapi masih nda berubah bah