SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 September 2008

KAKITANGAN AWAM SABAH AKAN TERIMA BONUS

Bernama
24/9/2008

KOTA KINABALU: Kakitangan awam kerajaan Sabah akan menerima bonus sebulan gaji tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman hari ini. Musa, yang juga Menteri Kewangan Negeri, berkata bonus itu akan dibayar dua kali iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan pada Disember ini. "Kita berharap dengan pembayaran bonus ini kita sehaluan dengan pucuk pimpinan negara dan juga Bajet 2009 iaitu pemberian satu bulan bonus untuk kakitangan kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di sini.
Menurut Musa, kerajaan negeri akan membelanjakan kira-kira RM32.5 juta untuk pembayaran bonus kepada 19,363 kakitangan awam negeri. Sementara itu, Musa turut mengumumkan kerajaan negeri akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada Hari Raya pertama di Kompleks Sukan Likas dekat sini. Katanya, rumah terbuka itu mulai jam 11 pagi hingga 3 petang dan akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah dan isteri Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar. - Bernama