SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 September 2008

WARGA UNIVERSITI PENGGERAK KECEMERLANGAN

Petikan dari Berita Harian
Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my
3/9/2008

WARGA universiti perlu berperanan sebagai penggerak utama memaju dan mentransformasikan universiti secara menyeluruh untuk muncul sebagai institusi pendidikan tinggi tersohor hingga ke peringkat global. Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah, berkata perubahan ke arah kecemerlangan universiti bukanlah proses yang boleh berlaku dengan sendiri, sebaliknya perlu dirancang, diurus dan dikawal dengan teliti serta disiplin selain sikap komited terhadap budaya perubahan. “Kita tidak boleh mudah berpuas hati dan begitu selesa dengan kejayaan semasa, sebaliknya perlu melakukan penambahbaikan secara berterusan.
“Sebagai sebuah pusat pendidikan berstatus universiti penyelidikan, UPM memerlukan kakitangan yang memiliki nilai tambah positif dan kreativiti yang mantap agar dapat menunjangi kekuatan universiti. “Cabaran besar ini kita harapkan daripada warga UPM agar mampu berperanan sebagai pekerja berilmu yang sentiasa kreatif, inovatif dalam menangani cabaran mampu, mampu menganalisis senario semasa serta perubahan bakal berlaku selain berani berdepan dengan risiko,” katanya pada Majlis Gemilang Putra di Serdang, baru-baru ini. Pada majlis itu, Nik Mustapha menyampaikan lima anugerah utama kepada 629 kakitangan cemerlang UPM bagi menghargai kecemerlangan kualiti kerja berkaitan bidang pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan profesional dan sokongan.
Anugerah berkenaan ialah Fellowship Naib Canselor yang disampaikan kepada lima penerima, Anugerah Jasa Putra (83), Anugerah Setia Putra (26), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (447) dan Anugerah Bakti Putra (66) Anugerah tertinggi iaitu Anugerah Khas Universiti - Tokoh Putra Terbilang diraih Juruteknik Kanan, Pusat Sukan UPM yang juga Presiden Cuepacs, Omar Osman. Masing-masing menerima anugerah berupa Sijil Simpanan Premium bernilai antara RM300 hingga RM15,000 berserta sijil penghargaan. Bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Seri Putra, masing-masing menerima wang tunai RM1,000 dan jam tangan bernilai RM300.

Tiada ulasan: