SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 September 2008

KAKITANGAN AWAM DAPAT BONUS SELASA

SelasaOleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Lebih 1.2 juta kakitangan awam akan menerima gaji dan bayaran bonus setengah bulan Selasa depan bagi membolehkan mereka membuat persiapan awal menyambut Aidilfitri selain merancang perjalanan pulang ke kampung. Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata Kementerian Kewangan memaklumkan perkara itu kepada kesatuan petang semalam dan Cuepacs amat menghargai tindakan kerajaan menjaga kebajikan kakitangan awam. Katanya, Cuepacs menerima rayuan dan permintaan anggota sektor awam dan kesatuan gabungan berhubung perkara itu memandangkan Aidilfitri jatuh pada 1 Oktober depan. “Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas kelulusan gaji lebih awal ini dan yakin anggota sektor awam dapat membuat perancangan kewangan yang bijak,” katanya kepada Berita Harian, semalam. Sementara itu, Omar berkata pihaknya memohon kerajaan mengisytiharkan 3 Oktober depan sebagai cuti khas sempena Hari Raya dan sudah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam. “Kita sudah menulis surat kepada KSN memandangkan sambutan Hari Raya jatuh pada 1 Oktober (Rabu) dan 2 Oktober (Khamis) manakala kakitangan sektor awam perlu kembali bertugas pada 3 Oktober (Jumaat). “Mereka perlu hadir ke pejabat masing-masing untuk bertugas pada Jumaat dan bercuti semula pada Sabtu dan Ahad berikutnya. Sekiranya 3 Oktober diberi cuti khas maka anggota sektor awam tidak perlu bergegas pulang dari kampung masing-masing,” katanya. Katanya, beliau yakin pemberian cuti khas tidak akan menjejaskan produktiviti, sebaliknya pelbagai perkara seperti penggunaan elektrik, air dan penghawa dingin dapat dijimatkan.

Tiada ulasan: