SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 September 2008

KPPJSM SYOR HARI PENGUATKUASA PERINGKAT KEBANGSAAN PADA 15 SEPT.

Petikan dari Berenama
By:
Ramjit-->

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) hari ini mencadangkan supaya 15 Sept disambut sebagai Hari Penguatkuasa peringkat kebangsaan.Presidennya Hamzah Masri berkata semua agensi kerajaan yang mempunyai bahagian penguatkuasaan perlu menjadikan sambutan itu sebagai acara tahunan seperti yang dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Hari Penguatkuasa itu seharusnya disambut oleh semua agensi yang mempunyai bahagian penguatkuasaan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen dan Majlis-majlis Daerah di seluruh negara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini."Dengan adanya sambutan itu, semua agensi terbabit dapat berkumpul dan dari situ kita boleh bertukar-tukar pendapat dan mencari jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang berbangkit semasa menjalankan tugas," katanya ketika mengulas mengenai sambutan Hari Penguatkuasa DBKL.Jika sambutan Hari Penguatkuasa peringkat kebangsaan dilaksanakan, ia merupakan satu langkah positif yang akan menjadi kayu pengukur dalam menilai prestasi kerja kakitangan agensi itu, katanya.Hamzah berkata perkara itu pernah dicadangkan dalam mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs lepas dan ia dipersetujui oleh semua anggota majlis."Saya tidak tahu bila ia akan dilaksanakan tetapi berharap cadangan ini akan dikaji agar ia dapat dilaksanakan untuk kebaikan bersama," katanya.-- BERNAMA

Tiada ulasan: