SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 September 2008

MUSTAHIL PENUHI SEMUA TUNTUTAN100% - TPM

Petikan dari Utusan Malaysia

KUANTAN 30 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak mampu memenuhi semua tuntutan yang dibuat oleh pelbagai pihak dalam Bajet 2009.Menurut Timbalan Perdana Menteri, setiap golongan di negara ini perlu melihat kemampuan sebelum mempersoalkan tindakan kerajaan yang dikatakan tidak memenuhi kehendak mereka seratus peratus.
"Kita tidak boleh dapat semua yang kita hendak. Ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan. Kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak semua golongan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 55 masjid dan 156 surau dalam daerah Pekan sempena Ramadan di Pejabat UMNO Pekan di sini hari ini.
Beliau mengulas kekecewaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berikutan kerajaan tidak memenuhi permintaan kesatuan itu berhubung kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan penyelarasan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) pada pembentangan Bajet 2009 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen semalam.
Sehubungan itu, Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bulan depan bagi membincangkan kedua-dua perkara tersebut.
Mengulas lanjut, Najib berkata, pada hakikatnya, kerajaan telah memenuhi pelbagai tuntutan yang dibuat oleh CUEPACS sebelum ini.
Tuntutan paling utama yang dipenuhi kerajaan, tegas beliau, ialah kenaikan gaji kakitangan awam yang dianggap paling tinggi pernah dilakukan oleh kerajaan pada tahun lalu.
"Tahun lalu, CUEPACS dapat kenaikan gaji yang tertinggi dalam sejarah tetapi mereka tidak dapat bonus. Apabila mereka tidak dapat bonus, mereka tuntut bonus pula. Jadi pada tahun ini kita bagi bonus sebulan," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan sedia menimbang segala tuntutan yang dibuat oleh CUEPACS pada masa akan datang berdasarkan kemampuan.
"Kita (kerajaan) buat dulu mana yang termampu. Kalau tidak dapat kali ini, kita sedia mendengar rayuan. Mungkin pada masa akan datang kerajaan boleh tolong," jelasnya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan hanya ITP dan COLA sahaja tapi CEUPACS perlu lebih telus dan adil dalam membuat tuntutan. apakah kakitangan kerajaan yang menerima EPW and BIW dinafikan hak mereka? fikir-fikirkanlah wahai manusia sesungguhnya manusia itu sentiasa didlm kerugian. alang-alang mandi biar basah, alang-alang semua tak dapat...

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan banyak rugi undi pada kakitangan swasta. hak2 kepada semua kakitangan kerajaan atau swasta mestilah adil dalam malaysia. Kakitangan swasta dah lama terseksa solah2 di anak tirikan. so, fikir2kanlah Malaysiaku....Biar adil dan wasatiah....kakitangan kerajaan MELAYU dan Kakitangan SWASTA MELAYU jugak...so, fikirlah di mana kebenaran dan keadilan serta hak yang bertepatan. Sayang Malaysia.