SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

10 September 2008

RAYU KERAJAAN NEGERI BERI BONUS

Petikan dari Utusan Malaysia
9/9/2008

KOTA KINABALU 9 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) cawangan Sabah meminta Kerajaan negeri memberi bonus kepada kakitangan awam negeri sama seperti yang dinikmati kakitangan awam Kerajaan Persekutuan.
Pengerusinya, Pengiran Anak Pengiran Mubin berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada kakitangan awam negeri khususnya kakitangan sokongan yang ingin mengetahui perkara itu.
"Cuepacs Sabah akan menghantar surat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam masa terdekat untuk memohon pertimbangan tentang perkara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Melalui Bajet 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pemberian bonus kepada seramai 1.2 juta kakitangan awam Kerajaan Persekutuan.
Pemberian itu dilakukan dengan menerima sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember ini.
Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan awam kepada pembangunan negara.
Pengiran Anak berkata, pihaknya yakin bahawa kerajaan negeri akan mempertimbangkan perkara itu kerana sebelum ini, kerajaan Sabah tidak pernah
tidak berbuat demikian.

Tiada ulasan: