SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 September 2008

CUEPACS MOHON GAJI KELUAR AWAL BAGI SAMBUTAN HARI RAYA

Petikan dari Berita Harian
15/9/2008


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta kerajaan mempercepatkan pemberian gaji bulan ini bagi membolehkan kakitangan awam membuat persiapan menyambut hari raya. Presidennya Omar Osman berkata gaji sektor awam perlu dipercepatkan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal daripada tarikh biasa 25 September bagi membolehkan kakitangan sektor itu merancang perjalanan pulang ke kampung dengan lebih baik. “Kebanyakan mereka (kakitangan awam) sudah mengambil cuti awal untuk pulang ke kampung. Jadi jika gaji keluar pada 25 September, mereka yang kampungnya jauh terpaksa menunggu gaji masuk sebelum dapat merancang perjalanan mereka.
“Ini akan mengundang kesesakan jalan raya contohnya apabila kebanyakan daripada kita akan keluar dari ibu kota pada masa yang sama untuk menuju ke kampung masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Katanya beliau juga menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kakitangan awam yang merungut tidak dapat membeli barangan untuk sambutan hari raya lebih awal jika gaji dikeluarkan pada tarikh biasa. - Bernama

Tiada ulasan: