SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

24 Februari 2009

CUEPACS BAKAL KEMUKA 8 CADANGAN BARU

Metro
23/2/2009


KOTA BHARU: Kebajikan kakitangan awam terus diperjuangkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) termasuk lapan cadangan baru yang bakal dikemukakan kepada kerajaan.Presidennya, Omar Osman, berkata cadangan itu akan dikemukakan selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Beliau berkata, cadangan baru itu akan dimuktamadkan ahli kongres sempena Bengkel Penambahbaikan Gred Gaji dan Skim Perkhidmatan di Terengganu, awal Mac ini.Menurutnya, antara cadangan yang akan dikemukakan termasuk mengkaji semula gred gaji, semakan semula formula pencen dan kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan.
“Cuepacs mahu kerajaan mengkaji semula penambahan mata gaji selaras usia persaraan yang kini dilanjut kepada 58 tahun. Ia penting bagi memastikan kualiti pekerja terus meningkat.
“Selain itu, formula pencen yang diguna pakai sekarang perlu disemak berikutan sudah menjangkau 50 tahun dan perlu diselaras semula,” katanya pada sidang media selepas bertemu ahli Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU) di Gelanggang Seni di sini, semalam.Pada majlis yang turut dihadiri Presiden MTSU Suhaimi Othman, beberapa ahli bakal bersara diraikan.

Tiada ulasan: