SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Februari 2009

PERPUSTAKAAN: CUEPACS MAHU LIM CAMPUR TANGAN

Bernama
By:
Ramjit-->
3/2/2009


KANGAR, 3 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng campur tangan bagi menangani masalah 13 kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) yang ditamatkan kontrak perkhidmatan baru-baru ini.Presiden Cuepacs Omar Osman berkata Lim perlu melakukan sesuatu demi masa depan kakitangan terbabit.Katanya Cuepacs telah mengemukakan surat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan timbalannya P. Ramasamy, yang juga pengerusi PPAPP untuk membantu menyelesaikan masalah itu."Kami harap masalah mereka diselesaikan segera tetapi tiada maklum balas yang diterima sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan perwakilan Kesatuan Pekerja-pekerja Perawatan Kesihatan Malaysia di sini, Selasa.Sebelum ini Cuepacs memberi pilihan kepada PPAPP supaya mengambil semula 13 pekerja kontrak yang ditamatkan perkhidmatan itu atau membayar pampasan mengikut tempoh mereka bekerja dalam tempoh 14 hari.Beliau berkata jika PPAPP masih enggan menyambung semula kontrak kakitangan berkenaan, Cuepacs akan merujuk kes itu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.Atas sikap perikemanusiaan, Omar berharap setiap jabatan memikirkan masa depan kakitangan kontrak dengan tidak menamatkan perkhidmatan mereka dengan sewenang-wenangnya terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.Setiap hari, katanya beliau terima paanggilan daripada pekerja kontrak yang telah ditamatkan perkhidmatan terutama dari Pulau Pinang dan Kelantan bertanyakan bila mereka akan diambil bekerja semula kerana tidak dapat lagi menanggung beban kewangan yang memeritkan.Beliau berkata di Kelantan, lebih 400 kakitangan kontrak Jabatan Pendidikan telah ditamatkan perkhidmatan mereka."Saya berharap selepas 50 tahun (negara) merdeka ini, tiada lagi kakitangan berstatus kontrak dalam sektor awam dan semuanya diberikan status tetap serta berpencen."Selain itu bagi mereka yang diberhentikan kontraknya perlu dipanggil balik atau diserapkan ke tempat lain," katanya.-- BERNAMA

Tiada ulasan: