SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Februari 2009

UTAMAKAN PEKERJA KONTRAK

Utusan Malaysia
17/2/2009

KUALA LUMPUR 16 Feb. - CUEPACS menggesa kerajaan mengutamakan 50,000 pekerja kontrak yang sedang berkhidmat bagi mengisi kekosongan yang ada dalam perkhidmatan awam.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin memberitahu, ia merupakan langkah paling adil dan logik memandangkan para pegawai terbabit adalah berpengalaman dan kebanyakannya berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam, semalam bahawa pekerja dari sektor swasta yang diberhentikan akan ditawarkan kerja dalam perkhidmatan awam bagi mengisi 20,000 kekosongan dalam pelbagai jawatan.
Tambahan pula, Ahmad Shah berkata, para pekerja sektor swasta akan menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan budaya kerja perkhidmatan awam dan mungkin tidak dapat menyumbang dengan segera kerana terpaksa menjalani semula latihan dan ini akan memberi beban tambahan kepada kerajaan.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata disebabkan gaji permulaan bagi sektor awam dan swasta berbeza, ia mungkin tidak menarik pekerja berpengalaman yang diberhentikan untuk menyertai perkhidmatan awam.
Beliau berkata, adalah normal bagi bakal calon dalam perkhidmatan awam akan ditawarkan penetapan gred dengan gaji permulaan yang ditetapkan.
"Malah, jika pekerja yang diberhentikan mempunyai pengalaman, ia tidak akan dipertimbangkan dan masih perlu diletakkan pada gaji permulaan berdasarkan gred dan jenis kerja yang ditawarkan," katanya.
Sementara itu, Jabatan Tenaga Rakyat melaporkan bahawa terdapat kira-kira 14,000 pekerja yang diberhentikan dan 45,000 pekerja yang diberhentikan sementara di negara ini, setakat 9 Februari. - Bernama

Tiada ulasan: