SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

09 Februari 2009

PENJAWAT AWAM TAKUT BUAT ADUAN

Berita Harian
Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my
9/2/2009



Cuepacs tidak dapat halang pihak bertanggungjawab anjur skim cepat kaya KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendedahkan ada kakitangan awam yang membuat pinjaman bank sehingga RM30,000 semata-mata mahu mendapatkan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat menerusi skim cepat kaya. Presidennya, Omar Osman, bagaimanapun kecewa apabila tiada pihak tampil membuat aduan secara rasmi bagi membolehkan tindakan susulan diambil kepada pihak bertanggungjawab memperkenalkan skim cepat kaya kepada penjawat awam. "Kita memang tak dapat kenal pasti sebab tiada yang berani tampil membuat aduan selepas pekeliling (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 2009) dikeluarkan bulan lalu.
"Ia mungkin kerana ada yang terbabit dengan skim cepat kaya ini takut untuk melaporkannya kepada pihak atasan kerana bimbang akan dikenakan tatatertib... jadi mereka (yang terbabit dengan skim cepat kaya, tetapi mahu membuat laporan) tersepit dan akhirnya mendiamkan diri sebagai cara terbaik," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Katanya, walaupun ada beberapa individu yang menghubunginya secara peribadi bagi menjelaskan keadaan sebenar mengenai penyebaran skim cepat kaya membabitkan penjawat awam pelbagai peringkat jawatan, namun akhirnya mereka enggan membuat laporan semata-mata takut dikenakan tindakan tatatertib atau hilang pekerjaan. Berikutan itu, Omar berkata, pihaknya sehingga kini gagal mengesan mana-mana kakitangan awam yang terbabit dengan skim berkenaan walaupun sebelum ini ada laporan menyebut seramai 50,000 penjawat awam dikesan dalam aktiviti itu.
"Memang ada yang telefon saya untuk memaklumkan mengenai aktiviti ini (skim cepat kaya), tetapi mereka tidak mahu mendedahkan identiti masing-masing sehingga sukar untuk kita kesan," katanya. Menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 2009, larangan itu menyebut semua kakitangan awam dikehendaki menghentikan pembabitan serta-merta dan mereka yang dikesan terbabit dalam kegiatan itu akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan lain yang berkuat kuasa. Selain itu, katanya, Cuepacs akan meminta kerajaan melonggarkan syarat pembayaran pampasan perkhidmatan yang biasanya hanya akan dibayar sekali gus apabila kakitangan awam bersara. Presidennya, Omar Osman, berharap kerajaan dapat menimbang cadangan itu dengan memberi bayaran awal antara 10 hingga 15 peratus daripada jumlah pampasan perkhidmatan atau gred duti berkenaan dalam tempoh terdekat bagi meringankan beban perbelanjaan kakitangan awam berikutan keadaan ekonomi semasa.
"Cadangan berkenaan adalah antara perkara bakal dibincangkan dalam mesyuarat kongres yang akan diadakan pada Mac depan di Terengganu," katanya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macamana kakitangan awam tak masuk skim cepat kaya gaji ciput bayar duit kereta, elaun rumah ciput tapi kena bayar ansuran rumah tinggi, minyak kerajaan dah naikan,anak2 kene hantar nusery mahal sebab selalu balik lambat bos suruh siapkan kerja tapi tak dibayar elaun lebih masa cuma diganti dgn cuti sahaja.Pergi kursus pun kena pakai duit sendiri tak boleh claim alasan peruntukan tak cukup. Tapi bos pergi meeting boleh naik kenderaan jabatan dan boleh claim tiket kapal terbang adil ke bos suruh kita jimat tapi dia....gunakan apa yg ada.Teruk betul kerja dengan kerajaan sekarang. Tahun ni aku nak pangkah PAS lagi bagus.. BN cuma jaga org atasan je gi matilah BN ...aku nak gulingkan BN macam mesir....

Tanpa Nama berkata...

saya seorang penjawat awam yg berkhimat dijabatan bekalan air pahang,maran...kita sedia maklum bahawa jabatan kami akan dikopratkan,seperti saya berkhidmat dgn kerajaanhampir 7 thn,sehubungan dgn itu syarikat akan membayar pampasan kepada penjawat yg berkhidmat 10thn keatas saja,bagaimana nasib saya dan ramai rakan yg bermasalah mcm ni skrg,skrg sy ingin menuntut hak sebagai penjawat awam yg berkhidmat ngan kerajaan dibwh 10thn,bg pihak sy dan rakan2 lain ingin memohon pihak cuepac dato omar osman turun padang dgn secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah kami,tolonglah kami utk menuntut hak sewajarnya...

Unknown berkata...

Perangai orang kerajaan aku tengok dekat pusat latihan guru dalam perkhidmatan (PLGDP) sg karangan macam haram jadah. Patut mati dari hidup. Xdak disiplin amanah tanggungjawab. Mmg xmalu mkn duit rakyat kalau mcm tu. Kerajaan mana ada duit rakyat kena keja teruk. Pegawai kerajaan pukimak. Kerajaan sekarang kerajaan bodoh

Unknown berkata...

Perangai orang kerajaan aku tengok dekat pusat latihan guru dalam perkhidmatan (PLGDP) sg karangan macam haram jadah. Patut mati dari hidup. Xdak disiplin amanah tanggungjawab. Mmg xmalu mkn duit rakyat kalau mcm tu. Kerajaan mana ada duit rakyat kena keja teruk. Pegawai kerajaan pukimak. Kerajaan sekarang kerajaan bodoh

faez syahmi berkata...

Perangai orang kerajaan aku tengok dekat pusat latihan guru dalam perkhidmatan (PLGDP) sg karangan macam haram jadah. Patut mati dari hidup. Xdak disiplin amanah tanggungjawab. Mmg xmalu mkn duit rakyat kalau mcm tu. Kerajaan mana ada duit rakyat kena keja teruk. Pegawai kerajaan pukimak. Kerajaan sekarang kerajaan bodoh

Dewi Rumapea berkata...

Salam sejahtera!
Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Ibu Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan