SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

03 Februari 2009

CUEPACS BERI KATA DUA KEPADA PPAPP

Bernama
By: Ramjit



BUTTERWORTH, 2 Feb (Bernama) -- Cuepacs hari ini memberi kata dua kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) supaya mengambil semula 13 pekerja kontrak yang ditamatkan perkhidmatan atau membayar pampasan mengikut tempoh mereka bekerja.Presidennya, Omar Osman berkata berikutan terdapat kekosongan bagi 66 jawatan tetap yang belum diisi, maka pekerja kontrak itu, yang rata-rata telah bekerja untuk tempoh antara 5 dan 15 tahun patut diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan berkenaan.Katanya, jika mereka tidak diambil bekerja semula, pekerja berkenaan layak mendapatkan pampasan dan jumlahnya adalah bergantung kepada tempoh perkhidmatan mereka."Menurut pekeliling kerajaan, pekerja kontrak layak mendapat pampasan dan hak ini tidak boleh dinafikan oleh majikannya," katanya kepada pemberita, di sini.Katanya, tindakan PPAPP menamatkan kontrak mereka yang telah berjasa dan menyumbang tenaga kepada kemajuan organisasi itu ketika keadaan ekonomi tidak menentu merupakan satu penganiayaan; perbuatan yang tidak bertimbang rasa dan tidak menjaga kebajikan pekerja.Sehubungan itu, katanya, Cuepacs telah menghantar surat kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan salinannya kepada Timbalan Ketua Menteri II, P.Ramasamy, yang juga pengerusi PPAPP minggu lalu supaya mereka menyelesaikan perkara itu segera.Katanya, Cuepacs memberi tempoh selama 14 hari mulai hari ini kepada kerajaan negeri untuk menyerapkan mereka ke jawatan tetap atau menyambung kembali kontrak yang ditamatkan itu dan jika tidak, perkara itu akan dipanjangkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.Semalam, Pengarah PPAPP Shukriah Yon berkata, pihaknya tidak mampu lagi menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk membayar gaji dan emolumen yang berjumlah RM4 juta setahun.Katanya, ketika ini, PPAPP mempunyai 34 pekerja tetap, 105 pekerja kontrak dan baru-baru ini JPA telah meluluskan 66 jawatan tetap tambahan yang pengisiannya sedang dibuat.Selain itu, prestasi kerja juga menjadi punca kontrak tidak disambung, katanya.-- BERNAMA

Tiada ulasan: