SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Februari 2009

SAMBUNG KONTRAK ATAU PAMPASAN

Utusan Malaysia
Oleh HASNURUL
MOHAMEDpengarang@utusan.com.my
3/2/2009



BUTTERWORTH 2 Feb. - Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) yang memberhentikan 13 kakitangannya diberi kata dua sama ada menyambung semula perkhidmatan mereka atau membayar pampasan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, tindakan memberhentikan 13 kakitangan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
Beliau berkata, alasan prestasi kerja tidak memuaskan dan bajet tidak mencukupi yang diberikan oleh Pengarah PPAPP Negeri, Shukirah Yon, tidak boleh diterima.
Justeru, katanya, CUEPACS mendesak supaya kerajaan negeri campur tangan dalam isu pemberhentian kakitangan kontrak itu memandangkan PPAPP adalah agensi di bawah kerajaan negeri.
"Kita marah, kecewa dan dukacita di atas tindakan PPAPP memberhentikan 13 kakitangan kontrak ini. Saya mendapat tahu, ada di antara mereka ditawarkan untuk sambung kontrak, kemudian tidak sampai sebulan, disuruh berhenti pula.
"Jangan main-main benda macam ini kerana setiap kakitangan ada keluarga dan tanggungan masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama tujuh daripada 13 kakitangan kontrak PPAPP yang diberhentikan secara drastik di sini hari ini.
Ketujuh-tujuh kakitangan kontrak PPAPP yang hadir ialah Amelia Che Rus, 31, Haniza Zulkifli, 29, Norfariza Rahim, 28, Mohd. Sharif Ahmad, 32, Norlela Abd. Hamid, 34 dan Ibrahim Ismail, 51.
Omar berkata, CUEPACS telah menghantar surat kepada Ketua Menteri memohon supaya arahan dikeluarkan kepada PPAPP agar menerima semula 13 kakitangan yang diberhentikan itu dan diserapkan ke jawatan tetap.
"Kalau tidak, bayar pampasan walaupun mereka ini berstatus kakitangan kontrak kerana mengikut syarat dan terma dalam kontrak, mereka layak menerima pampasan," katanya.
Omar berkata, salinan surat itu juga telah dihantar kepada Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy dan diberikan tempoh selama dua minggu untuk membuat keputusan.
Katanya, PPAPP seharusnya bersikap lebih prihatin dan bukannya menamatkan kontrak kakitangannya dengan menggunakan alasan prestasi tidak memuaskan.
Katanya, jika benar prestasi 13 kakitangan kontrak ini tidak memuaskan, mengapa setelah bertahun lamanya, mereka tidak pernah dipanggil atau diberikan latihan supaya prestasi dapat dipertingkatkan.

Tiada ulasan: