SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

09 Februari 2009

ILO: WUJUDKAN SKIM PELINDUNGAN SOSIAL PEKERJA

Bernama
9/2/2009


NEW DELHI 8 Feb. - Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menggesa kerajaan Asia Tenggara memperkenalkan skim perlindungan sosial untuk para pekerja di celah-celah pengangguran yang tercetus daripada kegawatan ekonomi global.
Pengarah ILO, Dr. Duncan Campbell berkata, pertubuhan yang berpangkalan di Geneva itu telah mengkaji lapan rantau kecil di dunia dan mendapati Asia Tenggara berada di tempat ketiga dari segi pengangguran ekoran krisis yang melanda sekarang.
"Inilah masanya untuk menyediakan jaringan keselamatan bagi pekerja kerana merekalah golongan yang akan terjejas. Kita telah menyaksikannya semasa Kemelesetan Besar pada tahun 30an.
"Ia berlaku selepas bencana Perang Dunia Kedua di Jepun dan Jepun telah mereka keselamatan sosial mereka. Jadi, sudah tiba masanya untuk mewujudkan perlindungan sosial untuk para pekerja," kata Duncan kepada Bernama di luar acara persidangan "Krisis Kewangan: Tadbir Urus dan Pembangunan Ekonomi Global." di sini.
Laporan tahunan ILO, "Trend Pekerjaan Global" yang dikeluarkan minggu lepas, meramalkan senario pasaran buruh yang muram, dengan hampir 50 juta pekerja akan menyertai senarai pengangguran jika krisis ini menjadi semakin teruk.
Laporan itu berkata, sekurang-kurangnya 200 juta pekerja, terutamanya dalam ekonomi membangun, akan terjebak ke dalam kemiskinan yang tegar.
"Pada purata, kita melihat kepada 1.1 peratus peningkatan dalam pengangguran di Asia Tenggara. Pengangguran akan meningkat kerana pendedahan eksport negara-negara ini," kata beliau.
Campbell berkata, permintaan global yang mengecut akan memberikan kesan dramatik kepada pasaran buruh dan malah pertumbuhan ekonomi sebanyak tujuh peratus di negara-negara seperti China dan India tidak mampu mewujudkan pekerjaan yang mencukupi
"Situasi bekerja akan sukar, upah akan jatuh dan hak pekerja akan terjejas.
Ia mengambil kira-kira lima tahun untuk pulih (pasaran buruh) semasa krisis lepas dan tempoh yang sama bagi krisis kali ini," kata beliau. - Bernama

Tiada ulasan: