SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

24 Februari 2009

CUEPACS TOLAK CADANGAN JPA MENGENAI PTK

Berita Harian
24/2/2009




SINTOK: Cuepacs menolak cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengena syarat mendapatkan perakuan ketua jabatan untuk kakitangan yang lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) tahap empat dan menunjukkan prestasi cemerlang tiga tahun berturut-turut untuk mendapat kenaikan pangkat atau anjakan gaji. Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs mahu setiap kakitangan yang lulus PTK tahap empat dan menunjukkan prestasi cemerlang tiga tahun berturut diberikan kenaikan pangkat atau anjakan gaji secara automatik tanpa perakuan ketua jabatan. "Sekarang ini ramai kakitangan yang memenuhi ketiga-tiga kriteria itu tetapi tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka nikmati," katanya.
Omar berkata, Cuepacs turut menolak penambahbaikan yang dibuat JPA yang mensyaratkan kakitangan awam mengambil ujian semula tahun berikutnya sekiranya tidak mendapat kenaikan pangkat atau anjakan gaji pada tahun mereka lulus ujian itu. "Cuepacs berharap selepas 1 Mei ini PTK yang baru akan memberi peluang kepada kakitangan kerajaan yang mencapai umur 50 tahun atau setidak-tidaknya sebelum persaraan mendapat kenaikan pangkat atau anjakan gaji," katanya. - Bernama

3 ulasan:

anna berkata...

Saya sokong bila pada mulanya Cuepacs mencadangkan agar PTK dimansuhkan. Ini kerana saya telah menduduki peperiksaan PTK pada tahun 2006 tetapi sampai sekarang belumpun mendapatkan keputusan samada lulus ataupun gagal sedangkan saya sekarang telah membuat keputusan nak bersara awal pada umur 56 tahun bulan Oktober ini. Jadi saya rasa PTK langsung tak memberi apa-apa faedah!!!

PTD Prihatin berkata...

Tuan yang dihormati...
Sebenarnya banyak masalah yang berlaku dalam perkhidmatan awam sekarang salah satunya berpunca dari perlaksanaan PTK. ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam termasuk di kalangan pegawai atasan.
Berikut adalah persoalan yang perlu diperjuangkan terus oleh CUEPACS dan wajib diselesaikan segera oleh Kerajaan "Government of the day".

1. Menghapuskan segera PTK yang memaksa kakitangan awam meninggalkan kerja untuk berkursus, menjalani public speaking, ambil exam dan buat kerja kursus. Ini amat membebankan majoriti kakitangan awam berbanding jika JPA/INTAN melaksanakan sistem baru seperti Kursus Kecekapan Kakitangan Awam yg mendedahkan mrk dengan sistem pengurusan n pentadbiran terkini. PTK sebenarnya hanya memenuhkan poket para pegawai atasan yg sudah berpencen tp masih galak mencari wang sebagai konsultan dan pemeriksa kerja kursus PTK. Malah ia turut menyemai sikap cemburu dikalangan mrk yang dinaikkan pangkat dgn yang tidak meskipun mrk sama-sama lulus PTK!

2.Permudahkanlah kenaikkan pangkat bagi para pegawai dan kakitangan bawahan terutama sekali para gred N, DG, M, S dan sebagainya. Jgn asyik menyambung perkhidmatan pegawai atasan dari setahun ke setahun. Sedarlah kalau dah cukup umur berpencen 58 tahun jgn lagi melobi-lobi Menteri, YB itu dan ini dan kerabat DiRaja (Daulat Tuanku!!!). Kami yang di bawah-bawah ni dah lama tunggu nak naik gred pangkat n gaji. Tapi hangpa dok sibuk nak mintak sambung.

3. Kerajaan juga harus memikirkan cara untuk menyerapkan para kakitangan dan pegawai kontrak jika mrk sudah berkhidmat lebih 5 tahun. Justeru perlu ada temuduga dan kursus khas untuk pengambilan mereka. Kalau yang ini perlu exam khas pun tak pa mcm kemasukan guru-guru, PTD dsbnya dlm perkhidmatan awam.

4. CUEPACS harus juga aktif membantu NUTP, PIBGN dan GMP menghapuskan PPSMI kerana ternyata menyusahkan para guru-guru sekolah, pelajar dan ibu bapa terutama sekali mrk yg berada di desa dan pendalaman. Yang untung adalah anak-anak di bandar dan golongan kaya, para pembekal laptop dan software PPSMI, tukang buat buku Math dan Sains dalam English. Kerajaan kena ingat 3,500 guru sekolah di Kuala Terengganu dlm PRK Kuala Terengganu dulu undi PAS, bayangkan kalau kerajaan respon cepat pasti kemenangan berpihak kepada BN/UMNO. Bukan kami nak berpolitik tp demi mjaga ketuanan Melayu tolonglah kerajaan respon hapuskan PPSMI. Kalau tak Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai menjadi kenangan pahit buat BN seterusnya bakal menjadikan Perkhidmatan Awam sebagai umpan pancingan kepada kepada gerakkan pemansuhan ketuanan Melayu-Islam!!!. Lainlah kalau BN /UMNO sendiri yang minta untuk dihancurkan.

5.Tingkatkan tempoh cuti tanpa rekod bersalin penjawat awam wanita dari 60 hari kepada 85 hari, manakala suami mereka yang juga penjawat awam diberikan cuti tanpa rekod tambahan dari 5 hari kepada 10 hari. Syarat ini adalah sah hingga ke anak yang ke 4 dan kepada suami yg bekerja sebagai penjawat awam.

6. Dan akhir sekali jangan dilupakan bonus 1 bulan gaji kepada kakitangan awam dalam bajet 2010 kelak. Kalau boleh berilah bonus 2 bulan gaji yang dibayar secara 4 kali pada September - Disember 2009 dan Mac – Jun 2010.

So CUEPACS kami mendoakan semoga anda memperjuangkan apa yang selama ini menjadi impian kami kakitangan awam. Kami sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan dan berharap DS Najib prihatin dan segera bersikap responsif terhadap rungutan2 ini.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong PTK dimansuhkan dan beri kenaikan gred jawatan kepada penjawat awam yang telah berkhidmat 10 tahun.