SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Februari 2009

KPPK: HATI-HATI DENGAN EJEN JUALAN TIDAK BERPRINSIP

Bernama
By: Ramjit-->
3/2/2009



KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini menasihati kalangan guru supaya berhati-hati dengan ejen jualan tidak berprinsip yang menggunakan nama kesatuan berkenaan untuk mempromosikan produk mereka di sekolah.Setiausaha agungnya, Loke Yim Pheng berkata kesatuan itu tidak pernah melantik mana-mana ejen jualan atau pun menjual apa-apa barang di sekolah.Beliau berkata kesatuan itu menasihati kalangan guru supaya tidak terpedaya dengan gimik jualan dan melaporkan kegiatan ejen seumpama itu kepada pihak berkuasa sekolah atau kesatuan berkenaan.Loke berkata kesatuan itu turut menerima banyak panggilan telefon daripada guru yang bertanya mengenai skim cepat kaya.Minggu lepas, Cuepacs mendedahkan terdapat lebih 50,000 kakitangan awam yang terbabit dalam skim cepat kaya.Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berkata keadaan itu sangat serius sehingga menyebabkan kerajaan mengeluarkan pekeliling khas perkhidmatan bagi melarang kakitangan kerajaan membabitkan diri dalam skim itu.Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom mengesahkan semalam bahawa kementerian itu masih belum menerima apa-apa laporan mengenai guru yang terbabit dalam skim itu.Loke, bagaimanapun mengalu-alukan langkah kerajaan melarang skim itu kerana ia membahayakan kesejahteraan kakitangan awam dan keluarga mereka.-- BERNAMA

Tiada ulasan: