SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 April 2012

PENJAWAT AWAM BERI SUMBANGAN BESAR

Utusan Malaysia
27/4/2012

PULAU PINANG 26 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjawat awam merupakan nadi kepada pembangunan negara kerana peranan yang dimainkan kumpulan itu bagi memastikan kejayaan program transformasi nasional yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Perdana Menteri berkata, sumbangan penjawat awam dalam konteks di Pulau Pinang amat besar, sehingga negeri ini muncul sebagai antara yang termaju.
Beliau berkata, kejayaan yang dicapai negeri ini dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pembuatan dan pelancongan bukan baru berlaku tetapi ia mengambil masa yang lama untuk dicapai.“Sama ada kita sedar atau tidak, ia bertitik -tolak daripada sumbangan penjawat awam yang terlibat merangka dasar-dasar pembangunan yang perlu dilaksanakan untuk kemajuan negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Anggota Perkhidmatan Awam dihadiri lebih 5,000 orang di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini. Hadir sama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pegawai Kemajuan negeri, Datuk Nik Ali Md. Yunus.

53 ulasan:

Upin Ipin berkata...

Betul! Betul! Betul!

Tanpa Nama berkata...

Stuju... sumbangan kpd negara oleh PA amat tinggi.
sampai masanya sumbangan ini dihargai .. bukan dalam bentuk RM sahaja malah dlm lain-lain cara seperti menyediakan kemudahan semasa bekerja mahupun setelah bersara.
terima kasih kerajaan. hampir 30 tahun saya berkhidmat, banyak sudah jasa yang telah diberi kpd PA.

Tanpa Nama berkata...

Mohon JPA urus segera perkara pemberian Anjakan Gaji kpd PA yang lulus Aras 4.
Ramai PA yang sdang menunggu hasil daripada usaha, penat lelah, pengorbanan diri, masa dan cuti yang dikhususkan untuk mentelaah sumber-sumber rujukan bagi sukatan PTK yg berkaitan untuk mencapai Aras 4.
Pencapaian individu PA ini amat bernilai kepada NEGARA kerana telah MEMBUKTIKAN mereka adalah PA yang KOMPITEN !
Syabas kpd yg telah mencapai ARAS 4 dan bukan semua PA yang mencapai pencapaian ini.
Tq.

Tanpa Nama berkata...

"PENJAWAT AWAM BERI SUMBANGAN BESAR"

41 keatas sahaja ......

Tanpa Nama berkata...

"PENJAWAT AWAM BERI SUMBANGAN BESAR"

.... dapat habuan besar " KGT " siapa ?

Tanpa Nama berkata...

ramai k/t awam tak buat kerja hakiki,asyik menghilangkan diri,asyik tidor dalam pejabat,baca paper dan main game,penyelia tak awasi mereka mereka,kedatangan orang asyik orang itu,tinggal dekat pejabat,bukan tinggal dialor setar dan thailand.kalau jamuan makan malam,puak ini datang awal.

Tanpa Nama berkata...

ramai k/t awam tak buat kerja hakiki,asyik menghilangkan diri,asyik tidor dalam pejabat,baca paper dan main game,penyelia tak awasi mereka mereka,kedatangan lambat orang asyik orang itu,tinggal dekat pejabat,bukan tinggal dialor setar dan thailand.kalau jamuan makan malam,puak ini datang awal.pengarah dipejabat kerajaan takut keluar memo,hal yang kecil berani keluar memo,

Tanpa Nama berkata...

Puak yang lulus Aras IV main teka aje,kerja tak berkualiti,lambat,tapi dapat kenaikan gaji yang lebih,mereka mereka pengucapan awam A+,tapi buat sikit,setengah pembantu penilaian,penolong pegawai penilaian gaji banyak buat kerja sikit,penyelia tak awasi mereka mereka ini.

pemerhatianda berkata...

penjawat awam asyik tengok internet aje waktu kerja,, solat zohor pukul 2ptg sampai 2.30ptg, masuk kerja buka internet,,,contoh boleh tengok time komen di bawah-bawah. solat asar pukul 4;35 ptg sampai pukul 5..lepas tu punch card...
gaji nak banyak...ketua setiausaha tolong pantau sikit....kot-kot ketua setiausaha sama kot...

Tanpa Nama berkata...

kakitangan awam lambat kerja kerana tak amati 5 prinsip,amanah,jujur,displin,taat dan rajin.

Tanpa Nama berkata...

kenapa kakitangan awam lewat datang kerja ,alasan tak cukup tidur,jam loceng tak bunyi,tapi orang yang datang lewat asyik puak itu aje,tiada orang lain,boss takut nak tegur,cakap dalam meeting saja,diluar takut.

Tanpa Nama berkata...

jangan suka pandang keburukan orang lain..cari keburukan diri sendiri dulu..

Tanpa Nama berkata...

ramai kakitangan awam kerap keluar minum pagi,walaupun dalam perintah am tiada arahan membenarkan,kakitangan awam masih engkar.JPA tak buat apa-apapun.

Tanpa Nama berkata...

Soalan:
BAGAIMANAKAH cara terbaik menghindarkan diri daripada mengumpat. Benarkah ada mengumpat yang dibenarkan, apa pandangan ustaz mengenai perkara ini.
Mengumpat yang dibenarkan antaranya, apabila berlaku penganiayaan seperti individu yang dizalimi mengadukan kezaliman seseorang kepada hakim supaya hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya. NURUL HASANAH,
Bangi, Selangor.

Jawapan:

ANTARA penawar untuk mengekang lidah daripada mengumpat, seseorang hendaklah mengetahui bahawa suka mengumpat akan mendedahkan diri kepada kemurkaan Allah atau dengan erti kata lain, apabila mengumpat samalah seperti melanggar larangan Allah SWT.
Penawar untuk mengelak mengumpat ialah meneliti diri sendiri terlebih dulu, apakah dalam diri ada atau tidak keaiban atau keburukan. Jika ada tentu lebih utama kita membetulkan diri sendiri daripada mengumpat orang lain.

Imam Ghazali menyebut dalam kitabnya Ihya’: “Jika tidak ada jalan lain untuk mencapai sesuatu tujuan yang betul dibenarkan oleh syariat Islam, melainkan dengan menyebut keburukan orang lain, maka dalam hal ini dibenarkan mengumpat dan hukumnya tidak berdosa sama sekali.”

Mengumpat yang dibenarkan antaranya, apabila berlaku penganiayaan seperti individu yang dizalimi mengadukan kezaliman seseorang kepada hakim supaya hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya.

Dalam hal ini, tidak mungkin jelas sesuatu perkara yang hendak disampaikan pada hakim melainkan dengan menyebut dan menerangkan keburukan si zalim itu untuk membuktikan kezalimannya.

Kedua, meminta bantuan orang lain mengubah sesuatu kemungkaran atau mengembalikan seorang yang suka melakukan maksiat ke jalan kebaikan.

Ketiga, ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum agama. Contohnya, ia berkata kepada mufti: “Ayah menganiaya saya atau isteri saya menzalimi saya dan sebagainya. Perkara ini berdasarkan riwayat daripada Hindun Utbah yang mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa Abu Sufyan (suaminya) adalah seorang yang amat kedekut.

“Ia tidak memberi keperluanku dan keperluan anakku dengan secukupnya. Apakah aku boleh mengambil daripada hartanya tanpa pengetahuannya?” Maka sabda Rasulullah SAW: “Ambillah apa yang cukup untuk keperluanmu dan keperluan anakmu secara adil.”

Keempat, mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan. Contohnya, jika saudara mengetahui seseorang itu jahat, lalu saudara mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri daripada orang itu.

Atau menyatakan keaiban seseorang supaya amanah tidak diserahkan kepadanya atas tujuan menasihat, bukan kerana memburukkan atau menjatuhkan namanya di hadapan orang lain.

Kelima, apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran atau panggilan yang memang menunjukkan kekurangan dirinya seperti mengatakan si polan yang tempang atau buta. Maka dalam hal ini, tiadalah dilarang menyebutnya bagi memudahkan orang mengenalinya.

Walau bagaimanapun jika dapat diubah dengan gelaran lain atau panggilan yang lebih baik dan senang pula disebarkan maka itu lebih baik.

Keenam, apabila seseorang itu memang sengaja membuat kefasikan dan bermegah dengan perbuatan itu, maka terhadap orang ini tidak dilarang melemparkan ghibah (mengumpat) kerana kelakuannya.

Tanpa Nama berkata...

Bagi naik gaji pada Kakitangan Awam @ Time Base pada Guru pun belum tentu rating BN naik .
Lihatlah bersih 3.0 menjadi ganas yg majoritinya adalah Bangsa Melayu.Melayu yg buat rusuhan tu jadi Kambing Hitam puak berkepentingan Politik.

Tanpa Nama berkata...

pemerhatianda berkata...

penjawat awam asyik tengok internet aje waktu kerja,, solat zohor pukul 2ptg sampai 2.30ptg, masuk kerja buka internet,,,contoh boleh tengok time komen di bawah-bawah. solat asar pukul 4;35 ptg sampai pukul 5..lepas tu punch card...
gaji nak banyak...ketua setiausaha tolong pantau sikit....kot-kot ketua setiausaha sama kot...
Ahad, April 29, 2012 8:25:00 PM
------MAKLUM BALAS PEMBACA--------

CECUBA KITA LIHAT TIME KOMEN SIMPULAN NI, 8:25:00 PM. WAKTU APA TU?

Tanpa Nama berkata...

yg dah patut pencen tu pencen saja...buat apa sambung secara kontrak..ramai lagi anak2 kita yg nak kerja..kesian kat depa..

jgn sibuk nak tuntut saja..dah patut pencen tu pencen saja..atau kalau dah tak sanggup..buat pencen awal..

masa interview dulu semua sanggup..bila dah sah dlm perkhidmatan & dpt taraf pencen..pandai pulak tuntut itu ini?

ramai lagi anak2 kita nak kerja ;)

gred 22 yg malang berkata...

Sila kaji KGT Gred 22.... kenaikan ciput berbanding kenaikan 41 melebihi 100 peratus. dimana keadilan bagi gred yg dah bekerja melebihi 20 thn.

Tanpa Nama berkata...

gred 22 yg malang berkata...
Sila kaji KGT Gred 22.... kenaikan ciput berbanding kenaikan 41 melebihi 100 peratus. dimana keadilan bagi gred yg dah bekerja melebihi 20 thn.

Isnin, April 30, 2012 8:05:00 AM
==========================================

itu sebabnya tolong ingatkan staff yg dah lama2 tu..kalau patut pencen wajib..pencen terus!...atau buat pencen awal..senang sket bagi ruang utk org2 lain yg masih semangat nak kerja!

tak percaya? anda juga akan menikmati kebaikannya..bila bnyk ruang terbuka.

Tanpa Nama berkata...

j27 kenaikan 3 bulan je.bln 3 najib batalkan sbpa.sepatotnya jpa kekalkan j27 psl ianya diluluskan oleh ts kppa

Tanpa Nama berkata...

itu sebabnya tolong ingatkan staff yg dah lama2 tu..kalau patut pencen wajib..pencen terus!...atau buat pencen awal..senang sket bagi ruang utk org2 lain yg masih semangat nak kerja!

tak percaya? anda juga akan menikmati kebaikannya..bila bnyk ruang terbuka.

Isnin, April 30, 2012 8:13:00 AM

SETUJU.... kalau sampai masa tu pencen ajer le...bagi peluang orang lain pulak. Kalau dalam bab Pengurusan Cemerlang, seseorang Ketua itu cekap effisien dan efektif apabila berjaya menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan atau dalam jangka masa yang lebih singkat dari itu. Jadi mana-mana Ketua yang gagal menyiap tugasan dan terpaksa menyambung masa (dalam contoh ini sudah pencen dan disambung kontrak) dia tidak cekap, tidak efisien dan tidak efektif. Apatah lagi gagal menyediakan barisan pelapis untuk menggantikan dirinya apabila tamat perkhidmatan.

Tanpa Nama berkata...

Kisah terjadi di Badan Berkanun tempat saya berkhidmat.
Peg Gred N52 pencen. Berkhidmat di HRM. Sambung keja sebagai staf kontrak N41 di Bahagian Akademik.

Alasan ... boring dok rumah !

Bila nak MAMPUS ! dia nii..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Kisah terjadi di Badan Berkanun tempat saya berkhidmat.
Peg Gred N52 pencen. Berkhidmat di HRM. Sambung keja sebagai staf kontrak N41 di Bahagian Akademik.

Alasan ... boring dok rumah !

Bila nak MAMPUS ! dia nii..

Isnin, April 30, 2012 11:23:00 AM
######################################################################

yessszzzz....memang betul pon...INILAH ISU UTAMA YG CUEPACS wajib TEGASKAN demi buat perubahan dlm sistem perkhidmatan awam di MALAYSIA..

tak kira APA SKIM PON MESTI:

PENCEN BILA DAH SAMPAI MASA PENCEN WAJIB TU..tak perlu sibuk nak sambung secara KONTRAK..

kalau hanya tau melenting & bebel semata..jangan risau..amat digalakkan untuk isi borang MOHON PERSARAAN AWAL / PENCEN AWAL..dipersilakan kerja di sektor swasta..

ramai adik2..anak2..belia2 di Malaysia ni yg berjuta mencari kerjaya utk bantu balik keluarga yg dah bnyk korban!

Bekas N52 berkata...

Tanpa Nama berkata...

Kisah terjadi di Badan Berkanun tempat saya berkhidmat.
Peg Gred N52 pencen. Berkhidmat di HRM. Sambung keja sebagai staf kontrak N41 di Bahagian Akademik.

Alasan ... boring dok rumah !

Bila nak MAMPUS ! dia nii..

Isnin, April 30, 2012 11:23:00 AM
===================================


He He, macam kenal je... awk kat bahagian mana ye ?

Tanpa Nama berkata...

Bekas N52 berkata...
Tanpa Nama berkata...

Kisah terjadi di Badan Berkanun tempat saya berkhidmat.
Peg Gred N52 pencen. Berkhidmat di HRM. Sambung keja sebagai staf kontrak N41 di Bahagian Akademik.

Alasan ... boring dok rumah !

Bila nak MAMPUS ! dia nii..

Isnin, April 30, 2012 11:23:00 AM
===================================


He He, macam kenal je... awk kat bahagian mana ye ?

Isnin, April 30, 2012 12:25:00 PM

________________

HRM.

Tanpa Nama berkata...

demi masa depan Malaysia yg lebih lancar kemajuan akal & kemajuan hidup rakyatnya..

AMAT SETUJU bab kakitangan awam SEMUA SKIM..bila dah PENCEN TAK PERLU SAMBUNG SECARA KONTRAK!

idea bernas, segar & terkini amat diperlukan..bukannya idea2 lapuk & ketinggalan, datang kerja secara kontrak hanya sebab bosan dok di rumah???

nampak sangat takut nak masuk dunia sektor swasta!!..kalau hebat sangat p join swasta!...dah pencen tu buat cara pencen..ramai lagi yg ada kelulusan & skill kerja yg hebat2!

khusus kepada SEMUA SKIM PA!

Tanpa Nama berkata...

hebat wooo...pencen dapat..gaji bulanan kerja kontrak pon dpt..cukup tempoh dpt lagi ganjaran..wowww!!

mahsyuknyaaaa...org2 pencen tapi masih kerja secara kontrak dlm PA.. ;p

mcm lah dia saja kononnya yg pandai & tau buat kerja?

dia saja ada kelulusan?

walhal semuanya demi RM..RM..RM!! ;p

Tanpa Nama berkata...

Jika jawatan Kontrak tu jawatan yg post perjawatan Kritikal saya bersetuju jika kontraknya disambung tetapi jika jawatan tu hanya admint berilah peluang kepada tenaga kerja yg baru bagi mengisi kekosongan tersebut.
Yang dah pencen tu duduklah kat rumah buat beribadah .

Tanpa Nama berkata...

Kasi balik semula had pencen 58 tahun ja supaya penggangguran di kalangan anak kurang.kaji semula kesan kenaikan had umur pinsinnnn

Pegawai Muda Gred 41 berkata...

Jika jawatan Kontrak tu jawatan yg post perjawatan Kritikal saya bersetuju jika kontraknya disambung tetapi jika jawatan tu hanya admint berilah peluang kepada tenaga kerja yg baru bagi mengisi kekosongan tersebut.
Yang dah pencen tu duduklah kat rumah buat beribadah .
=====================================

Ya, betul tu... macam Doktor Pakar, Professuer & Guru Cemerlang -- depa ni susah nk dicari pengganti.... Yg lain2 tu rasanya tak perlu la stay, bagi chance kat orang muda la pula, kesian diorang nk merasa nikmat kahwin tak dapek sebab takde kerja tetap lagi.... Saya berkata bagi pihak rakan2 saya kerana saya sudah ada kerja tetap berpencen gred 41...

Tanpa Nama berkata...

Buat masa sekarang ramai penjawat awam yang suka jadi batu api kepada boss boss untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan awam yang lain,kakitangan awam itu tak mau suluh muka diri sendiri,boss boss jangan dengar cakap orang bawah porak pranda akibatnya,mereka ini ada agendanya.

Tanpa Nama berkata...

SHAH ALAM - Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad Tan Sri Rozali Ismail sedia mempertimbangkan menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang jika diminta berbuat demikian.

"Jika mereka mahu saya bertanding dan jika mereka fikir saya boleh jadi calon boleh menang, saya akan pertimbangkan," kata Rozali yang juga Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor, di sini hari ini.

Rozali berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada beliau sedia bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Selangor pada pilihan raya umum ke-13. - Bernama

KUPRAK berkata...

i- KAKI ULAU = org lain kena buat tugas dia, asyik mengulau jer.

ii- KAKI WAYANG = depan boss, dia lah hero penyelamat bumi. bila boss keluar, dia pun lebuh, ghaib tah kemana. ape pun tak boleh, yg boleh hanya depan boss.

iii- KAKI JARUM = kaki cucuk, pantang org silap sikit, dia pulak yg lebih sudu dr kuah, kasi jarum itu boss.

iv- tukang cari salah ( K1 R54 ) =
kalau dengan dia, ada jer salah org yg dia nampak. salah sendiri, buat bodoh jer. dia pun jalan bengkang bengkok, sebuk org punya hal. kesilapan org diperbesarkan utk menutup kesilapan sendiri.

Tanpa Nama berkata...

terima kasihlah pujian dari tpm tapi sayang kebanyakan penjawat awam berada di bawah garis kemiskinan..

Tanpa Nama berkata...

Mcm kenal jer.....Ha ha ha...tak per yg pinting I tak ganggu korang ...masing masing cari rezeki la....kontrak bukannya lame la.....sabar jer la sbb u pun boleh duduk tempatat I juga nanti....tqvm

Tanpa Nama berkata...

Kita penjawat awam hanyalah sebagai pelaksana dasar kerajaan, itu tugas kita, soal nak sokong mana parti politik itu adalah hak individu masing-masing, Pak Omar, tolong jangan pandai pandai sendiri, nak sokong mana-mana parti politik..Tolong neutral dalam hal ini..

Tanpa Nama berkata...

Kita penjawat awam hanyalah sebagai pelaksana dasar kerajaan, itu tugas kita, soal nak sokong mana parti politik itu adalah hak individu masing-masing, Pak Omar, tolong jangan pandai pandai sendiri, nak sokong mana-mana parti politik..Tolong neutral dalam hal ini..

Selasa, Mei 01, 2012 4:51:00 PM
??????????????????????????????????????????????????????????????????????

Assalamualaikum

Andainya tak mungkin kau miliki
Apakah kau setiakannya?
Kamu dijanjikan kebahagiaan, kekayaan dan kesetiaan.
Tetapi perjalanannya menjadi keruh dengan tiba-tiba.
Semuanya rapuh dan penuh berbisa.
Apakah kau tetap demi cinta itu dan kepuasan nafsunya itu?

Mereka hanya janji semuanya kebahagian
Semuanya rapuh untuk pegangan dan demi cita-cita dan cinta mereka?
Apakah kamu semua itu harus dijadikan korban pengorbanan.....???


Apapun bersyukur pada Tuhan dan Terima Kasih pada PM. Inilah kejujuran dan punya pegangan. Kita tak tahu apa esok akan terjadi tetapi Tuhan yang akan merencanakan dan janganlah disalah taksirkan.

Salah hormat Flower

anti dgn orang2 hasad dengki.. berkata...

pegawai kontrak SPS PRE camna pulak? x disambung sebab saingan peruntukan kepada golongan berpencen yg dilanjutkan kontrak.... alahai... najib2....

ini kali lah...

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Harap CUEPACS perjuangkan untuk elaun rumah yang sudah tidak relevan sekarang.

TQ

mat debu berkata...

Lulus tak menentutkan sesaorang itu rajin kerja. Kerja tiada kaitan dengan periksa. Kerja hanya ada kaitan dengan rajin. Kerja di Jabatan ni tidak memerlukan orangng pandai gila.

Tanpa Nama berkata...

KOMPITEN. Aras 4 adalah penanda aras PA yang KOMPITEN.
Oleh itu yg lulus Aras 4 adalah aset kerajaan yang penting dan perlu dijaga.
Sudah sampai masanya mereka yg lulus Aras 4 diberi imbuhan.
JPA bila lagi nak keluar Surat Edaran/Pekeliling bayaran utk PA yang lulus Aras 4.
Tak sabor nunggu. ...

Tanpa Nama berkata...

PA BERKATA

GAJI SEKARANG SEHARI PENGAUL SIMEN RM50.00, JAM KERJA PUKUL 9.00 PAGI HINGGA PUKUL 3.30 PETANG.........KALAU DIKIRA HARI BEKERJA 22 HARI X RM50.00 = RM 1,100.00 (TIADA KELAYAKAN DAN DIKIRA TIDAK TERMASUK HARI JUMAAT DAN SABTU)

GAJI SEKARANG PENIAGA IKAN SEKARANG RM360.00/SEHARI....JAM KERJA PUKUL 6.00 PAGI HINGGA PUKUL 11.00 PAGI.SATU TONG (40 KG)DAPAT UNTUNG BERSIH RM120.00.(BELI RM5.00/KG JUAL RM8.00/KG)......KALAU DIKIRA 3 TONG(BARU 3 TONG BUKAN SATU LORI LAGI) X RM120.00 = RM360/SEHARI. SEBULAN PENDAPATAN RM360 X 30 HARI = RM10,800 (TIADA KELAYAKAN,MASA BEKERJA SINGKAT)......

Tanpa Nama berkata...

Heran jugak aku bila baca laporan Bharian pasai CUEPACS nak penganjur Bersih 3.0 bayar pampasan. Tah berapa la yang Umno BN dah bayar kat Presiden CUEPACS tu untuk jadi penjilat Umno BN. Apa yang CUEPACS kata tu sama ja nada dia dengan apa yang pemimpin Umno BN kata.

Yang paling aku heran bila Presiden CUEPACS tu kata peserta himpunan cederakan anggota polis dan warga yang bertugas sampai terlantar di hospital.

Kalau takat kata belasah polis boleh tahan lagi pasainya memang ada polis yang kena belasah tapi kata belasah warga media yang tu memang langsung tak menasabah. Apa perlu pulak peserta himpunan nak belasah warga media, langsung tak logik.

Takkan la Presiden CEUPACS ni langsung tak buka youtube, tak bukak berita media baru. Pasainya kalau dia buka tentu dia paling kurang pun dia akan tertengok macamana tindakan anggota polis yang juga penjawab awam membelasah anggota himpunan yang berkemungkinan juga penjawab awam.

Kalau takat tangkap aku pun tak heran tapi kalau dah tahap belasah peserta himpunan tu macam sekumpulan angjing berebut tulang takkan Presiden CEUPACS nak bela jugak k

Tanpa Nama berkata...

@ PA BERKATA
Rabu, Mei 02, 2012 10:16:00 AM

Wooiii janganla kasi tau lubang ni, nnt PA reramai yang joint jual ikan kurengla income kita woi..

j-bon berkata...

presiden CUEPACS x payah dok sibuk dengan isu-isu politik...perjuangkan dulu hak-kak PA yang masih belum tertunai.tak payah nak jadi hero hindustan,cakap jer lebih tapi habuk pun tarak.perjuangan PA masih belum selesai...mungkin dah lama sangat jd presiden,kena bagi laluan kepada pejuang2 muda.

Tanpa Nama berkata...

PA BERKATA

GAJI SEKARANG SEHARI PENGAUL SIMEN RM50.00, JAM KERJA PUKUL 9.00 PAGI HINGGA PUKUL 3.30 PETANG.........KALAU DIKIRA HARI BEKERJA 22 HARI X RM50.00 = RM 1,100.00 (TIADA KELAYAKAN DAN DIKIRA TIDAK TERMASUK HARI JUMAAT DAN SABTU)

GAJI SEKARANG PENIAGA IKAN SEKARANG RM360.00/SEHARI....JAM KERJA PUKUL 6.00 PAGI HINGGA PUKUL 11.00 PAGI.SATU TONG (40 KG)DAPAT UNTUNG BERSIH RM120.00.(BELI RM5.00/KG JUAL RM8.00/KG)......KALAU DIKIRA 3 TONG(BARU 3 TONG BUKAN SATU LORI LAGI) X RM120.00 = RM360/SEHARI. SEBULAN PENDAPATAN RM360 X 30 HARI = RM10,800 (TIADA KELAYAKAN,MASA BEKERJA SINGKAT)......

Rabu, Mei 02, 2012 10:16:00 AM

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

info yang menarik.
kepada yang terasa nak cari duit lebih, kita bisnis jual ikan .... untung wow (kerja 5 jam shj SEHARI).

Bisnis MLM skrg pun susah cari makan .. waktu kerja tak menentu hingga LARUT MALAM.

Tanpa Nama berkata...

Ingat senang ke nak jadi peniaga ikan. Perlu ada pembekal, permit berniaga, ruang berniaga, dll. Nak dapat permit tu faham-faham ajelah.

Tanpa Nama berkata...

Aku CRK hari ni. Boleh la layan komen PA yg main tenet masa keje. Hahahahaha. Gaji dh naik keje sama juga mcm dulu. Ape la.

Tanpa Nama berkata...

dah pencen dilantik semula secara kontrak???

hebat wooo...pencen dapat..gaji bulanan kerja kontrak pon dpt..cukup tempoh dpt lagi ganjaran..wowww!!

mahsyuknyaaaa...org2 pencen tapi masih kerja secara kontrak dlm PA.. ;p

mcm lah dia saja kononnya yg pandai & tau buat kerja?

dia saja ada kelulusan?
org lain tadak kelulusan? tadak skill lagi hebat?

walhal semuanya demi RM..RM..RM!! ;p

Tanpa Nama berkata...

PA yang pencen, kemudian kerja balik sbg PA kontrak ... ini jenis MUKA TAK ADA MARUAH !!!!

sedar diri tu dah tua nak MAMPUS !!! bagi can ler kpd PA yg ada kelayakan diploma, ijazah utk ke jawatan baru !

rumah kata PERGI,
KUBUR kata mari !!!

Tanpa Nama berkata...

Nak jadi peniaga ikan senang,tangkap ikan jual,ini malas,tangkap ikan jual kepada orang tengah,habis nak untung macam mana.

Tanpa Nama berkata...

JADILAH PENJAWAT AWAM YANG BERDEDIKASI,AMANAH YANG BOLEH DIPERCAYAI OLEH RAKYAT,BUKAN JADI PENJAWAT TAK EDUCATED WALAUPUN ADA DEGREE,MASTER DAN PHD.PENDEK KATA JADI PENJAWAT AWAM YANG DIREDAI OLEH ALLAH SUBHANAHUWATAALA.AMIN.

Tanpa Nama berkata...

bila la gred j17 nak naik 27 ni..aduhai..aku dh agak mesti sekerat jalan je..urmm cuepac tolong la kami dari gred j17 merayu supaya perjuangkan hak yang kami sepatutnya dapat..kepada dato cuepac kalau rasa tak dapat jangan bagi kami harapan..hancur harapan kami bila menunggu hari pekerja ingat dapat la pm najib umum..tak dapat jugak..kalau tahu perjawat awam beri sumbangan besar..minta dengar setiap rintihan perjawat awam..jangan cakap sekerat jalan saja!