Berita Harian
1/5/2012
1/5/2012
KUANTAN: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) mahu penganjur perhimpunan yang bertukar ganas kelmarin
membayar pampasan kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas media
yang cedera akibat tindakan peserta perhimpunan.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata CUEPACS kesal dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang sengaja mencederakan anggota polis dan warga media yang bertugas sehingga terlantar di hospital."CUEPACS sebagai payung kepada penjawat awam di negara ini termasuk anggota keselamatan kesal dengan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Pendidikan CUEPACS oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, di Kolej Shahputra, di sini hari ini.Omar berkata, CUEPACS juga tidak akan membela penjawat awam yang ditangkap kerana didapati menyertai perhimpunan tersebut.

"Sekiranya penjawat awam ini tertangkap menyertai perhimpunan
sebegini, mereka perlu selesaikan sendiri dan tanggung segala risiko
serta segala hak mutlak mereka akan terhapus dan berkemungkinan dibuang
kerja atau tindakan tatatertib," katanya.
Katanya, perkara itu selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam yang melarang penjawat awam terbabit dalam perhimpunan haram atau sebarang bentuk gerakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan RapidKL akan mengumumkan kerugian yang ditanggung mereka akibat perhimpunan tersebut tidak lama lagi.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, berkata setakat ini pihaknya masih menilai jumlah kerugian akibat tindakan liar peserta perhimpunan yang merosakkan harta benda awam.
"Operasi pembersihan juga masih dijalankan kerana masih ada sampah-sampah yang ditinggalkan kumpulan demonstran ketika perhimpunan berkenaan," katanya kepada di sini, hari ini.
Sementara itu, penyedia perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas di Lembah Klang, RapidKL pula akan membuat laporan polis terhadap penganjur selepas nilai sebenar kerugian diketahui.
Ketua Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Syarikat Prasarana Berhad (Prasarana), Masnizam Hisham, berkata jumlah kerugian mungkin akan diketahui dalam minggu ini.
RapidKL, katanya, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur perhimpunan itu.
Syarikat itu mahu ganti rugi berpatutan termasuk kerosakan teruk kepada aset, kehilangan hasil pendapatan di stesen LRT Masjid Jamek selepas penunjuk perasaan meluru menerusi pintu LRT tanpa membayar dan kehilangan pendapatan daripada operasi perkhidmatan basnya. - BERNAMA

8 ulasan:
beruk beruk berbaju kuning ni kalau kurung dalam zoo pun mengacau beruk lain.patut disuntik racun je bagi mati.. kecik kecik tak nak mampus besar menyusahkan orang je... pui..
Astaghfirullah tidak elok mendoakan orang mati. Mana la tahu dalam perhimpunan tu ada saudara kita ,anak anak kita isteri mak bapa sendiri yg sokong pembangkang dlm diam diam dan hadir dlm perhimpunan tu. kalau Allah swt makbulkan doa / cakap saudara tadi baru saudara menyesal .Amin........
Jangan dengar cerita dari sebelah pihak saja....cuba risik risik cerita dari sumber lain spt Blog, Youtube, facebook dll berkenaan mengape perhimpunan tu boleh jadi mcm tu...mengapaaaaa..???
Benar ke kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri diberi 5 bulan bonus dan 30% kenaikan gaji?
SAYA TIDAK MEMIHAK MANA-NANA AHLI POLITIK. PERHIMPUNAN BERSIH TIADA NILAINYA. MEMALUKAN NEGARA ADALAH. HARAP PIHAK BERKUASA DAPAT SELESAIKAN ISU INI SECEPAT MUNGKIN DENGAN SEWAJARNYA. SAYA CADANGKAN KALAU SESIAPA YANG TERTANGKAP OLEH POLIS MENYERTAI BERSIH HARI ITU DI MINTA MEMBUAT KERJA AMAL MEMBERSIHKAN PENJARA DAN KUALA LUMPUR SAMPAI BERSIH. HARAP DENGAN KERJA AMAL YANG MEREKA LAKUKAN ITU DAPAT MEMBERI KESAN POSITIF KEATAS MEREKA .
Bodoh betul beruk yang kat atas 'tanpa nama berkata'.
Aku rasa penulis seekor beruk!
Aku memang tidak suka kepada perusuh atau pemberontak.
Tapi, jangan melebelkan semua yang berbaju kuning macam itu jika kau seekor beruk sekalipun.
Tengok dan teliti apa intipati yang diperjuangkan.
Berukkkkk. Hebat masa kini, beruk boleh membaca dan menulis. Beruk boleh caci hina manusia. Agak-agaknya kita ni semuanya beruk kan.
TERINGAT CERITA PLANET OF TNE APES
PENGANJUR SAMBUTAN 66 TAHUN UMNO KENA BAGI PAMPASAN KEPADA SEMUA AHLI UMNO YG CEDERA DALAM PERJALANAN TERUTAMA PENJAWAT AWAM SBB MENGANJURKAN PERHIMPUNAN
FAM, syarikat TV kena bayar pampasan kpd penonton TV yang mati tengok bola, sbb buat siaran TV dan buat Siaran langsung..
kena saman dan byr pampasan juga kpd FAM sbb ada penonton bakar mercun
BODOH TAK CADANGAN AKU
Catat Ulasan