SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

02 Mei 2012

PENETAPAN GAJI MINIMA PEKERJA SWASTA PEMANGKIN KEPADA PENINGKATAN PRODUKTIVITI

Bernama
1/5/2012


KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Penetapan kadar gaji minimum untuk sektor swasta mampu menjadi pemangkin untuk meningkatkan produktivi dan melonjakkan perniagaan bagi pihak swasta, kata seorang pakar ekonomi.

Prof Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata majikan tidak seharusnya melihatnya sebagai beban, sebaliknya ia mampu meningkatkan pendapatan bagi menampung kenaikan kos operasi syarikat.

"Di Korea misalnya, gaji minimum ini dapat dilihat sebagai satu cara untuk pastikan sektor swasta bergerak lebih cepat daripada apa yang ditetapkan," kata Barjoyai yang juga Pengarah Pusat Pengajian Siswazah Unitar kepada Bernama di sini hari ini.

Barjoyai, yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang percukaian dan Sarjana dalam Pentabiran Industri berkata kadar gaji minimum juga dapat membantu negara mencapai status negara berpendapatan tinggi kerana ia akan meningkatkan kuasa beli pengguna.

Beliau berkata walaupun kadar RM900 yang ditetapkan untuk Semenanjung, dan RM800 untuk Sabah, Sarawak serta Labuan agak rendah, namun ia dapat memastikan setiap pekerja di negara ini mendapat gaji yang tinggi berbanding sebelumnya.

"Hari ini, lebih 30 peratus penduduk Malaysia mendapat gaji kurang RM300 sebulan, dan dengan adanya kadar gaji minimum yang ditetapkan maka ia serta-merta meningkatkan gaji mereka," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kadar gaji minima sektor swasta di mana Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.

Sementara itu, Presiden Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan Mohamad Shafie Mammal mahu kerajaan memastikan pelaksanaan kadar gaji minima itu dipatuhi oleh semua majikan.

Mohamad Shafie yang juga Presiden Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Pekerja Antarabangsa (UNI)- Malaysian Liasioan Council (MLC) berkata beliau bimbang kemungkinan terdapat segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab akan menjadikan penetapan kadar gaji minimum itu sebagai alasan untuk mengurangkan pekerja.

"Kita tidak mahu ada majikan yang ambil kesempatan dengan memberhentikan pekerja kononnya untuk kurangkan kos, jadi biarlah pelaksanaan ini dibuat secara jujur," katanya.

Sambil menyambut baik langkah kerajaan yang disifatkan sebagai langkah awal ke arah menuju negara maju menjelang tahun 2020, Mohamad Shafie turut mencadangkan supaya tangga gaji yang standard untuk pekerja sektor swasta seluruh negara diwujudkan selaras dengan slogan 1Malaysia.

Beliau berkata pengenalan dua kadar yang berbeza kurang tepat kerana kos sara hidup di Sabah, Sarawak dan Labuan juga semakin meningkat, malah terdapat beberapa harga barangan keperluan di negeri berkenaan lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

Turut menyambut baik langkah kerajaan itu ialah Kesatuan Pekerja-pekerja Proton Tanjung Malim yang menyifatkan ia sebagai perangsang kepada para pekerja untuk terus meningkatkan produktiviti masing-masing.

Presidennya Zainudin Dollah bagaimanapun berharap supaya kadar tersebut ditingkatkan sesuai dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kajian yang kita buat di Tanjung Malim menunjukkan orang bujang berbelanja RM980 sebulan, manakala yang telah berkahwin RM1,400 sebulan," katanya.

Mengulas perkara sama ialah Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye yang berkata pengenalan gaji minimum dapat memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga mereka dipenuhi.

Katanya usaha kerajaan untuk mencapai negara berpendapatan tinggi tidak akan bermakna jika nasib golongan berpendapatan rendah tidak dibela.

"Dengan penetapan gaji minimum yang telah lama tertangguh ini, maka para pekerja juga harus lebih produktif dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara," katanya.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata penetapan kadar gaji minimum merupakan satu cabaran kepada para majikan kerana kos operasi mungkin meningkat.

Beliau berkata ketika ini kebanyakan majikan di Malaysia membayar purata gaji kurang daripada apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam.

"Ia memang berbeza kerana kadar baru itu menyaksikan peningkatan kira-kira 30 peratus, malah ada yang 100 peratus terutama bagi mereka yang menerima gaji di bawah RM800 atau RM900," katanya.

-- BERNAMA

21 ulasan:

arip berkata...

Mcm mana nasib Pekerja Contrak.?partime?

Tanpa Nama berkata...

pengawal keselamatan datang kerja tidur dapat juga gaji minimum RM900/=,lepas pencen ni,mari kita kerja pengawal keselamatan gaji RM900/- sebulan.
kempen kepada seluruh rakyat malaysia,kerja guard RM900/= sebulan tak payah fikir.

Tanpa Nama berkata...

Macam mna kalau Majikan xpeduli pasal kenaikan Gaji ni?

Tanpa Nama berkata...

suami sy kerja security, sy pelik dgn
bos mreka. Tiap kali gaji, dia x bagi slip gaji.. Walhal sblm ni ada,
kwn2 yg lain pun security jg, gaji da 1,3xx..tu pun nak naik lagi 1,6xx.
Yg gaji suami ni dari dulu xpndai naik2, rm700 tiap bulan.. tnpa slip gaji.

Bri BR1M Broom berkata...

"Kajian yang kita buat di Tanjung Malim menunjukkan orang bujang berbelanja RM980 sebulan, manakala yang telah berkahwin RM1,400 sebulan," katanya....................yg telah berkahwin tu ada brapa org anak ? Takde anak ke ? Dlm BR1M jumlah anak tidak perlu. Janji pendapatan RM3K ke atas ada anak ke takde anak ke anak sorang ke anak spuluh ke sama je......lojik ke ?

pinjaman blacklist berkata...

Kini Pembiayaan Peribadi Sungguh Mudah


Berita Baik!!! APPROVAL DALAM 3-5 HARI


Khas untuk kakitangan kerajaan, Bandan Berkanun, DBKL, Pos Malaysia, Majlis Bandar

Tanpa Nama berkata...

gaji proton 655, x da naik pun...hampeh

human fair berkata...

Mcm mna dengan pekerja hotel adakah gaji minima diselaraskan..untuk apa kalau masyarakat bertungkus lumus dalam mndapat pengajian yang tinggi sedangkan bila berkerja di sektor hospitality gajinya adalh sama..ini tidak adil!!!!...saya sarankan agar pihak berkenaan ambil perkara ini dengan serius,agar gaji dibayar mengikut kelayakan akademik..baru nak keje rasa semangat..

Tanpa Nama berkata...

Mcm mna plak klu mjikn 2 xnk byar mcm 2?
Dmna nk wat aduan, ada tindakn ke?

Tanpa Nama berkata...

saya pekerja h0tel di salah sebuah h0tel 5 bintang di melaka...saya tak puas hati bila gaji p0k0k yang sepatutnya naik rm900 senyap..dah la gaji sedia ada pun tak sampai rm900 sebulan..bila kerajaan dah umumkn kenaikan gaji minimum rm900..terasa ser0n0k sangat..tapi sampai sekarang tak naik pun lagi.

Tanpa Nama berkata...

kenapa kenaikan gaji 2013 tidak selaras???????????apa salah kami penduduk malaysia????sdgkan warga asing turut mendapat elaun cola dan kenaikan gaji mereka setaraf penduduk malaysia???adil ka semua nie??????dimana kami pekerja swasta harus mengadu?????????

Tanpa Nama berkata...

kami pekerja swasta kilang shorubber di perlis kecewa dgn kenaikan gaji 2013..nasib kami rakyat malaysia tidak terbela.gaji pokok utk pekkerja baru sebayak rm735..utk dijadikan total rm900 syarikat mencampur elaun mkn sebanyak rm65 dan elaun cola rm100.sepatutnya gaji pokok kami sebanyak rm900 tidak termasuk elaun seperti yg diumumkan.utk pekerja yg bekerja sdh 20thun kenaikan cma rm80.gaji pokok yg sblum nie rm780..dimana kami harus mengadu????

Tanpa Nama berkata...

Indah kabar dari rupa,1 langkah yg baik tp terlalu general gaji diselaraskan sama antara pekerja lama dan baru.Ianya tgk adil utk pekerja lama kerana gaji sama dgn pekerja baru walaupn baru satu hari bekerja gaji tetap 900. Sepatutnya kerajaan perlu lebih details ttg gaji minima ini. Apa makna kerja hingga berbelas tahun akhirnya sama taraf dengan pekerja baru. Malah lebih teruk lg gaji rakyat Malaysia sama dengan pekerja asing. Harap ada pihak yg mengambil perhatian ttg masalah ini......

Tanpa Nama berkata...

sebagai majikan sebuah restoran makanan harian, yg berkadar 1 lauk 1 sayur dan nasi punn baru rm4.00, tempat tinggal, transport dan makan minum pekerja semua telah disediakan dengan lengkap, sekiranya GAJI POKOK minimum rm800, bermakna jumlah gaji harian adalah dalam rm50++ sehari (kerana terdapat kerja lebih masa 4 jam) total sebulan seorang pelayan mengikut undang2 sekarang wajar mendapat gaji rm1500. apa yang ingin saya sampaikan disini, PERINTAH GAJI MINIMUM INI TIDAK BOLEH BERKUATKUASA UNTUK SEMUA SEKTOR, SEKIRANYA KEMUDAHAN2 TERSEBUT TELAH DISEDIAKAN, MAKA ELOKLAH KIRANYA KEMUDAHAN TERSEBUT BOLEH TERMASUK DALAM GAJI MINIMUM TERSEBUT. X PUN, BAIK LAGI SAYA JADI PELAYAN, X PERLU PENING2. WALAUPUN GAJI D SYARIKAT SWASTA LAIN RM 1500, TAPI SEMUA TANGGUNG SENDIRI, BAIK DAPAT RM 900 SEBULAN, BERSIH SEMUA DAH DITANGGUNG.

Tanpa Nama berkata...

Nk tanya gaji 900rm sbulan,adakah termasuk elaun skali atau tidak

Anak Tonduo berkata...

Hello encik tanpa nama. Jangan pandai mengata orang pengawal keselamatan datang kerja tidur dapat juga gaji minimum RM900/=,lepas pencen ni,mari kita kerja pengawal keselamatan gaji RM900/- sebulan.
kempen kepada seluruh rakyat malaysia,kerja guard RM900/= sebulan tak payah fikir. Bukan semua orang yang jadi pengawal keselamatan dapat keistimewaan ini. Ada yang kerja setengah mati gaji sebulan dapat RM600. Fikirlah dulu sebelum bercakap bodoh...

mahligai berkata...

Gimik belako! saya ambil contoh di setiap peruntukkan yg telah disalurkan pada jabatan masing2,contohnya sekolah kerajaan pengawal mereka di setiap sekolah gaji berbeda beda,ini terjadi bila mana penender yg meletakkan harga murah pasti peroleh kontrak tersebut,contohnya RM7.50 sejam ditawarkan didlm kontrak,jadi berapa upah pengawal setiap jam?mereka nak upah ke pengawal RM5.00 sejam dan syarikat pengawal mengambil keuntungan kasar RM2.50?..tak mungkin...Salah satu contoh lagi melibatkan kroni,ahakk yg ni tak payah citer lah panjang,EPF potong bertahun2 pun tanpa di carum no hal punya,pihak KWSP pun satu juga berlembut tak bertempat akta kesalahan diperuntukan entah kemana..poyo je lebih..biasanya ini terjadi pada pemilik syarikat bertitlekan Tan sri,Dato,Datin..bukan semua tapi segelintirnya memang tak ikut undang undang juga.maklumat ni aq dapat dari pengawal gak,yg dah bertahun tahun keja dan kerap kali tukar syarikat.kini Alhamdulillah,seperti saya kata bukan semua syarikat keselamatan yg tamak,dungu,kronisme,lemah dlm sistem pengurusan dan mengabaikan kebajikkan pekerja-nya.Allahualam.

mahligai berkata...

Mahligai melihat sisuasi sedemikian amat tidak berkesan dipihak kerajaan,sudah tiba masanya PR diberi peluang menanangi kelembikkan di pihak kerajaan pusat dan akar umbi.PRU14 kita Ubah dan yg penting jgn takut pada perubahan tapi takut lah pada ALLAH S.W.T

Tiea Tia berkata...

Sy tidak berpuasa hati pasal gaji pekerja taska yg hnya RM500 sebulan...
#seri iskandar perak#

shah berkata...

Klu rasa gaji murah, berenti dan kerja di tempat lain. Pilihan di tgn sdri. Kerja taska, jika min 900rm, majikan xde gaji la..apetah lg nk ckp untung. Satu taska terima 25 org knk2 max. Rm250 x 25 org =6250rm. Tolak sewa rm1500 (corner lot), tolak 4 org pekerja 900rm x 4 org = 3600rm. Tolak makanan 500rm. Tolak utiliti 150rm. Total 5800rm. 6250rm - 5800rm. So, had minimum gaji majikan 500rm..blm masuk kena bertanggung jawab dlm insiden di taska dan lain2 barang keperluan taska. So, sila faham tahap gaji dgn kelayakan anda. Sy ada 4 pekerja gaji 900rm. 3 org darinya tidak memahami dan melanggar arahan yg merugikan pihak taska. 1 pekerja lg bagus handling info. Tapi gaji tetap 900 kesemuanya. Itu tidak adil bg mereka. Tp tidak adil juga pada taska menerima pekerja yg kurang faham arahan melainkan menerima dgn gaji yg rendah. Itupun dirayu dgn pihak taska utk diambil bekerja. Sepatutnya selarasan gaji ni dibuat utk syarikat yg berpendapatan tinggi lbh dari 500 ribu sebulan, baru sesuai dilaksanakan. Jika tidak, syarikat taska spt kami yg punyai keuntungan xsampai 600rm akn bungkus buat nasi goreng pattaya. Berkempen sana sini supaya rakyat jd pengusaha, tp awal2 lg dah terguling. Wallahuaklam.

Manajemen kredit Transfer Agen berkata...

Apakah Anda seorang pemilik industri? Anda memiliki sebuah pabrik? Anda membutuhkan pinjaman untuk payudara hidup keuangan Anda? adalah Anda menerjang bisnis dan Anda perlu uang untuk menjaga bisnis Anda berkembang di sini kita untuk membantu Anda memenuhi Anda butuhkan dan bust status keuangan Anda jadi jika Anda tertarik untuk memperoleh kontak pinjaman kami di agentransferkredit@gmail.com