SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

02 Mei 2012

MEF JANGKA GAJI MINIMUM DILAKSANA JAN 2013

Wartawan Sinar Harian
2 Mei 2012

MEF jangka gaji minimum dilaksana Jan 2013


SHAH ALAM - Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menjangkakan gaji minimum, yang kadarnya diumumkan kelmarin, hanya akan dapat dilaksanakan awal Januari 2013 - mengambil kira tempoh enam bulan bakal diberikan oleh kerajaan kepada para majikan.
Pengarah Eksektutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, mengambil kira pelbagai faktor termasuk kesediaan pihak majikan, pihaknya menjangkakan bahawa paling cepat gaji minimum hanya dapat dilaksanakan Januari depan.
"Paling cepat pun bulan Januari 2013, baru kita boleh melaksanakan sistem gaji minimum, dengan mengambil kira urusan Perintah Gaji Minimum diwartakan, urusan di peringkat setiap majikan dalam membuat persiapan termasuk soal memberi kenaikan dan pelarasan gaji dan sebagainya.
"Kita memerlukan masa untuk membuat persiapan, majikan memerlukan masa untuk membuat persediaan ke arah itu," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Ketika ditanya ada kemungkinan sesetengah majikan akan melaksanakan gaji minimum lebih awal jika perintah berkaitan diwartakan dalam waktu terdekat, Shamsuddin berkata, beliau tidak menjangkakan begitu.
"Saya tidak lihat akan ada majikan mahu melaksanakan lebih awal. Lazimnya majikan akan mengambil masa dan menunggu satu tempoh pelaksanaan yang sesuai," katanya lagi.
Mengikut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan atau RM4.33 sejam manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.
Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.
Najib berkata, tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.
Bagaimanapun, katanya untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.
Perdana Menteri berkata pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.
Katanya, pemberian tempoh masa yang mencukupi perlu bagi majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing.
"Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan," kata Najib.

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kesian, kopeni kecik, xada duit nak bayar....

Tanpa Nama berkata...

swasta naik gaji lagi banyak daripada gomen, xde sapa bising pun....

Tanpa Nama berkata...

TAJUK PENJAWAT AWAM BERI SUMBANGAN BESAR
j-bon berkata...

presiden CUEPACS x payah dok sibuk dengan isu-isu politik...perjuangkan dulu hak-kak PA yang masih belum tertunai.tak payah nak jadi hero hindustan,cakap jer lebih tapi habuk pun tarak.perjuangan PA masih belum selesai...mungkin dah lama sangat jd presiden,kena bagi laluan kepada pejuang2 muda.

Rabu, Mei 02, 2012 10:50:00 AM
??????????????????????????????????????????????????????????????????????

Assalamualaikum terutamanya Tuan Jebon

Apakah ini satu suratan ataupun sendiri kesepian atau penjelasan asalkan kau bahagia bersama mimpi walaupun terluka.

Mungkin hakikatnya kenyataan ini berduri dan memilukan. Hakikatnya Tuan Jebon tidak memahami apa itu politik? Politik sebenarnya terlalu luas dan salah satu ketogorinya berkaitan TADBIR URUS.

Memang tepatlah apa Dato Presiden ucapkan kerana ianya berkaitan politik.Ingatlah Tuan Jebon walaupun faktanya amat pahit tetapi itulah hakikatnya dan tidak dapat lari dari politik. walaupun musimnya berubah tetapi memorinya adalah sama walaupun Tuan Jeboh memandangnya sepi.

Ingatan pesanan Jurulatih saya dahulu Ilmu Allah itu umpama air dilautan dan kita hanya memiliki umpama satu jari dicelupkan dalam air lautan yang dekat pada jari itu saja ilmu kita dan itupun mungkin hanya pada yang aris dan bagi kita belum tahu lagi kekuatan ilmu itu.

Ingatlah katanya lagi satu jari kita tunjukkan kebodohan orang lain 4 jari lagi menuding arah kita kembali.

Maaf tuan kerana semua rakan saya semuanya cikgu cuma saya seorang tergelincir landasannya.

Hamba Hina Flower.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

swasta naik gaji lagi banyak daripada gomen, xde sapa bising pun....

Rabu, Mei 02, 2012 5:42:00 PM
RMRMRMRMRMRMRMRMRMRMRMRMRMRMRMRMRMRMRMRMMRMRMR

Assalamualaikum Sahabat

Seraut wajah seribu ungkat walaupun siang malam dipanggil gaji ianya umpama kegelapan dan semuanya satu memori gembira atau sepi.

Appaun sepatutnya PA harus bersyukur kenaikan 7-13% dan Cola tambahan RM 50.00. Banyak tuu... dan jangan biarkan gaji sampai ianya bercelaru serta memikirkan selama-lamanya mungkin membuatkan hilang memori keasliannya.

Ingatlah kemana lagi memori kau mencari selamanya dan biarkan ianya sebagai satu mimpi dan jangan dimanjakan.

Percayalah sebanyak manapun kenaikan gaji ianya tidak akan cukup kerana kehendak dan nafsu manusia makin kian memuncak. Kita harus ingat nasib sesama kita yang tiada bergaji tetap.

Masakan tidak..? Belumpun berlaku kenaikan gaji secara realiti hakikatnya pihak Bank telah berani memberi pinjaman lebihan. Hakikatnya ianya tak pernah cukup.

Sebut saja PA, berkahwinpun hutang dan nasiblah bank tidak minta surat nikah sebagai jaminan jika tiada isteripun jadi cagaran. Beli rumah hutang, kereta hutang, belajarpun berhutang dan pendek kata semuanya hutang.

Benarlah dunia ini hanya pinjaman keynya. Apa nak kata itulah nasibnya badan. Duit adalah segalanya dan mereka akan alpa perintah Allah dan undang2 duniawi. Inilah dugaan kita harus terima dan merupakan satu kesabaran dan jangan biarkan iman jadi berterbangan kerana duit yang hanya menghantui janji kemanisan tetapi hanyalah kepalsuan semuanya.

Manusia akan lakukan apa saja untuk memilikinya walaupun isteri cantik dan nyawa mereka sanggup korbankan. Asalkan dijanjikan kebahagian tetapi semuanya itu satu kepalsuan semuanya.

Kebenarannya Janji2 AWANG HITAM menjadikan wanita Malaysia (Berilmu) dijadikan kaldai dadah dan Mat Indon menjadikan wanita untuk dikahwini dan dilarikan di LOMBOK Indonesia.

Ingatlah perpatah Melayu Hujan Emas di Negara Orang dan Hujan batu di Negara Sendiri... Tanya dan tepuk dada mana satu pilihan saudari..

Salam hina Flower

Tanpa Nama berkata...

BILA MUSIM CUTI SEKOLAH ITU MAKNANYA MUSIM KENDURI PENGANTIN. TUJUAN PENGANTIN UNTUK DAPAT ZURIAT. UNTUK DAPAT ZURIAT KENA KUAT KERJA. SIANG KERJA CARI REZEKI MALAM KERJA TAMBAH ZURIAT.UNTUK KUAT KENA JAGA KESIHATAN. JANGAN MINUM BERAIS, JANGAN MINUM BERKARBONAT (AIR MANIS BERGAS DALAM BOTOL ATAU DALAM TIN MACAM2 JENAMA. JANGAN MANDI LEPAS JAM 10.00 MALAM. JANGAN MAKAN MASAKAN YANG SUDAH SEJUK. BANYAKKAN MAKAN BERKUAH SEPERTI SUP.JANGAN BANGUN PAGI LEWAT JAM 6.00. BANYAKKAN BACAAN BERTASBIH KEPADA ALLAH DAN SELAWAT SALAM KEPADA RASULALLAH. INSYA'ALLAH ANDA LELAKI ATAU ANDA WANITA AKAN SENTIASA SIHAT SEHINGGA UMUR 80an MACAM PAKCIK YANG DAH VETERAN INI. PAKCIK DOAKAN KESIHATAN ANDA SEMUA. AMIN

Tanpa Nama berkata...

Rabu, Mei 02, 2012 7:31:00 PM

Assalamualaikum Pak Cik

Kiasan Pak Cik memang mendalam. Perpatah kata lagi tua kelapa lagi banyak dan pekat santannya.Dalam sebiji buah ada 2 namanya iaitu Utara Nyioq dan Selatan Kelapa. Beli air kelapa tapi tambah isi nyioq banyak2.

Apapun terima kasih berbanyak nasihat Pak Cik dan memang banyak khasiatnya. Hakikatnya macam kami budak hingusan mesti mandi kalaupun sudah menjangkaui lebihan jam 10.00 malam jika tidak demam selsema akibatnya.

Kita boleh guna petua asalkan tidak menyebelahi undang-undang agama. Sebut saja Agama Islam ianya sebuah anutan dan pegangan yang membawa maksud selamat kepada semua mahluk dan UNIVERSAL. Dalam agama Islam kita boleh berbalah asalkan tujuan sama iaitu demi kebaikan Islam itu sepertimana pembawakan kepada 4 Mazahab dalam Sunah Wal Jamaah yang dibenarkan dan berpandukan kepada Kitab suci Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW dan Ijmak Ulamak serta Qiyas mengikut perderan masa dan bidang luas ilmu Fiqh.

Islam melarang kita mencapakkan diri dalam lembah kehinaan dan melakukan kezaliman dan kemungkaran. Dalam Islam ada hukum Halal, haram, Harus, Sunat,Makruh, Sah dan batal.

Halal tetap halal tetapi adakalanya jadi haram bila halal diperharamkan .Haram adakalanya Harus . Makruh jika berlebihan akan memudaratkan dan jadi haram.

Harap Pakcik perbetulkan jika silap kerana umur setahun jagong.
Budak hingusan Flower.

Tanpa Nama berkata...

kesian, kopeni kecik, xada duit nak bayar....

Rabu, Mei 02, 2012 4:57:00 PM
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Assalamualaikum Sahabat

Yer kee apakah betul apa seperti dikata. Sebenarnya banyak cara dan ruang untuk jalan penyelesaiannya. Bagi saya mudah aje dan jangan diambil risiko yang tinggi. Mudah aje, kita didalam satu projek mesti ada perancangan dan Business Plan. Jika tidak semuanya projek akan terbantut :-(

Perancangan rapi harus dilakukan dan jangan teragak-agak dan bagi yang sepatutnya dilakukan secara sub biarlah dilaksanakan supaya perjalanan seperti dalam perancangan :-D

Percayalah jika ada kemahuan mesti ada jalan penyelesaiannya. Tetapi ingat masa memainkan peranan terlalu sangat berharga. Betul kata perpatah melayu jika takut dipukul ombak jangan dirikan rumah ditepi pantai. sebagaimana saya alami dan kos luar jangka hampir 2 kali ganda kerana saya perbesarkan projek daripada rancangan asal. kata kawan saya terlalu banyak wang kau habiskan dan hasilnya jangka panjang yang akan dapat dan mengapa tak labur dalam ASNB katanya?.

Kata saya kita harus lihat jauh kehadapan, hasilnya seperti emas nilainya kemudian hari dan faedahnya bukan saja kepada kita sahaja tetapi orang lain tumpang senang sekali menikmatinya umpama menang2. Apapun biarlah kesederhanaan seperti tuntutan ibadah ajaran islam.

Itulah sebabnya lama menghilang diri kerana sibuk tugas dan projek memanjang sehingga masa amat mencemburui serta larut malam balik dan kini ruang ada jadi .... hinggakan adakalanya terfikir inilah hamba duit....

Apapun maafkan hamba yang hina Flower.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha... forum kupek dah jadi tempat pakcik power ngan bunga hina nyanyi berduet , mana pakcik melawat anak kat Jepon? Tanak joint ker? kihkihkih

tak MAMPU berkata...

tidak semua penyelia MAMPU menyelia staff bawahan dgn baik.
Pernahkah berlaku ketika anda memberikan tugasan kepada staff bawahan anda, dan wajahnya berubah. Dia menolak untuk menerima tugasan tersebut dan enggan mengikut arahan? Adakala dia menolak dengan lembut dengan alasan yang cukup munasabah. Wajahnya berubah dan perlakuannya berbeza seperti kebiasaan. Anda mungkin boleh membuat beberapa andaian, antaranya ialah Pertama, dia mempunyai tugasan lain yang perlu disiapkan segera. Kedua, dia mungkin kecewa kerana orang lain yang sepatutnya melaksanakan arahan tersebut. Dalam situasi lain dia mungkin menentang arahan itu secara agresif dan berani.
Walau apa pun alasan yang dikemukakan, anda perlu menilai tahap kemahiran, kebolehan dan beban kerja setiap subordinat. Terdapat pekerja membuat tugasan yang lebih dan ada juga yang kurang. Anda harus berlaku adil. Pembahagian tugasan yang seimbang sangat dikehendaki. Para penyelia mesti belajar cara yang betul untuk membahagikan tugas dengan saksama, mencungkil kreativiti setiap individu dan menggilirkan tanggungjawab dikalangan pekerja yang berbeza. Pengagihan kerja dengan teliti akan memotivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti dan membolehkan penyelia melaksanakan aktiviti yang lebih penting pada masa itu.

Terdapat sepuluh langkah yang patut diberi perhatian semasa mengagihkan tugasan kepada para staff:-

i-Analisis tugas yang boleh diagih kepada pekerja.
Pilih individu yang paling sesuai untuk tugas yang telah dikenalpasti.

ii-Beri arahan dengan cara menjalankan tugas itu kepada individu terpilih. Lakukan ini secara terperinci melalui penjelasan dan demonstrasi. Jelaskan mengapa tugas ini penting kepada seluruh organisasi.

iii-Dapatkan maklum balasdaripada individu yang sanggup memikul tanggungjawab itu.

iv-Pertimbangkan pengagihan tugas secara bergilir-gilir untuk pekerja lain mendapat pengalaman dan kemahiran.

v-Bersedia menggantikan tugas kepada orang lain jika dia tidak hadir.

vi-Beri peluang kepada pekerja untuk memberi sumbangan dan idea.

vii-Bincang tugasan baru dan sediakan rancangan untuk
menggilirkan kerja dengan semua kumpulan.

viii-Beri masa yang sesuai.

ix-Beri kebebasan kepadanya untuk berfikir dan berkreativiti.

xi-Buat tindakan susulan.

xii-Beri pujian dan jika perlu perbaiki proses kualiti.

tak MAMPU berkata...

Apapun maafkan hamba yang hina Flower.
__________________________________________________________________________

hamba lebih hina drpd flower.

Tanpa Nama berkata...

Omar kalau nak masuk politik silakan, letak jawatan sebagai presiden cuepacs...

Tanpa Nama berkata...

Tanggagaji minima perlu dibuat sebagai membela nasib pekerja yang dianiayai oleh majikan. Ada majikan yang yg memberi gaji sesuka hati mereka. Majikan itu mengaut untung berlipat kali ganda tanpa gaji pekerja sedikit. Kemiskinan berpunca daripada majikan yg tamak sebegini.

Kakitangan kerajaan yg diberi KUP iaitu gred penyelia tapi tak buat kerja penyeliaan ada lah kayu mati di sektor awam. Kerajaan perlu melantik mereka sebagai hakiki selepas 1 tahun dan menukar mereka sebagai proses kenaikkan pangkat.

Tanpa Nama berkata...

Anak Pakcik kerja sbg jurujual/pemasaran. gaji asas cuma RM350 utk 3 bulan pertama kemudian bulan ke 4, up kpd 500. Komisen dan overtime dapat ler sikt lebih.

Ini pengumuman RM 900.00, pak cik dengar pun suka dan amat gembira.

Kesian diluar sana, ada ijazah, diploma pun sama taraf dgn yg ada PMR, SPM.

Kesian, kesian.

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan kerajaan yg diberi KUP iaitu gred penyelia tapi tak buat kerja penyeliaan ada lah kayu mati di sektor awam. Kerajaan perlu melantik mereka sebagai hakiki selepas 1 tahun dan menukar mereka sebagai proses kenaikkan pangkat.

===================================================================================

bahasa kau ni mmg celaka lah....cibai lah lu ni......dasar dengki haram jadah punya org.......

Tanpa Nama berkata...

Bersyukur lah apa yang ada nasib kita ni amat beruntung kerana masih lagi boleh makan dan minum yang cukup berbanding dengan di negara lain, contohnya Afrika. Kita renung-renungkan lah yeee....

Tanpa Nama berkata...

kalau nak tau, ceek pi dok afrika...lepeh tu meh balik cite kat pa nih.....

Tanpa Nama berkata...

omar copec skg da melobi nak jd calon pru.. masalah p.a x settle sa sebok isu swasta.. gred renjer hutan apecter omar.dulu ko ckp skim baru x akan kurangkan apa yg da sbpa bg.tp apsal gred renjer trun blk jd 17

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

dah pencen dilantik semula secara kontrak???

hebat wooo...pencen dapat..gaji bulanan kerja kontrak pon dpt..cukup tempoh dpt lagi ganjaran..wowww!!

mahsyuknyaaaa...org2 pencen tapi masih kerja secara kontrak dlm PA.. ;p

mcm lah dia saja kononnya yg pandai & tau buat kerja?

dia saja ada kelulusan?
org lain tadak kelulusan? tadak skill lagi hebat?

walhal semuanya demi RM..RM..RM!! ;p

Rabu, Mei 02, 2012 11:43:00 AM

Tanpa Nama berkata...
PA yang pencen, kemudian kerja balik sbg PA kontrak ... ini jenis MUKA TAK ADA MARUAH !!!!

sedar diri tu dah tua nak MAMPUS !!! bagi can ler kpd PA yg ada kelayakan diploma, ijazah utk ke jawatan baru !

rumah kata PERGI,
KUBUR kata mari !!!

Rabu, Mei 02, 2012 12:15:00 PM
===============================================

kalau mahukan perubahan pemikiran & perkembangan perkhidmatan awam..isu mcm ni kena dikemaskan..bila dah pencen tapi sibuk lantik secara kontrak..maka idea pon tak berkembang..kolot..& lupa diri!!

dah wajib pencen..pencen teruszzzz!!

jangan sibuk dilantik sambung secara kontrak!

kuatkuasakan kepada SEMUA SKIM!!

Tanpa Nama berkata...

Dengar cerita Pak Omar buat cadangan utk menaikkan ETP gred 40 kebawah ? Kalau boleh selaraskan semua gred dapat ETP RM 500 - 700 ke ? Dan ditarik elaun keraian para boss yang tamak haloba ! Aku ni gred 41 tapi aku pun tak suka cara boss aku handle anak buah dia ! Meluat aku ! Nak tunjuk kuasa konon tapi pakai komputer pun tak reti ! Semua kerja suruh aku dan staf lain buat ! Tapi nama dia yang dapat ! Menyampah aku ! Tulah kalau boleh elaun keraian boss ini ditarik balik coz tidak releven dan diberi sebagai ETP ! Bagi semua staf sama ETP , RM 700 ke ! Yalah ambil elaun keraian dan bagi sebagai ETP ! Fair ape ! Kerajaan tak rugi byk !

Tanpa Nama berkata...

maka itulah sebabnya kena desak & fight supaya PA yg dah wajib pencen tu...pencen saja..jgn bagi ruang utk sambung secara kontrak..dok umah bebaik..cukup2 la kerja tu..klu tambah nyusahkan nama baik PA buat apa lagi nak kerja??

gaji kontrak dpt..pencen pon jalan...amboiii...siap dpt ganjaran lagi bila cukup tempoh..


apa guna??? ada berani ka klu sibuk sgt nak buat perubahan dlm PA??

Tanpa Nama berkata...

Buat Flower yang muda belia.
Tidak kira atau tua. Jika orang yang berilmu akan dipandang mulia. Malah itulah yang dilihat disisi Allah.
Apa yang Flower katakan itu memang benar dan nyata. Sebenarnya WANG tidak membawa kita kemana2. WANG hanyalah alat untuk kita mencapai apa yang kita ingin dapatkan.Apa guna WANG yang banyak tapi tubuh tidak sihat. Apa nak guna kalau tak ada WANG walau badan sihat. Banyak atau sikit WANG itu lebih bermakna jika ada rasa bersyukur.
Ada orang banyak WANG tapi hidupnya susah(dikejar bayang2 takut kena rompak dan sebagainya). Ada orang sikit WANG tapi hati senang sebab tak ada siapa peduli macam Pakcik contohnya. Jadi dari banyak2 ULASAN rakan2 Flower disini lebih fokus kepada WANG, WANG dan WANG.Kasihan Pakcik baca.

Tanpa Nama berkata...

TAHUKAH Anda maksud ' DOPING '
Perkataan ini membawa maksud Obat Perangsang dari segi fizikal dan mental dan lebih menjurus kepada Ahli Sukan. Bagi orang biasa obat supaya tak ngantuk, tak letih dan lapar dan seumpamanya. Diambil secara ditelan, minum dan suntikan.
Kesannya sangat buruk. Sebab bila sampai peringkat Badan tidak dapat lagi menerima, pada masa itu tubuh akan menjadi umpama mayat hidup. Celik tapi tak lihat, nafas tapi tak nyawa dan hidup tapi mati.Antara sakit yang kerap akibat doping ialah Parkinson. Parkinson ialah sakit yang dihidapi dalam keadaan menggeletar seluruh badan.

Tanpa Nama berkata...

kakitangan kerajaan bila lagi nak tetapkan gaji minimum?

Tanpa Nama berkata...

Ayo Yo, gaji sula naik ooo. Halga balang mau kasi naik lagi ooo.. ini macam manyak lugi ooo. Olang niaga talak untung bagi gaji orang kija mahai ooo...kena kasi halga naik oooo balu lapat untung ooo. Olang jaga kibun sayuq ooo gaji 900, halga sayuq kasi mahai ooo, olang jaga kidai makan gaji 900 ooo, loti canai, nasik lemak, teh talik ooo kasi naikk ooo. Semua mau kasi naik oooo.

Tanpa Nama berkata...

Siap la korang, gaji gomen naik, gaji swasta naik...pasni semua harga barang akan melambung naik! Yang kaya tokey-tokey, yang semikin pembeli. Amekko.

Tanpa Nama berkata...

Siap la korang, gaji gomen naik, gaji swasta naik...pasni semua harga barang akan melambung naik! Yang kaya tokey-tokey, yang semikin pembeli. Amekko.
========================================================================

GAJI NAIK BARANG NAIK, APA MAKSUD...SAMA JEEEEEE....LG SUSAH ADA AHHH........ingat kerajaan bodoh keeee....dia bagi dia ambik balik duit tampa kita perasan...

Tanpa Nama berkata...

herga brg dah naik..sewa umah pun dah naik..karawalekkkkkk....

Tanpa Nama berkata...

Bajet pembentangan dgn syarat aku jadi PM

Tanpa Nama berkata...

Baguslah perjuangkan nasib pekerja swasta. Tapi kami yang berniaga kecik-kecik ni, siapa yang nak bela? Saya tak mampu nak bayar gaji minimum RM 900 kepada staf-staf saya. Gaji saya pun tak setinggi itu. Kalau diwajibkan juga, terpaksalah saya tutup perniagaan dan minta kerja dengan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

bodo ko....gov ad mcm2 elaun n pencen...wtpe nk bising....bkn kompeni kcik....tp nk idop cpt kaya ...blagak kaya...nk keta besar...mmgla xckup...

derisjab berkata...

Salam :
Nampaknya majikan yang membayar gaji rendah kepada pekerja swasta sedang sibuk berkira-kira untuk mematuhi 'gaji minima 1Malaysia'. Sudahlah mereka memerah tenaga pekerja dan mereka sudahpun bersenang-senang dengan kudrat pekerja tersebut. Wartakan segera dan tubuhkan unit penguatkuasa yang betul-betul berkuasa melaksanakan tugas - tanpa kompromi. Boleh ? Kalau boleh, maka teruskanlah bercakap mengenainya. Kalau tak boleh, elok berhenti bercakap supaya kekayaan negara terus dimiliki oleh golongan pengusaha yang sentiasa 'memerah kudrat orang lain' - RM900 pun tak boleh beri tapi setahun berkali-kali makan angin diluar negeri!! - adilkah itu ?

Tanpa Nama berkata...

macam mane dengan sektor perhotelan??saya bekerja sbgai jurujual kat salah sebuah hotel, gaji basic hnye rm445+2.0 srvice points...klau msuk overtime pun x kan cecah rm900..bile ditanye soal kenaikn gji minimum yg diwar2kan..katenye surat da bgi kt PM bahawa gji minimum ni x relevan tuk sektor perhotelan..canner tu??

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,

Saya mahu ajukan soalan ini kepada semua?Memandangkan pekerja asing di Malaysia juga menumtuk gaji yang sama dan kepanyakkan kilang terpaksa akur, apakah gaji minimum ini untuk rakyat malaysia atau untuk membantu warga asing ini?

-Zaini Saat-