SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

04 Mei 2012

GAJI MINIMUM AKAN SEBABKAN PENGANGGURAN

May 03, 2012
KUALA LUMPUR, 3 Mei — Polisi gaji minimum Putrajaya bakal menyebabkan berlakunya peningkatan kadar pengangguran, buruh “seludup” dan tekanan inflasi, kata majikan dan ahli ekonomi.
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan gaji minimun RM900 untuk semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak dengan tempoh pelaksanaan selama enam bulan, atau dua kali ganda bagi syarikat mikro.
“Apabila majikan enggan melaksanakan gaji minimum, pekerja akan mula mencari pasaran gelap dan bersetuju dengan jumlah lebih murah berbanding jumlah tersebut,” kata Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Wan Saiful Wan Jan (gambar).“Ironinya di sini, kerajaan memperkenalkan polisi ini bagi keselamatan sosial namun pekerja tidak akan mempunyai KWSP dan Socso,” katanya kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada dana pencen dan pertubuhan keselamatan sosial.
Kerajaan mula bekerja untuk melaksanakan skim gaji minimum tahun lalu selepas sedekad lebih menerima tekanan daripada kesatuan sekerja yang mana produktiviti bakal meningkat kepada 6.7 peratus setiap tahun namun kadar gaji sebenar meningkat hanya kepada kadar 2.6 peratus setiap tahun.
Namun ia ditangguhkan kerana mereka terus mendesak kerajaan. Industri kecil dan sederhana (IKS) memberi amaran 80 peratus daripada aktiviti perniagaan akan diselubungi kadar gaji lantai, memungkinkan kehilangan pekerjaan terhadap pasaran buruh.
IKS berkata mereka mempunyai 99 peratus syarikat operasi dan mengambil pekerja 59 peratus kesemua pekerja akan terkesan dengan kadar gaji minimum.
Presiden Kesatuan IKS Malaysia Teh Kee Sin berkata kepada The Malaysian Insider mereka memerlukan tempoh tiga tahun untuk “melatih dan meningkatkan teknologi” bagi memastikan mendapat produktiviti bagi kos tambahan 9 peratus ekoran kadar gaji minimum.
Pengarah Eksekutif Kesatuan Majikan-Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan turut menambah dalam sesetengah kes, seperti pekerja ladang di Sabah, kadar gaji RM800 akan menggandakan pendapatan.
“Ramai yang akan berubah kepada kontrak dan menyebabkan industri mikro akan bankrup, dengan keadaan kekurangan buruh, hanya ada beberapa IKS yang akan terus bertahan dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” kata Teh.
Ahli perniagaan Johor dan beberapa ahli ekonomi turut bersetuju dengan kos tambahan yang bakal menyebabkan berlakunya kadar inflasi.
“Selain itu, jika Najib menang pilihan raya, kadar subsidi akanb kembali di sambung semula. Akhirnya, akan ada positif impak terhadap pekerja,” kata pakar ekonomi bank terkemuka Hafiz Noor Shams.
Shamsuddin mencadangkan selain “menggunakan paksaan undang-undang” kerajaan perlu memberikan insentif kepada pihak pekerja dan majikan bagi memperbaiki tenaga kerja berkemahiran. Kementerian Sumber Manusia berkata tiga suku daripada 12 juta pekerja adalah tenaga kerja bukan kemahiran.
“Selain kadar tetap, kita boleh menetapkan jumlah selamat, katakan 70 peratus daripada kadar sasaran, dan selebihnya berasaskan prestasi. Ini menggabungkan gaji dan produktiviti. Ia bakal menyemarakkan pekerja menambahkan kemahiran mereka dan majikan juga tentunya mahukan pekerja yang lebih baik,” katanya.
Wan Saiful menambah kementerian sumber manusia telahpun mengenal pasti kawalan harga dan subsidi sebagai punca tekanan kadar peningkatan harga berdasarkan produktiviti.
“Kebanyakan majikan meletakkan gaji minimum pada kadar inflasi bersama manfaat lain. Namun selain mengeluarkan perkara ini, mereka menambah lapisan baru penambahbaikan. Di sini melihatkan keadaan putar-belit.
“Dengan pilihan raya yang semakin hampir, ia adalah gerakan populis kepada populis lain terhadap pembaharuan struktur dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), muka surat 114, yang mana kadar gaji minimum adalah pendekatan yang salah,” katanya.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan lebih RM6 billion untuk meningkatkan gaji kakitangan awam kepada 13 peratus tahun ini sebagai persediaan menghadapi pilihan raya yang dijangka berlaku beberapa bulan sahaja lagi.
Pengumuman Najib malam tadi berkenaan gaji minimum mengikuti langkah Thailand sekitar 40, sebagai sebahagian kempen Yingluck Shinawatra yang membolehkannya memenangi pilihan raya Julai lalu.
Taiwan mula meningkatkan gaji minimum kepada 5 peratus tahun lalu turut membantu Presiden Ma Ying-jeou memenangi pilihan raya bagi tempoh kedua pada Januari.
Vietnam juga bakal meningkatkan gaji minimum untuk kakitangan awam kepada 27 peratus Mei ini selepas memaktubkan kadar gaji minimum sehingga 69 peratus pada Oktober untuk kedua-dua sektor awam dan swasta.
Ribuan pekerja dijangka akan menyertai perhimpunban di Hong Kong hari ini, mendesak Ketua Pilihan Raya, Leung Chun-ying menyelesaikan jurang kekayaan apabila beliau kembali ke pejabatnya Julai ini.

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengunguman berkaitan gaji sektor swasta oleh PM adalah satu keputusan yang dialu-alukan. Walau bagaimanapun,Kenapa gaji minimum bagi pekerja sektor swasta di Sabah dan Sarawak berbeza dengan gaji pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia sedangkan kos sara hidup termasuk harga barang-barang lebih tinggi di Sabah Sarawak berbanding di Semenanjung? Di mana letaknya konsep 1 Malaysia?

melayu rempit berkata...

konsep 1 Malaysia????
letaknya dalam kain bini Najib ler.......

Tanpa Nama berkata...

Siap la korang, gaji gomen naik, gaji swasta naik...pasni semua harga barang akan melambung naik! Yang kaya tokey-tokey, yang makin tertekan pengguna/pembeli..

kecoh sana kecoh sini..org lain yg untung...nahhh..apa mcm bhai...best???

Tanpa Nama berkata...

yeah..hidup bisnes gua..

Tanpa Nama berkata...

Tolong kaji semula Datukkkkkkkkk minta samakan gagji minimum semenanjung ,sabah, sarawak baru la 1Malaysia....baru la dari sabah n sarawak gumbira...kalo dpt ditimbang timbang la...kalo tak ditimbang maknanya lambang TIMBANGAN PATUTLA DA SENGET DA

Tanpa Nama berkata...

lingkuplah bn kali ni kalau harga gaji minimum sabah & sarawak tak diselaras sama dgn semenanjung..

Tanpa Nama berkata...

KAJIAN GAJI MINIMUM, PUAK YANG BUAT TAK TAU APA?KENAPA,GAJI MINIMUM DISEMENANJUNG LEBIH TINGGI DARI SABAH/SARAWAK,KOS SARA HIDUP DI DUA NEGERI INI LEBIH TINGGI,KAJIAN KENA BUAT,BUKAN MAIN HENTAM AJE.

Tanpa Nama berkata...

macam gaji kakitangan awam jawatan PAR,Driver dan gred 17 lebih tinggi dari gred diploma,puak jpa kena lihat balik,puak PAR kerja hantar surat pun gaji RM2,000 keatas,apa cerita.

Tanpa Nama berkata...

Gagji ku besor sbb kawe do lamo kejo da naik pinsin da kawang....aku PAR juga...guna otak mu la....

Tanpa Nama berkata...

Kalau baru kerja setahun jagung dah nak minta gaji besar... pii la, yang dapat gaji besar mengalah gaji diploma tu adalah mereka yang dah lama berkhidmat ngan kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

Biarkan ja PM tu, pilihanraya akan datang kita ajar dia cukup2.. kenapa dibezakan pula gaji minimum sabah,sarawak dengan di semenanjung...

JOHN JENIN berkata...

macam gaji kakitangan awam jawatan PAR,Driver dan gred 17 lebih tinggi dari gred diploma,puak jpa kena lihat balik,puak PAR kerja hantar surat pun gaji RM2,000 keatas,apa cerita.


SYUKOOOOOR, SYUKURLAAAAAH.

zulkarnai is an Army Personel.( Aree Bihunsup Ex Service ) berkata...

pelik la nape manusia x pernah nk bersyukur???

Gred Sokongan berkata...

Tanpa Nama berkata...
macam gaji kakitangan awam jawatan PAR,Driver dan gred 17 lebih tinggi dari gred diploma,puak jpa kena lihat balik,puak PAR kerja hantar surat pun gaji RM2,000 keatas,apa cerita.

Sabtu, Mei 05, 2012 7:50:00 AM

= = = = = = = = = = = = = = = = =

Komen kat atas ni mcm bahlol yang sama dgn PA Gred 41 marah sbb gred sokongan gaji lebih dari diorang. Ckp tak pakai otak.

Tanpa Nama berkata...

Oii,bahlol semak la gred gaji,kenaikan gaji,lu orang PAR,pemandu terima gaji mau keja relax,lena dalam pejabat dan kereta,kalau kereta tak cuci dikedai.

Tanpa Nama berkata...

gred gaji 17 gaji mau lebih,asyik lena dalam bilik sembahyang,berpuak-puak,hilang waktu pejabat,boss boss takut kepada gred 17,mereka lena dalam pejabat,buat penipuan kes pinjaman perumahan boss tak buat apa-apa.gred N4 keluar pejabat,balik pejabat lewat,boss tak buat apa-apa.gaji yang diterima adakah halal.

Tanpa Nama berkata...

BOSS DALAM USM KENA SELIDIK KAKITANGAN YANG CURI TULANG,WAKTU PEJABAT TIADA,WAKTU BALIK ADA.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Oii,bahlol semak la gred gaji,kenaikan gaji,lu orang PAR,pemandu terima gaji mau keja relax,lena dalam pejabat dan kereta,kalau kereta tak cuci dikedai.

Ahad, Mei 06, 2012 1:53:00 PM

Hahahaha...bahlol vs bahlol dah berbalas pantun. Klau nkau ada diploma berbalas pantun dgn PAR nkau pun sama dgn dia bahlolnya. Rezki dorang, dorang makan, rezki nkau , awak makanlah apa nak kecoh. Besok nkau dah nak pencen gaji lebih besar dari gred 44 pun sapa nak marah.

JOHN JENIN berkata...

SYUKUUUUURLAH.....SYUKOOOOOR.

Tanpa Nama berkata...

KAJIAN GAJI MINIMUM, PUAK YANG BUAT TAK TAU APA?KENAPA,GAJI MINIMUM DISEMENANJUNG LEBIH TINGGI DARI SABAH/SARAWAK,KOS SARA HIDUP DI DUA NEGERI INI LEBIH TINGGI,KAJIAN KENA BUAT,BUKAN MAIN HENTAM AJE.


.........................

kajian dah dibuat tapi macam tu la... kaji saja last2 hasilnya tak seronok untuk didengar... serupa lah SBPA... kaji punya kaji last2 SSM min-max yang keluar... tak menyeronokkan langsung....

JOHN JENIN berkata...

SYUKUUUUURKAH? SYUKUUUUURLAH....SYUKOOOOOR.

Tanpa Nama berkata...

Polisi gaji minimum Putrajaya bakal menyebabkan berlakunya peningkatan kadar pengangguran, buruh “seludup” dan tekanan inflasi, kata majikan dan ahli ekonomi.

Bagi saya , kalau nak dengar kata majikan sampai bila pun masalah ini tak selesai.

Cuba lihat negara maju yang lain, Singapura,Korea Selatan,Jepun.Kadar upah gaji pekerjanya tinggi.Tak ada masalah pun.

Yang masalahnya ialah pihak majikan ni tamak dan mementingkan diri sendiri.

Pihak kerajaan kena tegas dalam hal ini.

Tanpa Nama berkata...

JOHN JENIN berkata...

SYUKUUUUURKAH? SYUKUUUUURLAH....SYUKOOOOOR.


===================================


menarik.... tapi bersyukur kah kita dengan penindasan... dengan ketidakadilan... dengan pemerasan.... ???

prubsntakaful berkata...

Gaji minimum bergantung kelulusan dan pengalaman.Untuk mendapat gaji yg tinggi perlu belajar atau beralih sektor swasta.Sahabat saya asal PAR selama 8 tahun.sekarang menjadi peguam berjaya.Usia baru 41 tahun dan bergelar datuk.Ayuh tingkatkan ilmu untuk berjaya.Bukan bermegah sekadar motivasi untuk berjaya.

prubsntakaful berkata...

Gaji minimum bergantung kelulusan dan pengalaman.Untuk mendapat gaji yg tinggi perlu belajar atau beralih sektor swasta.Sahabat saya asal PAR selama 8 tahun.sekarang menjadi peguam berjaya.Usia baru 41 tahun dan bergelar datuk.Ayuh tingkatkan ilmu untuk berjaya.Bukan bermegah sekadar motivasi untuk berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Gaji minimum bergantung kelulusan dan pengalaman.Untuk mendapat gaji yg tinggi perlu belajar atau beralih sektor swasta.Sahabat saya asal PAR selama 8 tahun.sekarang menjadi peguam berjaya.Usia baru 41 tahun dan bergelar datuk.Ayuh tingkatkan ilmu untuk berjaya.Bukan bermegah sekadar motivasi untuk berjaya.

GURU TABIKA CEMAS berkata...

INI ADALAH BERITA YG MENGGEMBIRAKAN BAGI WARGA CEMAS. MUDAH2 AN GURU TABIKA CEMAS AKAN DISERAP KE JAWATAN TETAP.

biebir berkata...

Wow,saTu tindakan yang cukup berani telah diambil oleh kerajaan,satu tindakan yang dapat meledakan KUASA BELI rakyat,....impaknya,,khusus bagi negeri sabah dan Sarawak,pola ekonomi di kedua dua negeri akan mengalami sedikit perubahan,kejutan..Secara menyeluruhnya,rakyat di kedua dua negeri ini-sabah & sarawak lebih memerlukan PELABURAN ASING YANG BERKUALITI...