SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

08 Mei 2012

KEMENTERIAN SUDAH MAJUKAN CADANGAN LANJUT USIA BERSARA WARGA KEMAS - SHAFIE APDAL

Bernama
7/5/2012

KOTA MARUDU, 7 Mei (Bernama) -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata permohonan melanjutkan usia bersara kira-kira 16,000 tenaga kerja kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah dimajukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Sekarang kita tunggu keputusan JPA," katanya mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, di sini pada Isnin.

Pada Ahad, Omar dilapor berkata usia persaraan warga kerja kontrak Kemas wajar dinaikkan daripada 58 kepada 60 selaras dengan keputusan kerajaan menerusi Sistem Saraan Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata pihaknya yakin warga kerja terbabit mampu berkhidmat untuk tempoh dua tahun lagi selepas mencapai usia 58 tahun.

Beliau juga percaya lanjutan umur bersara itu akan memperkukuhkan perkhidmatan Kemas di kawasan luar bandar.

-- BERNAMA

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila? semalam atau 30 tahun sudah??

Tanpa Nama berkata...

ADAKAH BENAR KATA KATA PAK MENTERI,TAKUT HAMPIR PRU 13,KAMI KAKITANGAN KEMAS DIGULAKAN DENGAN JANJI,DULU JANJI NAK DITETAPKAN,NAK DINAIK GRED GURU KEMAS ADA DIPLOMA,KINI USIA BERSARA.ADAKAH JANJI DITEPATI KATA KATA PM.DULU MENTERI KKLW PUN JANJI JANJI BEGITU,AKHIRNYA TINGGAL JANJI,KAMI TUNTUT JANJI,ALLAH SAHAJA AKAN MENGHITUNGKAN KATA KATA YANG BELUM DITEPATI.

GURU TABIKA CEMAS berkata...

INI ADALAH BERITA YG MENGGEMBIRAKAN BAGI WARGA CEMAS. MUDAH2 AN GURU TABIKA CEMAS AKAN DISERAP KE JAWATAN TETAP.

lemak merdu berkata...

kami nak jawatan tetap, bukannya keja kontrak sampai 60 tahun. dah la pinjaman rumah x layak, pencen x ada. lahanat tul la Umno cibai ni.

cikgu2 tadika dah2 la BN penipu ni. jom kita pakat sabotaj Umno pilihanraya akan datang ni. biar diorang tahu, x hargai kita langsung. orang lain naik ke N17, kita dok N11 tu lah sampai bila2 selagi x sambung belajar.

Tanpa Nama berkata...

aku tak faham...kupekmas punya tok ketua vs menteri....kesian pa kemas......

Tanpa Nama berkata...

Kemas ler, kontrak ler, .. apa jadah !
Cupec bila nak bermesyuarat bagi penambahbaikan SSM + ?????

banyak perkara dah diantar ke union , bila boleh settle??

Anjakan Gaji bagi yg lulus Aras 4, bila nak kluarv pekeling?????

Tanpa Nama berkata...

Kemas ler, kontrak ler, .. apa jadah !
Cupec bila nak bermesyuarat bagi penambahbaikan SSM + ?????

banyak perkara dah diantar ke union , bila boleh settle??

Anjakan Gaji bagi yg lulus Aras 4, bila nak kluarv pekeling?????

Rabu, Mei 09, 2012 1:01:00 PM

================================================

aduhai...hang salah tempat la bro..yg ada hak utk keluarkan pekeliling ni siapa? agensi mana?

p tala email kat depa laaaaa...dok ngamuk sini buat apa??

depa pon makan gaji sama mcm hang gak..

guna akal laa...jangan dok ikut hati semata..

& jgn nak ingat semua benda boleh suka hati ubah sekelip mata..

kpd yg dok suka nak ungkit pasal PRU tu..kuat sangat ka pendirian? sungguh ka nak buktikan masa PRU? atau hujung nnt degar2 gah sembang kedai kopi semata?? ckp belakang saja lebih..hehe..

Tanpa Nama berkata...

suruhanjaya gaji..........janji belum tunai.....

PEMBANTU AM PU JABAT N1 berkata...

next

staff unit kelemasan berkata...

NEXT

PEMBANTU MAK MAH C17 berkata...

next

PEGAWAI TAKBIR DAN DIPLOMATIK M41 berkata...

NEXT

Tanpa Nama berkata...

hahaha...kalau kakitangan kontrak sedap jer cap ayat "bersara"...nama jer kerja kerajaan...awat x buat error typing tulis had umur 60 tahun untuk "berpencen"....ingat KWSP tu cukup ker nak makan 10 tahun berturut2..sah nak pi haji pun x cukup la...

Tanpa Nama berkata...

SAYA MENYERU KEPADA SEMUA PENJAWAT AWAM YANG BERKONGSI CAKAP KAT SINI SUPAYA INSAF DAN KITA HENTIKAN SAHAJA. JANGAN CAKAP APA2 LAGI KAT SINI SEBAB ANDA HANYA MEMBUANG MASA BUANG ELEKTRIK DAN BIL INTERNET ANDA MENINGKAT. LEBIH BAIK ANDA TUMPUAN KEPADA ANAK DAN ISTERI KAT RUMAH. DAH SIAPKAN KERJA SEKOLAH KE DAN CUKUP KE BAHAN BARANG KAT DAPOR TU. TAK DE SIAPA NAK LAYAN ANDA. ANDA HANYA BERGADOH SESAMA ANDA TAPI (ORANG2 KAT DALAM CUEPACS) SEMAKIN BUNCIT KERANA KENYANG SEBAB MAKANNYA DIHIDANGKAN, DUDUK DIKIPASKAN DAN TIDOR DIBUAIKAN. HINGGA TAK DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN RASIONAL. SEBAB ITU BANYAK CAKAP TAPI TAK SERUPA BIKIN.

Tanpa Nama berkata...

(ORANG2 KAT DALAM CUEPACS) SEMAKIN BUNCIT KERANA KENYANG SEBAB MAKANNYA DIHIDANGKAN, DUDUK DIKIPASKAN DAN TIDOR DIBUAIKAN. HINGGA TAK DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN RASIONAL. SEBAB ITU BANYAK CAKAP TAPI TAK SERUPA BIKIN.

Khamis, Mei 10, 2012 7:44:00 AM

777777777777777777777777

makan rezki HARAM untuk anak bini. Tak takut ker ??!!
AMANAH... tak tunai berat dosanya !

melayu rempit berkata...

aku tak tau nak komen apa...

harap guru tadika cemas terus setia dgn umno walaupun anda selalu dipermainkan....

next PRU jom pangkah Pakatan....
walaupun aku tak pernah ngundi be end....

tapi be end ttp monang......
haram tul be end nih....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Kemas ler, kontrak ler, .. apa jadah !
Cupec bila nak bermesyuarat bagi penambahbaikan SSM + ?????

banyak perkara dah diantar ke union , bila boleh settle??

Anjakan Gaji bagi yg lulus Aras 4, bila nak kluarv pekeling?????

Rabu, Mei 09, 2012 1:01:00 PM

================================================

aduhai...hang salah tempat la bro..yg ada hak utk keluarkan pekeliling ni siapa? agensi mana?

p tala email kat depa laaaaa...dok ngamuk sini buat apa??

depa pon makan gaji sama mcm hang gak..

guna akal laa...jangan dok ikut hati semata..

& jgn nak ingat semua benda boleh suka hati ubah sekelip mata..

kpd yg dok suka nak ungkit pasal PRU tu..kuat sangat ka pendirian? sungguh ka nak buktikan masa PRU? atau hujung nnt degar2 gah sembang kedai kopi semata?? ckp belakang saja lebih..hehe..

Rabu, Mei 09, 2012 2:05:00 PM

%%%%%%%%%%%%%%%%

ini blog siapa?????
Blog Cupec ker blog hanturaya !

Mengadu kat sini maksudnya mengadu ke Cupec !

hanya pemimpin yg Bodoh dan Makan rezki haram yg GELAP HATI utk tidak tunai tanggongjawab. Ada ker pengamal ilmu PEKAK BADAK dlm Cupec ???!!!

Desakan kpd JPA perlu dibuat secara sah melalui Cupec dan bukan orang perseorangan !!!

Kita selesai ikut peraturan dan ini bukan BERSIH !

PA bersuara melalui blog Cupec ....

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS PERLU FOKUS KEPADA ISU SSM+B. SEPATUTNYA CUEPACS PERLU DESAK KERAJAAN TUBUHKAN SEGERA SURUHANJAYA YANG TELAH DIUMUMKAN LEBIH DUA BULAN LALU, KERANA SURUHANJAYA INI PENTING BAGI MENGKAJI KEKURANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN SKIM BEBERAPA PERKHIDMATAN. KENAPA DAH LEBIH DUA BULAN BAYANG SURUHANJAYA INI BELUM NAMPAK LAGI? CUEPACS KENA TAU MANA YANG PATUT DIDAHULUKAN JANGAN IKUT RASA JE...

Tanpa Nama berkata...

cuepacs tidor....tak buat keje...mana suruhanjaya...

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dengan pendapat di atas tuu...

Tanpa Nama berkata...

kakitangan felda dah dapat 2 bulan bonus sebelum raya jom kita fight minta bonus 2 bulan gaji

Tanpa Nama berkata...

kami kakitangan kemas tidak percaya kepada menteri KKLW,buktikan kebajikan kami dititikberatkan.janji tinggal janji.budaya janji tinggal nama.

Tanpa Nama berkata...

yang dah tua sgt tak payah sambung.... jaga kesihatan , pergi berehat .. luangkan masa pada family ..yang mana dulu nya kerja dan kerj a... sekarang rileks....

nanti jgn jadi orang yang kat ofis aku, sambung sampai umur 60 tahun , tapi kerja dah tak larat....kita tanya kenapa nak sambung?..jawapan dia sebulan gaji dapat 2 ribu lebih siapa nak bagi?... hehehe jawapan yang bernas.. tapi kerja hampeh....ada fail banyak jek jek mula merentan ... dan naik angin , suruh kita settle kerja dia ..dia pulak nak keluar macam macam urusan...hospital , tabung haji dan bayar bil.... hari hari macam tu....

kisah benar ni.... sumber manusia..kaji kaji lah yang nak sambung ni...larat ke tidak dia kerja?. atau ada hutang angkasa lagi ke tidak?... atau yang mana nak sambung kerja pasal duit setiap bulan kerja tak nak , payah juga... kesian yang ada ni.....

kadang tu ilmu pun lokek..yelah dah veteran lah katakan....banyak sgt biokrasi dan karenah...kesian kesian......

macam ni pun ada,

Tanpa Nama berkata...

Bende masuk citer politik kt sini? Apa la bebal sangat, mana-mana parti pun sumenya da rasuah. Baik BN baik PR. Sama je dua-dua. Kt Kelantan isu balak. Kmudian isu anak sape ntah yg dok buka syarikat kmudian kuar syarikat. amik untung atas angin je. Kt Selangor isu pasir dan isu Teoh Beng Hock. Kt Pulau Pinang isu tanah. Kt Kedah isu air. Sama je parti pembangkang n kerajaan ni. Dua-dua ada rasuah. Tp yg teruknya pembangkang la, diorg pun x betul tp hentam kerajaan gila-gila. Paper berita harian n utusan sekurang-kurangnya da gak lapor menteri kerajaan yg kene siasat sbb rasuah. Ada yg kene tindakan pun. Paper harakah ade ke cite pemimpin diorg korup? Yg mana satu yg korg rasa sorok cerita nih? Hampeh betul la.

Tanpa Nama berkata...

agm umno cawangan dikampung kampung,ketua ketua cawangan umno asyik bawa kertas kerajaan bagi subsidi kepada rakyat katanya,betul ke subsidi diberi,tulis saja,tanpa bukti,kalau beri subsidi, tentu barang kawalan lebih murah,ini tak terkawal.
dulu harga gula/minyak murah zaman mantan PM Tun Mahathir,zaman Mantan PM Pak Lah gula,minyak dan beras naik balik kemudian turun,yang hairan naik 10 sen,tea naik 20 sen.ini barang kawalan,pun tak terkawal

Tanpa Nama berkata...

LAIN KALI JA LA...HE HE HE

Tanpa Nama berkata...

Ini kalo mcm ni jer...LAIN KALI JER LA...

Tanpa Nama berkata...

ALA KANGSAR, 16 Mei — Seramai 24,053 guru yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, mulai 1 Jun hingga 31 Dis ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kumpulan itu merangkumi seramai 8,222 guru lepasan Ijazah dan 15,831 lepasan Diploma.

"Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru ke-41 di sini, hari ini.

Beliau berkata selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan, peruntukan minimum kenaikan pangkat secara 'time-based' berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lepas.

Katanya melalui skim itu, bagi guru lepasan Ijazah gred DG41, hanya lapan tahun diperlukan untuk kenaikan ke gred DG44, lapan tahun untuk gred DG44 ke DG48, enam tahun untuk gred DG48 ke DG52 dan hanya tiga tahun untuk gred DG52 ke DG54.

Muhyiddin berkata bagi guru lepasan Diploma gred DGA29, hanya lapan tahun diperlukan untuk naik ke gred DGA32, lapan tahun untuk gred DGA32 ke DGA34 dan hanya lima tahun untuk gred DGA34 ke DGA38.

Beliau berkata lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, seramai 390 guru telah dinaikkan ke gred DG54, DG52 (676), DG48 (3,938) dan DG44 (19,805).

Katanya bagi guru bukan siswazah pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred DGA38, DGA34 (2,639) dan DGA32 (9,519).

Beliau berkata proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan Penolong Kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh kementerian.

"Setakat ini seramai 854 Pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 dan 4,270 Penolong kanan dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48," katanya.

Muhyiddin berkata kenaikan pangkat itu melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Dis 2011 dan yang memangku jawatan sebelum atau 31 Dis 2010. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat ialah 1 Jan 2012.
Katanya seramai 430 baki penyandang jawatan Pengetua gred DG48 ke gred DG52 dan seramai 2,655 baki penyandang jawatan Penolong Kanan Gred DG44 ke Gred DG48 akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah calon-calon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Bagi melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kerajaan telah memperuntukkan RM934 juta, iaitu satu jumlah yang membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata kementerian komited mencapai sasaran 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2015.

Katanya sehingga kini program pensiswazahan guru berjalan lancar dengan 69.6 peratus daripada 66,124 guru yang disasarkan telah menerima tawaran mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi. — Bernama

COMPLAINT

TPM DAN MENTERI KKLW JAGA KKLW DAN GURU,JAWATAN MEREKA UNTUK RAKYAT,BUKAN UNTUK GURU DAN KKLW.

Tanpa Nama berkata...

sekarang guru KEMAS dah banyak ada ijazah..bilalah nak boleh rasa gaji ijazah nih..hehehe..sekarang gaji diploma pun cukup2 makan jer even keje kat kampung sendiri..hope kklw/KEMAS ader perubahan for 2014..

http://blogriza.blogspot.com berkata...

Mohon dberi ptmbgn sgera ke pjwatn 41 bg guru kemas yg memiliki ijazah.

http://blogriza.blogspot.com berkata...

Mohon dberi ptmbgn sgera ke pjwatn 41 bg guru kemas yg memiliki ijazah.