SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

13 Mei 2012

KEBAJIKAN PEKERJA DIJAGA - NAJIB

Utusan Malaysia
Ribuan warga pekerja yang hadir pada Perhimpunan Hari Pekerja 2012 bertemakan
Pekerja Berinovatif Penggerak Tranformasi yang disempurnakan oleh 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat MAEPS
di Serdang, Selangor, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 12 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kebajikan pekerja akan menjadi falsafah dan agenda perjuangan kerajaan pada masa kini dan akan datang.
Beliau berkata, ia akan menjadi pegangan kerajaan bagi memastikan semua pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan meraih keuntungan.
''Kalau kita menjaga kebajikan pekerja, pekerja akan untung, syarikat untung malah kerajaan juga akan meraih keuntungan.
''Namun jika kita menekan kebajikan pekerja, syarikat tidak akan mendapat keuntungan tambahan, pekerja rugi, syarikat pun rugi dan negara juga akan rugi,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam amanatnya sempena Sambutan Hari Pekerja 2012 peringkat kebangsaan yang turut dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan di Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, dekat sini hari ini.
Lebih 10,000 pekerja menghadiri sambutan itu yang turut dihadiri oleh Ketua Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman dan Presiden Kesatuan Kongres Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Khalid Atan.
Dalam pada itu, Najib mengingatkan semua pihak untuk meningkatkan produktiviti masing-masing selaras dengan kenaikan gaji.
Beliau mengambil contoh prestasi luar biasa yang dicatatkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memperlihatkan lonjakan tinggi dalam produktiviti.
''Jika kita lihat contoh tersebut, kita boleh bayar gaji lebih kepada jabatan dan agensi lain tanpa menjejaskan ekonomi tetapi kita kena tambah produktiviti,'' ujar beliau.
Beliau juga percaya hubungan baik dan persepakatan antara kerajaan, majikan dan pekerja yang wujud di negara ini sekarang akan memudahkan perjalanan untuk menjayakan transformasi negara.
"Saya penuh yakin dengan kerjasama ketiga-tiga pihak antara pekerja, majikan dan kerajaan maka kita akan terus kukuh membentuk persefahaman dan kesepakatan jitu ke arah mewujudkan suasana dan perhubungan harmoni dan kondusif,'' katanya.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BETUL ORANG KATA :
Setelah 18 tahun ditutup kesan radiasi diBukit Merah masih ada ditahap merbahaya!Kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) mendakwa kesan radiasi di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang, kedua-duanya di Perak, masih pada tahap berbahaya selepas kilang berkenaan ditutup 18 tahun yang lalu.Menurut pengerusi SMSL Tan Bun Teet (kanan)NONE, ahli kumpulan itu yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi tidak dibenarkan memasuki loji dan tapak pelupusan sisa itu tetapi bacaan radiasi di sekitar kedua-dua lokasi menunjukkan keputusan yang membimbangkan ditemui semasa mereka cuba melawat tapak berkenaan di Perak pada hujung minggu lalu.Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.
Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), dakwa Tan.Purata bacaan di Malaysia adalah 0.05 microsievert bagi setiap jam.AELB sebelum ini mendakwa bahawa tapak kilang telah dinyah-cemar dengan tahap radiasi turun dari 0.65 microsievert setiap jam kepada 0.17microsievert setiap jam dan ia selamat untuk aktiviti manusia. Jadi apa yang SELAMAT jika Projek Lynas diteruskan. Jepun dah guna import tempurung isirong kelapa sawit dari Malaysia untuk menjana Loji tenaga elektriknya.Manakala Kesatuan Eropah (EU) telah menggunakan kuasa ombak dan tenaga solar (matahari) untuk Loji tenaga elektriknya. Mengapa pula kita terhegeh-hegeh nak buat projek nuklear yang amat2 bahaya dan ketinggalan zaman itu. Mari kita cari lagi fakta baru...!

Tanpa Nama berkata...

buktikan kebajikan kakitangan awam dijaga,insuran pun kakitangan kena bayar,kenderaan kerajaan tidak diinsurankan kenapa?kenaikan gaji kakitangan 13%,lhdn 20%,wahai PM kami terima tak adil.

Tanpa Nama berkata...

kami dah berijazah dan master 7-8 tahun, tapi tiada kenaikan pangkat dan kanaikan gred, dpt apc, pretasi 97%, lulus ptk tahap 4, dah 13 tahun berkhidmat gred C, JPA, SPA, CUEPACS dan KERAJAAN perlu menaiktarafkan gred semua PA, sepatutnye kami PA hanya perlu ditemuduga jea dalam kenaikan pangkat dan permohonan perjawatan baru kerana kami ada pengalaman kerja dan berpuluh kali mengikuti seminar, kursus,taklimat dan macam-macam lagi, tak perlulah menduduki perperiksaan dan ujian fizikal, nak kena berlari berbatu-batu, dan sebagainya..kami dah berumur 30an dan 40an.. ini baru dikatakan menjaga kebajikan PA, barulah PA memberi perkhidmatan dan pemikiran kelas 1 di dunia..

Tanpa Nama berkata...

KENAPA TESCO/GIANT/JUSCO LEBIH MURAH DARI KEDAI RAKYAT 1 M'SIA:

Sebab Kedai 1Malaysia bukan berorientasikan mencari untung tapi mencari Dana untuk membina Imej Siapa Aku termasuklah Cuepacs dan Mtuc yang telah menyimpang dari perjuangan Asalnya yaitu demi menjaga kebajikan pekerja kepada demi menjaga kepentingan kesatuan sekerja/pekerja. Jadi yang boleh diharap ialah Diri kita yang perlu pintar membuat KEPUTUSAN yang mana satu INI atau ITU termasuklah dalam PRU 13 nanti. Buktikan kuasa anda adalah penentu masa depan kita

Kerajaan Forever berkata...

"KEBAJIKAN PEKERJA DIJAGA - NAJIB"........ketika pilihanraya memang pekerja dijaga supaya tidak mengundi pembangkang. pembangkang wujud ketika kerajaan wujud. setelah dibubarkan parlimen dan DUN, maka tiada lagi pembangkang. Yg ada cuma parti politik yg bertanding di atas bantuan kerajaan atau swasta.

Tanpa Nama berkata...

ada sesape kat sini boleh bagi pinjam duit RM500/- nak beli barangan dapur, nak kasi anak-anak makan seramai 7 org, duit gaji dah habis bayar tol tiap-tiap hari, minyak kereta,parking kereta,bayar kereta, sewa rumah,bayar api-air,bayar cukai tanah, cukai pintu.. total semua RM1400/- gaji buruh kasar RM1490, baki RM90/- tolonglah hambamu ini ya ALLAH..!!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Salam. Bila nk serap semua pekerja kontrak kerajaan ke jawatan tetap ni? Lama sangat nk tunggu.X kn nk tunggu sampai kucing bertanduk ke?

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Syukur.
TQ PM ... dapat Aras 4. Dapat nikmati ANJAKAN GAJI.
Pekeliling dah kluar.

Tq PM.
Tq KPPA.

wa caya bro.

mmmmuuuuaaaahhhpppp.
luv u all ...

Tanpa Nama berkata...

trima kasih PM. Trima kasih jugak KPPA.
2007, saya N17. dpt Aras 4.
Januari 2008 lapor diri EO.
ANJAKAN GAJI tidak diberi.

2010, dapat Aras 4.
2012 baru dapat merasa ANJAKAN GAJI.

Alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

ALA KANGSAR, 16 Mei — Seramai 24,053 guru yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, mulai 1 Jun hingga 31 Dis ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kumpulan itu merangkumi seramai 8,222 guru lepasan Ijazah dan 15,831 lepasan Diploma.

"Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru ke-41 di sini, hari ini.

Beliau berkata selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan, peruntukan minimum kenaikan pangkat secara 'time-based' berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lepas.

Katanya melalui skim itu, bagi guru lepasan Ijazah gred DG41, hanya lapan tahun diperlukan untuk kenaikan ke gred DG44, lapan tahun untuk gred DG44 ke DG48, enam tahun untuk gred DG48 ke DG52 dan hanya tiga tahun untuk gred DG52 ke DG54.

Muhyiddin berkata bagi guru lepasan Diploma gred DGA29, hanya lapan tahun diperlukan untuk naik ke gred DGA32, lapan tahun untuk gred DGA32 ke DGA34 dan hanya lima tahun untuk gred DGA34 ke DGA38.

Beliau berkata lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, seramai 390 guru telah dinaikkan ke gred DG54, DG52 (676), DG48 (3,938) dan DG44 (19,805).

Katanya bagi guru bukan siswazah pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred DGA38, DGA34 (2,639) dan DGA32 (9,519).

Beliau berkata proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan Penolong Kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh kementerian.

"Setakat ini seramai 854 Pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 dan 4,270 Penolong kanan dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48," katanya.

Muhyiddin berkata kenaikan pangkat itu melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Dis 2011 dan yang memangku jawatan sebelum atau 31 Dis 2010. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat ialah 1 Jan 2012.
Katanya seramai 430 baki penyandang jawatan Pengetua gred DG48 ke gred DG52 dan seramai 2,655 baki penyandang jawatan Penolong Kanan Gred DG44 ke Gred DG48 akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah calon-calon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Bagi melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kerajaan telah memperuntukkan RM934 juta, iaitu satu jumlah yang membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata kementerian komited mencapai sasaran 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2015.

Katanya sehingga kini program pensiswazahan guru berjalan lancar dengan 69.6 peratus daripada 66,124 guru yang disasarkan telah menerima tawaran mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi. — Bernama

Komentar

GURU GURU DAPAT NAIK PANGKAT,KAKITANGAN AWAM LAIN DIPINGGIRKAN OLEH JPA.LIHAT SEDUTAN DIATAS.

Tanpa Nama berkata...

cepatnya guru naik gred! 8 tahun je

aku 20 tahun kerja baru dapat kanan


terpinggir w32

Tanpa Nama berkata...

kami tak pelik kalau guru dinaikan pangkat dengan cepatnye dlm waktu terdekat nie.. ini semua pasal PRU-13, keje guru bukan teruk sgt, jam 7,00 masuk, itupun ada yg lambat,jam 3 dah balik mengangkang kat rumah, sebab tue guru sekarang bukannya berkualiti, roh mengajarnya tak de..kauliti guru sebahagian besarnya terburuk dlm perkhidmatan awam, banyak kes di dada akhbar berkaitan guru-guru.. wahai PA semua berapa ramai anak tuan/puan yg berjaya dgn kelulusan cermerlang, kalau anak tuan/puan cermerlang pun disebabkan tuan/puan menghantar anak-anak tuan/puan ke pusat tuisyen, betul tak.? ape guru buat disekolah selama masa mengajar..? mana perlajar yg lemah dipinggirkan oleh pihak sekolah dan guru, tak percaya lihat sendiri sekolah anak-anak tuan/puan, tak masuk kelas mengajar, mengajar sambil lewa, mengeluarkan kata-kata kesat kepada perlajar, menconteng buku pelajar dgn bahasa yg kurang elok, pilih-kasih, perlajar miskin dipinggirkan, mengejar pangkat dan gaji, malas mengajar, boikot perlajar dan bermacam ahklak buruk guru, kami tak cemburu tetapi biarlah berpada-pada, kami berkerja siang-malam, sekiranya berlakunya bencana alam spt banjir, kami juga yg kedepan,
mane perginya guru-guru, pelbagai program dan dasar-dasar kerajaan di anjurkan kerajaan, kami juga ke depan, taukah kerajaan ramai di kalangan guru-guru penyokong dan master-mind kepada pihak pembangkang.. sepatutnya kerajaan sudah lama menaikkan gred PA bukan guru, bukan bermain tarik-tali, buruk padahnya.. kami PA 1.4 juta juga memainkan peranan yg amat penting bagi pembangunan negara menuju negara maju menjelang tahun 2020.. PRU-13 semakin hampir, kami bijak memilih. undi adalah rahsia..!!

Tanpa Nama berkata...

memang betull la. guru ni setiap tahun sambut hari guru ja ada hadiah..., dari kerajaan.macam2 hadiah, naik gaji la , naik pangkat la, guru cemerlang la. macam2 lagi hadiag buat guru.pasai tu kita guru la ni tak sama guru du. guru dulu naik motor aje, guru la ni keta mewah2..syoknya jadi guru....tiap2 tahun dapat hadiah naik pangkat dan gaji.kami PA lain habuk pun tak dak...he he he sedar tak guru la ni bayk sokong pembangkang...

Tanpa Nama berkata...

setiap hari sekumpulan lembu diberi makan pada jam 9.00 pagi. suatu petang tu berlaku dialog antara lembu dengan tuannya;
tuannya : ok lembu,esok akan ku umumkan sesuatu kepada mu.
Lembu : seronoknya apa yang hendak diumumkan oleh tuanku.
( sampai masa semua lembu berkumpul)
tuannya: ok ini pengumumuman penting. besok kamu semua akan diberi makan pada jam 9.00 pagi.
Lembu : Cissss. bengong kot. yang tu pun nak umum.pk 9.00 pagi memang waktu makan kami.manusia apa tak berakal

guru lama berkata...

TPM kata 60% guru sekolah rendah siswazah, tapi kenapa kami yang baru tamat belajar dah dapat ijazah tidak dilantik sebagai guru siswazah.temuduga dah setahun lebih tapi masih tak dilantik ke dg 41. takkan tunggu kami pencen baru nak lantik.teruk2 belajar nak dapatkan ijazah.macamana nak capai 60%%%%%%.

Tanpa Nama berkata...

kami jurtknik j17 rasa tertipu apabila opsyen naik gred d tarik blik dgn pmbatalan sbpa.jrtknik mcm da xbsmangt bkerja brsnguh2.jrtknik mcm x di pandang lngsg.skrg cupac minta pmbtu tdbir pula d naik gred.kmi bukan dengki dgn n17,tpi knp cupac lgsg x membela nsb jrtknik?kmi amat kcewa sbp trasa x d pndg lgsg.kecewa

Tanpa Nama berkata...

orang sabah dan sarawak asik dipingirkan dalam sisitem penjawatan,.majoriti pegawai kat sabah dan sarawak adalah dri semanjung..orang sabah dan sarwak pun banyak yang memohon dan berkelayakn..tpi dibagi gred yang lebih rendah dri kelayakan yang sepatutnya..nak cerita pasal elaun..lagi la..dri semanjung dapat bila dtg sabah atau sarawak dpat elaun perumhan dan elaun wilayah berlipat ganda..tpi bila orang sabah datang bekerja kat semanjung haram jadah.elaun rumah cma 300..kat kk pun bilik dah rm 300..


ingat2 lah wahai pemerintah..sabah dan sarawak adalah penyumbang besar kerusi dan ekonomi kepada malaysia...jgn dah terkena baru menyesal..