SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Mei 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG DI CUEPACS ( PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF / PEMBANTU TADBIR P/O)


IKLAN JAWATAN KOSONG
 ( PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF / PEMBANTU TADBIR P/O)


KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457


IKLAN JAWATAN KOSONG

Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini

A.   PERIHAL JAWATAN :

Bil
Jawatan
Gred
Klasifikasi Perkhidmatan
Kumpulan Perkhidmatan
Taraf Jawatan
Jadual Gaji
1
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF
N27
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Sokongan
Tetap
P1T1 RM1361.14 - P1T26 RM3565.62

B. SYARAT LANTIKAN
1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
( Gaji Permulaan pada gred N27 : P1T1 )
ii)  Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,
( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T5 )
(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, ( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T6 ,)

(b) Syarat Kenaikan Pangkat secara Lantikan.

( i) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian & Operasi ), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan ), Pembantu Tadbir ( Kewangan ) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila :-
a) telah disahkan dalam perkhidmatan, atau
b) mempunyai kelayakan di perenggan (a)(i),
c) lulus peperiksaan khas.
c)         Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
d)         Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.


C : UMUR
1.         Calon bagi lantikan hendaklah berumur
a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D : BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang CUEPACS yang boleh didapati di Ibu Pejabat CUEPACS, Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu 55100 Kuala Lumpur.
E : ALAMAT PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-

Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.

F : TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 31 Mei 2012. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.

G : DOKUMEN SOKONGAN
Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cadangan saya supaya iklan2 drpd badan berkanun persekutuan & negeri juga turut dimuatkan dlm blog ini

Tanpa Nama berkata...

KISAH BENAR :
PENJAWAT AWAM KITA TERDIRI DARI ORANG KITA MELAYU. ORANG MELAYU DARI DULU SAMPAI SEKARANG ADALAH BEROTAK BEBAL DAN LEMBAB TERMASUKLAH AKU. TRADISI HIDUP KITA SUKA MENIRU DAN MENGIKUT APA ORANG LAIN BUAT. Dan satu lagi suka bergaduh dan membunuh sesama sendiri, sejak sejarah dahulu kala sampai sekarang. ORANG KITA MELAYU TAK TAHU BERFIKIR DARI HATI DAN CAHAYA PETUNJUK YANG ALLAH BERI. TAK KIRA DIA ADA KELULUSAN LUAR NEGERI MAUPUN DALAM NEGERI. TAK KIRA KELULUSAN KONVENSIONAL ATAU AGAMA. SEMUANYA TIDAK BIJAK CARA BERFIKIR DAN CARA BERTINDAK DALAM APA JUA SITUASI PUN. SEMADA CARA MENTADBIR, BISNES ATAU BIDANG AGAMA TIADA BEZA.APA YANG NYATA ORANG LAIN YANG MENANGGUK DI AIR KERUH.ORANG AMBIL KESEMPATAN KETIKA ORANG KITA MELAYU BERGADUH.
DIA OARANG BERSORAK TUNGGU MASA AMBIL ALIH PEMERINTAHAN.DIA ORANG YANG DAPAT UNTUNG KITA DAPAT SUSAH.
TAK MUSTAHIL KALAU NEGARA KITA HANCUR DIA ORANG TINGGALKAN NEGARA INI PADANG JARAK PADANG TEKUKUR DAN BALIK NEGARA MASING2. KORANG FIKIRLAH BAIK2. ADA KEBENARANNYA.

3rd plak kali ni... berkata...

Kerja makan gaji dgn kerajaan ni utk hidup selesa boleh. Tp utk hidup mewah susah la sikit. Kene ada usaha lebih la.. Apa pun lebih baik ada kerja drpd langsung tidak bekerja.

Tanpa Nama berkata...

BETUL KE ORANG KATA:
Kuantan akan dijadikan tempat lupus sisa radioaktif kilang lynas, rakyat tak dapat untung apa-apa dgn projek lynas, hanya untung kepada pemimpin dan kroni bn termasuk 400 org pekerja lynas. tapi rakyat yg rugi sebab tempat tinggal rakyat dijadikan tempat lupus sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat.. kesan pencemaran sisa radioaktif dan pencemaran alam sekitar oleh industri rare earth di negara China, kesan tak begitu ketara kerana china mempunyai kawasan yg luas lebih dari Malaysia. Kalau kesan kpd rakyat nisbah tak sebesar rakyat malaysia, China mempunyai 1 billion rakyat, rakyat Malaysia tak sampai 30 juta. Tak boleh bandingkan kesamaan kesan industri rare earth di malaysia dan China kerana di sini kesan buruk akan jadi ketara, sana kesan tidak ketara (kerana tanah di sana luas) tak banyak kesan yang positif kpd malaysia, kesan positif kepada rakyat langsung tiada.Kesan negatif banyak bila lynas operasi, nilai hartanah jatuh, industri pelancongan dan perikanan terjejas, kesihatan terancam, perniagaan merudum. Rakyat yg rugi, lynas dan syarikat jepun banyak untung kerana dapat pecahkan monopoli china, tapi rakyat malaysia terutamanya di pahang yg rugi, dapat menerima kesan pencemaran air ke sungai balok dan hidupan laut terjejas, udara tercemar di sekitar balok, kesan sisa radioaktif ke atas rakyat pahang terutamanya di Kuantan.Mari kita cari fakta baru.

Tanpa Nama berkata...

risikony besar utk negara kecik dan baru nk maju mcm malaysia nih. cubaa google cari peristiwa yg berlaku di bukit merah perak. rasany kalau berlaku kebocoran bahayanya tetap sama mcm yg dkt bukit merah tu

Tanpa Nama berkata...

IKLANKANLAH borang sekali...X PAYAH LA SAMPAI ke pejabat nak amik borang...kan dah maju..tq

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BETUL ORANG KATA :
Setelah 18 tahun ditutup kesan radiasi diBukit Merah masih ada ditahap merbahaya!Kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) mendakwa kesan radiasi di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang, kedua-duanya di Perak, masih pada tahap berbahaya selepas kilang berkenaan ditutup 18 tahun yang lalu.Menurut pengerusi SMSL Tan Bun Teet (kanan)NONE, ahli kumpulan itu yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi tidak dibenarkan memasuki loji dan tapak pelupusan sisa itu tetapi bacaan radiasi di sekitar kedua-dua lokasi menunjukkan keputusan yang membimbangkan ditemui semasa mereka cuba melawat tapak berkenaan di Perak pada hujung minggu lalu.Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.
Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), dakwa Tan.Purata bacaan di Malaysia adalah 0.05 microsievert bagi setiap jam.AELB sebelum ini mendakwa bahawa tapak kilang telah dinyah-cemar dengan tahap radiasi turun dari 0.65 microsievert setiap jam kepada 0.17microsievert setiap jam dan ia selamat untuk aktiviti manusia. Jadi apa yang SELAMAT jika Projek Lynas diteruskan. Jepun dah guna import tempurung isirong kelapa sawit dari Malaysia untuk menjana Loji tenaga elektriknya.Manakala Kesatuan Eropah (EU) telah menggunakan kuasa ombak dan tenaga solar (matahari) untuk Loji tenaga elektriknya. Mengapa pula kita terhegeh-hegeh nak buat projek nuklear yang amat2 bahaya dan ketinggalan zaman itu. Mari kita cari lagi fakta baru...!

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas maklumat itu tuan. Sy juga fikir lebih byk buruknya drpd baik jika LYNAS beroperasi di negara kita. Jika ada yg mahu mengumpulkan tandatangan menolak LYNAS, sy akan jadi salah seorang drpd mereka

Tanpa Nama berkata...

Minggu lepas telah diadakan sesi terbuka pendengaran umum mengenai isu LYNAS.Masa ni la sepatutnye puak pembangkang LYNAS perlu bagi fakta kenapa Lynas ni membahaya. Tapi malangnye sume fakta takleh di percayai. Hanya merujuk bloomberg dan reuters, takde nama pakar nukleuar pun yang diberikan.Hehe macam mane tu bro...
Sesi umum ini diketuai oleh panel yang dipilih oleh jawatankuasa parlimen dan diketuai oleh Menteri Pengajian tinggi DS Khaled Nordin.
Di pihak jawatankuasa terdapat beberapa lagi ahli parlimen yang dipilih antaranya YB Zulkifli Nordin,YB Rahman Dahlan, YB Simpang Renggam dan wakil agensi dan kementerian yang berkaitan.
Pembangkang tak hantar wakil. Agak malang sesi pertama yang berlangsung di Kuantan ini pun tidak dihadiri oleh wakil rakyat Kuantan Fauziah Saleh.
Sepatutnya, selaku wakil kepada rakyat di Kuantan Fauziah Saleh wajib dan berani mengambil tanggungjawab ke hadapan dan berentap dengan JK Parlimen dikandangnya sendiri.
Terdapat 5 wakil masyarakat hadir dan sanggup berhadapan dengan JK parlimen ini. Namun bila diselidiki ada di antara mereka punyai kaitan satu sama lain. Dalam erti kata mudah mereka memecahkan kumpulan mereka kepada group berbeza supaya nampak kononnya mereka itu mewakili suara rakyat.
Dalam sesi pendengaran awam, kaedah memberi hujah, menguatkan hujah,memberi alasan penolakan yang kesemuanya berlandaskan fakta dan figura hendaklah dikemukakan.Kumpulan Pertama wakil anti Lynas membentangkan hujah.
Kumpulan ini membentangkan keresahan mengenai Lynas, mengenai keresahan kebocoran Loji Fukushima diselitkan sebagai fakta penguat hujahan. Bukan setakat itu, pembentangan mengenai kadar radiasi juga dibentangkan.
Bila sesi soalbalas yang dilakukan oleh Zul Nordin, mereka kelihatan kaget dan mati akal. Zul Nordin tanya kumpulan tadi, mana fakta dan sumber rujukan anda sewaktu pembentangan hujah yang kamu lakukan tadi.
Teka apa mereka jawab?
“err kami dapat maklumat ini dari Bloomberg dan Reuters.”
Zul Nordin tanya lagi,
“saya tak nak nama web, tapi saya nak nama pakar dan rujukan artikel yang kamu gunakan tadi untuk memudahkan kami melakukan dokumentasi.”
Kumpulan tu jawab, “kami dapat dari reuters. reuters yang cakap lepas tu kami print.”
Zul Nordin tanya lagi, “saya tak nak nama web tapi saya nak nama rujukan pakar yang diterakan dalam hujahan kamu tadi”
Pening dan tak dapat jawap soalan mudah Zul Nordin, kumpulan tadi kata nanti kami carilah dan bagi pada beliau.
Jelas sepanjang 1 tahun pemprotessn Lynas ini mereka sekadar menggunakan idea ‘Hearsay’ dalam memperjuangkan isu.
KUMPULAN PERTAMA GAGALMasuk kumpulan kedua.
Yang paling kiri adalah doktor cukup pakar mengenai environment. Mereka memulakan hujah Lynas tak selamat, radioaktif, Fukushima dan lain lain.
Doktor tadi menguatkan hujahan Lynas tak selamat bilamana dia mengaitkan isu Bukit Merah di Perak. Menurut doktor itu ramai anak yang baru lahir menghidap penyakit dan kecacatan kekal kerana radiasi yang berlaku di Bukit Merah.
JK parlimen tanya,
“fakta sokongan yang menguatkan hujah mana?”
Doktor tadi gagal menjawab. Oleh kerana nak cover malu, lelaki dalam foto yang paling kanan mula tinggikan suara. Katanya JK parlimen tak patut tanya soalan yang susah nak dijawab.
JK parlimen jawab balik kalau tak ada fakta and finding macam mana JK parlimen nak buat dokumentasi mengenai isu yang dibangkitkan.
KUMPULAN KEDUA GAGAL
bersambung di http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/05/kumpulan-anti-lynas-kalah-teruk-di.html

Tanpa Nama berkata...

DIBACA DARI :bersambung di http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/05/kumpulan-anti-lynas-kalah-teruk-di.html

----------@#$%^&*-------------------
Diselidiki dari penulisan Anda ialah pendokong projek LYNAS. Insaflah wahai saudara bahawa RUJUKAN PAKAR DAN ARTIKEL SERTA FAKTA sokongan apa lagi yang perlu dinyatakan. Jika itu semua dapat DIKEMUKAKAN pun JK Parlimen tetap akan menolak hujah dan tetap dengan teks dialog yang telah disusun. Jangan cuba nak temberang lagi. Jangan nak nafikan lagi.Saya kesian melihat Anda sebagai seorang yang terpelajar tetapi jadi penipu dan pengampu. Ingatlah masa depan anak, cucu, cicit dan generasi kita seterusnya (jika dunia masih belum Kiamat lagi. Apa jadi pada masa itu. Lihatlah longkang dengan rumah kampong Anda, Parit dikampong anda, Sungai dikampong Anda dan Laut dikampong Anda. Adakah masih belum tercemar atau anda celik tapi buta fakta.

Tanpa Nama berkata...

kau org nie apalah susah sgt nak fikir.. skim tak naik-naik, mudah jea tukar kerajaan sedia ada,kalau o.kea teruskan, kalau tak o.kea sepenggal jealah jawabnye, kita rakyat menentukan turun-naiknye sesebuah kerajaan.. kita rakyat berkuasa.. kami rakyat memimpin..!!

ROCK WARRIOR berkata...

APA BIKIN! PAKAI BORANG
MOHON JAWATAN ON LINE DER SKANG
DOLOOO DOLOOO JAWATAN DIPOHON ISI BORANG
ZAMAN IT, SISTEM ZAMAN TOK KADUK APA BARANG

ROCK WARRIOR berkata...

ISU IKLAN KURANG LAKU, PENAMBAHBAIKAN JALANKAN DULU, ITULAH YANG J17 SIJIL POLY MAHU
TAPI JANGAN SAMPAI HURU HARA HARU BIRU
SKIM LAIN BIAR HANCIK, ASALKAN J17 SIJIL POLY NAIK GRED DULU

ZAMAN TOK KADOK CERITA DOLOOO DOLOOO, TERKINI DALAM DIMENSI BARU
SEMANGAT JUANG HARMONI, TAK HINA MENCACI DAN TAK PILIH BULU
PENGUPGREDAN SETENGAH SKIM BERLAKU, SKIM LAIN HAMPEH! BUAT TAK TAHU
KALAU INI TERUSAN BERLAKU, 6 JAHANAM ORGANISASI, KITA JUGAKAN MALU

PENTING SKIM SENDIRI, SKIM LAIN TOBAT LAHOM TAK DIBANTU
INI YANG DIKATAN KERJA BERPASUKAN, BERSATU, BANTU MEMBANTU
TEMBOLOK SENDIRI UTAMAKAN DAHULU
SAUDARA SENDIRI BERAGAN, DEPAN MATA BUAT BODOH JER, WALAU TAHU

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR, MASAK SEBIJI DALAM PERAHU
BAGAIKAN PANDIR, MENGALAH PROFESOR SERBA TAHU
SBPA DIUMUM, JURUTEKNIK SIJIL POLY HIDUNG KOMBANG, BERKAWAN PUN PILIH BULU
SAHABAT KARIB PANDANG PUN TAK MAU, WALHAL GRED SAMA SATU KETIKA DULU
INILAH DIA SIKAP KITA ORANG MELAYU

BILA SBPA DIMANSUH, MEROYAN GRED, SENDIRI MALU
JADIKAN PENGAJARAN, JAGA TINGKAH DAN LAKU
LUPA DIRI ELAKKAN DARI BERLAKU
"MAKIN BERISI MAKIN TUNDUK" RESMI PADI IKUTAN SELALU
AGAR KITA DIHORMATI INSAN LAIN, KAWAN KAWAN NENGOK TAK BERBUKUN DAN BERBULU

rock warrior berkata...

omar.. bila gted j27 dpt naik? jgnla u asik sebok hal beranak n lain2.. kpd rock warrior u t td best kinzir in d world.. lu mesti dr gred n yg sakit hati kt gred j.. tula time skola g bcinte n buat sajak.. lani blajo bodoh lg nak sendam. . lu g mampos k.. syg lu ounya mak jubor

ROCK WARRIOR berkata...

RONO RENE NANGKONO NANGKENE, SANA SINI DI SANA DI SINI
RESOLUSI PERJUANGAN TERUSKAN PASTI
TEORI DOMINO MELANDA MENGGEGAR BUMI
AWAS! JANGAN IKUTKAN HATI, JIKA TAK MAHU BINASA DIRI

SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK J17 SIJIL POLY
HARAPAN MENGGUNUNG GRED TINGGI
JANGAN SALAH LANGKAH KETIKA MENDAKI
BERHATI HATI, TAKUT JATUH MENCANAK 90 DARJAH KEPALA KE BUMI

FUYYOOO, BERBUIH BUIH MENONGKAH ARUS
TSUNAMI MEMBADAI, TAUFAN BERTALI ARUS
J17 SIJIL POLY LEMAS, CEMAS NAMUN HAYUNAN LANGKAH JUANG MESTI DITERUS
SUPAYA KELAK TAK DIGELAR ORANG SEBAGAI JONGOS, DAHI JENDOL, BERMISAI TIRUS

TAN TILUK TAN TILAN, ANAK CIPAN GELAK SAKAN
MENGAPA DIFIKIR, MENGAPA DIKENANGKAN
JIKA SUDAH NASIB BADAN TERIMA SAJA KETENTUAN
YANG BAIK JADI TAULADAN, BURUK JADIKAN SEMPADAN

KURA KURA DALAM PERAHU, ANAK BABUN MAKAN BAHULU
JANGAN MEMBURU ANGIN YANG BERLALU
KELAK KECUNDANG, JIWA LUKA, FIKIRAN TAK TENTU
HARAP WIRA JUANG 27 TABAH, SABAR SELALU

Tanpa Nama berkata...

Ahad, Mei 27, 2012 9:47:00 AM
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

TANPA NAMA BERKATA:
1. Buat masa dulu, sekarang dan akan selamanya PA wanita untung,dapat cuti bersalin,boleh cuti bersalin 300 hari,kemudian balik pejabat dapat Anugerah Khidmat Cemerlang. Cukup tempoh pencen.Cuti bersalin 300 hari diambil kira. PA lelaki wajib diberi juga 300 hari bonus untuk pengiraan pencen. Itu baru adil. Cuepacs /Jpa mesti kaji balik.
2. Kalau dulu (tahun 1998) aku masa tu darjah 6. Emak aku tak kerja. Makcik sebelah rumah kerja kat jabatan pelajaran bagi upah jaya baby rm150.00je sebulan. Antar adik baby jam 7.00pagi ambil jam 5.00petang. Pas 2 baby tu dah umur 2 tahun pandai lari Makcik tu bagi Mak aku rm100.00 je. Katanya sebab dah senang baby dah pandai bawak diri. Ok itu dulu aku budak tak tau apa2. Tapi sekarang ni baru aku tahu antar baby kat rumah kawan aku kena tetap bayarrm300.00 sebulan jam 7am-5pm.Aku lambat sejam kena extra rm3.00.Mak aku dulu kan, masa Makcik kursus
3 -4hari adik baby siang malam kat rumah aku layan macam adik sendiri. Mak tak extra payment apa pun. Jadi sekarang ni patutnya Kementerian Pembangunan Wanita kena tetapkan bayaran jaga anak.
rm300 - rm 350 sebulan jam 7am - 5pm. Lebih masa bayar extra.
Aku harap kawan2 kat luar sana tu kena juga pikir anak kita sejak umur 60 hari dah dijaga oleh orang lain. Kena fikir jasa dan sumbangan wanita mengenai penjagaan anak-anak wanita yang berkerjaya macam kita.

ROCK WARRIOR berkata...

PERJUANGAN MURNI! SAYANG SERIBU KALI SAYANG DISULAMI HINA DAN CACI
APA NAK JADI KEHIDUPAN INI, TAK DAPAT APA DIHAJATI SANGGUP CACI MAKI
DITEGUR ENGGAK BISA TERIMA INI
CAKAP SENDIRI SAJA BETUL, CAKAP ORANG LAIN DIDUSTAI

J17 SIJIL POLY, DAH DIANGGAP SETARA PHD
MENGATA ORANG BODOH, MACAMLAH DIA BLAJA TINGGI
PERINSIP ORANG YANG TAK SEDAR DIRI
HIDUNG TINGGI! BERJALAN DONGAK KE LANGIT TAK NAMPAK BUMI

ROCK WARRIOR TAHAN MAKI, TINGGI 5KAKI 4 INCHI, BERAT 56 KATI
KU KINI BARADA DALAM TAMAN MU, TAK SEDIKIT UNDUR DIRI
BUAT PENYAMAR rock warrior Sabtu, Mei 26, 2012 7:31:00 AM DENGAR SINI
SOMBONG, BONGKAK, TINGGI DIRI, MISKIN PEKERTI, LEMBAH HINA TERJERUMUS DIRI
WALAU SUDAH DIBERI TALI, BUTA TULI TETAP NAK TERJUN LOJI

Tanpa Nama berkata...

tak payah iklan jawatan kosong...amik jer anak-beranak tok omar dan kuncu-kuncunya.

Tanpa Nama berkata...

Aku tengok 'Rock Worrior' ni kurang ajar sangatlah, macam dia sorang aja yang betul, emak dia aja begitu ke? Oi kawan, tolong jaga bahasa sikit ya.... jangan sombong sangat takut nanti Omar tak ajar Jalanraya pulak yang tunjuk ajar engkau. pikir-pikirkan lah samada cakap aku ni betul atau tidak. Kalau tak betul... buang aja dalam tong sampah, tapi.. kalau agak boleh didengar, tengok-tengoklah jari yang menunjuk salah orang tu... tiga menunjuk kepada engkau. maaf kerana memberi ajar supaya 'cukup'

sidek berkata...

apa la, kupek nie kata nak bagi skim yang hebat...kenapa masih guna skim macam ssm, masuk dengan diploma tapi bagi gred 27...
patutnya sebagai permulaan bahawa kupek paham apa yang diperjuangkan, bagi la gred 29 untuk siapa yang masuk dengan diploma tu, jangan ikut ssm...
atau kupek pun tak paham ...hihihi geli hati la...
maklum la ye tak, pengerusi ngan timbalan gred 17 dan 26 ja, harapkan s/u agong kot2 nak faham-cikgu la katakan...tu pun dah lupa macam mana nak mengajar, dah lama sangat JPA amik dia keja...

CROWN TRUST FINANCIAL LOAN FIRM !!! berkata...

Pada masa ini, kami menawarkan skim pinjaman EASY and FAST pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad pengenalan yang sah dan sesuai untuk pengesahan.
Anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman anda untuk apa-apa jumlah pinjaman yang diperlukan.
Kami menawarkan pinjaman dari $ 5,000.00 USD Min. $ 100,000.00 USD Maks.
Kami mempunyai kredit jangka panjang maksimum lima (5) hingga lima puluh (50) tahun.
Kami memberi pinjaman seperti berikut: pinjaman projek, pinjaman pembiayaan semula, pinjaman pelaburan komersial, pinjaman kereta atau kenderaan, pinjaman pelajar, penyatuan hutang,
pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman perjalanan dan percutian, pinjaman tahun baru dan natal.
Syarikat kami juga memerlukan seseorang yang boleh menjadi wakil syarikat kami di negara anda.
Hubungi pejabat CROWN TRUST COMPANY LOAN KEWANGAN melalui e-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Hantar permintaan respons segera anda kepada: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

Terima kasih atas sokongan anda!
Kejayaan anda bermula dengan kami: JEFFEREY FRANK!
PENGARAH KERETA TANAH PINJAMAN KEWANGAN!
E-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

CROWN TRUST FINANCIAL LOAN FIRM !!! berkata...

Pada masa ini, kami menawarkan skim pinjaman EASY and FAST pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad pengenalan yang sah dan sesuai untuk pengesahan.
Anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman anda untuk apa-apa jumlah pinjaman yang diperlukan.
Kami menawarkan pinjaman dari $ 5,000.00 USD Min. $ 100,000.00 USD Maks.
Kami mempunyai kredit jangka panjang maksimum lima (5) hingga lima puluh (50) tahun.
Kami memberi pinjaman seperti berikut: pinjaman projek, pinjaman pembiayaan semula, pinjaman pelaburan komersial, pinjaman kereta atau kenderaan, pinjaman pelajar, penyatuan hutang,
pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman perjalanan dan percutian, pinjaman tahun baru dan natal.
Syarikat kami juga memerlukan seseorang yang boleh menjadi wakil syarikat kami di negara anda.
Hubungi pejabat CROWN TRUST COMPANY LOAN KEWANGAN melalui e-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Hantar permintaan respons segera anda kepada: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

Terima kasih atas sokongan anda!
Kejayaan anda bermula dengan kami: JEFFEREY FRANK!
PENGARAH KERETA TANAH PINJAMAN KEWANGAN!
E-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com