SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

07 Mei 2012

TOKOH KESATUAN SEKERJA

Utusan Malaysia
PERANAN kepimpinan kesatuan sekerja dalam era globalisasi amat mencabar kerana mereka bukan sahaja berjuang untuk meningkatkan kadar gaji dan kebajikan pekerja tempatan menerusi perundingan kolektif dengan majikan, malah juga bergiat bagi meningkatkan hak-hak pekerja di seluruh dunia.
Antara perjuangan hak pekerja yang sering ditekankan adalah supaya kerajaan menetapkan kadar upah minimum, menentukan jam bekerja maksimum dan memastikan keselamatan di tempat kerja.
Dalam membuat tuntutan berkenaan, pemimpin kesatuan sekerja sering diingatkan kerajaan bahawa mereka tidak boleh membuat tuntutan tidak munasabah sehingga menjejaskan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020.
Ketika kegawatan ekonomi seperti pada 1997, kepimpinan kesatuan sekerja juga sering diminta supaya tidak bertindakdi luar batasan apabila ada pekerja yang terpaksa dibuang kerja kerana kilang ditutup.
Berikut ialah tiga tokoh kesatuan sekerja yang telah berbakti kepada pekerja.
DATUK ZAINAL RAMPAK

ZAINAL berucap pada sambutan Hari Pekerja MTUC di Subang Jaya, Selangor pada 2001.
SIAPA tidak mengenali Zainal Rampak, 72, yang pernah menjadi Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) selama kira-kira 18 tahun.Anak jati Kampung Pinang, Tanjung Keling, Melaka ini mula dipilih sebagai Presiden MTUC pada 1986 ketika berusia 46 tahun dan memegang jawatan itu hingga usia 64 tahun pada 2004.Bapa kepada empat anak hasil perkahwinan dengan Datin Zainab Abdullah @ Szeto Swee Chun tidak lagi menyandang jawatan itu setelah kalah kepada Syed Shahir Syed Mohamud dengan perbezaan 47 undi.Beliau yang berpendidikan Sekolah Tinggi Melaka pernah menjadi penoreh getah, buruh di tapak pembinaan serta guru dan kemudian beralih untuk berkhidmat bersama Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pengangkutan (NUTW).Suaranya yang lantang memang digeruni. Pantang ada isu melibatkan kebajikan pekerjadi negara ini, beliau tidak akan berundur walau setapak untuk memperjuangkan hak pekerja yang bernaung di bawah payung MTUC.Di kalangan majikan, Zainal dianggap sebagai musuh sehingga beliau pernah menerima ugutan bunuh, sebaliknya golongan pekerja pula menyanjungnya seperti wira.

Ketika menjadi Presiden MTUC, antara isu yang sering diperjuangkan beliau adalah supaya ditetapkan gaji minimum.Dalam tempoh kepemimpinannya, MTUC mengalami dua corak perjuangan yang berbeza. Pertamanya, era ‘permusuhan’ dengan pihak kerajaan dari 1986 hingga 1994.Sepanjang tempoh itu, MTUC begitu kritis dan sentiasa menentang dasar kerajaan, khususnya yang mengutamakan kepentingan pihak pelabur dan majikan.Ketika itu, Zainal juga memperlihatkan kesungguhan menentang dasar kerajaan yang dikatakan antikesatuan dan tidak prihatin terhadap kepentingan golongan pekerja. Sikap keras dengan kerajaan adalah berikutan latar belakang Zainal yang sebelum itu pernah menjadi ahli DAP dan kemudian sebagai pemimpin Parti Melayu Semangat 46.

AHMAD NOR

BELIAU yang berasal dari Alor Setar, Kedah ialah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dari 1983 hingga 1986.Sebelum itu, beliau yang berkelulusan dari Kolej Sultan Abdul Hamid juga telah dipilih sebagai Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Kastam. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Presiden MTUC dari 1988 hingga 1990.Semasa memimpin CUEPACS, beliau dikenali sebagai seorang yang paling lantang memperjuangkan kebajikan kakitangan awam di negara ini dan tidak mudah bertolak ansur ketika mengadakan rundingan dengan kerajaan. Beliau juga ialah individu yang mempromosikan idea kerjasama antara kesatuan sekerja sektor swasta dan awam.
Ahmad yang terkenal dengan kebolehannya berpidato juga dikenali sebagai pejuang hak asasi manusia dan mahukan layanan saksama kepada para pekerja. Beliau juga ialah individu yang bertanggungjawab merealisasikan pembinaan bangunan Wisma CUEPACS di Jalan Gajah, Kuala Lumpur.

Pada Mac 1986, beliau meletakkan jawatan sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia untuk menjadi ahli politik sepenuh masa dengan menyertai Parti Sosialis Demokratik (SDP) dan kemudiannya DAP.
Beliau pernah bertanding di kawasan Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum 1986 tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN).
Kemudian beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Gopeng 1987, tetapi tewas kepada Setiausaha Agung MCA ketika itu, Tan Sri Dr. Ting Chew Peh.
Dalam pilihan raya umum Malaysia 1990, beliau menang bertanding di Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang tetapi gagal mengekalkan kawasan itu pada 1995.
Beliau yang berkahwin dengan Mariam Bibie Ibrahim dan mempunyai lima anak meninggal dunia
di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 2003 ketika berusia 60 tahun kerana kanser paru-paru.

DATUK OMAR OSMAN 

PRESIDEN CUEPACS sejak 2006 berasal dari Kampung Kundur, Rembau, Negeri Sembilan.
Omar, 62, yang berkelulusan Sekolah Menengah Vokasional Johor Bahru pernah berkhidmat sebagai guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Juruteknik Kanan, Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM).Pada 2007, beliau yang berkahwin dengan Datin Rahida Abdul Malik dan mempunyai seorang anak mencatatkan sejarah apabila menjadi Presiden pertama yang menang tanpa bertanding sepanjang 30 tahun penubuhan CUEPACS.Sepanjang menjadi Presiden, antara isu yang diperjuangkan beliau adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan di kalangan kakitangan awam dengan meminta kerajaan menyediakan geran untuk tujuan latihan, skil dan pembangunan kerjaya. 

Turut diperjuangkan adalah pelanjutan umur bersara untuk kakitangan awam dan diserap kesemua pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan ke jawatan tetap.Kejayaan terbesar beliau adalah apabila berjaya mendesak kerajaan supaya memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilihat tidak adil.Sehubungan itu, semua 1.4 juta kakitangan awam kembali tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan termasuk kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.
Kerajaan juga menerima saranan CUEPACS supaya Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan daripada RM200 bagi kawasan B, manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150daripada RM100.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada para peminpin..tapi kena kerja betul-betul...buat kerja yang betul...bukan cakap tak serupa bikin....

Tanpa Nama berkata...

omar kamu 62 tahun buat apa di Kupek. Tamat kontrak. Ramai lagi boleh berfungsi sbg Presiden Kupek. Azih Muda pun layak.

Tanpa Nama berkata...

Bila la lagi nak adakan perbincangan pembaikan skim gaji dan gred kakitangan Awam? Hari tu PM kata nak bersidang. Jangan hangat2 tahi ayam je lah... Yang ada sekarang termasuk pelarasan gaji yang sepuluh tahun yang lepas punya. Yang Baru macam mana?

Tanpa Nama berkata...

Kawee setujo beno ....kasi pluang orang lain la pak omar karut marut mu

Antipu Anti Tipu berkata...

TOKOH KESATUAN SEKERJA rupanya pemimpin pembangkang. Yg terakhir ni camner ? Pemimpin BN ker ?

Tanpa Nama berkata...

Umur 62 tahun Presden Kupek nih !
Siapa bagi kelulusan dia keja sampai umur 62 tahun ????!!!!

Kann kumpulan sokongan hanya setakat 60 thn shj utk sambung kontrak???!!!

Siapa yg lulus?? UPM??, KSN, KPPA???

Atas sebab apa dia boleh sambung keja ?? jika atas nama pemimpin kesatuan ... berlambak pemimpin kesatuan yg boleh ganti tempat beliau.
Azih Muda dah lama tunggu ...

Tanpa Nama berkata...

aku tak kesah benda2 lain 2, yang aku kesah sekarang bila lagi nak buat pembaikan skim gaji PA seperti yang dilaung2kan oleh PM tempoh hari, jangan hanya janji manis saja seperti yang dibuat selalu oleh PM kita...... bila lepas PRU semua diam dan mula salahkan PA.........tak bermoral bila minta tunaikan janji....

Tanpa Nama berkata...

aku tak sokong azih muda ganti omar...cari orang lain!!
masa sbpa batal aritu azih muda la yang senyum paling lebar sebab gred J & G tak jadi naik gred...kalau dia yang berkuasa maka gred N la yang naik dulu,silap2 N17 lagi tinggi dari J29 nanti....hahahahahahahaaaaaa
nasib la labuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Tanpa Nama berkata...

KEPADA PRESIDEN CUEPACS:

Tuan telah berusia 62 tahun. Umur bersara wajib. Beri laluan kepada pemimpin lain di dalam Cuepacs. Telah banyak sangat kenyataan/ resolusi yang taun keluarkan tapi semuanya jadi ULAR yang membelit PENJAWAT AWAM.

Tanpa Nama berkata...

SAYA MENYERU KEPADA SEMUA PENJAWAT AWAM YANG BERKONGSI CAKAP KAT SINI SUPAYA INSAF DAN KITA HENTIKAN SAHAJA. JANGAN CAKAP APA2 LAGI KAT SINI SEBAB ANDA HANYA MEMBUANG MASA BUANG ELEKTRIK DAN BIL INTERNET ANDA MENINGKAT. LEBIH BAIK ANDA TUMPUAN KEPADA ANAK DAN ISTERI KAT RUMAH. DAH SIAPKAN KERJA SEKOLAH KE DAN CUKUP KE BAHAN BARANG KAT DAPOR TU. TAK DE SIAPA NAK LAYAN ANDA. ANDA HANYA BERGADOH SESAMA ANDA TAPI (ORANG2 KAT DALAM CUEPACS) SEMAKIN BUNCIT KERANA KENYANG SEBAB MAKANNYA DIHIDANGKAN, DUDUK DIKIPASKAN DAN TIDOR DIBUAIKAN. HINGGA TAK DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN RASIONAL. SEBAB ITU BANYAK CAKAP TAPI TAK SERUPA BIKIN.

GURU TABIKA CEMAS berkata...

INI ADALAH BERITA YG MENGGEMBIRAKAN BAGI WARGA CEMAS. MUDAH2 AN GURU TABIKA CEMAS AKAN DISERAP KE JAWATAN TETAP.

Anak Emas berkata...

warga cemas akan jd warga emas tak lama lagi.

Tanpa Nama berkata...

SAYA MENYERU KEPADA SEMUA PENJAWAT AWAM YANG BERKONGSI CAKAP KAT SINI SUPAYA INSAF DAN KITA HENTIKAN SAHAJA. JANGAN CAKAP APA2 LAGI KAT SINI SEBAB ANDA HANYA MEMBUANG MASA BUANG ELEKTRIK DAN BIL INTERNET ANDA MENINGKAT. LEBIH BAIK ANDA TUMPUAN KEPADA ANAK DAN ISTERI KAT RUMAH. DAH SIAPKAN KERJA SEKOLAH KE DAN CUKUP KE BAHAN BARANG KAT DAPOR TU. TAK DE SIAPA NAK LAYAN ANDA. ANDA HANYA BERGADOH SESAMA ANDA TAPI (ORANG2 KAT DALAM CUEPACS) SEMAKIN BUNCIT KERANA KENYANG SEBAB MAKANNYA DIHIDANGKAN, DUDUK DIKIPASKAN DAN TIDOR DIBUAIKAN. HINGGA TAK DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN RASIONAL. SEBAB ITU BANYAK CAKAP TAPI TAK SERUPA BIKIN.

Catatan : U are Bull shit. Get Lost...uuuu....

Tanpa Nama berkata...

Aku nak tahu, kenaikan gaji PA yang dah
langgar dinding tu macam mana. Ada naik tak?

Kabor

Tanpa Nama berkata...

Ada blogger menulis:
Catatan : U are Bull shit. Get Lost...uuuu....
Maksudnya : Awak taik lembu. Pergi mampos... kamu.

AKU CABAR KAMU YANG BERANI SANGAT MARI BERTUMBUK 1 BY 1 KAT DATARAN MERDEKA. JANGAN PAKAI GLOVE. PAKAI GENGGAM 2 KERAT JE..! MASA DAN TARIKH KAMU TETAPKAN. AKU GERAM SANGAT DAH NI...!

Tanpa Nama berkata...

PM silap umum,katanya kakitangan awam lain perlu contohi LHDN,dia tak tau ada jabatan lain terlibat membantu LHDN tolong kutip hasil spt JPPH,lembu punya susu sapi dapat nama,lihat SKT LHDN berapa lama dibandingkan dengan jabatan yang lain yang berkaitan dengan LHDN.