SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

17 Mei 2012

PENJAWAT AWAM DALAM PDRM DIMINTA TINGKAT DAYA INOVASI

Bernama
16/5/2012


KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bagi mewujudkan sistem penyampaian serta kualiti kerja yang lebih berkesan, pegawai awam dalam pentadbiran Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu meningkatkan daya inovasi dan kreativiti selaras dengan kehendak Program Tranformasi Kerajaan (GTP).

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penjawat awam yang berperanan membantu tugas pentadbiran kepolisan itu perlu mencari strategi baru melalui inovasi dan penambahbaikan secara berterusan, bagi menjamin pasukan terus relevan dalam gelombang cabaran hari ini dan masa akan datang.

"Saya meminta supaya budaya inovasi dalam perkhidmatan tidak dipandang remeh. Kita tidak boleh menganggap budaya inovasi dan kreativiti adalah untuk mereka yang berada dalam sektor swasta sahaja.

"Kita perlu memainkan peranan berterusan untuk meningkatkan produktiviti menggunakan sumber-sumber yang ada," katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Pegawai Awam PDRM bersama Ketua Polis Negara 2012, di sini Rabu.

Ismail berkata PDRM memerlukan anggota awam yang berdisiplin dalam usaha mencapai mutu perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

WAHAI AHLI GABUNGAN CUEPACS KITA KEMPEN JANGAN UNDI/PILIH SDRI LOK YIM PHENG 2013,MENYESAL KAMI UNDI ANDA,MANIS KATA KATA DIHADAPAN,SEBALIKNYA ANDA,HANYA UNTUK NUTP.
KITA UNDI TIMBALANNYA SDR ADNAN BIN MAT SEBAGAI S/U AGONG CUEPACS YANG BARU.HIDUP ADNAN MAT.
SEMUA AHLI-AHLI KENA BERJANJI DEMI AHLI-AHLI DAN MARUAH KITA YANG TIDAK DIPERJUANGKAN.

Tanpa Nama berkata...

MINTA JURUTEKNIK LAWAN BAGI DAPAT GRED TURUS 1 SAMA TARAF BARU STANDARD,PAP MINTA NAIK TURUS III,BARU HEBAT,GRED BAWAHAN NAIK GRED BARU BAGUS,LEPAS ITU ORANG ATAS JADI OFFICE BOY DAN LAIN LAIN,PEON DAN JURUTEKNIK BAGI ARAHAN,ITULAH YANG BERLAKU HARI INI DIJABATAN KERAJAAN,JADI KULI BERLAGAK BOSS,INGATLAH SIKIT ENGKAU dan sedar diri,cakap tak guna otak,guna kepala lutut.

Tanpa Nama berkata...

GUA MUSANG: Impian Umno mahu menawan Kelantan semakin tergugat apabila 100 lagi ahli dan penyokong parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai PAS.

Malam tadi seramai 100 bekas ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil dekat sini menyerah borang menyertai PAS yang diketuai bekas anggota jawatankuasa Umno Cawangan Chalil, Mat Ali Ibrahim, 62.

Mat Ali yang menyertai RKT Chalil pada 1983 mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Hadir sama pada ceramah Selamat Tinggal Umno, Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Husin, Penyelia Dun Galas, Dr Zulkifli Muhamad dan Penyelia Dun Paloh, Saharudin Mustafa.

Mat Ali yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, beliau berjuang bersama Umno selama 40 tahun.

“Saya melihat dan merasai sendiri apa yang berlaku dalam Umno sepanjang tempoh tersebut. Sebelum ini saya diam sahaja terhadap banyak penyelewengan yang berlaku.

“Namun sekarang saya tidak mampu pendam lagi. Sebab itulah saya dengan sokongan kawan-kawan mengisytiharkan keluar Umno beramai-ramai malam ini,” katanya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.

Beliau juga mengakui berlaku perbezaan yang jauh di antara PAS dan Umno, di mana rakyat boleh merasai sendiri program berkebajikan yang dilaksanakan di Kelantan sekarang.

Manakala rakannya, Che Ghani Che Mat, 60 yang masih memiliki nombor keahlian Umno berkata, dasar perjuangan Umno tidak sesuai dengan perkembangan semasa yang berlaku sekarang.

Katanya, perjuangan Umno sudah jauh ketinggalan zaman kerana ia hanya sesuai pada zaman menuntut kemerdekaan sahaja.

“Sebab itulah sekarang mereka melakukan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat termasuk umpan wang ringgit.

“Namun peneroka sekarang sudah celik. Kami sebagai peneroka sudah lama merasai ditipu pemimpin Umno. Nasib peneroka masih di tahap lama dan tidak berubah,” ujarnya.

Tanpa Nama berkata...

Kecewa dengan kerajaan, apa yang yang dijanjikan untuk gred J ( Teknikal ) tidak kesampaian......

Tanpa Nama berkata...

keciwa dengan cuepacs dan kera jaan?
keluar barisan masuklah bulatan
mari ramai2 undi PR

kita kasi hajar sama dia!!!!!!