SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

31 Januari 2013

CUEPACS MAHU PEGAWAI KONTRAK DISERAP SEGERA

Sinar Harian
31 Januari 2013
 Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penjawat awam berstatus kontrak yang telah lama berkhidmat diserapkan ke jawatan tetap secepat mungkin.Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata tidak perlu sebarang kajian dibuat terhadap masalah yang mereka hadapi kerana pekerja terbabit telah lama berkhidmat sehingga ada yang melebihi 10 tahun.

"Ini bukan lagi zaman kajian kerana isu itu telah diperjuangkan sejak sekian lama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri bengkel bersama Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia di sini hari ini.Semalam, Jawatankuasa Mengkaji Masalah Pegawai-pegawai Lantikan Kontrak yang ditubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), mula mengadakan perbincangan dengan wakil pegawai berkaitan dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah berkaitan dengan taraf perkhidmatan mereka.
Jawatankuasa itu akan mengemukakan pandangan dan membuat syor tertentu kepada kerajaan sekiranya ia dapat merumuskan satu jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah pegawai kontrak. Menurut Omar, nasib kira-kira 50,000 pegawai lantikan kontrak ini perlu diberi perhatian kerana mereka berhak mendapat keistimewaan sebagaimana yang dinikmati penjawat awam lain."Berikan mereka keceriaan, lantik mereka ke jawatan tetap kerana mereka ada tanggungjawab, ada keluarga," katanya.

Selain itu Omar berkata Cuepacs turut menerima laporan berhubung kekosongan jawatan di sesuatu jabatan, namun ia akhirnya diisi oleh 'orang luar' sama ada graduan atau calon yang mempunyai 'orang dalam', sekali gus menafikan hak pekerja berstatus kontrak. Tegas beliau pekerja berstatus kontrak perlu diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap. Sementara itu, Cuepacs katanya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diadakan satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri bagi membincangkan beberapa isu.

Antara isu yang akan dibangkitkan termasuklah gaji maksimum, imbuhan tetap perumahan, skim bagi menggantikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menaikkan taraf gred.Dalam pada itu Cuepacs akan mengadakan perjumpaan bersama jurufoto dan jurukamera dalam perkhidmatan awam termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan pada 5 Feb depan bagi membincangkan masalah berbangkit, katanya."Sebelum ini banyak janji nak naik taraf gred mereka. Tetapi sehingga ke hari ini tidak tahu (keputusannya). Akhirnya mereka berbalik kepada Cuepacs."Mereka memerlukan skim yang lebih baik dan diberi insentif khas kerana cabaran jurufoto, jurukamera dan juruteknik bukan seperti dahulu," kata Omar. - Bernama

59 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hurmmm...

Tanpa Nama berkata...

Itp toolonglah pm i am for u.eleaun 180 sangat rendah.tolonglah kami pm

Tanpa Nama berkata...

AKU SUKA BACA YANG INI:
Susah kenaikan pangkat dgn kerajaan ni... 2 situasi berbeza antara swasta dan kerajaan... 26 tahun kakitangan awam berkhidmat dlm kerajaan, tapi hanya kelulusan SPM dia hanya layak dari N17 ke N22 (KUP)... 26 tahun kakitangan swasta yg bekerja dgn bank dan hanya kelulusan STPM, dari kerani bank dan jawatan terakhir adalah Manager...

-------BUAT RAKAN2-----------------
KITA KERJA DENGAN GOMEN MEMANG TAK AKAN KAYANYA SAMPAI PENCEN kecuali
JAWATAN GRED JUSA KE ATAS SEBAB LEPAS PENCEN AKAN TERUS PEGANG JAWATAN PENTING KAT GLC KERAJAAN.
KITA YANG PANGKAT KECIK NI. GRED 52 KEBAWAH GRED 1 BILA PENCEN BALI KAMPONG ATAU BALIK TAMAN PERUMAHAN JADILAH AJK SURAU ATAU MESJID.
KALAU NAK KAYA KENALAH KERJA DENGAN SWASTA ATAU BANK, TAPI INGAT KAWAN SEBAB SETIAP DETIK MASA ANDA AKAN DIGAJI DAN KALAU PONTENG DIPOTONG...! PILIHAN DITANGAN ANDA.
TAPI AKU PESARA GRED52. Masa belum PENCEN tak ada peluang nak kawan
dengan Gred 1. Kini baru aku tau siapa sebenarnya kawan bila dah tak ada jawatan. Jadi duit pencen aku yang lebih2 tu aku bagi kat kawan2 yang memerlukan semoga dapat ganjaran bila aku mati nanti. Anak2 aku dah berduit besar, bini aku ada pencen jugak. Buat apa2 dah tua2 ni simpan duit. Silap kiraan bila aku mati anak2 gaduh berebut harta aku.
Tapi aku dah didik anak2 aku jangan berebut harta ayah dan mak bila kami dah mati. Semoga nasihat ini jadi azimat kepada anak2 aku.

man kuli berkata...

Askar yang dok goyang kaki pun dapat RM 200 sebulan elaun khas goyang kaki.

POK KIOK berkata...

Saya ingin mencadangkan agar KASTAM dibri insentif seperti bonus,elaun integriti ,elaun perumahan dan lain lain elaun serta skim perkhidmatan yang istimewa...ini kerana selain lembaga hasil,kastam juga menjadi penyumbang kepada hasil negara.jika kastam kerja dengan besemangat,rakyat akan makmur dengan hasil negara yang meningkat....gaji tuan tuan dan elaun juga akan boleh dinaikkan...syaratnya Kastam mesti diberi insentif khas..

Tanpa Nama berkata...

dh kontrak tu buat la cr kontrak.....tak perlu la serap lg....menyusahkan betulll laa....hahahhaaaa..

Tanpa Nama berkata...

Kastam ni yg istimewanya kut,pegawai kanan yg duduk kat atas tu jer,termasuklah para PTD-PTD yang berapa orang entah.Bukannya diaorang buat kerja sangat pun,cakap jer lebih kononnya bagus sangat.Maka ramailah spisis seperti ini nak glamer.Mahu ada ada title.Dari Dato'mahu pulak Dato'Seri.Pastu nak upgred pulak jawatan jadi JUSA pada kroni-kroni yang pandai mengampu.Cuba perhati tengok bos-bos kastam,ramai naik kereta jabatan berjenama mewah.
Maka jadinya PTD-PTD jenis ini tidak memandang pun pegawai kiri kumpulan sokongan.Skim perkhidmatan yang ketinggalan jika dibandingkan dengan agensi lain.Pegawai kiri nak naik pangkat cukup susah.Sekarang ni nasib baik ada KUP W22 selepas 15 tahun.Dulu 20 atau 25 tahun baru merasa naik pangkat.Masalahnya sekarang sudah 10 tahun gred W22,tak akan statik jer.Bukan ramai sangat pun jika mahu banding dengan Askar dan Polis.Dekat nak pencen dah pun tak berapa hari.Banyak kengkangan dari PTD JPA.
Anehnya pegawai kanan W41 ke W44 mudah pula naik pangkat.5 tahun jer,walaupun tak banyak pengalaman.Ini memang tidak adil sangat-sangat.PTD-PTD Kastam memang buta kayu
Pasal insintif kena syukur juga sebab kira hari ini dalam sejarah.Walaupun tak banyak mana, jika nak dibandingkan dengan incometax dan kwsp.Suka diingat kutipan incometax meningkat disebabkan aktiviti tugas kastam juga.Ini memang susah orang nak faham jika tidak diterang dengan detail.Kesimpulannya PTD-PTD Kastam memang tak guna.PM pilih salah orang.

Tanpa Nama berkata...

Semoga ada jalan yg lebih sesuai utk selesaikan masalah ini...kita semua ini adalah PA yang ada matlamat....utk menyumbangkan...segala tenaga dan usaha demi...mencapai objektif...setiap jabatan yang ada...tidak kira pangkat...atau pun darjat....!USAHA KITA PA PASTI AKAN ADA PENYUDAHAN...NYA..Percayalah....kepada PM...(Dtk Najib)

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN TERBURUK:

Saya cadangkan supaya Kepimpinan Cuepacs berfikir dan bertindak diluar kotak sepertimana yang disarankan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan YBHg KSN baru-baru ini.

Tontonlah selalu RT diTV3 untuk 'brain-storming' sendiri cara anda berfikir.Jangan hanya berfikir ke arah duit...duit...duit..!

Tanpa Nama berkata...

jjkkk

Tanpa Nama berkata...

Sebelum buat cadangan tu udah ke baca Perjanjian Kontrak mereka, kalau tak baca jangan buat cadangan bodoh.

org awam berkata...

kastam prestasi cemerlang sebab bos kastam adalah PTD....kalau skim kastam yg jaga or w dah lama ke laut...sampah

Tanpa Nama berkata...

jadi kalau insentif kecik x bsemangat la nk keje.berhenti je la keje kastam, msuk lhdn.kt luar ni bnyk lg orang yg bsemangat nk keje kastm.hehehe

akauntan kerajaan berkata...

kita perlu melihat kenapa perlu ada jawatn kontrak dlm perkhidmatan awam.sbb utama jwtn tsebut hnya diperlukn pada masa2 tertntu dan tidak bkekalan.skiranya smua jwtn kontrak diserap kpd tetap tetapi tidak mempunyai fungsi yg tetap.ini akan menyebabkn berlaku pmbaziran wang kerajaan utk mbayar gaji sedangkn tiada produktiviti yg disumbgkn oleh jwtn tersebut.

Tanpa Nama berkata...

kepala butuh hgpa la....

Tanpa Nama berkata...

Juruteknik gred J17 bila nak naik ke J27 niee... hanya penantian penuh penyiksaan..

quoted Pak Agus punya ayat berkata...

SILA BACA AYAT KERAMAT INI...

"Pemberian COLA dan pelbagai elaun lain bukan satu hak penjawat awam, sebaliknya ia adalah keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan berdasarkan sifat keprihatinan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesihatan dan derma darah...

HARAP JANGAN ADA LAGI PENJAWAT AWAM YANG NAK UGUT KERAJAAN PASAL ELAUN COLA DAN ELAUN RUMAH YANG TAK CUKUP...MASA SAYA KERJA DULU TAK ADA PUN COLA DAN ELAUN RUMAHDAPAT JUGA SAYA BELI 2 BUAH RUMAH....APA YANG TERJADI SKARANG ADALAH PENJAWAT AWAM BEBELANJA MELEBIHI KEMAMPUAN.KERAJAAN SEBENARNYA DAH BAYAR GAJI YANG CUKUP TINGGI BERBANDING GAJI YANG SAYA DAPAT SEBELUM SAYA BERSARA TAHUN 1997.

Pak Agus...Pesara Kerajaan kumpulan B

Tanpa Nama berkata...

Baguslah ada usaha untuk menyerapkan kakitangan kontrak.
Cuepecs pun takkan itu saja yang reti.Teringin juga lihat cuepecs buat kajian berkenaan prestasi kakitangan kerajaan yang ada masalah disiplin dan prestasi kerja.

Kakitangan seperti inilah yang buat imej kerajaan nampak kurang baik.dari duk buat PC pasal nak naik gaji,serap kakitangan kontrak,buatlah juga cadangan penambahbaikan prestasi kakitangan awam.

Cadangnya dimulakan dengan Presiden Cuepecs sendiri.

Tanpa Nama berkata...

presiden cuepacs sila berundur la! dah jumud sangat pemikiran tu. idea lapuk.

bagi orang bawah anda naik ke tampuk kepimpinan. tengok bagaimana idea dan buah fikirannya.

sudah sudah la tu omar. bosan la dengan idea jumud kau ni.

Tanpa Nama berkata...

"Berikan kami keceriaan, lantik kami ke jawatan tetap kerana kami ada tanggungjawab, ada keluarga," kami pun nak ada kereta rumah spt org lain juga .terima kasih presiden cuepac krn terus dan terus memperjuangkan kami pekerja2 berstatus sambilan/sementara/kontrak.kami dah lm berkhidmat klu brhutang bank pun dah habis byr.

Tanpa Nama berkata...

kita perlu melihat kenapa perlu ada jawatn kontrak dlm perkhidmatan awam.sbb utama jwtn tsebut hnya diperlukn pada masa2 tertntu dan tidak bkekalan.skiranya smua jwtn kontrak diserap kpd tetap tetapi tidak mempunyai fungsi yg tetap.ini akan menyebabkn berlaku pmbaziran wang kerajaan utk mbayar gaji sedangkn tiada produktiviti yg disumbgkn oleh jwtn tersebut.(JGN CAKAP MCM NI)KM DAH HAMPIR 10 TAHUN PERKHIDMATAN, JIKA KAMI TIDAK MEMPUNYAI FUNGSI KENAPA KAMI TERUS DISAMBUNG PERKHIDMATAN SEHINGGA KINI.ITU MUNGKIN DIJABATAN TUAN/PUAN.KERJA KAMI MELEBIHI PA TETAP.RENUNG2KANLAH.

Tanpa Nama berkata...

Dalam pada itu Cuepacs akan mengadakan perjumpaan bersama jurufoto dan jurukamera dalam perkhidmatan awam termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan pada 5 Feb depan bagi membincangkan masalah berbangkit, katanya."Sebelum ini banyak janji nak naik taraf gred mereka. Tetapi sehingga ke hari ini tidak tahu (keputusannya). Akhirnya mereka berbalik kepada Cuepacs."Mereka memerlukan skim yang lebih baik dan diberi insentif khas kerana cabaran jurufoto, jurukamera dan juruteknik bukan seperti dahulu," kata Omar....

HARAP-HARAPLAH ADALAH BERITA BAIK DARI KERAJAAN TENTANG NAIK TARAF GRED INI SEBELUM PRU13 INI... AMIN!!!

Tanpa Nama berkata...

AKU SUKA BACA YANG INI:
Susah kenaikan pangkat dgn kerajaan ni... 2 situasi berbeza antara swasta dan kerajaan... 26 tahun kakitangan awam berkhidmat dlm kerajaan, tapi hanya kelulusan SPM dia hanya layak dari N17 ke N22 (KUP)... 26 tahun kakitangan swasta yg bekerja dgn bank dan hanya kelulusan STPM, dari kerani bank dan jawatan terakhir adalah Manager...

-------BUAT RAKAN2-----------------
KITA KERJA DENGAN GOMEN MEMANG TAK AKAN KAYANYA SAMPAI PENCEN kecuali
JAWATAN GRED JUSA KE ATAS SEBAB LEPAS PENCEN AKAN TERUS PEGANG JAWATAN PENTING KAT GLC KERAJAAN.
KITA YANG PANGKAT KECIK NI. GRED 52 KEBAWAH GRED 1 BILA PENCEN BALI KAMPONG ATAU BALIK TAMAN PERUMAHAN JADILAH AJK SURAU ATAU MESJID.
KALAU NAK KAYA KENALAH KERJA DENGAN SWASTA ATAU BANK, TAPI INGAT KAWAN SEBAB SETIAP DETIK MASA ANDA AKAN DIGAJI DAN KALAU PONTENG DIPOTONG...! PILIHAN DITANGAN ANDA.
TAPI AKU PESARA GRED52. Masa belum PENCEN tak ada peluang nak kawan
dengan Gred 1. Kini baru aku tau siapa sebenarnya kawan bila dah tak ada jawatan. Jadi duit pencen aku yang lebih2 tu aku bagi kat kawan2 yang memerlukan semoga dapat ganjaran bila aku mati nanti. Anak2 aku dah berduit besar, bini aku ada pencen jugak. Buat apa2 dah tua2 ni simpan duit. Silap kiraan bila aku mati anak2 gaduh berebut harta aku.
Tapi aku dah didik anak2 aku jangan berebut harta ayah dan mak bila kami dah mati. Semoga nasihat ini jadi azimat kepada anak2 aku.

==================================

cara ayat tidak mencerminkan pesara gred 52...pembohong betul...ini org spm gagal punya orang

Tanpa Nama berkata...

MASA MINTA KERJA TU DAH TAHU KONTRAK MINTAK BUAT APA !, itu orang kata bukan saya (saya tulis je).

MASA TEMUDUGA PANEL TANYA TAK APA KE KERJA KONTRAK, JAWABNYA "I SUKA",itu orang kata bukan saya (saya tulis je).

DAH DAPAT : NGAPA TAK TETAPKAN KAMI ? ish ish ish pening pening dibuatnya.

azman berkata...

pekerja kontrek tak sedar diri la. nama pun KONTREK. fikir sendiri le. yg tetap pun dianak tiri kan. kalau kontrek jadi tetap peehhhhhh naik kepala le mereka. kesihan dengan yang jawatan tetap ni ( pa bawahan )asyik2 GURU, POLIS TENTRA dan terbaru masuk golongan elit ni KASTAM. Jadi tubuhkanlah persatuan GULISTRATAM. hahahahahahah.

nurul saadah berkata...

saya cadangkan KASTAM diberi elaun suapan hahahah kerana saya pernah mendengar sendiri semasa berada di Bkt Kayu Hitam. katanya kepada anggota baru agaknya "...ada mata pandang, ada telinga dengar ada mulut DIAM" hahahahah

Tanpa Nama berkata...

Yang pi tunggu jawatan kontrak sape suruh.

Tanpa Nama berkata...

tak pe la, itukan rezeki dia, jangan dengki dengan rezeki dia mahu ditetapkan, rezeki kau, kau makan la, rezeki dia untuk dia pula, dalam rezeki kita ada hak rezeki orang lain pula, tu makan banyak pun jadi tahi, rezeki untuk ulat2 pula, ulat2 rezeki ikan pula, ikan kau makan la... jangan nak dengki2 lagi...

Tanpa Nama berkata...

Mengapa Cuepacs x siasat dimana ada Agensi/Badan Berkanun negeri yg pekerjanya anak beranak....

Tanpa Nama berkata...

hahaha.....
zaman skrg nie byk manusia yang penting kan diri sendiri.... cuba anda fikir btl2....
1) kenapa pekerja kontrak masih wujud lg sampai skrg.....
2) Kenapa pekerja kontrak perlu kerja bertahun-tahun, jika jawatan itu hanya sementara sahaja....
3) Kenapa Spa sentiasa mengambil pekerja baru dan tidak serap pekerja kontrak....
4) kenapa perkerja kontrak yang SKT yang lebih 80% tidak ditukar kejawatan tetap...
5) Banyak jabatan yang mempunyai kekosongan, tetapi masih tetap menggunakan jawatan pekerja kontrak...

sebenarnya saya amat kasihan dengan nasib pekerja kontrak... walaupun saya berjawatan tetap... sepatutnya kita sebagai pekerja tetap perlu membantu dan menyokong pekerja kontrak untuk agar diserapkan ke jawatan tetap...jika SKT melebihi 80% keatas... kita tidak boleh terus menghukum pekerja kontrak dengan tanpa usul periksa.... kadang2 kualiti pekerja kontrak lebih baik dari pekerja tetap dan ada juga pekerja kontrak yang mendapat anugerah cemerlang.... adakah diaorang tidak mempunyai hak untuk diserapkan secara tetap.... jika mahu mengambil pekerja baru melalui SPA, kita belum tahu akan kualiti yang dapat disumbangkan dalam sesuatu jabatan.... kita sebagai manusia perlu berfikir sebelum berkata-kata yang blh menyakitkan hati orang...

Tanpa Nama berkata...

BERITA GEMBIRA UNTUK PENJAWAT AWAM?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa permasalahan mereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara selama ini.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Kelantan di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis dihadiri lebih 3,000 penjawat awam itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Muhyiddin berkata kerajaan sangat menghargai jasa dan peranan penjawat awam yang pada masa sama telah menjadi "mata dan telinga" kerajaan bagi menyelesaikan masalah rakyat keseluruhan.

Beliau berkata melalui penjawat awam, kerajaan mendengar segala rintihan rakyat yang kemudiannya akan bertindak untuk membela mereka yang memerlukan pembelaan.

Timbalan perdana menteri juga menzahirkan rasa bangga dengan peranan penjawat awam yang telah berjaya merealisasikan program transformasi negara sehingga lahir sebagai sebuah negara yang dikagumi.

"Saya bangga dengan peranan penjawat awam ini kerana segala yang kita sasarkan itu telah menjadikan keadaan negara jauh lebih baik daripada sebelum ini," katanya.

Beliau juga mahukan penjawat awam di semua sektor dapat memastikan setiap peruntukan pada belanjawan yang diumumkan dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi pembangunan negara.

Timbalan perdana menteri berkata soal politik tidak akan diambil kira dalam membangunkan Kelantan kerana yang penting adalah memastikan rakyat negeri itu sama-sama menikmati pembangunan negara.

Pada sesi dialog selepas itu, Muhyiddin berkata kerajaan sama sekali tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.

Beliau berkata pihak tertentu tidak boleh membandingkan saiz penjawat awam di Malaysia dengan negara lain kerana keadaan itu sangat berbeza sama sekali.

Muhyiddin jturut menafikan negara akan muflis seperti dakwaan pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang bertanggungjawab dan berkemampuan untuk membangunkan negara.

"Selagi kerajaan Barisan Nasional kekal memerintah, kita tidak akan menjadi negara yang bankrap kerana kita ada segala kemampuan," katanya.

Beliau juga berkata segala bentuk bantuan terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diteruskan pada masa hadapan jika keadaan ekonomi yang baik ketika ini dapat diteruskan lagi.

-Bernama

Tanpa Nama berkata...

hahaha.....
zaman skrg nie byk manusia yang penting kan diri sendiri.... cuba anda fikir btl2....
1) kenapa pekerja kontrak masih wujud lg sampai skrg.....
2) Kenapa pekerja kontrak perlu kerja bertahun-tahun, jika jawatan itu hanya sementara sahaja....
3) Kenapa Spa sentiasa mengambil pekerja baru dan tidak serap pekerja kontrak....
4) kenapa perkerja kontrak yang SKT yang lebih 80% tidak ditukar kejawatan tetap...
5) Banyak jabatan yang mempunyai kekosongan, tetapi masih tetap menggunakan jawatan pekerja kontrak...

sebenarnya saya amat kasihan dengan nasib pekerja kontrak... walaupun saya berjawatan tetap... sepatutnya kita sebagai pekerja tetap perlu membantu dan menyokong pekerja kontrak untuk agar diserapkan ke jawatan tetap...jika SKT melebihi 80% keatas... kita tidak boleh terus menghukum pekerja kontrak dengan tanpa usul periksa.... kadang2 kualiti pekerja kontrak lebih baik dari pekerja tetap dan ada juga pekerja kontrak yang mendapat anugerah cemerlang.... adakah diaorang tidak mempunyai hak untuk diserapkan secara tetap.... jika mahu mengambil pekerja baru melalui SPA, kita belum tahu akan kualiti yang dapat disumbangkan dalam sesuatu jabatan.... kita sebagai manusia perlu berfikir sebelum berkata-kata yang blh menyakitkan hati orang...

------------------------------------------------------ bagaimana pendapat kau orang tentang komen diatas...... aku setuju dengan pendapat diatas... sekurang2 pekerja yg bagus diserapkan jer...

gaga berkata...

terbaik....

Tanpa Nama berkata...

tukar saja lah karajaan persekutuan ........minta bantuan pula dengan karajaan baru tapi jika sama saja carita...ha ha ha ha makanya kana TIPU PULITIK...GANTI JA LA

Tanpa Nama berkata...

Berhentikan saja pekerja kontrak ni semua. Tak abih2 jd biawak hidup. Menyusahkan saja. Langsung x boleh berdikari. Semua dok tunggu kjaan suap... mcm sial! Cuba tgk org luar tu yg rajin bekerja. Dah sah2 tau kerja kontrak gi laa melingkup cari kerja lain yg boleh bg skim tetap! Hotel, pasaraya, mcd, kfc.... mcm laa kalau kena berhenti terus mamposs!!! Hanya org2 buduh saja sanggup kerja skim kontrak bertahun2!

Tanpa Nama berkata...

Betul... kupek xyah la nk tunjuk hero bela pekerja2 kontrak ni semua! Nk suruh kjaan tanggung semua bala ni? Dah gila ka Pak Omar ni?? Dh nama pun 'kontrak' mcm mana nk serapkan kalau di ambil pun untuk tugas2 khas / adhoc! Makin hari kupek ni makin bangang! Ko gi laa bela nasib PA yg sampai lani tadak tangga gaji, elaun rumah pun tak settle, ganti PTK pun x nampak, syarat pinjaman rumah kedua pun mcm haram susahkan PA, gaji minimum PA, kenaikkan gaji PA dll. Ni semua ko nak melalak, last2 habuk pun tarak!!!

Tanpa Nama berkata...

mula keja kontrak ok, lepas da dapat tetap tapi kerja da mula tak tetap, malas besar kepala,belagak jadi bos, melawan cakap, tak tepati masa datang,curi tulang,belagak macam pandai itu ini semua dia tahu suruh buat hampas ...ini yang terjadi pada PA Malaysia kalu boleh temuduga semula cari baru lantik lagi baik...yang duduk kontrak/ sambilan semua anak beranak kroni dia, ada ikut kabel, pintu belakang mentang-mentang adik bos anak saudara bos semua bos ini kira mcamana ...tanya SPRM

farid zul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Yang peliknya pegawai kontrak ini bukan kakitangan kerajaan dan CUEPACS ini kesatuan kakitangan mulut kerajaan,adakah pegawai kontrak dah bayar yuran ahli, ce cerite.

Tanpa Nama berkata...

sebab anak beranak,sdare mare org2 cuepacs ni banyk keje kontrak.tu yang diorg nk tolong sgt. fokuslah pada pjuangn utk PA yg tetap ni.skrg kenaikn gaji PA bgntung pada kenaikn tahunan je.nk tgu naik pangkat..haram.dlu ade PTK bole tmbh skit gaji.skrg klu nk tmbh gaji kene wat keje part time.tu pn ade bos bangang yg komplen.

Tanpa Nama berkata...

ala pekerja kontrak memang keje berharap nak masuk tetap kerajaan ye la sanggup keje bertahun tahun kontrak tapi siap kutuk takde elaun la takde kwsp la dan memacam la. Yang aku heran masih gak melekap dengan kerajaan. bodoh la kerajaan kalo serapkan dorang nih

Tanpa Nama berkata...

BERITA YANG AKU TERKEJUT:
Cuepacs berkata hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara.

MENGAPA AKU TERKEJUT.!
1.Sebab Pegawai dan Kakitangan kerajaan (termasuk jawatan kontrak) ialah mata dan telinga kerajaan.
2. Sebab pegawai dan kakitangan jawatan kontrak tidak di'iktiraf' sebagai penjawat awam kerajaan, dan diberi tugasan yang tidak melibatkan 'penurunan tugas' atau 'perwakilan kuasa'.
3. Sebab jawatan kontrak dibaharui setiap 2 tahun sekali dan diberi ganjaran 'pencen KWSP' setiap 2 tahun sekali.
4. Sebab 'tempoh khidmat' jawatan kontrak tidak dimasukkira dalam pengiraan pencen apabila bersara sekiranya berjawatan tetap kerajaan
5. Sebab 'pesara' jawatan kontrak boleh membocorkan rahsia kerajaan apabila meninggalkan jawatan kontrak.
6. Sebab 'Kerajaan' cuai apabila mengkaji dan membuat dasar penjawat kontrak bagi pengambilan pegawai dan kakitangan kerajaan jawatan kontrak, demi mengurangkan beban kewangan pengurusan kerajaan.
7. Sebab 'Kerajaan' kini cuai sekali lagi apabila membuat dasar 'pembekuan pengisian jawatan kosong dan pengurangan/penjumudan jawatan pegawai dan kakitangan kerajaan'.
8. Sebab 'Kerajaan' boleh membuat dasar pengambilan 'orang asing' untuk mengisi jawatan2 tertentu dalam kerajaan, sedangkan rakyat atau orang awam masih RAMAI yang berkelulusan, berkelayakan, berwibawa dan berketrampilan' untuk mengisi jawatan2 yang dicadang diisi oleh 'orang asing'.
9. Sebab dasar Kerajaan yang 'double-standard' terhadap rakyat sendiri yang taat setia dan mencari kerja dengan Kerajaan tidak dapat layanan yang sepatutnya.
10. Sebab dasar Kerajaan yang 'cuai' boleh membahayakan aspek "KESELAMATAN NEGARA" semaada akibat orang asing dan orang dalam lepasan jawatan kontrak diluar kerajaan.

SEKIAN kata hati seorang pesara gred 52 yang taat setia dengan dasar kerajaan walaupun sudah pencen dan seorang wira yang tidak mahu dicanang dan didendangkan.

Tanpa Nama berkata...

Inspen 1 dijual kepada Felda
Selepas ini peserta kursus kena pergi ke Inspen 2,tidak adakah orang kuat yang mempertahankan INSPEN,apa tujuan diambil alih oleh FELDA>

Tanpa Nama berkata...

TAWARAN MANIFESTO PR CUKUP ISTIMEWA BUAT 1.4 JUTA PA:
1. STRUKTUR GAJI DAN TERMA PERKHIDMATAN AKAN DI SEMAK SEMULA.
2. ELAUN SARA HIDUP DISELARASKAN SAMA-RATA RM500 SEBULAN.
3. GAJI MININUM AKAN DIKAJI SEMULA BAGI SEKTOR AWAM DAN SWASTA BERDASARKAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI.
4. KENAIKAN GRED AKAN DISELARASKAN BAGI GRED B,C DAN D.

BUKANNYA SEPERTI KERAJAAN BN YANG UGUT DAN AKAN MEBERHENTIKAN 1.4 JUTA PA DENGAN "EXIT POLICY".

REBUTLAH PELUANG INI YANG DATANG SEKALI SAHAJA PADA PRU-13.

Tanpa Nama berkata...

Pekerja kontrak kerajaan bukan kakitangan awam pun, Dato' Omar. Nama pun kontrak, diorg ni dilantik untuk satu tempoh tertentu shj. Kalau nk diserap, ikut laluan yang yg ditetapkan oleh skim perkhidmatan awam. Nk tunjuk hero sungguh Q-PAX ni. Pekerja kontrak tu pun cari la kerja tetap yang lain kalau dah tau ada komitmen and keluarga nk kene tanggung. Kekadang naik muak ngn mentaliti pekerja kontrak ni yg asik mengharap untuk diserap. Orang lain pun kerja keras dapatkan jawatan tetap dalam PA, asal korang tak leh berebut sama dapatkan jawatan tu. Kalau dah 1O lebih tahun kerja kontrak tu, tu dh duk zon selesa dan semmgnya mengharapnk diserap la tu. Nanti dah masuk PA kata anak tiri la, bla bla.


Adoi, lemah laaaa mcm ni.

Tanpa Nama berkata...

hahaha.....
zaman skrg nie byk manusia yang penting kan diri sendiri.... cuba anda fikir btl2....
1) kenapa pekerja kontrak masih wujud lg sampai skrg.....
2) Kenapa pekerja kontrak perlu kerja bertahun-tahun, jika jawatan itu hanya sementara sahaja....
3) Kenapa Spa sentiasa mengambil pekerja baru dan tidak serap pekerja kontrak....
4) kenapa perkerja kontrak yang SKT yang lebih 80% tidak ditukar kejawatan tetap...
5) Banyak jabatan yang mempunyai kekosongan, tetapi masih tetap menggunakan jawatan pekerja kontrak...

sebenarnya saya amat kasihan dengan nasib pekerja kontrak... walaupun saya berjawatan tetap... sepatutnya kita sebagai pekerja tetap perlu membantu dan menyokong pekerja kontrak untuk agar diserapkan ke jawatan tetap...jika SKT melebihi 80% keatas... kita tidak boleh terus menghukum pekerja kontrak dengan tanpa usul periksa.... kadang2 kualiti pekerja kontrak lebih baik dari pekerja tetap dan ada juga pekerja kontrak yang mendapat anugerah cemerlang.... adakah diaorang tidak mempunyai hak untuk diserapkan secara tetap.... jika mahu mengambil pekerja baru melalui SPA, kita belum tahu akan kualiti yang dapat disumbangkan dalam sesuatu jabatan.... kita sebagai manusia perlu berfikir sebelum berkata-kata yang blh menyakitkan hati orang...

------------------------------------------------------ bagaimana pendapat kau orang tentang komen diatas...... aku setuju dengan pendapat diatas... sekurang2 pekerja yg bagus diserapkan jer...
------------------------------------------------------- boleh nk diserap. tp before diserap kena ikut syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon. kalau kene gi assessment, amik assessment dulu etc. baru nnt org tak pertikaikan

Tanpa Nama berkata...

Saya amat tidak setuju jika pekerja kontrak di serap dengan sewenang2nya sbb kebanyakkan pemilihan staff tersebut adalah tidak se-susah kami yang terpaksa pergi interbiu, pergi asesmen etc..sedangkan mereka hanya di interbiu secara dalaman..dan ada mereka juga di ambil kerana ada org dalam..ramai di tempat saya di ambil sbb kakak staff tetap di situ, mak pegawai di situ, org sekampung staff situ, dsb.... ini sungguh tidak adil.











Tanpa Nama berkata...

Mohon agar 33,000 guru Kelas Fardhu Ain [KAFA] juga diserap ke jawatan tetap supaya kebajikan guru-guru KAFA ini lebih terbela.

Tanpa Nama berkata...

TAWARAN MANIFESTO PR CUKUP ISTIMEWA BUAT 1.4 JUTA PA:
1. STRUKTUR GAJI DAN TERMA PERKHIDMATAN AKAN DI SEMAK SEMULA.
2. ELAUN SARA HIDUP DISELARASKAN SAMA-RATA RM500 SEBULAN.
3. GAJI MININUM AKAN DIKAJI SEMULA BAGI SEKTOR AWAM DAN SWASTA BERDASARKAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI.
4. KENAIKAN GRED AKAN DISELARASKAN BAGI GRED B,C DAN D.

BUKANNYA SEPERTI KERAJAAN BN YANG UGUT DAN AKAN MEBERHENTIKAN 1.4 JUTA PA DENGAN "EXIT POLICY".

REBUTLAH PELUANG INI YANG DATANG SEKALI SAHAJA PADA PRU-13.

Peluang ini akan direbut oleh penjawat awam seluruh malaysia khususnya johor, ramai penjawat awam yang mempunyai ijazah dan diploma dianaktirikan oleh kerajaan johor, akan berlaku perubahan besar dalam PRU-13 nie khususnya kubu kuat umno di johor, reformasi dan tranfomasi akan berlaku di seluruh malaysia khususnya johor.


Tanpa Nama berkata...

Apakah tawaran manifesto daripada parti-parti politik kepada Guru KAFA pada PRU ke 13 , adakah Guru KAFA akan di serap ke jawatan tetap....

Tanpa Nama berkata...

mmg btul la..dlm surat tawaran pekeliling pkerja kontrak pon da tulis.. pekerja kontrak bukan la pnjawat awm..dan tidak boleh diserapkn ke jawatan tetap.. cadangan saya disini.. Pihak kerajaan terutamanya SPA hendaklah mengenalpasti mana2 kementerian yg mempunyai pekerja kontrak yg mempunyai pengalaman kerja yg lama ini ditemuduga secara terbuka ke jawatan tetap bersama2 dengan orang awam.. oleh itu, msalah ini dpt diselesaikn dgn adil mengikut syarat2 kelulusan dan sesi temuduga serta ujian bertulis yg telah ditetapkn oleh pihak SPA..

Tanpa Nama berkata...

penduduk malaysia terlalu ramai. sampai 28 juta termasuk la beberapa juta "makhluk asing"

patut kena kurangkan jadi 4-5 juta saja cukup. jadi penjawat awam boleh dikecilkan menjadi sekitar 50-60 ribu saja

kepada syarikat bekalan air, sila bubuh racun di dalam kolam takungan air anda supaya ramai penduduk mati dan populasi boleh dikurangkan

jangan lupa tangki air politician pun bubuh sekali racun serta ubat anti kesuburan supaya spesis macam ni tak melahirkan protege yang bakal merosakkan negara

sekian cadangan saya

Tanpa Nama berkata...

Kenapa anda sendiri yg terlebih dahulu dihapuskan dgn racun itu? Jgn libatkan org yg tak bersalah/berdosa. Manusia zaman purba lagi baik dari anda.

Tanpa Nama berkata...

Jgn main serap dgn sewenang2nya nanti buruk akibatnya. Apakata org yg bukan guru kafa, tentu tak puas hati kalau yg pemalas pun diserap secara automatik. Terjadilah isu yg tidak boleh diselesaikan.

Tanpa Nama berkata...

ehhh sepatutnya awak bersyukur dapat kerja walaupun kontrak, jangan asik nak menunding jari je, dah tu keje pun bukan wat sangat pun, depan bos kemain membodek tapi belakang bos punya dia memaki siap lagi memaki asik dia je yang kena wat keje cam la pekeja tetap tak buat keje. Memang tak berkat la duit yang awak bagi anak bini makan kalo niat nak bocorkan rahsia kerajaan. tak sedar diri

KISAH BENAR berkata...

KISAH BENAR. ada seorang kakitangan SEDANG BERKHIDMAT ini menjalani PAC setelah lulus peperiksaan. ada seorang panel itu KENAL dia, tetapi untuk menjaga integriti kedua-dua pihak, beliau tidak menegur peserta tersebut ketika sesi ujian, begitu juga dengan peserta tersebut yang tidak menyapa ahli panel tersebut.


setelah sebulan apabila keputusan diumumkan, jawapannya adalah MENDUKACITAKAN. apa yang menghairankan selang beberapa hari, panel tersebut menceritakan kepada beliau bahawa beliau sepatutnya LAYAK, bukan disebabkan faktor KENALAN, tetapi kerana beliau layak disebabkan beliau mempunyai keupayaan fizikal yang sebenarnya mampu menyaingi kemampuan fizikal budak-budak yang lebih muda daripadanya. ada yang baru tamat pengajian berusia sekitar 23 tahun tak lepas lari 2.4km, pancit di tengah jalan, namun beliau mampu menghabiskan larian tersebut dan menduduki antara 5 TERBAIK. panel tersebut juga berkata bahawa beliau sepatutnya lulus PAC tersebut kerana markah beliau memberangsangkan.


nampaknya TANGAN GHAIB yang wujud dalam SPA/JPA telahpun mengubah keputusan tersebut.

ada 1 lagi kisah benar dimana seorang lagi rakan penjawat awam SEDANG BERKHIDMAT yang memasuki skim PTD yang berlari 2.4km ketika sesi PAC. ada seorang peserta hingus meleleh berusia awal 20-an yang lari terkedek-kedek macam minah semput yang disapa oleh seorang panel: AWAK NI ANAK SAUDARA DATUK XXX KAN? TAK PAYAH LA LARI SANGAT, NAMA DAH ADA NI.

ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. yakjud & makjud memang banyak berleluasa di dalam perkhidmatan awam yang sepatutnya melaksanakan amanah yang diberi dengan telus. lihatlah bagaimana tangan-tangan ghaib ini merosakkan sistem sedia ada.

jadi kepada tuan-tuan puan-puan sekalian terutama yang sedang berkhidmat di dalam kumpulan sokongan yang mempunyai kelulusan sarjana muda/sarjana yang bercita-cita untuk mendapatkan jawatan di dalam kumpulan P&P, selain daripada perlu bersaing SAMA RATA dengan graduan baru, anda juga perlu kuat mental untuk menghadapi dugaan seperti di atas, iaitu SENTUHAN DARI TANGAN-TANGAN GHAIB.

Tanpa Nama berkata...

Jual dadah bru kaya bai.. American gangster..

hampeh berkata...

Penat komen panjang tak keluar. Hampeh............

Pak Long berkata...

pekerja nbos sekolah boleh diserap atau tidak?