SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

17 Januari 2013

PENURUNAN KES TATATERTIB BUKTI KRJAYAAN GTP MEMBABITKAN SEKTOR AWAM KATA CUEPACS

Bernama
17/1/2013


KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpuas hati dengan penurunan sebanyak 6.96 peratus kepada 4,627 kes tatatertib melibatkan kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini yang dicatatkan pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata angka penurunan yang dinyatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkaitan penjawat awam membuktikan bahawa Program Transformasi Kerajaan (GTP) membabitkan penjawat awam yang digerakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghasilkan kejayaan.


"Perdana Menteri ketika melancarkan GTP dulu telah menggesa sektor awam, sebagai pemimpin dalam program transformasi kerajaan ini, supaya menggunakan pendekatan berani dan langkah yang besar dalam melaksanakan setiap program," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.


Omar berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam semalam bahawa kerajaan telah menyediakan garis panduan lengkap dalam memastikan kualiti penjawat awam di negara ini mencapai standard ditetapkan dan melaksanakan tanggungjawab secara profesional.


Penjawat awam memainkan peranan utama dalam menjayakan GTP dan antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah sistem penyampaian awam dan berusaha mengurangkan masalah rakyat, kata Omar.




-- BERNAMA

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yes pertama

Tanpa Nama berkata...


Penurunan sebab...banyak sangat prosedur yang kena ambil, jadi senyap-senyap udah lah...ko jaga aku...aku jaga kau, KSN bukannya tau.

Tanpa Nama berkata...

Mana boleh turun Penolong Pengarah Pengurusan tempat kerja aku lembab buat kerja.
Ramai yang bermasalah tapi dia perapkan saja.
Cuba bayangkan kakitangan dah setahun tak datang kerja tapi masih dapat gaji. Kan kerja hampas tu.
Dia cuma cekap uruskan tender ubah suai bangunan saja.

Tanpa Nama berkata...

AKU SETUJU HABIS..!!!!!!!!!! "PAP" DAN "PRA" SEKARANG DAH JADI PEGAWAI...TAK LEH SURUH BUAT KERJA...SAMA ADA HILANG ATAU DIA PULAUKAN ORANG YANG SURUH BUAT KERJA... ADA KETUA PUN HAMPEH BUAT TAK TAHU .... "PAP" DAN " PRA" BUKAN KERJA DENGAN KERAJAAN TAPI KERJA DENGAN KETUA KETUA....JADI TUKANG BAYARKAN BIL BIL ..... INI HAKIKAT!!!!!!!!! PASAL TU KETUA KETUA TAK NAK TEGUR...SEMUA KEBANYYAKANNNYA KERJA DENGAN KETUA......NANTI DUDUK KAT KEDAI KOPI BERJAM JAM.... DATANG LAMBAT.... MACAM SETAN !!!!!!!!!!!m MUNGKIN TAK SEMUA MACAM NI TAPI 98 % SAMA KEPALA...

PAP Tunggak Pentadbiran berkata...

aku setuju la pasal PAP2 ni... umpama bela biawak hidup yg dh tua gayut... masuk pejabat kalau x mcm ni, bukan PAP MELAYU la:
i. pakai minyak wangi satu tong;
ii. pakai spek hitam letak atas kepala;
iii. handphone bagai (walhal duit x de)
iv. gelang besi kt tangan
v. hisap rokok
vi. berjalan lembab sambil bersiul2 24 jam sehari
vii. suka lepak kt parking / basement atas moto org
viii. suka minum2, sukan2, makan2, maksak, makswip, yg dpt t-shirt atau baju melayu FREE
ix. pegi mana2 khasnya minum pagi / 10.30 pagi / makan tengahari 12.30 atau pegi bank, WAJIB Pakai jaket hitam dgn JATA KERAJAAN dgn muka berlagak
x. suka pakai myvi atau kereta yg diubahsuai dgn ekzos besar, hifi dan lampu lip lap mcm hindu
xi. sampai opis atau nk bangun tpt duduk atau nk pegi mana2, WAJIB sikat dulu rambut sambil bersiul2
xii. selalu xde kat tempat keje
xiii. nk cr utk soh buat keje, kena telefon dulu
xiv. kebanyakkan perasan hensem walaupun rupa mcm biawak

p.a berkata...

Kakitangan awam layari laman lucah dipecat

Cardif: Berpuluh-puluh kakitangan awam kini menghadapi masalah selepas didapati melayari laman sesawang lucah ketika waktu bekerja, lapor media semalam.

Setakat ini, 55 kakitangan Pejabat Kerajaan Wales disahkan memuat turun gambar serta video lucah di meja masing-masing. Ekoran penemuan itu, pihak berkuasa mengenakan tindakan disiplin ke atas kakitangan terbabit, malah seorang daripada mereka - berjawatan pengurus kanan - diarah bersara kerana menikmati gambar lucah kanak-kanak pada 2008. Dua tahun kemudian, polis dipanggil apabila seorang kakitangan kerajaan didapati melihat gambar lucah ekstrem.

Media melaporkan, dia juga dipecat kerajaan. Justeru, kerajaan dicadangkan supaya mengharamkan capaian laman sesawang lucah itu dari pejabat kerana ia menghalang kakitangan awam untuk menjalankan tugas mereka. Peguam pekerja, Leanne Thomas, berkata lebih seorang daripada empat pekerja mengaku menonton kandungan lucah di Internet di tempat kerja. “Apabila ia membabitkan kandungan lucah, sesebuah pertubuhan itu seperti berada di atas bom jangka,” katanya. - TS


sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

Tanpa Nama berkata...

malang pula PAP ni dedah rasuah bos dia pulak kena buang kerja di KPT ken pengajian tinggi ada patuttt....layariii..
http://www.youtube.com/watch?v=mJ1CidWxPDA

Tanpa Nama berkata...

INSPEN 1,kementerian kewangan m'sia PUN KENA jual KEPADA FELDA

Tanpa Nama berkata...

aku sekarang menganggur,kerja dengan kerjaan dah lima tahun,pergi interview swasta kata kerjaan malaysia teruk,tak sepatutnya bagi kontrak dah banyak pengalaman.

sebenarnya ramai lagi penganggur macam aku,cuba berita yang disampaikan tak telus.

Tanpa Nama berkata...

memangpun kerajaan malaysia teruk,dengan pemimpin yang ada sekarang.nak tunjuk dkt dunia kata kadar pengangguran rendah bawah <4%.

selepas itu kerja kerajaan banyak sgt birokrasi dan perlu ikut orang lama yang dah tua.mcm tak produktif langsung.ambil contoh yang terdekat rtm vs media prima.walhal rtm adalah lebih awal dari media prima.

kerani pulak nak bergaya je,kerja malas.yang gred atas salah guan kuasa,rasuah,kerja diaorang pekerja kontrak yang kena buat.kita pun dah ada descripsi tugas,tugas pegawai atasan yang celaka kena buat.aku harap tugas kerajaan kali ni kepada pakatan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

kepada sesiapa yang xnak kena tindakan tatatertip.tips yang pertama lazim sangat kerja kerajaan ni mesti pandai mengampu.Biar orang cakap anjing kurap pun.
kedua,kerja orang atasan buat je kerja diaorang walaupun diaorng minum di kedai kopi.
tambah2 pekerja kontrak lagi lah,gerd 41 dah tp kontrak buat kerja gred 41 tetap.diorang senang datag lewat soh pekerja kontrak punch pagi2.
bersama diaorng,terutama bila diajak minum pagi2 di kedai kopi,naik opis 10.30.
lepas itu sembang2 lagi,baca paper,pukul 12 baru nak buat kerja.

tidak semua tetapi kebanyakkan begitu.ini realiti,aku pernah kerja kerja.

bila ketua terima rasuah orang bawah kena senyap,kalau tak kenalah lepas tu tatatertip di pindahkan atau jd mangsa aniaya kat situ.


Tanpa Nama berkata...

aku nak dedahkn ketua jabatan aku zalim amat..kejanya nk menjatuhkn org bwhan.staff bwhn yg bgj ciput dianiaya.klu x pndi mgampu alamat sblh mata tk.pandang.PTD sombong! kau igt gj kau bg ank bini mkn tu berkat..bila kita yg teraniaya mintk bantuan hq diabaikan...kita balik.yg malu...ckt2 tatatertib.pdhl kj tu sdri suh gundik satu ofc punch..

Tanpa Nama berkata...

Pak Omar tlg bgtau SPA jgnlh sng2 nk buang org.pgil dlu dgr dulu citer org bwhan yg kena aniaya dgn ketua jbtn.Berapa ramai staf sokongn tk seronok g kja sbb tekanan.Stress d tempt keja.Tukar ketua jabatan yg zalim! Pilih kasih.itu belum kuar citer kj memadu kasih di ofis.kj buat maksiat terang2an.kita yg kuli ni tpksa lh diamkn diri akn kemungkran d ofis ni.SUBAHAT.mn tk stress. bila di adu pd pihk atasan.mn lh deme nk pcya.alasannya BOS always rite.hakk tuih.Blh bwk masuk kuboq ka pangkat harta suma tu. Belas ihsan kt staff bwahn ni takdak.msg2 nk kena kipaih buntut...kj ada masalh attitude,bongkak,skandal tolk tepi

Tanpa Nama berkata...

ya mn2 staff yg teraniaya.yg bgj ciput tp dlyn mcm anjing kurap oleh bos jom kita sepakat ubh kerajaan.kita tolk pemimpin skandal.kaki ampu.salah guna aset jabatan.bos yg pilih kasih...JOm kita tukar......IniKalilahhhhhh...kita buang bos2 yg zalim

Tanpa Nama berkata...

ya mmg tjd..dato kupex tlg hilite isu ni.tlg pegawai sokgn ni.kdg2 tatatertib bkn slh kmi.tp angkara ketua jbtn yg bgikn syaitn btopengkn mnusia.mlh sngup mhncurkn karier pegawai yg bgj ciput ni.tkut skndal didedahkn.diri sdri tk betul..mcm KJ aku punch card suh PAR kuat ampu yg punch.dia msok kul 11 ikut pintu blkg.jahat betul.bla dpn Dato KP blgk mcm disiplin sgt.pastu gila publisiti kt Harian Metro.kisah PATI..tu blom kena siasat ngn KDN suma.tp akhirnya kes dtutup.pelik kn.kabel kuat.

Tanpa Nama berkata...

salm sdr/i klu ye pon x suka ngn PAP jgnlh dihina kejadian Allah Taala ni..mrh2 la tp bhsa tu biarlh berlapik..kita ni besok suma mati.xde bwk hrta pangkt darjat de..Tiada mnusia sempurna.