SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

14 Januari 2013

PENJAWAT AWAM PEMACU CAPAI WAWASAN 2020 - MUHYIDDIN

Bernama
11/1/2013


KUANTAN, 11 Jan (Bernama) -- Peranan penjawat awam perlu diperkukuhkan lagi bagi memacu negara mencapai Wawasan 2020, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata penjawat awam selama ini telah memainkan peranan besar dalam meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang diiktiraf pelbagai pihak menerusi pelbagai kejayaan dikecapi.

"Pencapaian kita (dalam pelbagai bidang) adalah sesuatu yang luar biasa sebenarnya, ini adalah hasil kerjasama seluruh penjawat awam yang berganding bahu dengan kepimpinan negara untuk mencapai kemajuan yang dapat dibanggakan.

"Kita mahu peranan penjawat awam diperkukuhkan sebagai institusi penting dalam negara," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas penjawat awam negeri dan persekutuan Pahang di sini, Jumaat.

Turut hadir bersama lebih 6,000 penjawat awam pada majlis itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Saffian Ismail.

Muhyiddin berkata gandingan mantap dan kerjasama erat penjawat awam bersama pihak swasta dan awam juga perlu diperkukuhkan lagi supaya negara akan lebih berdaya saing dan berinovatif.

Beliau berkata banyak kejayaan dikecapi negara hasil kerjasama padu antara penjawat awam, pihak swasta dan awam dan diiktiraf badan-badan dan negara luar.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata cabaran penjawat awam ketika ini juga jauh berbeza berbanding sejak awal mencapai kemerdekaan berikutan kehendak dan keperluan rakyat yang menagih perkhidmatan lebih efisien.

"Mereka (rakyat) tahu hak mereka bila berurusan dengan penjawat awam, dan ianya menuntut respons segera, kelewatan sesuatu perkara (dalam memberikan perkhidmatan) akan merugikan semua pihak.

"Apakah impak perkhidmatan kita, kelemahan dan kelewatan perlu ditangani, rakyat Malaysia kini lebih tahu, peka akan hak mereka, profil rakyat dan negara tidak seperti dahulu lagi," katanya.

Justeru itu, Muhyiddin berkata penjawat awam perlu memastikan khidmat mereka lebih cekap lagi.



-- BERNAMA

69 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku plak first... heheh....

Tanpa Nama berkata...

MANA SURUHANJAYA.......?
TUNGGU APA LG.... JALANKAN T/JWAB.

Tanpa Nama berkata...

Penjawat tak cekap? antaranya menangguhnangguhkan keputusan ... dan melewatlewatkan penambahbaikan ...

Penyokong Kerajaan berkata...

izinkan saya bertanya dengan sopan MANA LAPORAN SURUHANJAYA ?????.....

Harap segera diumumkan.Rasa tertipu sebab janji nak umum selewat lewatnya 31 hb Disember...

Tanpa Nama berkata...

Aku cipta rekod sbb dapat no 5

Tanpa Nama berkata...

aku no.6... cis cis cis

p/s: akibat p minum pagi... warghhh

Tanpa Nama berkata...

apa pulak nie.. dah 14/1/2013 dah..,mana perginya laporan penambaikan aritu.dah siap ke belum laporannya....?tak sabar nak tunggu pengumuman skim J nie......

ICT Di Hujung Jari berkata...

lapan!!!!

PA berkata...

Jangan lah marah sangat, bukan suruhanjaya yang lambat tapi HRMIS yang lambat.

Tanpa Nama berkata...

Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO di sebuah syarikat yang besar di KL...

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masukla...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client... Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. ..

biasa la Boss...malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun bangun... dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar... 10minit kemudian acara mengarang ayat pun habis...

Si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut ye ke... tak apa, nanti saya call rumah... terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...

Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.

Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...

Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la...

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek... baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah...

Mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu... dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada sebuah Perodua Kancil dengan dua tayar depannya pancit!!!!!...

Boss : @$%@#^&&*$!@%#

Tanpa Nama berkata...

2013 , 2014 , 2015 , 2016 , 2017 , 2018 , 2019 , 2020 .

7 Tahun lagi ....

Tanpa Nama berkata...

TOLONG KERAJAAN NAIK KAN GAJI ATAU ELAUN BAGI MERINGANKAN PA SOKONGAN DI SELURUH MALAYSIA SEBELUM PILIHANRAYA KE 13...JANJI SBPA NAK DIPERBAIKI PERLU DIBUAT SEBELUM PRU13

Tanpa Nama berkata...

Takpelu lah ditunggu tunggu sangat laporan keputusan penambaikan perkhidmatan awam tu..Nanti hati sakit lagi..lagi lagi memihak pada gred pengurusan & profesional..kump pelaksana dpt kuah jer..
contoh SPBA dsn ssm skrg kump pelaksana hanya menikmati kenaikan gagi tahunan kurang 50% daripada pengurusan..
contoh kump sokongan KGT RM80.00
pengurusan KGT RM 225..
DALAM JANGKA MASA PANJANG AKAN BERLAKU JURANG GAJI YANG AMAT BESAR

Tanpa Nama berkata...

AKU TERBACA TULISAN DISINI: Katanya
"itulah akibatnya apabila manusia berkelulusan rojak digabungkan dan digelar PTD diberi tanggungjawab untuk menerajui SPA & JPA."

AKU PUN BODOH DAN BUKAN PTD, tapi
aku tak setuju dengan tulisan anda yang dengan sendiri tambah merendahkan lagi tahap dan pandangan orang terhadap anda.
Anda tulis begitu sebab anda bukan PTD tapi kalau anda PTD apa pula perasaan anda dengan tuduhan yang tak betul itu.

Saya nasihatkan anda supaya jangan kutuk PTD, CIKGU dan lain2 skim, sebab anda tak puas hati dengan diri anda sendiri. Anda sebenarnya mempunyai masalah dalam diri anda sendiri. Anda atasi dulu masalah anda sebelum membuat masalah dengan pihak lain. Anda perlu merawat diri anda sendiri....!

Tanpa Nama berkata...

Buat kekawanku yang kecewa dan apa2lah:

Jangan mintak gaji naik tapi mintak elaun untuk kumpulan sokongan diberi penambahnaikan. Contoh elaun ITKA, ITP mengapa dibezakan. Kalau COLA boleh pulak SAMARATA ikut zon dan perlu diSAMARATAKAN tak kira zon lagi seluruh negara. sebab harga gula rm2.50 kat Perlis sama macam kat Putrajaya rm2.50 juga. Cakap pasal gaji kena ikut gred A, B C dan D. Sebab kalau sama TAK PERLULAH susah2 belajar masuk U.

Ada paham ka.....!

Tanpa Nama berkata...

sokong... sepatutnya KGT kumpln sokongan RM225 DAN KGT pengrusn RM80.

Tanpa Nama berkata...

JANGN RISAU PAKCIK...
.....JANJI DITEPATI.....

Tanpa Nama berkata...

mungkin jgk...
suruhanjaya dh siap dh keje dia.... tp big bossss tk bg lampu hijau lg. bru ada lampu biru je.

Tanpa Nama berkata...

janji tk ditepati......

Tanpa Nama berkata...

7 tahun saja lagi. tapi...


1. harga rumah yang menjadi keperluan asas melambung naik dek kerakusan pemaju hartanah yang mengaut keuntungan sehingga 150%-200% dibantu dengan penyangak-penyangak spekulator hartanah serta dinaungi oleh orang-orang politik

2. harga kenderaan dari dahulu sehingga kini tak pernahnya selaras dengan pendapatan.

3. pengangkutan awam hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, itupun kerapkali berlaku kelewatan. di kawasan pinggir bandar serta pendalaman pula, boleh kira dengan jari berapa kali pengangkutan awam masuk. malah kadangkala tiada langsung.

4. jentera perkhidmatan awam yang ortodoks serta ketinggalan zaman. konsep k-ekonomi(knowledge) yang sepatutnya digunapakai telahpun menjadi c-ekonomi(certificate). mereka yang banyak kertas yang bercetak huruf A serta angka paling tinggi saja yang diambil bekerja tanpa melihat dari sudut lain. hasilnya, penuhlah jentera perkhidmatan awam yang macam robot dan hanya tau membaca sahaja, tetapi tidak tahu melaksanakan sesuatu.

5. kuasa membeli majoriti penduduk semakin menurun hinggakan wujudnya istilah "miskin bandar" iaitu pendapatan bawah rm3,000.00 dimana masa dahulu istilah sebegini tidak wujud. majoriti penjawat awam berpendapatan di bawah kadar tersebut walaupun gaji pokok telah dicampur dengan elaun-elaun.


jadi kepada ahli politik yang pandai bercakap itu, cuba cerita, dengan keadaan sebegini, mampukah kita menjadi NEGARA MAJU yang sebenar menjelang tahun 2020 yang hanya tinggal 7 tahun sahaja? sepatutnya dari mula-mula wawasan 2020 dicanangkan ini kehidupan rakyat semakin mudah dan selesa, sebaliknya hari berganti hari, kehidupan rakyat semakin susah, makan pun susah, nak beli tempat tinggal pun susah. sudahnya wujud pula istilah "rumah mampu milik" dimana rumah tersebut ada yang setinggi 20 tingkat dimana orang di tingkat atas kalau terjun ke bawah, cebisan dagingnya boleh ditemui hingga 20 meter jauhnya dari tempat impak.



sudah sampai masanya kita perlu berubah...

Tanpa Nama berkata...

Takpelu lah ditunggu tunggu sangat laporan keputusan penambaikan perkhidmatan awam tu..Nanti hati sakit lagi..lagi lagi memihak pada gred pengurusan & profesional..kump pelaksana dpt kuah jer..
contoh SPBA dsn ssm skrg kump pelaksana hanya menikmati kenaikan gagi tahunan kurang 50% daripada pengurusan..
contoh kump sokongan KGT RM80.00
pengurusan KGT RM 225..
DALAM JANGKA MASA PANJANG AKAN BERLAKU JURANG GAJI YANG AMAT BESAR

...................................

RM 80 x 10 tahun = RM 800

RM 225 x 10 tahun = RM 2250

Dah la 15 tahun baru nak dapat KUP.

Tanpa Nama berkata...

Adalah tidak adil jika segala2nya sama tanpa merujuk kepada skop kerja dan kelulusan akademik sesuatu jawatan. Sesiapa sahaja yang berfikiran rasional tidak akan setuju jika gaji dan elaun hendak disamakan tanpa mengira kelulusan akademik, pengalaman, peranan sesuatu jawatan. Kena terima hakikat bahawa jika anda memilih utk jwtn gred 17 maka tidak perlu merungut kerana akan menjejaskan prestasi kerja anda. Kalau masih hendakkan gaji yang lebih tinggi perlu ada kelulusan setaraf dan membuat permohonan berkaitan seperti biasa jika ada kekosongan.

Nelayan Laut Dalam berkata...

apa kata JPA jumlahkan semua gaji P.A seluruh malaysia... (sokongan + P&P) pastu bahagikan kesemuanya dengan bilangan kakitangan P.A.

cer tgk brp tiap tiap sorang dapat.

Tanpa Nama berkata...

saya nak tanya la coz desas desus pelarasan gaji atm 2013 awal bulan 3 bayar coz leftenan muda syarat masuk ijazah n klu prebet diploma atau spm(kredit bm, mate, sains n inggeris). tak la macam grd 29 leh pakai diploma masuk.je tya.

Wawasan 2020 berkata...

Wawasan 2020

Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara jaya
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Dengan berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah sehara-sehala
Dengan wawasan yang suci

Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa-dirasai
Bersama kita nikmati

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan

Tanpa Nama berkata...

Bkn nk pertikai gaji yg diperolehi oleh kump pengurusan lebih tinggi drpd sokongan,,memang patut mereka dpt gaji lebih tinggi drpd sokongan seperti skrg,,yg menjadi persoalan kenapa KGT kump pengurusan terlampau jauh jurangnya yg mana akibatnya dlm jangka masa panjang akan berlaku masalah inflasi,ujud 1kump manusia yg kaya raya,,dan 1 lagi miskin bandar,,dah terjadi di di beberapa buah negara di Asia.Malaysia juga akan mempunyai rakyat yg terlampau kaya dan terlampau miskin jika ini terus berlaku

Tanpa Nama berkata...

saya nak tanya la coz desas desus pelarasan gaji atm 2013 awal bulan 3 bayar coz leftenan muda syarat masuk ijazah n klu prebet diploma atau spm(kredit bm, mate, sains n inggeris). tak la macam grd 29 leh pakai diploma masuk.je tya.

Isnin, Januari 14, 2013 7:31:00 PTG

//////////////////////////////....

XDER PELARASAN PUN..HAMPEHH...

Tanpa Nama berkata...

geng2 renjer hutan jruteknik n setarafnya yg telah d aniaya oleh pembatalan sbpa inila masa yg sesuai adjust pd PM utk nak gred.htr memo n buat publisiti utk dpt perhatian PM.jgn siakan peluang keemasan ni.. yg telah d zalimi.. wira juang

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua

Sahabat suka syiarkan lagu2 nasyid. Setuju dengan saudara. Apa pandangan tuan mengenai lirik lagu ini??
LIRIK LAGU Anak kecil main api.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rebutlah peluang lima sebelum lima:Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa papa. Dan masa hidup sebelum tiba masa mati.”

Baru habis pendebatan antara anak muda.

Salam Hamba Flower

Tanpa Nama berkata...

BUAT PEMINAT KOPI LUWAK (MUSANG): Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”

Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

2. Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:

2.1 Biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
2.2 Biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.

2.3 Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
-----------------------------------
PENDAPAT SAYA SETELAH MINUM SELAMA 3 BULAN LEPAS(LEBIH KURANG 29PEKET)ATAS SEBAB SAJA2 NAK RASA:
- Mata saya yang rabun dekat kini sudah boleh masukkan benang ke lubang jarum.
- Rasa mengah2 kini sudah hilang.
- Hidung tidak lagi berair dan tidak bersin pagi.

CADANGAN SAYA: Jika telah dihukum HALAL maka terimalah FATWA.

Tanpa Nama berkata...

LAGI MAKLUMAT KOPI LUWAK (MUSANG) HALAL DIMINUM:
Kopi Tahi Musang difatwa halal
oleh MUIndonesia.

JAKARTA 20 Julai - Kopi Luwak atau Kopi Tahi Musang, kopi termahal di dunia dari Indonesia, difatwa halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan daripada kotoran.

"Kopi Luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis. Kopi Luwak dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan. Meminum Kopi Luwak dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli, meminum Kopi Luwak, hukumnya boleh," kata Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI Ma'ruf Amin di sini hari ini.

Kopi Luwak adalah sejenis kopi yang diproses dengan fermentasi secara semula jadi dalam pencernaan haiwan luwak, binatang yang sejenis dengan musang yang tinggal di pepohonan.

Biji kopi yang masih berkulit, ditelan kemudian sisanya yang berupa biji kopi dengan kulit dalam kopi, keluar bersama kotorannya. Sebelum diolah, biji kopi yang telah keluar tadi dipisahkan dari kotoran luwak secara manual.

MUI mengeluarkan fatwa tersebut berikutan banyak pertanyaan dan keluhan umat Islam mengenai perkara itu, dan berharap dengan adanya fatwa berkenaan, hukum mengenai pengambilan Kopi Luwak menjadi lebih jelas.

Sementara itu, setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI, Aminuddin Yakub berkata, MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan luwak hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut.

"Dan kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Dengan demikian, itu bukan najis, melainkan mutanajis," katanya.

Mutanajis berbeza dengan najis kerana ia suatu benda yang dilarang untuk dimakan oleh umat Islam, seperti daging babi, namun mutanajis adalah keadaan apabila sesuatu benda terkena najis, ia dapat dikatakan halal jika najis itu dibersihkan.

Kopi Luwak sangat masyhur di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa kerana memiliki cita rasa unik, hasil daripada proses pembuatan yang "aneh". Harganya yang mahal juga turut menjadi penarik kepada para penikmat kopi.

Di Amerika Syarikat, Kopi Luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau "cat-poo coffee" dan dijual dengan harga AS$190 untuk 500 gram.

Kopi tersebut juga didakwa dikategorikan sebagai langka atau jarang ditemui kerana setiap tahun, hanya 250 kilogram dihasilkan.

Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$$100 hingga AS$350 sekilogram. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/
info.asp?

buka mat kepoh berkata...

aku respect dkat kawan aku yang tak pernah mengaku memiliki ijazah. selepas tamat tingkatan 5 beliau telah menyambung pengajian di UiTM sehingga ke peringkat degree. sekarang dia berumur 26 tahun. aku tengok kebanyakan tenok2 yang berlagak duk kecoh ada degree ni, mereka yang lewat menyambung pengajian. mereka ni duhulunya tak pernah mimpi pun nak sampai ke peringkat degree. tapi walau macam mana pun tahniah la. cuma, apa rasionalnya dan perlukah semua org tau yang kita ada degree?
adakah kita akan hilang kelayakan degree itu, sekiranya kita merendah diri tanpa perlu kecoh satu dunia.

bukan mat kepoh berkata...

fikir2kan kawan.

Tanpa Nama berkata...

SENARAI KOPI DIPASARAN YANG DIKATAKAN BERACUN:
1. Cafe Abang Yes
2. Candi Gold
3. Candi 193
4. Extend Up energy Drink
5. Extremen,
6. Extrewoman
7. Goji Guarana
8. Goji Guarana Extra
9. Goji More
10. Goji Yumberrry
11. Guara Cafe
12. HBW Ice Lemon Tea
13. Hotton Vitality Candy
14. Ie2 O
15. King Cappucino
16. Knight Cofee
17. Kolek Cafe Power Plus
18. Kopi Angguk
19. Kopi Asmara
20. Kopi Bagus AAA
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
22. Kopi Pahlawan
23. Kopi Super Angguk
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
25. Maca Max
26. Macagin Ginseng Candy
27. Mentalk Candy
28. Nexus MXP
29. Night Cafe
30. Red Energizer Candy For Men
31. Royal Beverage Maqrifatun
32. Sasanergy Drink
33. Trica Jus Tri-Max
34. True SR
35. Vigor Candy
36. Vitca-F
37. Vitca-M
38. Winnie Beauty V1
39. XKL Sky Fruit Ju

Lebih baik minum KOPI LUWAK dah tentu HALAL. Ummmph....!

Tanpa Nama berkata...

Makan je tahi musang bancuh dengan sirap laici lagi mujarap
kalau nak rangup goreng dengan tepung kfc

Tanpa Nama berkata...

TOLONG KERAJAAN NAIK KAN GAJI ATAU ELAUN BAGI MERINGANKAN PA SOKONGAN DI SELURUH MALAYSIA SEBELUM PILIHANRAYA KE 13...JANJI SSM NAK DIPERBAIKI PERLU DIBUAT SEBELUM PRU13

Air suam berkata...

Banyak lagi benda boleh dimakan....kita tahu ke biji kopi tu tak bocor...huhu.
Baik punya perut musang, telan biji kopi tapi tak hadam.
Manusia ambil basuh kemudian makan.
Bawak lah mengucap...huhu

Tanpa Nama berkata...

• Tema Bajet 2013 : “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”
• Jumlah Bajet 2013 : RM251.6 bilion
• Perbelanjaan Operasi Bajet 2013: RM201.9 bilion
• Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2013 : RM49.7 bilion

Tanpa Nama berkata...

SABOOOOOOOOOOOOOOOORRRRRRRRRR

Tanpa Nama berkata...

moh kite mengai udang galah kome oiiii

Tanpa Nama berkata...

Isnin, Januari 14, 2013 10:01:00 PTG
buka mat kepoh berkata...

aku respect dkat kawan aku yang tak pernah mengaku memiliki ijazah. selepas tamat tingkatan 5 beliau telah menyambung pengajian di UiTM sehingga ke peringkat degree. sekarang dia berumur 26 tahun. aku tengok kebanyakan tenok2 yang berlagak duk kecoh ada degree ni, mereka yang lewat menyambung pengajian. mereka ni duhulunya tak pernah mimpi pun nak sampai ke peringkat degree. tapi walau macam mana pun tahniah la. cuma, apa rasionalnya dan perlukah semua org tau yang kita ada degree?
adakah kita akan hilang kelayakan degree itu, sekiranya kita merendah diri tanpa perlu kecoh satu dunia.
==================================

betul lah lu cakap..ada degree buat pe nak keco-keco...degree tu hanyalah pemberian manusia...yg beri tu pun ade dosa.....so tak yah lah nak bangga sangat dgn degree...yang penting jika ada kelulusan tu...gunakan kepakaran dan pengalaman yang ada dalam degree tu...zaman sekarang kelulusan tidak menjaminkan pekerjaan.....

Tanpa Nama berkata...

snin, Januari 14, 2013 10:01:00 PTG
buka mat kepoh berkata...

aku respect dkat kawan aku yang tak pernah mengaku memiliki ijazah. selepas tamat tingkatan 5 beliau telah menyambung pengajian di UiTM sehingga ke peringkat degree. sekarang dia berumur 26 tahun. aku tengok kebanyakan tenok2 yang berlagak duk kecoh ada degree ni, mereka yang lewat menyambung pengajian. mereka ni duhulunya tak pernah mimpi pun nak sampai ke peringkat degree. tapi walau macam mana pun tahniah la. cuma, apa rasionalnya dan perlukah semua org tau yang kita ada degree?
adakah kita akan hilang kelayakan degree itu, sekiranya kita merendah diri tanpa perlu kecoh satu dunia.
==================================

betul lah lu cakap..ada degree buat pe nak keco-keco...degree tu hanyalah pemberian manusia...yg beri tu pun ade dosa.....so tak yah lah nak bangga sangat dgn degree...yang penting jika ada kelulusan tu...gunakan kepakaran dan pengalaman yang ada dalam degree tu...zaman sekarang kelulusan tidak menjaminkan pekerjaan dan tidak menjamin penghormatan manusia pada kita.....

bukan mat kepoh berkata...

kui..kui..kui!!..

Tanpa Nama berkata...

apa-apa sahaja la la la la la la la

kulub berkata...

Lagu anak kecil main api tu karut
Bukan kita yang gadai tanahair
Yang gadai tanahair ni pembesar2 pembuat dasar
Kuli batak nak gadai apa
Asyik nyanyi saja lah.

Tanpa Nama berkata...

jeng ... jeng ..jeng
penambahbaikan akan diumumkan ...
TUNGGGGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU .

Tanpa Nama berkata...

BILA TARIKH PENAMBAHBAIKKAN AKAN DIUMUMKAN????HARAP SAPA YANG TAHU,BOLEH SEBARKAN KAT SINI.....

Tanpa Nama berkata...


kulub berkata...
Lagu anak kecil main api tu karut
Bukan kita yang gadai tanahair
Yang gadai tanahair ni pembesar2 pembuat dasar
Kuli batak nak gadai apa
Asyik nyanyi saja lah.

Selasa, Januari 15, 2013 3:50:00 PTG


betul apa bro kata... tanah air tergadai tu sapa punya angkara... yang buat dasar la...

hari ni rakyat bleh tgk sendiri la... warga penduduk di malaysia ni, mcm mcm ada... dah jadi open for all... negro ada, nepal ada, vietnam ada, bangla ada, cambodia ada, myanmar ada, iran ada...

setakat dtg sbg visitor ok la... tp dah dapat IC lagi, apa cer...

Tanpa Nama berkata...

bodoh apo pulak respek dekt budak yg tk mengaku ada degree....
yg ada degree mmg ptut pn kecoh..... aku yg tkdok degree pn rasa nk kecoh sama jgk niii....
hihihihi

Tanpa Nama berkata...

tk ada org lain dh ke kamu nk respek... ?
respek kt budk yg tk ngaku ada degree.
lawak bebeno kamu nihhh.....

Tanpa Nama berkata...

aku respect dkat kawan aku yang tak pernah mengaku memiliki ijazah. selepas tamat tingkatan 5 beliau telah menyambung pengajian di UiTM sehingga ke peringkat degree. sekarang dia berumur 26 tahun. aku tengok kebanyakan tenok2 yang berlagak duk kecoh ada degree ni, mereka yang lewat menyambung pengajian. mereka ni duhulunya tak pernah mimpi pun nak sampai ke peringkat degree. tapi walau macam mana pun tahniah la. cuma, apa rasionalnya dan perlukah semua org tau yang kita ada degree?
adakah kita akan hilang kelayakan degree itu, sekiranya kita merendah diri tanpa perlu kecoh satu dunia.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

buat apa nak kecoh, bukan kita seorang saja yang ada degree. sekarang ni dah ramai yang ada. PHD pun dah ramai. ilmu yang diberikan kepada kita terlalu sedikit. yang maha bijak sana adalah tuan punya dunia. tak kan hilang kelayakan yang kita ada jika org lain tak tahu.

Tanpa Nama berkata...

mereka adalah tenok2 yang poyo

Tanpa Nama berkata...

mohon dikaji kenapa perjawatan guru boleh KUP 7 tahun ? kenapa perjawatan lain tak boleh ker? kenapa sampai 15 tahun....
apa yg lebihnya guru....adakah kerana politik? kenapa tidak diselaraskan kepada semua kakitangan awam....
kerana setiap perjawatan ader fungsinya yg tersendiri......mohon cuepac kasi penjelasan....

Tanpa Nama berkata...

Jsberawapanya kerna guru tiada peluang kenaikan pangkat..dlm satu skolah kalau ada 100 org guru yg ada jawatan hanya sorang pengetua dan 2 org gpk..jika tiada kup sampai pencen la guru lain x merasa apa apa kenaikan..tapi bkn senang nk naik kup 8 tahun banyak tapisan dan syarat tertentu,, ada guru yg lbh 15 thun ngajar x dpt kup sbb x penuhi syarat..

Guru Silat berkata...

Apa ke bodoh nya...gred tu kira pangkat lah di jabatan lain.
Cuma ada gelaran saja.
Suruh KPM buat gelaran pangkat bagi guru lah.Sbg contoh;
1. Gred 29= guru muda
2. Gred 41= guru kake
3. Gred 44= guru yahya
Begitulah gelaran seterusnya sampai perigkat tertinggi disebut guru sha'ari.

Tanpa Nama berkata...

wawasan 2020 hampir tiba.. insyallah.
tingkatkan pendapatan pekerja harus ditingkatkan juga selaras dengan negara maju.Pada penjawat awam juga kena tingkatkan syarat kemasukkan minumim pada SPM.

Tanpa Nama berkata...

ntah. aku ada master tapi masih berkhidmat sebagai kumpulan pelaksana disebabkan spa & jpa dikuasai oleh yakjud & makjud.

tak kecoh punnn??


kalau aku kecoh, dah lama aku tulis nama aku sebenar dalam ni pasal nak khabar 1malaysia.

akhir kata, spa & jpa perlu ditransformasikan segera. mereka buat dasar & pekeliling tak tengok skop keseluruhan perkhidmatan awam, sebab pemikiran mereka jumud setakat persekitaran tempat kerja mereka sahaja.

tu pasal sbpa masuk bakul sampah. buat sistem yang hanya tengok persekitaran dalam jpa itu sahaja, taknak pergi menjelajah ke jabatan dan skim lain.

benarlah kata kawan aku, jpa dipenuhi oleh ptd jumud pemikiran yang masa mula-mula dilantik ke gred 41 duduk di jpa, naik 44 pun di jpa, naik 48 pun di jpa. umur pun masih muda, lepastu buat dasar mengarut-ngarut.

selagi perdana menteri tak sedar tentang perkara ini, lupakan sahaja la angan-angan nak jadi negara maju menjelang 2020 tu.

sekian

kumpulan pelaksana yang mempunyai sarjana.

Tanpa Nama berkata...

PELAKSANA ADA SARJANA PUN NAK BANGGA..APELAH...AKU SETAKAT PMR PUN SENYAP JE....

Tanpa Nama berkata...

apa-apa sahaja la la la la la la la




LAGU PNGEMBALA BIRI-BIRI ( UPIN DAN IPIN)

BIRI-BIRI CAYE DAH HILANG
HABIS DIMAKAN SERIGALA
KAMU SEMUA LA
TAK NAK DATANG
TINGGAL CAYE SEORANG


Sweet J17 berkata...

Penambaikan Skim Juruteknik J17 (Lepasan Sijil Politeknik) Masih Belum Selesai Selepas 30 tahun?

Sehingga ke hari ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih belum menggunapakai sepenuhnya Pekeliling Tahun 1983 dan 2002 yang berkaitan kenaikan skim Kejuruteraan gred J17. Pejam celik, pejam celik sudah hampir 30 tahun lamanya Jabatan Perkhidmatan Awam dilihat masih lagi gagal melaksnaakn pekeliling tersebut. Apa sebabnya?

Seperti biasa, apabila ditanya kenapa masih belum dilaksanakan, jawapan yang diterima :

i) Semua penambahbaikan skim perkhidmatan perlu diperhalusi, diperhalusi dan terus diperhalusi. Sampai bila? Entahlah.

ii) Perlu diperbincangkan kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan dengan Ketua Perkhidmatan, pihak yang berkenaan serta tertakluk kepada kemampuan kewangan Kerajaan. Bunyinya seperti ada seribu macam masalah.

iii) Akhirnya masalah ini sudah menginjak ke tempoh 30 tahun lamanya, tidak selesai-selesai juga.

Sedangkan, mantan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Judin Abdul Karim, melalui surat bertarikh 3 Mac 2010 kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mencadangkan sendiri penambahbaikan Skim Perkhidmatan Juruteknik dan Pelukis Pelan seperti berikut:-

i) Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan digabungkan dengan Skim Perkhidmatan Juruteknik dengan kelayakan minima Sijil dari Politeknik/Institusi yang diiktiraf.

ii) Skim Perkhidmatan Juruteknik bermula dari Gred Lantikan J27 dan disediakan gred-gred naik pangkat yang bersesuaian.

iii) Pegawai Juruteknik hanya boleh menjawat jawatan Penolong Jurutera/Jurukur Bahan/Pegawai Senibina sekiranya mempunyai kelayakan Diploma yang diiktiraf dan kekosongan jawatan.

Hasilnya? Sungguh mengecewakan.

Sweet J17 berkata...

Sambungan...

Sekiranya JPA memberikan alasan “perlu diperhalusi kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan’’ akibat daripada kenaikan gred J17 ini, apa maknanya Pekeliling-pekeling yang dikeluarkan sebelum ini? Dan…kemungkinan besar skim-skim lain selain dari kelayakan Sijil Politeknik ini akan mengambil kesempatan dari perkara ini, walaupun syarat kemasukan ke skim mereka tersebut bukannya dari kelayakan Sijil Politeknik setaraf STPM.

Masakan tidak, JPA mengeluarkan sendiri Pekeliling Tahun 1983 dan Pekeliling SSM Tahun 2002 dahulu, tetapi tidak menepati JANJI dan MEMINGGIRKAN golongan Juruteknik J17 selama 30tahun. Kami percaya jika isu ini melibatkan sendiri gred gaji serta skim para pentadbir di JPA serta Ketua Perkhidmatan yang terlibat, kami yakin dan percaya isu seperti ini akan lebih pantas diselesaikan.

Isu ini juga adalah bukan disebabkan kemampuan kewangan kerajaan dan implikasi struktur organisasi, tetapi adalah berdasarkan punca kuasa kelayakan dan lantikan, yang telah diJanjikan JPA didalam Pekeliling tersebut.

Jika pihak JPA dan SPA terpaksa memperhalusi semua skim perkhidmatan dan memerlukan lebih masa untuk kajian terhadap pekeliling 1983 dan 2002:

adalah lebih baik kiranya JPA menarik balik dan membatalkan Pekeliling 1983 dan 2002

sekaligus menarik balik skim NT dan lain lain skim yang menggunakan Sijil Politeknik yang telah diberikan gaji atas gred 27.

sudah termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Kerajaan Malaysia berkaitan nilai taraf kelayakan Sijil Politeknik dengan ‘pelarasan’ yang dikatakan oleh JPA/SPA tersebut, tetapi masih lagi tidak dilaksanakan.

jadi untuk apa diteruskan?

Harapan kami agar pihak JPA dan kerajaan Malaysia dapatlah menyelsaikan permasalahan isu gred juruteknik dari J17 ke J27 secepat mungkin. Tambahan pula, isu kalangan mereka tiada elaun kritikal pun masih tidak diselesaikan. Hakikatnya mereka inilah yang hari- hari turun ke site. Bagaimana Perkhidmatan Awam Malaysia hendak memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya sebahagian jentera perkhidmatan awamnya seperti golongan Juruteknik J17 yang menjadi frontline pembangunan infrastruktur negara masih tetap dipinggirkan dan dipermainkan selama 30 tahun?

Ini salah satu permasalahan dalam penjawatan rendah dalam sektor kerajaan. Kami yakin bukan sekadar melibatkan J17 sahaja,..banyak lagi perjawatan yang rendah lain telah dianaktirikan.

P/S : Cuepacs mungkin boleh melihat permasalahan seperti ini secara serius. Sepatutnya sudah tiba masanya untuk dilakukan kajian yang lebih menyeluruh terhadap perjawatan awam di Malaysia ini. Apa kata anda pula?

Tanpa Nama berkata...

Aku nak ucap timer kasih ajer lah..kat Ketua Pengarah Kastam..JPA yg bagi aku pangkat pegawai kastam tua gred W26 antara 12 org yg dipilih..dah tu kena pindah pulak wpun dah dekat nk pencen.Untuk pengetahuan Tuan Pengarah Kastam dan JPA masih ramai kekawan aku kat luar sana yang dah menjawat dekat 10 tahun W22, gaji mcm statik jer. Takada PTD yg nak bela untuk naik pangkat golongan kwn aku yang lain tuu.Dgr citer Ketua Pengarah Kastam nak bela pegawai kanan jer untuk mudah naik pangkat skor gaji lebat.Haha nasib ler..Jadi aku tolak ler pangkat W26 ni dng penuh hormat sebab gaji naik seratus lebih jer.Kang aku kena pindah,terpaksa ulangalik jauh pulak tu...Jadinya para pegawai kastam sokongan kena bertindak bijak PRU 13 nanti...Sebab kita telah lama dipermainkan oleh Jabatan haprak kita & JPA sial...Nasib baik ler aku ada harta pusaka tak harap gaji kastam semata-mata.
Satu lagi patut ketua-ketua kastam letak jawatan ramai-ramai.Malu aku sebab target kutip cukai tak sampai.Malu la hoiii kat Income Tax.

Tanpa Nama berkata...

tk ada org lain dh ke kamu nk respek... ?
respek kt budk yg tk ngaku ada degree.
lawak bebeno kamu nihhh.....

---------------------------------

respect bermaksud hormat
hormat bermaksud:

1. pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim.
contoh: hormat kpd ibubapa, guru, hormat menghormati sesama manusia

2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim..
contoh: tabik hormat

saya menghormati dan memandang tinggi beliau kerana sikapnya yang rendah diri.



Tanpa Nama berkata...

Laaa Pokcik Kastam tua merajuk dah pulak ! Ni mesti jeles ngan budak yang baru masuk dah tu gaji tinggi pulak ! Kalau macamni macamana JKDM nak maju !

Whatever KPK plz keep up the good work !

Tanpa Nama berkata...

semua pegawai kastam gred 17-26 akan dinaikan gred ke w44 mulai bulan mac nnt.gaji akan dinaikkan sehingga ke 5000 rupiah sebulan,sekian tima kasih.

yang memerintah,
ketua pengarah kastam indonesia

Tanpa Nama berkata...

SWEET J 17 BERKATA...

Sekiranya JPA memberikan alasan “perlu diperhalusi kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan’’ akibat daripada kenaikan gred J17 ini, apa maknanya Pekeliling-pekeling yang dikeluarkan sebelum ini? Dan…kemungkinan besar skim-skim lain selain dari kelayakan Sijil Politeknik ini akan mengambil kesempatan dari perkara ini, walaupun syarat kemasukan ke skim mereka tersebut bukannya dari kelayakan Sijil Politeknik setaraf STPM.

Masakan tidak, JPA mengeluarkan sendiri Pekeliling Tahun 1983 dan Pekeliling SSM Tahun 2002 dahulu, tetapi tidak menepati JANJI dan MEMINGGIRKAN golongan Juruteknik J17 selama 30tahun. Kami percaya jika isu ini melibatkan sendiri gred gaji serta skim para pentadbir di JPA serta Ketua Perkhidmatan yang terlibat, kami yakin dan percaya isu seperti ini akan lebih pantas diselesaikan.

Isu ini juga adalah bukan disebabkan kemampuan kewangan kerajaan dan implikasi struktur organisasi, tetapi adalah berdasarkan punca kuasa kelayakan dan lantikan, yang telah diJanjikan JPA didalam Pekeliling tersebut.

Jika pihak JPA dan SPA terpaksa memperhalusi semua skim perkhidmatan dan memerlukan lebih masa untuk kajian terhadap pekeliling 1983 dan 2002:

adalah lebih baik kiranya JPA menarik balik dan membatalkan Pekeliling 1983 dan 2002

sekaligus menarik balik skim NT dan lain lain skim yang menggunakan Sijil Politeknik yang telah diberikan gaji atas gred 27.

sudah termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Kerajaan Malaysia berkaitan nilai taraf kelayakan Sijil Politeknik dengan ‘pelarasan’ yang dikatakan oleh JPA/SPA tersebut, tetapi masih lagi tidak dilaksanakan.

jadi untuk apa diteruskan?

Harapan kami agar pihak JPA dan kerajaan Malaysia dapatlah menyelsaikan permasalahan isu gred juruteknik dari J17 ke J27 secepat mungkin. Tambahan pula, isu kalangan mereka tiada elaun kritikal pun masih tidak diselesaikan. Hakikatnya mereka inilah yang hari- hari turun ke site. Bagaimana Perkhidmatan Awam Malaysia hendak memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya sebahagian jentera perkhidmatan awamnya seperti golongan Juruteknik J17 yang menjadi frontline pembangunan infrastruktur negara masih tetap dipinggirkan dan dipermainkan selama 30 tahun?

Ini salah satu permasalahan dalam penjawatan rendah dalam sektor kerajaan. Kami yakin bukan sekadar melibatkan J17 sahaja,..banyak lagi perjawatan yang rendah lain telah dianaktirikan.

P/S : Cuepacs mungkin boleh melihat permasalahan seperti ini secara serius. Sepatutnya sudah tiba masanya untuk dilakukan kajian yang lebih menyeluruh terhadap perjawatan awam di Malaysia ini. Apa kata anda pula?

********************************************************************************************************************************************

setuju dan batul kata anda.... kita di permainkan !!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

sudah sampai masa nya tuan-tuan dan puan-puan sekalian....

Tanpa Nama berkata...

MELAKA 17 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyegerakan kelulusan permohonan kenaikan elaun tetap perumahan penjawat awam daripada RM180 kepada RM480.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kesatuan itu sudah pun memohon kenaikan elaun terbabit sejak lima tahun lalu.

"Jadi, saya berharap elaun itu dapat dinaikkan pada kadar RM480 daripada RM180 sebulan. Jumlah itu pun sebenarnya masih rendah jika mengambil kira dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di kawasan bandar memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja.

"Jika diluluskan (elaun tetap perumahan RM480), sudah tentu tahap perkhidmatan anggota dapat dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Gaza daripada penjawat awam Kementerian Pertahanan Melaka di Dewan Perwira, Kem Terendak di sini hari ini.

Omar berkata, pihaknya juga memohon kerajaan segera mempertimbang dan meluluskan permohonan penurunan faedah pinjaman perumahan daripada empat peratus kepada satu peratus. - UTUSAN

Makcik Cleaner berkata...

Isu permohonan elaun-elaun yang tertulis di blog cuepacs ni oleh Datuk Omar Osman sama saja daripada dulu. untuk pengetahuan pembaca pembaca blog cuepacs, beliau (Datuk Omar Osman) pun bukanlah gred 41 ke atas seperti p&p yang lain. Akan tetapi beliau (Datuk Omar Osman) gred J22.

Banyak yang beliau cuba usulkan untuk ke semua P.A, termasuk P&P dan JUSA ke atas.

Datuk Omar Osman kena faham, elaun semasa skrg ini, tak relevan dgn kos sara hidup. tapi tak tau mungkin Datuk Omar Osman ada business kencang yang mana Datuk Omar Osman tak rasa ralat sangat walaupun dengan elaun-elaun semasa skrg ini.

kalau Datuk Omar Osman ada bisnes kencang di luar sana... share² la dengan kami, lepas dah kencang, kami pun mungkin tak rasa ralat sgt dengan isu elaun yg tak relevan dgn kos hidup skrg.

sekian terima kasih.

Berkhidmat Untuk Negara,

SYMP

*Dokumen ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan.