SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

17 Januari 2013

Kes tatatertib penjawat awam terus menurun: SPA

Bernama
17/1/2013


MELAKA: Kerajaan menyediakan garis panduan lengkap berteraskan enam prinsip dalam memastikan kualiti penjawat awam di negara ini mencapai standard ditetapkan dan melaksanakan tanggungjawab secara profesional, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.Beliau berkata, langkah itu terbukti berkesan apabila kes tatatertib kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 6.96 peratus kepada 4,627 kes pada 2011 berbanding 2010.

Sambil menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kualiti penjawat awam tidak memuaskan, beliau berkata pelantikan penjawat awam dibuat berdasarkan prinsip cepat, tepat, integriti atau CTI dan produktiviti, kreativiti dan inovasi atau PCI.“Mungkin ada kakitangan awam di negara ini terlibat dengan masalah tatatertib dan ia adalah kes terpencil dan tidak seharusnya menjadi kambing hitam kepada keseluruhan penjawat awam,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Pengerusi-pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam ke-5 di sini semalam.

Persidangan itu yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bertujuan membincangkan pelbagai isu pengurusan dan tatatertib dalam perkhidmatan awam daripada aspek perundangan.Mengulas lanjut, Mahmood berkata daripada jumlah kes tatatertib itu, kumpulan perkhidmatan awam persekutuan mencatatkan pertambahan kes sebanyak 4.14 peratus manakala perkhidmatan awam negeri dan pihak berkuasa tempatan, masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 75.5 peratus dan 59.6 peratus.Katanya dua kesalahan utama dicatatkan ialah pelanggaran tata kelakuan dan tidak hadir bertugas, masing-masing sebanyak 43 peratus dan 47 peratus daripada keseluruhan kes tatatertib direkodkan pada 2011.

“Statistik ini jelas menunjukkan peningkatan yang baik bagi sektor awam dan diharap prestasi itu dapat teruskan pada masa hadapan,” katanya. — Bernama Pada majlis itu, Mohd Ali turut melancarkan buku bertajuk “Bongkar: Komplikasi Kesilapan Lazim Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam” yang berperanan sebagai panduan kepada penjawat awam berhubung isu tatatertib. — Bernama

2 ulasan:

ICT Di Hujung Jari berkata...

Woi BHAI2 semua... AKU FIRST LA WEIII BHAI2!!! KORANG SUMER MMG BHAI!!! FIRST LA WEIIIIIIIII!!!!

p.a berkata...

Kakitangan awam layari laman lucah dipecat

Cardif: Berpuluh-puluh kakitangan awam kini menghadapi masalah selepas didapati melayari laman sesawang lucah ketika waktu bekerja, lapor media semalam.

Setakat ini, 55 kakitangan Pejabat Kerajaan Wales disahkan memuat turun gambar serta video lucah di meja masing-masing. Ekoran penemuan itu, pihak berkuasa mengenakan tindakan disiplin ke atas kakitangan terbabit, malah seorang daripada mereka - berjawatan pengurus kanan - diarah bersara kerana menikmati gambar lucah kanak-kanak pada 2008. Dua tahun kemudian, polis dipanggil apabila seorang kakitangan kerajaan didapati melihat gambar lucah ekstrem.

Media melaporkan, dia juga dipecat kerajaan. Justeru, kerajaan dicadangkan supaya mengharamkan capaian laman sesawang lucah itu dari pejabat kerana ia menghalang kakitangan awam untuk menjalankan tugas mereka. Peguam pekerja, Leanne Thomas, berkata lebih seorang daripada empat pekerja mengaku menonton kandungan lucah di Internet di tempat kerja. “Apabila ia membabitkan kandungan lucah, sesebuah pertubuhan itu seperti berada di atas bom jangka,” katanya. - TS


sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html