SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

31 Januari 2013

SPA kaji masalah 50,000 pekerja kontrak

Berita Harian
31/1/2013


Putrajaya: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menubuhkan tiga jawatankuasa khas bagi mengkaji masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, berkata jawatankuasa berkenaan masing-masing dianggotai wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM); Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
SPA turut diwakili dalam setiap jawatankuasa berkenaan selain Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan dan kesatuan sekerja berkaitan.


Mahmood memaklumkan, tiga jawatankuasa itu akan mengadakan siri dialog dengan kakitangan kontrak terbabit dan berbincang dulu pada peringkat jawatankuasa sebelum mengemukakan syor kepada kerajaan bagi mencari jalan penyelesaian.

“Ketika ini, seramai 3,900 kakitangan kontrak berkhidmat dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah JPM antara satu hingga tiga tahun, manakala selebihnya di bawah KPKK dan KKLW.

“Masalah setiap kakitangan berlainan, jadi kita nak tahu, termasuk isu terpencil. Antara yang kerap dibangkitkan termasuk mengapa mereka tidak diserap menjadi kakitangan tetap walaupun sudah lama berkhidmat dan mempunyai diploma selain gaji yang rendah selepas diserap berbanding ketika dalam kontrak.

“Masalah seperti ini boleh dibincangkan dengan SPA kerana kita berkuasa membuat lantikan selepas menerima syor kementerian atau jabatan selain menetapkan gaji dan turut mengambil kira pengalaman kakitangan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan 210 kakitangan kontrak JPNIN, disini semalam.

6 ulasan:

First berkata...

1st.... yes... record... timer kasih...

Tanpa Nama berkata...

BERITA YANG AKU TERKEJUT:
Cuepacs berkata hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara.

MENGAPA AKU TERKEJUT.!
1.Sebab Pegawai dan Kakitangan kerajaan (termasuk jawatan kontrak) ialah mata dan telinga kerajaan.
2. Sebab pegawai dan kakitangan jawatan kontrak tidak di'iktiraf' sebagai penjawat awam kerajaan, dan diberi tugasan yang tidak melibatkan 'penurunan tugas' atau 'perwakilan kuasa'.
3. Sebab jawatan kontrak dibaharui setiap 2 tahun sekali dan diberi ganjaran 'pencen KWSP' setiap 2 tahun sekali.
4. Sebab 'tempoh khidmat' jawatan kontrak tidak dimasukkira dalam pengiraan pencen apabila bersara sekiranya berjawatan tetap kerajaan
5. Sebab 'pesara' jawatan kontrak boleh membocorkan rahsia kerajaan apabila meninggalkan jawatan kontrak.
6. Sebab 'Kerajaan' cuai apabila mengkaji dan membuat dasar penjawat kontrak bagi pengambilan pegawai dan kakitangan kerajaan jawatan kontrak, demi mengurangkan beban kewangan pengurusan kerajaan.
7. Sebab 'Kerajaan' kini cuai sekali lagi apabila membuat dasar 'pembekuan pengisian jawatan kosong dan pengurangan/penjumudan jawatan pegawai dan kakitangan kerajaan'.
8. Sebab 'Kerajaan' boleh membuat dasar pengambilan 'orang asing' untuk mengisi jawatan2 tertentu dalam kerajaan, sedangkan rakyat atau orang awam masih RAMAI yang berkelulusan, berkelayakan, berwibawa dan berketrampilan' untuk mengisi jawatan2 yang dicadang diisi oleh 'orang asing'.
9. Sebab dasar Kerajaan yang 'double-standard' terhadap rakyat sendiri yang taat setia dan mencari kerja dengan Kerajaan tidak dapat layanan yang sepatutnya.
10. Sebab dasar Kerajaan yang 'cuai' boleh membahayakan aspek "KESELAMATAN NEGARA" semaada akibat orang asing dan orang dalam lepasan jawatan kontrak diluar kerajaan.

SEKIAN kata hati seorang pesara gred 52 yang taat setia dengan dasar kerajaan walaupun sudah pencen dan seorang wira yang tidak mahu dicanang dan didendangkan.

Tanpa Nama berkata...

Inspen 1 dijual kepada Felda
Selepas ini peserta kursus kena pergi ke Inspen 2,tidak adakah orang kuat yang mempertahankan INSPEN,apa tujuan diambil alih oleh FELDA>

Tanpa Nama berkata...

Kalau kerajaan sanggup menghulurkan bantuan ke luar negara...sanggup taja seorg saja ke angkasa...taja bermcm mcm...bantu mcm mcm so apa salahnya karajaan bantu rakyat yg bekerja taraf kontrak serap ke jawatan tatap sbb mereka ni byk pangalaman kemahiran utk myumbang kpd kamajuan negara...so..hidup pekerja status kuntrik...

KISAH BENAR berkata...

KISAH BENAR. ada seorang kakitangan SEDANG BERKHIDMAT ini menjalani PAC setelah lulus peperiksaan. ada seorang panel itu KENAL dia, tetapi untuk menjaga integriti kedua-dua pihak, beliau tidak menegur peserta tersebut ketika sesi ujian, begitu juga dengan peserta tersebut yang tidak menyapa ahli panel tersebut.


setelah sebulan apabila keputusan diumumkan, jawapannya adalah MENDUKACITAKAN. apa yang menghairankan selang beberapa hari, panel tersebut menceritakan kepada beliau bahawa beliau sepatutnya LAYAK, bukan disebabkan faktor KENALAN, tetapi kerana beliau layak disebabkan beliau mempunyai keupayaan fizikal yang sebenarnya mampu menyaingi kemampuan fizikal budak-budak yang lebih muda daripadanya. ada yang baru tamat pengajian berusia sekitar 23 tahun tak lepas lari 2.4km, pancit di tengah jalan, namun beliau mampu menghabiskan larian tersebut dan menduduki antara 5 TERBAIK. panel tersebut juga berkata bahawa beliau sepatutnya lulus PAC tersebut kerana markah beliau memberangsangkan.


nampaknya TANGAN GHAIB yang wujud dalam SPA/JPA telahpun mengubah keputusan tersebut.

ada 1 lagi kisah benar dimana seorang lagi rakan penjawat awam SEDANG BERKHIDMAT yang memasuki skim PTD yang berlari 2.4km ketika sesi PAC. ada seorang peserta hingus meleleh berusia awal 20-an yang lari terkedek-kedek macam minah semput yang disapa oleh seorang panel: AWAK NI ANAK SAUDARA DATUK XXX KAN? TAK PAYAH LA LARI SANGAT, NAMA DAH ADA NI.

ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. yakjud & makjud memang banyak berleluasa di dalam perkhidmatan awam yang sepatutnya melaksanakan amanah yang diberi dengan telus. lihatlah bagaimana tangan-tangan ghaib ini merosakkan sistem sedia ada.

jadi kepada tuan-tuan puan-puan sekalian terutama yang sedang berkhidmat di dalam kumpulan sokongan yang mempunyai kelulusan sarjana muda/sarjana yang bercita-cita untuk mendapatkan jawatan di dalam kumpulan P&P, selain daripada perlu bersaing SAMA RATA dengan graduan baru, anda juga perlu kuat mental untuk menghadapi dugaan seperti di atas, iaitu SENTUHAN DARI TANGAN-TANGAN GHAIB.

Tanpa Nama berkata...

Gejala tangan2 ghaib inilah yg menyebabkan pemohon2 dari sarawak ramai tidak layak menyertai PA. Lepas tu pihak berkenaan membuat komen bohong apabila mendapati terlalu sedikit rakyat sarawak bukan melayu sertai PA. Maka adalah komen/alasan mudah dgn mengatakan mereka tidak berminat menyertai PA. Ingat org sarawak bodoh sangatkah?