SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

11 Julai 2013

SPRM PERLU ANJUR KURSUS TAKLIMAT SOP DALAMAN

Utusan Malaysia
10/7/2013



KUALA LUMPUR 10 Julai - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan kursus serta taklimat sebelum melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dalaman kepada seluruh agensi kerajaan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah tersebut perlu berikutan ketidakfahaman dalam kalangan penjawat awam terhadap SOP dalaman itu akan hanya mengurangkan keberkesanan terhadap pelaksanaannya."Seringkali apabila dasar baharu diwujudkan, maklum balas daripada penjawat awam tidak memberangsangkan kerana mereka kurang jelas tentang kewujudannya.
"Pihak kami juga yakin cadangan ini berupaya memperkasa dan memelihara integriti sektor awam di negara ini, cuma pelan untuk membangunkan dasar baharu ini perlu dipertimbangkan secara terperinci," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Semalam SPRM melalui Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed mahu agensi kerajaan menetapkan SOP dalaman bagi mewajibkan pegawai yang ditawar rasuah melaporkan perkara berkenaan atau dikenakan tindakan tatatertib.
Prosedur tersebut bakal dilaksanakan untuk mewajibkan pegawai yang ditawar rasuah melaporkan perkara berkenaan atau dikenakan tindakan tata tertib jika gagal berbuat demikian.

42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ASALAM,SAYA SETUJU CADANGAN IN KERANA SOP PENTING BAGI SETIAP JABATAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS DAN RUJUKAN........

Tanpa Nama berkata...

Rasuah berlaluasa...cadangan pagawai sprm pantau setiap jabatan kerajaan setaip 1 sebulan skali...tu pun kalau ketua.jabatan x merasuah pegawai sprm.pula..

Khairul Muzzamir bin Alias berkata...

Tahniah dan terima kasih kepada SPRM.

Haji Shuib berkata...

rakyat mengecam tindakan Cuepacs cuba memaksa kerajaan, tahukan beliau Pak Omar bahawa PM kita yang tersayang mahu kurangkan defisit bajet? kakitangan awam wajiblah bersabar tahun ini. usahlah meminta2. belajar menabung. sikit2 mahu mengemis wang ihsan. Elok BN jgn layan kumpulan yang perangai x senonoh itu. lagipun, ianya akan emngesahkan fitnah pembangkang kononnya barang naik harga, dan ini wajar ditngkis dengan tidak memberikan bonus.

Tanpa Nama berkata...

SPRM perlu mewujudkan jawatan kader di jabatan-jabatan yang "berisiko" tinggi terdedah dengan rasuah. barulah pemantauan boleh dilakukan dengan berkesan.

ni duduk di pejabat mengharapkan aduan semata-mata sedangkan pegawai siasatannya duduk berlonggok dalam pejabat tanpa ada sebarang kertas siasatan dalam beberapa bulan.

Tanpa Nama berkata...

SPRM tak berani dengan TAIB MAHMUD. Betul tak???

Tanpa Nama berkata...

untuk meringankan beban kerajaan dan untuk mengurangkan difisit bajet apa kata buat undang-undang baru sesiapa yang terang-terang dulu kakitangan kerajaan yang telah pencen dan sekarang lawan kerajaan pencennya ditarik balik serta merta.

Tanpa Nama berkata...

Jangan tuan, aku tahu pru14 nnti pence aku kena tarik kalau pmbangkg sekrg menang

Tanpa Nama berkata...

Ape kejadahnya cite sprm kat sini, 1.42 PA skg sibuk nak minta bonus 2 bulan setengah, kalau kau org sprm yg siasat, siasatlah org-org atasan, dato'-dato', Tan sri kea, Yb kea, dia org kaya-raya, jutawan, dia org yg sign lulus projek,bekalan dsbnya, kami PA sokongan mana ada kuasa,nak minta bonus adalah, bodohlah kau sprm nak buat taklimat sop dalaman.. bodoh tak boleh di ajar..

Tanpa Nama berkata...

Aduhai.....
Makin melalut la perjuangan CUEPACS ni,

Kebajikan dulu yang perlu diberi keutamaan,
Biar SPRM buat kerja dia, kita jangan jadi penyibuk!

Kita nak pelarasan gaji, penambahbaikan elaun rumah, hapuskan 4% faedah yang dikenakan terhadap pinjaman perumahan, naikkan COLA, naikkan elaun EKA dan banyak lagi...

Kerja la kearah itu.

Tanpa Nama berkata...

hok aloh klu betul sprm nak takat org amik rasuah senang2 je benar. try menyamar jadi drebar lori bus sehari tgk bapa ramai polis n jpj korg leh takat. tapi alasan semata2. nak ngn xnak je. bapak aku drebar lori dah lali mende gni. padahal polis jpj wak operasi dah tahu pot dia. cuba gak sprm wak operasi mlm2 jadi drebar lori lalu grik nu n mane2 jalan laluan rutin lori tgh mlm. aku ingat xmuat lokap sprm leh takat polis jpj.

Tanpa Nama berkata...

XADA Y ADIL KECUALI YANG MAHA ESA ...

Tanpa Nama berkata...

dah konfom....x de bonus utk hari raya,,bantuan raya 500.00 pun x de,,,,(sumber dr member kt JPM)

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya cuepac ni yg kena g kursus sop dalaman sprm..macam dah tak berguna je cuepac ni...nak glamour je lebih..omar cakap pun gagapp

Tanpa Nama berkata...

Buat kursus dan taklimat lepas raya laaa...baru ada makan-makan, paling kurang pun makan sate, nasi briyani atau ketupat pulut atau ketupat nasi.....

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahhhhhh. ... setakat member hang keja kat JPM sbg opis boy (peon) hang p dgr cakap dia watpe... bonus raya ada ler.. minima rm1000@1500 utk yg gaji bwh rm3000 atau 1/2 bulan gaji bg gaji atas rm3000... kertas kerja dah siap nk bg PM baca sbb nk tunggu pilihanraya Kuala Besut aje. Pastu keesokan harinya PM umum ler duit raya utk PA... kalau PM nk pancing undi pd 23.7.2013 PM akan umumkan. Tp Kuala Besut rata2 kerja nelayan n PA kurang kalau PM umum awalpun no point.

N17 dah 13 tahun ada diploma... berkata...

aku sengsara....selama ini aku persendakan perjuanagn gred j,aku kata j itu jumud,tak sangka pula rupanya gred J dah dinaik taraf kepada 27....macam mana dengan pembantu tadbir gred N.....ini tak adil,kami kerja teruk,kami ada degree.....nampaknya gred J yang selam ini aku permainkan telah berjaya,aku ni macam amna???????

Tanpa Nama berkata...

Itu ler lain kali jgn dok persendakan org sangat .. Ingatlah skrg ni Tuhan bayar cash no utang2 punyer... Last2 skim j yg hang dok hina2 tu telah dimartabatkan darjatnya menjadi lebih tinggi drp N17 hang tu dan aku berpesan hang punya degree tu simpanlah dlm laci sampai pencen. Sbb aku dah byk kali temuduga gred2 N ni walaupun ada degree tapi temuduga GAGAL sbb itu lah degree hang tu hanya sbg kertas shj. Kerajaan ambik kita bkerja nak kan kita punyer Quality dan produktiviti dan bkn nak tengok kita punyer ego... Temuduga tanya dan jwb soalan pun talak senyummm... Kalau skim J ni yg ada degree kalau temuduga dan tanya soalan2 pasal kerja semuanya boleh jwb dan mukapun ada senyum... Kami penemuduga bkn nya nak org yg pandai hanya di atas kertas shj tetapi di khalayak masyarakat tunjuk ego dan hampeh... akaiiii ada ka....

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs dah melalut perjuangannya, merapu tak tentu pasal, ramai PA sokongan mahukan kenaikan gred, tak kira gred N,J,NP,NT,U,S dan sebagainya. Tapi oleh kerana mengampunya tak habis-habis, perjuangan cuepacs sudah lari dari matlamatnya atau pun presiden cuepacs dan ajknya serta stafnya takut kepada ksn,ksu,kppa kot, kecut perut kea, jgn jadi bodoh dia org tue bukan malaikat tapi manusia mcm kita juga, sakit-pening juga mcm kita, tugas cuepacs mengusulkam kenaikan gred kumpulan sokongan, sekiranya tiada 1.42 juta PA akan bagi pukulan maut pada kerajaan PRU-14 nanti, kita tunggu dan lihat, walaupun komen-komen di blog cuepacs tidak dibaca oleh presiden cuepacs, ajknya, pm,tpm, percayalah ia di baca oleh anak-anak muda dan pihak pembankang, perubahan besar akan berlaku PRU-14 nanti sekiranya kerajaan tidak mempedulikan tuntutan-tuntutan 1.42 juta PA.. wassalam..

Tanpa Nama berkata...

Aku.mmg pendengki dgn gred j17 ni.sbb aku j36....so korang reti ke chek drawing...klau buat drawing pun salah...berpinau mata aku semak...klau.meting nk.masuk pun sbb nk.makan sje...xreti apa satu...nk eja bebendul jalan pun xreti...dh tu ada hati nk naik gred...korang spatotnya trun gred lg ke gred pelukis pelan...MERUGIKAN KERAJAAN NT..HAMPIR 40 RIBU JURUTEKNIK NAIK GRED...TANPA SEBARANG OUTPUT....HAHAHA BALIK.AMBIL ANAK SEKOLAH...RETI BUAT PAYMENT INTERIM..RETI BUAT VOP? RETI BUAT SEBUT HARGA? Setakat taklimat tapak reti le..tu pun bace balik skop kerja....po rah...

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH PM
kerana sudi memberi kami dua bulan bonus tahun ini

semoga berbahagia PA2 semua

Tanpa Nama berkata...

Menurut sumber 1.42 juta PA akan menerima 2 bulan bonus menjelang adilfitri nanti, bonus dibayar berasingan dari gaji bulanan.. harap maklum..

Tanpa Nama berkata...

Demi keadilan kepada PA yang bergaji RM2,000 ke bawah, berilah bonus sekurang-kurangnya 2 bulan gaji. 1 bulan gaji untuk sambutan raya dan 1 bulan lagi untuk hujung tahun. Tolonglah jangan kasi 1/2 gaji macam sebelum-sebelum ni.

Tanpa Nama berkata...

Dato omar ni makin lama makin mgarut..abis rosak gred gaji kakitangan awam..yg naik gred mmg la xmrh. nape xikut kelayakan yg ade. dlu kt pjbat tanah,pen.pegawai tanah(so) grednya n11 skrg nt27 sdgkan pembantu tadbir kekal n17. pembantu tadbir skrg ramai yg ada ijazah.. pk la wahai dato...

Tanpa Nama berkata...

kami xpk sgt pasal bonus...sewa rumah skrg dah rm300 lbh..elaun rumah masih rm180... pjuangkanlah yg btl2 mbantu..bukan memberi kesenangan kpd pgawai atasan...

Tanpa Nama berkata...

hahaha...jgn ingat j36 bagus sgt..klu setakat check drawing,bt tender dan sebutharga..xda la hebat sgt!!klu dh tau j17 kau lembab..bagi pendedahan dan kursus serta bg mereka ruang tuk mmberi idea dan pndapat..supaya dpt kerja dlm 1 pasukan yg mantap!!kau ingat besar sgt ke j36 smpi semua kerj kau boleh bt sorang!!!kau diangkat lebih tinggi utk mmbimbing dan mnjadi pmimpin dlm mengerkkn organisasi kerja yg hebat..klu belakang sembng bagus dpn org bawah xbleh handle baik kau buang la jawatan J36 YG BESAR TU!!!

Tanpa Nama berkata...

klu dah ada ijazah minta la jawatan ijazah!!!!klu nk gaji tinggi minta la jawatan tinggi!!!klu nk kerja kerani pn nk pakai ijazah bebudak yg xda peluang blajar ke universiti nk kerja mana??akal ada ke??klu ada ijazah nk gaji tinggu g keje ngan swasta..berlambak keje xpayah nk kempen minta kerani ada ijazah naik gred..cetek pemikiran..pas ni berduyun mahasiswa nak jawatan kerani!!!!rugi dan membazir peluang blajar tinggi2!!

Tanpa Nama berkata...

gred xkisah la..tpulang pada dia orang nak naik ke x ke..janji elaun perumahan naik..tu ja yang penting sebab sewa rumah dah naik..

Tanpa Nama berkata...

Aku.mmg pendengki dgn gred j17 ni.sbb aku j36....so korang reti ke chek drawing...klau buat drawing pun salah...berpinau mata aku semak...klau.meting nk.masuk pun sbb nk.makan sje...xreti apa satu...nk eja bebendul jalan pun xreti...dh tu ada hati nk naik gred...korang spatotnya trun gred lg ke gred pelukis pelan...MERUGIKAN KERAJAAN NT..HAMPIR 40 RIBU JURUTEKNIK NAIK GRED...TANPA SEBARANG OUTPUT....HAHAHA BALIK.AMBIL ANAK SEKOLAH...RETI BUAT PAYMENT INTERIM..RETI BUAT VOP? RETI BUAT SEBUT HARGA? Setakat taklimat tapak reti le..tu pun bace balik skop kerja....po rah...
========================================================
WOWW HEBATNYA J36, KERJA DIATAS TU KERJA J17 BUKAN j36,KERJA J36 MERONDA SANA SINI LEPAS TU CALOO...

Tanpa Nama berkata...

Nampak sgt hang ni j36 penipu pengdengki n pembusuk perut. Aloooooo brother.. kalau j17 tak pandai n tak reti n tak siap ler projek2 yg dikelolakan oleh JKR. Yg jg projek ni sapa? Takkanlah JD J41 J36 J29 yg jg projek selama ini kot.. nak tipu agak2 ler brother... kalau j17 juruteknik awam memang ler kerja dia bkn buat drawing.. hang j36 lah banganggggg p bg j17 juruteknik awam buat drawing pasai ape.... hang ni lah bos2 yg perosak minda j17 d jab2 kerajaan. Hang tak tengok file meja j17 juruteknik tu ke... ada ke j17 juruteknik buat drawing... nak buat drawing hang suruh architec ler buat drawing.... bodohhhhh punyer j36 gila kuasa n gila pangkat... kalau kat tempat
aku j36 mcm ni dah lama dah kena SANTAU....

Tanpa Nama berkata...

Yang berpinauuuu mata ko j36 yg semak drawing .. bkn dsbbkan j17 tak reti buat drawing.. j17 tu buat drawing dah betul dah... cuma ko yg j36 aje yg tak reti nk nengok drawing n jgk semak drawing sbb itu lah mata ko yg berpinau... setahu aku ler kalau ko j36 umur ko skrg maybe dah 50tahun ke atas dah.. setahu aku j17 ni semua fresh2 n buat drawing guna AUTOCAD ko j36 yg tak reti psl AUTOCAD sbb zaman ko kerja dulu2 mana ada AUTOCAD sbb itu lah ko bangang tak reti nk semak drawing. Aku kerja jkr bhg rekabentuk di ibu pejabat jln sultan sallehuddin KL aku tau ler.. yg j17 ni memang pakar buat pelan guna AUTOCAD manakala yg j36 ni semua umur dah tua2 n mata pun dah rabun n kerja tau mengulat aje.. bila j44 j48 j52 tel semedang j36 ni klentong kata jln jem.. memang ler KL ni jln jem dan dah tau jem knp ko tk bw roti akai adaaaaa ka j36 bodoh sombong..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahhhhhh. ... setakat member hang keja kat JPM sbg opis boy (peon) hang p dgr cakap dia watpe... bonus raya ada ler.. minima rm1000@1500 utk yg gaji bwh rm3000 atau 1/2 bulan gaji bg gaji atas rm3000... kertas kerja dah siap nk bg PM baca sbb nk tunggu pilihanraya Kuala Besut aje. Pastu keesokan harinya PM umum ler duit raya utk PA... kalau PM nk pancing undi pd 23.7.2013 PM akan umumkan. Tp Kuala Besut rata2 kerja nelayan n PA kurang kalau PM umum awalpun no point.

Isnin, Julai 15, 2013 3:03:00 PTG

-----------------------------------

PUTRAJAYA - Kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

"Itu juga boleh dianggap bonus, namun terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output, sekarang terlalu awal untuk membincangkan perkara itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ali berkata untuk tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.

"Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk pemberian bonus setengah bulan gaji sebelum Adilfitri yang dijangka disambut pada 8 Ogos ini.

Terdahulu, Ali merasmikan seminar bertajuk 'Meningkatkan Kualiti Kawal Selia dan portal 'Dasar Nasional Mengenai Pembangunan dan Pelaksanaan Kenyataan Impak Hubungan dan Kawal Selia'.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Minggu lepas, Cuepacs memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Pada 9 Ogos tahun lepas, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. - Bernama

- dah siap kertas kerja la sgt,,,,bincang pun x lg,,,huhuhuh

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahhhhhh. ... setakat member hang keja kat JPM sbg opis boy (peon) hang p dgr cakap dia watpe... bonus raya ada ler.. minima rm1000@1500 utk yg gaji bwh rm3000 atau 1/2 bulan gaji bg gaji atas rm3000... kertas kerja dah siap nk bg PM baca sbb nk tunggu pilihanraya Kuala Besut aje. Pastu keesokan harinya PM umum ler duit raya utk PA... kalau PM nk pancing undi pd 23.7.2013 PM akan umumkan. Tp Kuala Besut rata2 kerja nelayan n PA kurang kalau PM umum awalpun no point.

Isnin, Julai 15, 2013 3:03:00 PTG


-----------------------------------

PUTRAJAYA - Kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

"Itu juga boleh dianggap bonus, namun terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output, sekarang terlalu awal untuk membincangkan perkara itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ali berkata untuk tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.

"Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk pemberian bonus setengah bulan gaji sebelum Adilfitri yang dijangka disambut pada 8 Ogos ini.

Terdahulu, Ali merasmikan seminar bertajuk 'Meningkatkan Kualiti Kawal Selia dan portal 'Dasar Nasional Mengenai Pembangunan dan Pelaksanaan Kenyataan Impak Hubungan dan Kawal Selia'.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Minggu lepas, Cuepacs memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Pada 9 Ogos tahun lepas, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. - Bernama

-----------------------------------

kahkahkahhhh...kene tipu,,dah siap kertas kerje konon,,,bincang pun x lg,,,

Tanpa Nama berkata...

Sabar sayanggggg... raya pun lambat lg.. posa pun baru seminggu. Dok ada lg 3minggu baru boleh raya. Slps PRK Kuala Besut PM umum ler duit raya ni n akan d byr pd 1.8.2013 n masih ada lg seminggu baru raya. Bg awai2 satgi abis sayang.... sbb tu lah PM bg last minit barulah ada ummmm...

Tanpa Nama berkata...

Di suatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah.
Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.

Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk..

Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama Leman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin.

Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.Gembiralah si Minah ni tadi.

Kerana ingin menghargai kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada Leman, "Leman, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja…"

Gembiralah Leman, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman pulang kerumah..

Sampai ke rumah, di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Minah.Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut but ku."Leman buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.."Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang….buka seluar dalamku…"Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata…

"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.

Tanpa Nama berkata...

jawatan ijazah bukannya byk..bodoh btl org ckp ade ijazah nape mtk krani.. dh mtk xdpt...graduan mkin btambah..umur mkin mningkat..xkan nk mggangur... bukan nk suruh naikkan gred krani sbb ade ijazah..npe gred2 yg lbh rendah dr krani sblm nie blh naik???..npe tidak krani jgk..

Tanpa Nama berkata...

Nak jimatkan minyak petrol n diesel kereta and nak lampu terang, bunyi injin smooth, speeding cepat n ada power kereta anda tak kira petro or disel so bili la MAX POWER CONTROLLER HEAVY DUTY.pasti andapuas hati....

Tanpa Nama berkata...

Kudaku lari Gagah Berani..

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego
lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda
mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda
ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai
giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh
panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu
pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya
dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini
telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang
dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar
seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan
bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang
boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat
demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang
budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu
terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak
tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la
agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg
dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi
pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda
beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak
melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti
hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada
siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan
kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.
Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak
cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.
Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka
bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun
gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

rgrds,
zack..ha3

Tanpa Nama berkata...

Hahahahhhhhhh. ... lawak la ko ni..... heheheeeee

Tanpa Nama berkata...

Seorang Motivator berkata: “Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteri ku.”

Hadirin terkejut dan terpaku…

Ia kemudian menambah , “Ia adalah ibuku.”

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur,

“Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan isteriku.”

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator… Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas…

Moral of the story:

Don’t copy, if you can’t paste. ������

Tanpa Nama berkata...

HAHAHA...CTE 2 JE LAWOK..AK TK

RGDS,
ZACK...

Tanpa Nama berkata...

Ko pun lawak jgk aku tengok heeeeeee