SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Mac 2009

KERAJAAN KEPADA CUEPACS: JANGAN TIMBULKAN KEKACAUAN

Bernama
By: Ramjit-->
5/3/2009



KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan mengingatkan Cuepacs untuk tidak menjejaskan keharmonian perindustrian kerana perkara itu boleh memberi kesan kepada usaha kerajaan untuk menangani kegawatan ekonomi.Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam memberitahu Bernama hari ini bahawa Cuepacs, sebagai badan induk yang mewakili kakitangan awam, sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam tindakannya.Beliau mengulas pengumuman Presiden Cuepacs Omar Osman pada minggu lepas bahawa kira-kira 50,000 kakitangan awam akan memboikot kerja lebih masa sebagai bantahan terhadap kelewatan semakan gaji mereka."Dengan memboikot kerja lebih masa, ia sama seperti kerja ikut peraturan, sejenis tindakan perindustrian," katanya.Ismail berkata ini merupakan sesuatu yang Cuepacs tidak wajar lakukan, terutamanya tatkala kerajaan berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi, dalam usaha untuk melaksanakan pelbagai projek demi manfaat rakyat."Kami mengharapkan Cuepacs memberikan sokongan kepada kerajaan," katanya.Ismail berkata kerajaan amat bertimbang rasa dan sentiasa mengutamakan kebajikan kakitangannya.Beliau berharap anggota Cuepacs dapat mencontohi rakan mereka di sektor swasta yang memberikan sokongan padu kepada majikan mereka, ketika berdepan kegawatan ekonomi sekarang.Ismail memberikan jaminan bahawa kerajaan sentiasa bersedia untuk berunding dan memenuhi keperluan kakitangannya.Sementara itu sumber daripada Cuepacs memberitahu Bernama bahawa pandangan presiden itu tidak dikongsi oleh pegawai bawahannya."Anggota terbabit sedar tindakan memboikot kerja lebih masa tidak membawa kebaikan kepada mereka kerana ia akan mengurangkan pendapatan mereka dan mereka mahu mengelakkan perkara seperti itu terutama pada waktu sukar sekarang ini," katanya.-- BERNAMA

Tiada ulasan: