SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 April 2010

CUEPACS MAHU TEMPOH BERTUGAS PENJAWAT AWAM DI SESUATU TEMPAT DI HADKAN

Bernama
2010/04/28



PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya tempoh bertugas penjawat awam yang berurusan dengan orang ramai dihadkan kepada tiga hingga lima tahun berbanding 10 hingga 15 tahun sekarang. Presidennya, Omar Osman, berkata ini kerana tempoh bertugas yang terlalu lama di satu-satu tempat akan mendedahkan mereka kepada amalan rasuah.
"Penjawat awam yang mempunyai tugas membabitkan pelanggan seperti menjaga penerimaan borang tender, bahagian kewangan, mereka tidak perlu duduk di tempat itu selama-lamanya.
"Kadang-kadang di satu tempat sehingga 10 tahun dan apabila sudah sampai tempoh itu, mereka sudah dikenali oleh pihak yang berkepentingan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Omar yang sebelum itu menemui Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada JPA selepas Kongres Cuepacs pada Jun ini. Beliau berkata, langkah itu juga sejajar dengan matlamat kesatuan sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini yang mahu mencapai sasaran sifar rasuah pada kalangan warga perkhidmatan awam menjelang hujung tahun ini. "Kita tidak mahu lagi penjawat awam dituduh seolah-olah yang meminta rasuah tetapi kita mahu jadi pelapor utama kepada SPRM jika wujud amalan rasuah di tempat kerja masing-masing," katanya. Statistik menunjukkan penjawat awam yang ditangkap atas kesalahan rasuah mencatatkan penurunan dalam tempoh tiga tahun iaitu 303 pada tahun 2007, 282 pada 2008 dan 194 orang pada tahun lalu. - Bernama

6 ulasan:

Jum Menari berkata...

Kepada semua PA, ini peluang baik untuk memperbaiki skil tarian dan joget anda. Murah dan mudah. Jum masuk ramai2 meriahkan suasana dalam keadaan santai dan gembira! http://bit.ly/9NMNc1

jj berkata...

Sebenarnya PP bil 3/2004, Pandaun Pertukaran Pegawai telah jelas maksudnya.Cantik sangat dah objektifnya! Tetapi malangnya Ketua jabatan yang takut untuk melaksanakannya, nanti menimbulkan isu dalam media masa, majikan menganiaya pekerja.
Pada pendapat saya, tidak ada apa-apa isu disini, sekiranya PA mempunyai intergriti yang tinggi dan Ketua Jabatan pula melakukan pertukaran engan niat yang ikhlas untuk penambahbaikan/pemantapan perkhidmatan di organisasi.Pertukaran- tidak perlu melibatkan pertukaran luar stesyen, cukup dalam unit sudah memadai.Apa yang terjadi sekarang,daripada tarikh lantik sehinga naik pangkat, masih di unit tersebut, dan melakukan tugas yang sama, cuma bertambah sedikit sebagai penyelia,macam mana tidak berlaku rasuah dan penyelewengan.Kalau perlukan maklumat saya boleh kemukakan Memang saya menyokong penuh saranan CUEPACS, demi untuk penambahbaikan perkhidmatan dan menjaga imej anggota perkhidmatan awam tidak mengira apa juga jawatan.

Tanpa Nama berkata...

PP 3/2004 Perkara 5(i)
1.Penematan pegawai di suatu jawatan yg iklasifikasikan sebagai jawatan sensitif antara 3-5 tahun.Lebih 5 tahun - tukar
2.Penempatan pegawai di suatu jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan tidak sensitif antara 3-8 tahun.Lebih 8 tahun - tukar
3.Tidak menggunakan pertukaran sebagai hukuman

Tanpa Nama berkata...

apa kata tukar dulu presiden kupek ka Long Pasia,sabah..baru dia ada akai..

Tanpa Nama berkata...

Di tempat saya ada yang sampai nak buat rumah batu siap 'piling' keluli tahan karat. Rupa nya ada sebab:

kes 1: Dia jadi peg pembangunan, dia tulis inden, dia yang sain, dia yang mengesahkan keja siap. bukan dia rasuah, pada hemat saya yang tolol ni, tiada integriti.

kes 2: Dia jadi kerani kew. 1 bulan 4 kali pi AG. Lepaih tu hari sabtu dan ahad mai ofis "overtime". Pasai nak bayag ansuran keta baru.

Orang dok perati ketua jabatan NO integriti tapi apa boleh buat, "boss always right".

aku kuli.

ANTI RASUAH berkata...

SAYA SETUJU SANGAT. MEREKA YG JAWATAN SENSITIF SEPATUTNYA DITUKAR SETIAP 2 TAHUN.

CONTOH KAT OPIS SAYA (BADAN BERKANUN), SEMUA TENDER, SEBUTHARGA, DAN BELIAN TERUS DIURUSKAN SEPENUHNYA OLEH PEGAWAI BHG KAWANGAN UNIT PEROLEHAN. MEREKA YG MENENTUKAN PEMBEKAL MANA YG HENDAK DI LANTIK DAN PEMBEKAL MANA YG BOLEH MEMBERI SEBUTHARGA. KALAU ADA ANGGOTA BHG LAIN DAPATKAN SEBUTHARGA DARI PEMBEKAL TANPA KEBENARAN MEREKA PASTI AKAN TERUS KETONG SAMPAH.

YANG SAYA PERSOALKAN MEREKA SELALU MELANTIK PEMBEKAL (ORANG) YG SAMA TAPI NAMA SYARIKAT YG BERLAINAN. ORANG TU LAH BUAT KERJA PERCETAKAN, ORANG TU BEKAL BARANG ELETRONIK, ORANG TU LAH MENJAHIT BAJU.

HARGA BARANG PULA MEMANG TIDAK MUNASABAH.DAN KETERLALUAN. KADANGKALA BARANGAN YG DIBEKAL TIDAK BERKUALITI. BILA KITA BUAT ADUAN KAT PENGARAH KEWANGAN TAK ADA APA YANG BERLAKU. HABIS KUAT PUN MEREKA KATA TAK AKAN LANTIK SYARIKAT TU LAGI. (BAYARAN PENUH GAK) MEMANG MEREKA TAK LANTIK SYARIKAT TU LAGI TAPI ORANG SAMA MASIH DILANTIK MENGUNAKAN NAMA SYARIKAT LAIN.

KALAU DULU TAHUN 80AN MUNGKIN KITA SUSAH NAK BANDINGKAN HARGA. TAPI SEKARANG DAH ADA INTERNET SEMUA KITA BOLEH SEMAK DAN DAPATKAN HARGA.

ORANG KATA DUK KAT BHG KAWANGAN UNIT PEROLEHAN KAT OPIS SAYA TU MACAM DUK ATAS DUIT.
LANTIK PEMBEKAL BOLEH DAPAT DUIT, NAK CEPATKAN DAPAT L.O BOLEH DAPAT DUIT. NAK CEPATKAN PAYMENT BOLEH DAPT DUIT.(KALAU TAK BAGI KOMISION MCM2 BOLEH BERLAKU, INVOICE HILANG, DO HILANG. PASTI PAY MENT LAMBAT.)

SEBAB TULAH DULU ADA KERANI 4 THN DUK KAT UNIT PEROLEHAN BOLEH BELI KERETA TOYOTA UNSER CASH. NI BARU KERANI. PEGAWAI ATASAN LAK ??(CUTI LUAR NEGARA DITANGGUNG OLEH PEMBEKAL..... TAK MUSTAHILKAN)

LU PIKIRLAH SENDIRI

RENUNG...RENUNGKAN LAH