SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 November 2010

PTD BARU WAJIB IKUT LATIHAN ASKAR WATANIAH

Berita Harian
24/11/2010



PUTRAJAYA: Semua Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) lantikan baru yang mengikuti Diploma Pengurusan Awam di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) akan diwajibkan menjalani latihan Askar Wataniah bermula pengambilan November ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, latihan Askar Wataniah akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) yang menjadi kursus mandatori bagi setiap PTD lantikan baru.

"Pihak INTAN sudah bersedia dengan modul latihan Askar Wataniah dan akan dilaksanakan pada pengambilan November ini. Selain modul latihannya sendiri, INTAN akan turut menerapkan modul kursus perkhidmatan berpakaian seragam lain seperti Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia.

"Penekanan latihan Askar Wataniah berkait rapat dengan elemen patriotisme, ketahanan psikologi, keutuhan disiplin dan kecergasan jasmani selain mempunyai kekuatan membangunkan serta memantapkan modal insan penjawat awam dalam membantu transformasi negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pasukan Sukarela Askar Wataniah di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), di sini semalam.

Pelancaran Askar Wataniah di JPA adalah antara inisiatif yang diambil untuk memperkenalkan kegiatan sukarelawan kepada penjawat awam di JPA dan perkhidmatan awam keseluruhannya.

Mengenai pelancaran Askar Wataniah di JPA itu, Abu Bakar berkata, satu unit khas Askar Wataniah akan ditubuhkan bagi menumpukan kepada pelaksanaan Askar Wataniah untuk kakitangannya yang berminat.
Beliau berkata, unit itu akan bekerjasama dengan Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia serta bertanggungjawab memantau keahlian serta modul latihan di kalangan warga JPA

2 ulasan:

2bz4money berkata...

Latihan askar ini patut diperluaskan kpd lain2 skim perkhidmatan. Selain menanamkan sikap disiplin dan taat kpd 'govt of the day', latihan ini juga dapat meningkatkan tahap kesihatan pegawai.

Che Wan Ruzil berkata...

Betul tu. Dah sampai masanya AW diperluaskan ke semua kementerian/jabatan Persekutuan dan Negeri termasuk Badan Berkanun dan PBT. Harap2nya usaha ini dapt diikuti kemudiannya oleh GLC pula.