SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Februari 2011

PENGHUNI KUARTERS JALAN COCHRANE DIMINTA PINDAH

Bernama
27/2/2011


KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Penghuni kuarters kerajaan di Jalan Cochrane di sini yang wujud sejak sebelum Perang Dunia Kedua diminta berpindah bagi memberi laluan kepada projek pembinaan kuarters baru.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri, Hasnol Zam Zam Ahmad berkata penghuni di Plot A dan B diberi tempoh sehingga 31 Mac manakala penghuni di Plot C diberi tempoh sehingga Jun untuk berpindah.

"Pihak Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd akan memotong bekalan elektrik dan air sekiranya mereka ingkar kepada arahan dan kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan yang dihadapi mereka kelak," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Penyelarasan Penghuni Kuarters Jalan Cochrane di sini pada Sabtu.

Katanya pihak BPH telah membuka bilik gerakan tersebut sejak 15 Feb lepas untuk menyediakan kemudahan pengangkutan bagi urusan perpindahan penghuni kuarters.

Hasnol berkata bilik gerakan itu juga akan menyenarai nama penduduk dan memudahkan setiap keluarga membuat perancangan untuk menetapkan tarikh dan masa yang paling sesuai untuk berpindah.

Penghuni diberi pilihan sama ada untuk berpindah ke kuarters di Putrajaya, Petaling Jaya, Jalan Duta dan Jalan U-Thant serta berapa kawasan lain di sekitar Kuala Lumpur.

Mereka juga boleh memohon rumah sementara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibah di Jalan Puchong.

"Sehingga hari ini, sebanyak 114 penghuni telah diberi penempatan di kuarters kerajaan di Putrajaya dan daripada jumlah itu 54 telah pun mengambil kunci rumah masing-masing.

"Selain itu 31 penghuni telah diberi penempatan di kuarters kerajaan di sekitar Kuala Lumpur manakala 159 penghuni telah memohon rumah PPR dengan DBKL.

"Setakat ini, sebanyak 62 rumah kuarters telah pun dikosongkan manakala 22 penghuni telah hilang kelayakan akibat ketua keluarga yang layak menduduki kuarters kerajaan telah pun bersara sebelum notis perpindahan dikeluarkan oleh kerajaan," katanya.

Terdapat kira-kira 538 unit kediaman di kuarters kerajaan di Jalan Cochrane.

Bagaimanapun, kerajaan akan memberi kelonggaran dengan mempertimbangkan untuk memberi penempatan kepada penghuni sekiranya ketua keluarga yang layak menduduki kuarters kerajaan meninggal dunia, kata Hasnol.

Beliau berkata tapak kuarters kerajaan Jalan Cochrane akan dibangunkan semula untuk pembinaan kuarters kerajaan jenis apartmen antara 15 dan 20 tingkat.

Katanya projek itu melibatkan kos RM220 juta dan akan diuruskan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.

Katanya pembinaan kuarters baru di Jalan Conchrane itu perlu dilakukan untuk menampung lebih ramai kakitangan awam di sekitar ibu negara pada ketika ini selain daripada penduduk asal dari kalangan penjawat awam di kawasan tersebut.

Apabila siap kelak, kuarters baru itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kenderaan dan juga stesen sistem transit aliran massa (MRT) yang dicadangkan akan dibina di kawasan tersebut, katanya.

-- BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

elok juga di kaji semula gaji 5 bidang tu..tlalu rendah dan tidak seperti yg di terima anggota polis dan tentera..anggota beruniform nih bagaikan barisan hadapan negara..kawalan sempadan,kerja shift siang,mlm dan sehingga tgh pagi,kerja di luar pejabat sepanjang masa,terdedah kpd gejala rasuah dan ancaman org awam..itu semua perlu di ambil kira dan itu yg membezakan mereka dgn penjawat awam yg lain..tp elok benar kaji juga gaji penjawat awam yg lain..kepuasan sama di rasa..pesanan,jabatan beruniform yg lain kebanyakannya sudah mempunyai kuarters di setiap cawangan yg lain..JPJ bila lg?hehe

Tanpa Nama berkata...

RM 220juta projek ni berapa unit akan dibina nanti?Lagi projek ini dilaksanakan oleh Tentera?
Bila askar jadi engineer,arkitek dan juruukur bahan?? Cukup ragu atas perlaksaanan projek ini nanti.
Jangka akan jadi projek sekolah-sekolah yang terbengkalai dulu bila kem. pelajaran ambil alih dulu. Akhirnya JKR jadi mangsa dicaki-maki dan masih perlu menyelamatkan projek-projek gagal tersebut.

Tanpa Nama berkata...

semakkan gaji utk badan beruniform je belanjawan pun utk badan beruniform ape badan kerajaan lain x penting ke ? kalau nak di ikutkan shif kementerian kesihatan pun kerja shif. kalau nak kira fizikal dan mental kementerian kesihatan pun hadapi nya, cuma berlainan tugasan. kalau badan beruniform menghadapi risiko dgn jenayah dan sebagainya, bagi kementerian kesihatan pula kami menghadapi dgn jangkit berjangkit yg membawa maut. dah berapa ramai anggota kesihatan yg dah terkena jangkit berjangkit membawa maut ? kenapa x nak kaji gaji kami ? kementerian kesihatan mcm di anak tiri je.baik dlm bajet atau pun dlm hal yg melibatkan kenaikan elaun atau pun gaji nama kementerian kesihatan langsung x de dlm senarai.kaji lah semula gaji kami terutama pembantu perawatan kesihatan yg boleh di katakan berada di bawah taraf kemiskinan.

FendyJ berkata...

Tahun 2018, Kuarters Cochrane telah berpenghuni.. dan rumah pun cantik-cantik dan separa lengkap dengan alatan rumah.

penjawat awam berkata...

saya ni lagilah kesian..mohon kuarters dari tahun 2011 smpailah ke tahun 2019 masih status menunggu..dari bujang smpailah ke anak 3 dah skg masih tk dpt kuarters..trpksa menumpang umah mak mertua berhimpit2lah beramai2 dlm satu rumah..kami trpksa tidur diruang tamu ja..mmg tk selesa dgn adik ipar lelaki nya laki dgn bpk mertua nya lagi..semua pndangan mata nk kena jaga..mmg tk selesa sgt2..nk sewa rumah kalau kt kl ni lagilah tk mampoo..nk sewa flat pun dh rm1000..tu baru satu part..byk part lain lagi..tp tu lah...hope dapatlah masuk kuarters cepat2..nk tggu genap 10 tahun baru dpt kuarters ke cmne...ataupun tggu lgi 2/3 tahun nk pencen baru dpt ke cmne...mmmm...buntu...tak sabar nk bina kehidupan sendiri....semoga dipermudahkan segala urusan kita semua...amiinn..