SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Mac 2011

1,086 PENJAWAT AWAM BANKRAP DAN RAMAI DIBELENGGU HUTANG

Bernama
3/2/2011



PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah hutang yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.

Beliau berkata pada tahun 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

"Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam, dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib," katanya ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Jabatan Perdana Menteri di sini Rabu.

Turut hadir pada majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia itu adalah Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Justeru Liew berkata taklimat tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada penjawat awam bagaimana untuk menangani isu-isu berkaitan dengan hutang dan kebankrapan.

Beliau berkata ia juga bagi memberi penerangan mengenai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang telah diluluskan oleh Parlimen tahun lepas dan telah mula dikuatkuasakan pada 15 Disember tahun yang sama, serta taklimat mengenai Bantuan Guaman untuk penjawat awam.

"Ahli-ahli Cuepacs yang berpendapatan kurang dari RM25,000 setahun boleh mendapat perkhidmatan guaman percuma daripada Jabatan Bantuan Guaman dalam kes-kes seperti petisyen perceraian, tuntutan nafkah, tuntutan harta sepencarian, hak penjagaan anak dan lain-lain masalah kekeluargaan.

"Sekiranya pendapatan lebih RM25,000 tetapi tidak lebih RM30,000 mereka hanya akan dikenakan bayaran minimum," katanya.

-- BERNAMA

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pergi Kerja Waktu pagi
Balik Kerja Waktu Petang
Bila tIME Dapat Gaji
Terus langsai BayaR HUTANG.

oooo .... nasib PA masakini, dulu dan selamanya???

Tanpa Nama berkata...

dah mcm pantut 4 kerat....bakat blh diasah lgi ni.....

Tanpa Nama berkata...

iTULAH TANDANYA KESAN KEGAWATAN EKONOMI YANG TIDAK DAPAT DISELARAS DENGAN PENDAPATAN PENJAWAT AWAM YG BERPENDAPATAN TETAP BULANAN, SEDANGKAN KEPERLUAN SEMASA DAN KOMITMEN UNTUK ANAK-ANAK YG SEDANG BELAJAR DAN KELUARGA TIDAK DPT DIABAIKAN.

JLN PINTAS MELAINKAN BUAT PINJAMAN BANK, DIHARAPKAN BONUS HUJUNG TAHUN TAPI TAK MENJADI KEMUDIAN BUAT OVERLAP PINJAMAN BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN HIDUP ANAK2 DAN KELUARGA INILAH IMPLIKASI DIATAS KOS SARA HIDUP YG TERUS MENINGKAT DAN MENEKAN PENJAWAT AWAM.

KESAN INILAH JUGA APA YG TELAH BERLAKU DI MESIR DAN LIBYA SEDANGKAN KALANGAN PEMODAL DAN PEMIMPIN TERUS HIDUP MEWAH.

MUDAH2 AN TIDAK BERLAKU DI NEGARA KITA INI, APA YG KAMI HARAPKAN AGAR ADA SEDIKIT KESEDARAN DAN TANGUNGJAWAB PEMIMPIN APA YG TELAH BERLAKU DIATAS NEGARA2 TERSEBUT DAN JANGAN PULA SERING BERI ALASAN YG KURANG RASIONAL SPT NEGARA AKAN BANGKRAP ATAU SEBAGINYA TETAPI PERLU MENGAMBIL KIRA 1.2 JUTA KEBAJIKAN HIDUP PENJAWAT AWAM YANG JUGA MERUPAKAN PENYUMBANG PEMBANGUNAN NEGARA

abu berkata...

Poverty Line Income in European Union was 1/2 of National Average Income (Monthly). Meaning that, if that indicator was to be use; Malaysia PLI should be 1750 because the National Average was 3500 for year 2008.
So almost majority of the government servents will fall under the group (Rakyat Miskin).

Definisi miskin merupakan sesuatu yang sukar untuk ditakrifkan. Jika EU dijadikan contoh, maka, ramailah kita merupakan rakyat miskin. Mungkin dengan ditakrifkan sebagai miskin, kita perlu melihat balik siapa kita ini sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

Semua PA N17 ini kiranya ditahap kemiskinan ni.. kitapun ada juga hati untuk makan Pizza dalam sebulan.. tapi tak dapat.. tanggungan banyak.. PM bodoh tak faham faham keadaan penjawat awam ni...

Tanpa Nama berkata...

macamana ramai kaki tangan awam tak bankrap kalau gaji yang kerajaan beri ciput sangat,harga barang sentiasa naik gaji tak naik-naik pikir la sendiri wahai pemimpin yang bijaksana

Yang Dipertua Cuepacs (Indonesia) berkata...

hidup BN, majulah UMNO utk negara, kami bersyukur padamu dan berjanji akan memangkah BN pada PRK Merlimau dan Kerdau

Tanpa Nama berkata...

Orang biler dah senang mana nak ingat orang yang susah. Kalau ingat pun masa nak kempen undi jer. Time tu ler sebok nak g jengok orang susah..... Tak kira la pembangkang ke ape ke......... sama jer......... Kalau dah nama orang politik, sama jerk....... Dah tak heran dah kalau dengar citer kat maner2 jer pasal keberhutangan terlampau dikalangan penjawat awam ni..... Nak buat macam maner, hutang je la kalau nak hidup..... HIDUP DENGAN BERHUTANG la.... Sumenyer mahal..... Gaji naik pun ader bender yang diperlukan hari2 pun naik gak........ sama gak..... Nak kaburkan pandangan konon....... Kalau lembu mungkin la tak paham kot... tapi ni manusia yang mempunyai akal n pikiran..... Jadi manusia ni akan sentiasa berpikir..... Macam maner kiter ni boleh dikategorikan sebagai negara maju ha..... Pelik plak.... Yang maju orang2 atasan jer sebenarnyer.... Kalau negara maju la kan, gaji penjawat awam bukan macam ni rupenyer..... cube bandingkan negara maju yang lain, gaji bagi penjawat awam diorang adalah setaraf dengan LAUNGAN NEGARA MAJU tu..... Jadi, renung2 la pada yang berkenaan tentang nasib penjawat awam di Malaysia ni.......

Tanpa Nama berkata...

Jangan join SKIM CEPAT KAYAP!!!

Tanpa Nama berkata...

gaji rm 1300
sewa rumah kat kl 450
duit kenderaan 500(hutang keter)
duit myk 300
So balance..tgl 50
duit makan,anak,utiliti.bini x keje...
macam ne nk hidup....

so bank rakyat la....
apa lagi

MASA DEPAN GELAP berkata...

CONTOH BEBAN KEWANGAN PA GRED17 KEBWH DI PULAU PINANG (PERBELANJAAN SEBULAN)

GAJI+ITKA+COLA+ITP=RM1380.00++
TOLAK:
1) BAYARAN PINJAMAN PERUMAHAN: RM600++ (MANA ADA HARGA RUMAH RM100K KE BAWAH SEKARANG NI DIPULAU PINANG)
2) BELANJA MINYAK PETROL&PENYENGGARAAN: RM300
3) BIL ELEKTRIK+AIR+LAIN-LAIN (ITU HPHONE PAKAI PREPAID SAHAJA):RM150
4) BELANJA DAPUR: RM300 (HARGA BARANG NAIK, KERAJAAN HARAM TAK KAWAL PUN)
5) BELANJA PERSEKOLAHAN ANAK (2 ORANG): RM500
6) BAYARAN BALIK PINJAMAN KENDERAAN: RM400 SEBULAN

JUMLAH PERBELANJAAN: RM2250
LEBIHAN/KURANG: -RM870

CATITAN:
ISTERI KERJA KILANG. GAJI SEBULAN RM600 (CAMPUR OT) = RM900(+-)
BOLEH LA SUPPORT SIKIT UNTUK BELANJA YANG NEGATIF DI ATAS.

KESIMPULANNYA...

1) TIADA SAVING
2) TIADA KEGEMBIRAAN UNTUK ANAK2 (NAK BAWA ANAK2 JALAN TAKUT LARI BUDGET)
3) TIADA DUIT UNTUK IBU BAPA DI KAMPUNG
4) IBARAT KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG.

ITU LAH REALITINYA...

JADI MCMANA P.A. X BANKRAP...PENDAPATAN SENDIRI PUN TAK MAMPU NAK TANGGUNG PERBELANJAAN. KERAJAAN SURUH/AJAR RAKYAT SUPAYA BERHEMAT APABILA BERBELANJA. SEDANGKAN DALAM WAKTU YANG SAMA HARGA BARANG NAIK SIKIT-SIKIT TANPA PENGETAHUAN KERAJAAN (TUTUP MATA). CUKAI SANA SINI DI KENA KEPADA RAKYAT. CUKAI PINTU, CUKAI TANAH, CUKAI PERKHIDMATAN, CUKAI HIBURAN (KALAU LANGGAN ASTRO) DAN MCM2 CUKAI LAGI. YANG KAYA SYARIKAT-SYARIKAT YANG SEDIAKAN KEMUDAHAN NI.

KALAU MACAM NI LA KEADAANNYA, TAK MUSTAHIL WAWASAN 2020 YANG INGINKAN MALAYSIA MENJADI NEGARA MAJU & PENDAPATAN KAKITANGAN AWAM BERSKALA TINGGI HANYA GAH PADA NAMA SAHAJA.

YANG KAYA BERTAMBAH KAYA, YANG MISKIN BERTAMBAH PAPA.

Tanpa Nama berkata...

setuju komen anda semua

Tanpa Nama berkata...

semua salah kita jugak...faham2 jelah

Tanpa Nama berkata...

PA MINTA KERAJAAN SEMAK LAIN GAJI KAKITANGAN RENDAH GRED 1 - 20. KALAU TAK MAU SEMAK BAGI JE DEPA BERSARA SENANG CERITA. TAMBAH UMUR BERSARA PUN TAK GUNA DEPA DAH TUA TAK LARAT KEJA DAH JANGAN BAGI DAN BANKRAP. LA NI RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG MATI DALAM HUTANG. ORANG YANG MATI DALAM KEBERHUTANGAN TAK DAPAT KEBAJIKAN DIAKHIRAT. JEMU KEJA PA DAH 30 TAHUN DAH ABUK PUN TARAK...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih presiden ceupacas...pekeliling Dah kuar Gred n1 telah dijumudkan ke gred n11.bidang keja pon makin bertambah...persoalan saya adakah skim pembantu operasi sekarang wajib membawa kenderaan jabatan...