SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Jun 2011

INISIATIF BAHARU ETP BUKTI NEGARA DI LANDASAN TEPAT

Utusan Malaysia
15/6/2011



KUALA LUMPUR 14 Jun - Pengumuman sembilan inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri membuktikan Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, pengumuman tersebut menjadi perangsang kepada orang ramai khususnya penjawat awam supaya menjalankan tugas yang diberikan dengan lebih baik.

Katanya, sebagai tulang belakang kepada kerajaan, penjawat awam perlu menyokong segala program transformasi yang telah direncanakan untuk negara kerana kejayaannya terletak kepada komitmen mereka.

"Pengumuman itu adalah berita gembira kepada rakyat negara ini terutamanya penjawat awam kerana ia membuktikan usaha mereka menyokong pelan kerajaan membuahkan hasil.

"Kita sebagai penjawat awam perlu menyokong segala pelan yang dirangka kerana akhirnya akan membawa kebaikan kepada kita juga.

''Saya sedar kita semua mahukan gaji serta insentif yang lebih baik dan perlu tahu bahawa dengan membantu kerajaan melaksanakan pelan ini sahajalah hasrat tersebut dapat dipenuhi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman sembilan lagi inisiatif baharu di bawah ETP membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Inisiatif baharu yang diumumkan di bawah ETP itu meliputi bidang pendidikan, perubatan, pertanian, komunikasi dan prasarana, borong dan runcit serta program Pencapaian Kemampanan Kecekapan Tenaga (SAVE).

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu pula berharap pengumuman tersebut akan memberi kebaikan kepada semua pihak terutamanya golongan pengguna.

"Pengumuman ini baik kepada semua pihak dan yang paling penting ia memberi kebaikan kepada pengguna seperti yang digariskan dalam sektor borong dan runcit.

"Selain itu, saya yakin suntikan dana asing untuk menjayakan program di dalam enam bidang tersebut juga akan menjana ekonomi penduduk di negara ini dan sekali gus memacu negara ke arah berpendapatan tinggi," jelasnya.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita PA dah lama jadik Tulang Belakang Kerajaan. Brape banyak hasil pendapatan negara telah dipungut melalui kerja-kerja kita sbg PA.
Sekarang bila masa pulak kerajaan nak umum kenaikan dan penambahbaikan kpd skim gaji dan kemudahan kpd PA.
Aku tunggu lama dah ...
Presden cupec, kamu jangan dok ampu saja, mintak dgn PM !!!
Jangan dok nganga mulut saja.....

Tanpa Nama berkata...

Agak ironi apabila kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif kemajuan ekonomi tetapi tiada perubahan kepada pendapatan rakyat terbawah. Kekayaan negara bertambah tetapi berlegar di segolongan orang sahaja. Memandangkan kita sudah dianggap akhir zaman, maka benarlah sabda nabi bahawa kekayaan negara akhir zaman hanya berlegar dalam satu golongan kecil sahaja. Cakap la apa pun selagi belum terlaksana, aku tetap tak percaya

Tanpa Nama berkata...

ape die ckp aku x paham pun,,semua maingkat,,tranformasi la ape la,,,gaji x naik2 pun,,barang makin mahal ade la,,,ni ikan kembung dah rm14 sekilo,,,TRANSFORMASI ape nyer,,,???

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah permainan politik antara 2 dato' untuk melengah lengahkan sesuatu yang diharapkan oleh PA

Tanpa Nama berkata...

kita ada kuasa satu sorang jer..dlm masa 5 thn..kita guna lah sebaik mungkin..jgn kita pilih org yg salah...kpd semua PA pandai2 lah pangkah org yg betul2 tlg rakyat.jgn buta mata dgn sesuatu pemberian.tp di sebalik pemberian tu..kita kena bayar balik..faham2 lah wahai PA semua..

Tanpa Nama berkata...

laksana dulu baru cakap!! benggong, kang x jadi malu pulok..ikiki

Tanpa Nama berkata...

''Saya sedar kita semua mahukan gaji serta insentif yang lebih baik dan perlu tahu bahawa dengan membantu kerajaan melaksanakan pelan ini sahajalah hasrat tersebut dapat dipenuhi," PA merupakan pelaksana tranformasi dan kerajaan pun telah hampir dengan wawasan 2020,hasrat kerajaan telah pun dipatuhi tapi hasrat PA bila akan ditunaikan???

Tanpa Nama berkata...

saya menyeru kpd semua penjawat awam...mari sama2 kiya berganding bahu menyokong perhinpunan BERSIH. Dh dua thn bonus x dpt...tunggu gaji naik mcm tunggu bulan jatuh ke riba! Mmg dasar pemimpin 'binatang' yg tak tau hargai jasa dan memahami keperitan rakyat! Ayoh kwn2... Kita tunjuk siapa yg lebih berkuasa...

manaf Jeli berkata...

ada PA yg tergamak menyatakan pemimpin negara 'binatang'. jika kamu masih x bersyukur kepada BN, mcm mana la pemimpin Umno kita nk layan permintaan PA?

kepada semua PA, anda usahlah tertipu dengan pembangkang kononnya pemimpin BN danUmno x hargai rakyat. usah la join Bersih tu, lebih elok jika anda duduk di rumah mendengar video ucapan pemimpin BN, jauh lebih berfaedah.

kita jgn sokong pembangkang, mereka x mampu pun nak bayar gaji kita

Tanpa Nama berkata...

Mamak oma pesden kupek ni dah pencen ke belum???

Tanpa Nama berkata...

manaf jeli kau pun same mcm cik siti buta-kayu, mangkuk-hayun..tak kira PR atau BN perintah kita tetap PA.. bayar gaji tu duit rakyat.. dia org tadbir jea.. ada faham..