Bernama
10/8/2011
  KUALA TERENGGANU, 10 Ogos  (Bernama) -- Kerajaan Terengganu, Pahang,  Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor merupakan enam kerajaan  negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan untuk mengikut langkah  kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam  pada bulan ini.
"Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah  yang dibayar kepada penjawat awam," kata Menteri Besar Terengganu Datuk  Ahmad Said.
Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan  berkanun. Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.
Di KUANTAN, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran  bonus di Pahang melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.
Di KOTA BAHARU, kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus  setengah bulan gaji kepada 6,000 penjawat awamnya serta bayaran khas  RM500 untuk para pesara.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan  Negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan akan menanggung kos  RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.
Di IPOH, kerajaan negeri Perak juga mengumumkan keputusan mengikut  langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada  penjawat awam pada bulan ini.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri  menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Tun Razak pada Isnin lepas.
Beliau berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM6.5 juta.
Di SEREMBAN, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan  pemberian bonus setengah bulan kepada 4,800 pegawai dan kakitangan yang  berkhidmat dengan kerajaan negeri Negeri Sembilan.
Katanya pemberian bonus itu menyebabkan kerajaan negeri mengeluarkan belanja sebanyak RM4.8 juta.
Di SHAH ALAM, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut  mengumumkan kerajaan negeri itu akan mengikut langkah kerajaan  Persekutuan untuk memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran  minimum RM500 kepada kakitangannya pada tahun ini.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan hanya pembayaran bonus RM500 kepada kakitangannya.
- BERNAMA
 
9 ulasan:
SALAM,,,6 KERAJAAN UMUM BAYAR BONUS PENJAWAT AWAM TU,RASA NYA BUKALAH UNTUK PEJAWAT AWAM DALAM KMENTRIAN....HNYA PNJAWAT AWAM SPERTI PIHAK BKUASA TEMPATAN,BKALAN AIR,DAN YG DUDUK DBAWAH MNTERI,,,BETUL KN?TAK ADIL SUNGGUH,,,
x adil mende nye..same je la dgn kerajaan pusat bayar setengah bulan gak...abih nak byk mane??
Nak adil cam mana lagi la.. syukur la apa yang diberi..krisi di amerika sekarang amatlah getir.. kita sepatutnya bersyukur kerajaan kita dapat hadapi dengan tenang dan berwibawa.. sabarlah... mungkin ada rezki kemudian hari...
jika ada kerajaan pembangkang yg bayar bonus, percayalah itu hanyalah taktik mereka utk meraih undi.
Kita selaku PA wajib menolak setiap perbuatan pembangkang, malah jika dihulur bonus pun sepatutnya berfikir dahulu sebelum menerimanya.
Pemberian ikhlas oleh Dato Sri Najib mmbuktikan beliau wira bangsa dan pejuang Islam tulen. Kami seluruh PA mata bangga dengan keperibadian mulia beliau yang slalu mengambil berat rakyat. Tak macam pemimpin pembangkang.
manaf jeli,
ko kena belajar jadi dewasa lah sikit. jangan lak sampai menghina tahap pemikiran sendiri. org lain puji juga tapi taklah bodoh bunyinya.
apa pasal dapat 450 je kata minimun 500 pembohong kerajaan ni
RM50 lagi cukai nak beli cincin baru....hehehehe
Salam..
Kenapa Kontrak SPA tidak mendapat bonus tahun ni?
dah buat dah..!! poli nie..rimas aku la..!!
Catat Ulasan