SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Mac 2012

KUPEKMAS SOKONG KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM

Bernama
9/3/2012



KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kelab Umno Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (Kupekmas) menyokong penuh keputusan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam antara tujuh hingga 13 peratus.

Setiausaha Kehormat Kupekmas Datuk Abd Rahman Manan berkata melalui pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) itu, golongan pesara akan menikmati kenaikan pencen.

"Kupekmas akan terus jalinkan kerjasama dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dalam memperjuangkan kepentingan dan kebajikan golongan pesara.

"Satu perjumpaan akan diadakan pada minggu hadapan bersama Pengarah Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Yeow Chin Kiong bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan pencen pesara," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Abd Rahman menyarankan golongan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berikutan kenaikan gaji dan pencen nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.



-- BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KASI JELAS LA YANG KGT TU DARI 80-320 GRED MANA YANG DAPAT?? ADOII SENGAL TOL PEMIMPIN2 SEKARANG NIE...BAGI MCM TAK IKHLAS..TAK MCM ZAMAN PAK LAH...TIMER BAJET DAH CLEAR TTG BAB GAJI...NIE ZAMAN NAJIB, SBPA DAH JADI ARWAH PUN, PENJAWAT AWAM MASIH LAGI TERTANYA2 TENTANG KENAIKAN GAJI DAN KGT...DAH TU, BILA KAMI NIE NAK MERASA KENAIKAN GAJI KAMI?? ADAKAH LEPAS TUBUH SURUHANJAYA?? KE LEPAS PILIHAN RAYA?? JAWABLA PAK OMAR OITTTT....

PTD yang bersahaja berkata...

lepas hari raya.

sekian harap maklum.

saya yang menurut perintah

PTD

Tanpa Nama berkata...

suruh sambung belajaq untuk gred bawahan tp bila minta HARAM xdapat pun..macam mana pulak tu