SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Januari 2013

CUEPACS SASAR 80 PERATUS ANGGOTA DAFTAR SKUAD PENGGUNA

Bernama
9/1/2013


PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyasarkan 80 peratus daripada 1.4 juta anggotanya menyertai Skuad Pengguna.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata untuk itu, Cuepacs akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi kefahaman kepada anggotanya mengenai Skuad Pengguna dan menarik mereka menganggotai skuad tersebut.

Jika lebih ramai penjawat awam menyertainya, skuad ini akan lebih berkesan dalam memastikan peniaga menjaga etika serta tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan kad Skuad Pengguna kepada anggota Cuepacs, di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim yang turut hadir, berkata penglibatan lebih ramai anggota masyarakat, khususnya penjawat awam akan memberi kesan positif kepada penubuhan skuad tersebut.

"Ia juga selari dengan amalan negara maju iaitu tiada campur tangan kerajaan sebaliknya pengguna dan peniaga saling pantau memantau antara satu sama lain," katanya.

Pada majlis itu, kira-kira 10,500 anggota Cuepacs Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor menerima kad Skuad Pengguna mereka.

Skuad Pengguna ditubuhkan pada 22 Mac 2012 dan setakat ini disertai kira-kira 80,000 anggota masyarakat pelbagai peringkat.

-- BERNAMA

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

first.yeah!!

ICT Di Hujung Jari berkata...

YES, YES, YAHOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!! FIRST LA BAI SEMUA!!!! LU SEMUA BAI JE!!! PI MINUM JA LEBIH TU PSL X DPT FIRST!!! AKU FIRST LA BAI!!!!!

Tanpa Nama berkata...

ko lambat brapa sekend ja.hahaha.try lg bro.

Tanpa Nama berkata...

OITTT NOMBO 4 PLAK LA BEB

Tanpa Nama berkata...

MALACCA: Civil servants and staff of government-linked companies (GLCs) surfing social media or engaging in personal matters during working hours may be categorised as having committed corruption, said the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Tanpa Nama berkata...

hek eleh...xde makner pun no brp..apa yg penting boleh meletakkan kata-kata kt sini..*ps: jelous sbb x dpt no 1..hehehe

Tanpa Nama berkata...

WAHAI MANUSIA YANG BERGELAR ORANG:

Mari kita rehatkan otak kita yang agak serabut dengan mendengar nasyid baru dan lama:
NASYID LAMA
El Suraya, Al Wathan, Orkes Nada Murni, Al Hidayah, Al Mizan, Al Jawaher dan banyak lagi;
NASYID BARU
Rabbani, Hijjaz, Firdausi dan memang banyak lagi jangan asyik dengar lagu Tak Ada Tak Ada sahaja.

Tak caya cuba dulu dan rasai kesannya dalam diri anda. Yes...!

Counter Strike Fan berkata...

Jom Counter Strike...

ICT Di Hujung Jari berkata...

Counter Strike Fan berkata...
Jom Counter Strike...

Rabu, Januari 09, 2013 11:13:00 PTG
_____________________________________

JUM!

Masih Menunggu berkata...

Penambaikan Skim Juruteknik J17 (Lepasan Sijil Politeknik) Masih Belum Selesai Selepas 30 tahun?

Sehingga ke hari ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih belum menggunapakai sepenuhnya Pekeliling Tahun 1983 dan 2002 yang berkaitan kenaikan skim Kejuruteraan gred J17. Pejam celik, pejam celik sudah hampir 30 tahun lamanya Jabatan Perkhidmatan Awam dilihat masih lagi gagal melaksnaakn pekeliling tersebut. Apa sebabnya?

Seperti biasa, apabila ditanya kenapa masih belum dilaksanakan, jawapan yang diterima :

Semua penambahbaikan skim perkhidmatan perlu diperhalusi, diperhalusi dan terus diperhalusi. Sampai bila? Entahlah.

Perlu diperbincangkan kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan dengan Ketua Perkhidmatan, pihak yang berkenaan serta tertakluk kepada kemampuan kewangan Kerajaan. Bunyinya seperti ada seribu macam masalah.

Akhirnya masalah ini sudah menginjak ke tempoh 30 tahun lamanya, tidak selesai-selesai juga.

Sedangkan, mantan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Judin Abdul Karim, melalui surat bertarikh 3 Mac 2010 kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mencadangkan sendiri penambahbaikan Skim Perkhidmatan Juruteknik dan Pelukis Pelan seperti berikut:-

i) Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan digabungkan dengan Skim Perkhidmatan Juruteknik dengan kelayakan minima Sijil dari Politeknik/Institusi yang diiktiraf.

ii) Skim Perkhidmatan Juruteknik bermula dari Gred Lantikan J27 dan disediakan gred-gred naik pangkat yang bersesuaian.

iii) Pegawai Juruteknik hanya boleh menjawat jawatan Penolong Jurutera/Jurukur Bahan/Pegawai Senibina sekiranya mempunyai kelayakan Diploma yang diiktiraf dan kekosongan jawatan.

Hasilnya? Sungguh mengecewakan.

m berkata...

Sambungan...

Sekiranya JPA memberikan alasan “perlu diperhalusi kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan’’ akibat daripada kenaikan gred J17 ini, apa maknanya Pekeliling-pekeling yang dikeluarkan sebelum ini? Dan…kemungkinan besar skim-skim lain selain dari kelayakan Sijil Politeknik ini akan mengambil kesempatan dari perkara ini, walaupun syarat kemasukan ke skim mereka tersebut bukannya dari kelayakan Sijil Politeknik setaraf STPM.

Masakan tidak, JPA mengeluarkan sendiri Pekeliling Tahun 1983 dan Pekeliling SSM Tahun 2002 dahulu, tetapi tidak menepati JANJI dan MEMINGGIRKAN golongan Juruteknik J17 selama 30tahun. Kami percaya jika isu ini melibatkan sendiri gred gaji serta skim para pentadbir di JPA serta Ketua Perkhidmatan yang terlibat, kami yakin dan percaya isu seperti ini akan lebih pantas diselesaikan.

Isu ini juga adalah bukan disebabkan kemampuan kewangan kerajaan dan implikasi struktur organisasi, tetapi adalah berdasarkan punca kuasa kelayakan dan lantikan, yang telah diJanjikan JPA didalam Pekeliling tersebut.

Jika pihak JPA dan SPA terpaksa memperhalusi semua skim perkhidmatan dan memerlukan lebih masa untuk kajian terhadap pekeliling 1983 dan 2002:

adalah lebih baik kiranya JPA menarik balik dan membatalkan Pekeliling 1983 dan 2002

sekaligus menarik balik skim NT dan lain lain skim yang menggunakan Sijil Politeknik yang telah diberikan gaji atas gred 27.

sudah termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Kerajaan Malaysia berkaitan nilai taraf kelayakan Sijil Politeknik dengan ‘pelarasan’ yang dikatakan oleh JPA/SPA tersebut, tetapi masih lagi tidak dilaksanakan.

jadi untuk apa diteruskan?

Harapan kami agar pihak JPA dan kerajaan Malaysia dapatlah menyelsaikan permasalahan isu gred juruteknik dari J17 ke J27 secepat mungkin. Tambahan pula, isu kalangan mereka tiada elaun kritikal pun masih tidak diselesaikan. Hakikatnya mereka inilah yang hari- hari turun ke site. Bagaimana Perkhidmatan Awam Malaysia hendak memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya sebahagian jentera perkhidmatan awamnya seperti golongan Juruteknik J17 yang menjadi frontline pembangunan infrastruktur negara masih tetap dipinggirkan dan dipermainkan selama 30 tahun?

Ini salah satu permasalahan dalam penjawatan rendah dalam sektor kerajaan. Kami yakin bukan sekadar melibatkan J17 sahaja,..banyak lagi perjawatan yang rendah lain telah dianaktirikan.

P/S : Cuepacs mungkin boleh melihat permasalahan seperti ini secara serius. Sepatutnya sudah tiba masanya untuk dilakukan kajian yang lebih menyeluruh terhadap perjawatan awam di Malaysia ini. Apa kata anda pula?