SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Januari 2013

MOSTI JAWAB ISU 'OPSYEN KERAJAAN'

Utusan Malaysia
3/1/2012


KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi merujuk tulisan daripada Penjawat Awam Yang Teraniaya bertajuk Penjawat Awam Yang Mahu Opsyen Kerajaan dalam Utusan Malaysia pada 11 Disember 2012 dan kenyataan CUEPACS bertajuk CUEPACS Minta Tangguh dalam akhbar yang sama pada 12 Disember 2012
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) prihatin terhadap keluhan pegawai dan segala isu yang diutarakan akan dikaji sewajarnya.
Sehubungan dengan itu, urusan opsyen akan ditangguhkan buat sementara waktu dan perjumpaan bersama pegawai tiga institut dan CUEPACS akan diadakan dalam masa terdekat.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

3 ulasan:

Juara IT Negara berkata...

YES AKU FIRST! FIRST! FIRST LA WOOOIII!!!

Tanpa Nama berkata...

Penambaikan Skim Juruteknik J17 (Lepasan Sijil Politeknik) Masih Belum Selesai Selepas 30 tahun?

Sehingga ke hari ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih belum menggunapakai sepenuhnya Pekeliling Tahun 1983 dan 2002 yang berkaitan kenaikan skim Kejuruteraan gred J17. Pejam celik, pejam celik sudah hampir 30 tahun lamanya Jabatan Perkhidmatan Awam dilihat masih lagi gagal melaksnaakn pekeliling tersebut. Apa sebabnya?

Seperti biasa, apabila ditanya kenapa masih belum dilaksanakan, jawapan yang diterima :

Semua penambahbaikan skim perkhidmatan perlu diperhalusi, diperhalusi dan terus diperhalusi. Sampai bila? Entahlah.

Perlu diperbincangkan kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan dengan Ketua Perkhidmatan, pihak yang berkenaan serta tertakluk kepada kemampuan kewangan Kerajaan. Bunyinya seperti ada seribu macam masalah.

Akhirnya masalah ini sudah menginjak ke tempoh 30 tahun lamanya, tidak selesai-selesai juga.

Sedangkan, mantan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Judin Abdul Karim, melalui surat bertarikh 3 Mac 2010 kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mencadangkan sendiri penambahbaikan Skim Perkhidmatan Juruteknik dan Pelukis Pelan seperti berikut:-

i) Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan digabungkan dengan Skim Perkhidmatan Juruteknik dengan kelayakan minima Sijil dari Politeknik/Institusi yang diiktiraf.

ii) Skim Perkhidmatan Juruteknik bermula dari Gred Lantikan J27 dan disediakan gred-gred naik pangkat yang bersesuaian.

iii) Pegawai Juruteknik hanya boleh menjawat jawatan Penolong Jurutera/Jurukur Bahan/Pegawai Senibina sekiranya mempunyai kelayakan Diploma yang diiktiraf dan kekosongan jawatan.

Hasilnya? Sungguh mengecewakan.

Tanpa Nama berkata...

pasnih korporat/swasta kan jer sume jabatan kerajaan tmasuk spa & jpa tuh skali. wakakakaka.