SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 November 2014

SETIAP PENJAWAT AWAM PERLU FAHAM DENGAN JELAS TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM - KP JPA

Bernama
24/11/2014



KANGAR, 24 Nov -- Setiap penjawat awam perlu memahami dengan jelas transformasi sektor awam supaya matlamat yang ditetapkan tercapai, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohd Zabidi Zainal.

Beliau berkata transformasi juga untuk meningkatkan integriti, keberkesanan dan kelicinan sistem penyampaian, dinamik dan berjiwa rakyat serta menambah nilai perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, Mohamad Zabidi berkata, "Isu-isu membabitkan agensi-agensi tertentu ibarat 'nila setitik rosak susu sebelanga' telah merosakkan seluruh perkhidmatan awam.

Sebagai contoh, katanya, isu tanah runtuh dan pendatang asing tanpa izin di Cameron Highlands telah menyebabkan persepsi negatif terhadap perkhidmatan awam di kalangan rakyat timbul.

"Persepsi negatif ini perlu diubah dengan memenuhi kepercayaan dan harapan rakyat terhadap perkhidmatan awam sebagai tiang seri kerajaan yang memerintah," katanya.

Mohamad Zabidi berucap merasmikan program 'Semarakkan Transformasi dan Jelajah #myGST4U' peringkat negeri Perlis di Dewan 2020 di sini, Isnin.

Setiausaha kerajaan Perlis, Romli Dai serta wakil CUEPACS dan agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri turut hadir.

Sebanyak 20 booth mempamerkan perkhidmatan kerajaan termasuk mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

"Jabatan-jabatan kerajaan hendaklah bertindak sebagai satu pasukan. Kena buat koordinasi, tidak boleh bertindak sendiri, malah pemikiran juga kena berubah. Inilah transformasi sebagai satu pasukan.

"Apabila pendekatan ini dilaksanakan, masalah tidak cukup anggota tidak akan berlaku. Kita juga mesti responsif dan memberi yang terbaik kepada rakyat," tambahnya.

Menurutnya program tersebut bagi membolehkan JPA dan agensi-agensi lain menyebar luas agenda dan dasar-dasar kerajaan mengenai CBP serta menjawab keraguan atau pertanyaan mengenainya.

Mohamad Zabidi berkata program itu yang telah dibuat di Perak, Kedah dan Sabah menunjukkan kefahaman penjawat awam semakin meningkat berdasarkan maklum balas positif hasil sesi soal jawab, forum dan pameran yang diadakan.

"Sekiranya penjawat awam boleh bertindak sebagai jurucakap dengan menerangkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka, akan berlaku kesan berganda yang memberi impak besar mengenai dasar yang dilaksanakan kerajaan terutama berkaitan CBP," katanya.

Beliau menambah Perlis adalah negeri pertama melaksanakan Lab Transformasi dengan kerjasama pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertujuan memberi pendedahan mengenai transformasi perkhidmatan awam kepada semua penjawat awam.

Katanya, program sama akan diadakan di Johor Baharu pada 2 Dis depan.

-- BERNAMA

5 ulasan:

D'Nelly Aura Inspiration berkata...

JANA PENDAPATAN SAMPINGAN...NK HIDUP TERUSKAN PERJUANGAN...CARI PELUANG BUAT DUIT DENGAN PROMOSI LINK...BAYARAN KOMISYEN AKAN DIBAYAR DLM US DOLLAR...JGN LEPASKAN PELUANG, KLIK....
http://peruserpaid.com/?ref=31058

Unknown berkata...

Golongan pelaksana mahu gaji dan elaun rumah dinaikkan....

Unknown berkata...

Masalahanya sekarang ini pembuat dasar di JPA pun tak faham dengan struktur perkhidmatan di semua peringkat dari peringkat mukim hingga ke peringkat pusat. Yang dilihat oleh pihak JPA adalah model peringkat pusat, sedangkan di peringkat mukim dan daerah yang berhadapan dengan orang awam setiap hari tidak dipedulikan pun oleh pihak JPA.

Dalam isu ini, di peringkat daerah, gred penyelia adalah gred 22 dan ke atas, tetapi gred 22 sekarang ini pun dah tak ada apa-apa lagi, kerana telah dipintas oleh kakitangan yang diselia oleh mereka sebelum ini.

Susahlah kalau rantaian arahan pun tunggang langgang, bebanan kerja dan imbuhan yang tidak setimpal, malahan kesukaran untuk melaksanakan sesuatu operasi kerana masalah rantaian arahan yang dah caca marba, ada JPA pernah faham semua isu ini?

Harapnya KPPA lihat pegawai lantikan baru di JPA serta pegawai-pegawai gred pengurusan dan profesional di JPA yang tak pernah berkhidmat di peringkat daerah supaya mereka faham akan struktur perkhidmatan awam di semua peringkat, kalau tak tahu nak buat kerja dengan betul maka susahlah penjawat awam di peringkat daerah untuk menjalankan tugas, terutama penyelia peringkat pertengahan, jadi mangsa sahajalah.

Kalau di peringkat JPA pun tak faham dengan struktur perkhidmatan awam, apa guna ada pegawai di JPA itu, lebih baik semua berhenti kerja dan mintak sedekah di tepi jalan sahajalah. Saya bukannya nak menghina, tetapi pegawai-pegawai terutama pegawai baru dan pegawai yang tak pernah berkhidmat di peringkat akar umbi perkhidmatan awam, membuat dasar macam orang gila dan macam orang bodoh, tak menilai di semua peringkat.

Sila selesaikan isu penambah baikan skim, serta isu elaun perumahan terutama di kawasan bandar dengan segera, pegawai atasan sedaplah macam-macam elaun dapat, tinggi-tinggi belaka, gred pelaksana di bawah ni yang terkial-kial, terutama yang baru bekerja.

Sekian, terima kasih.

moctasnas berkata...

Cuepacs buat laporan je.....tapi yg lebih utama dan sangat2 diperlukan ialah berkaitan skim perkhidmatan yang dikaji semula untuk penambahbaikan kononnya tapi sehingga hari ini habok pun tarak, kalau orang kata perkhidmatan awam ni lemah dan lembam patut la.....sendiri mau ingat la.

Unknown berkata...

saya nak tanya KP JPA, adakah contoh sebegini dianggap untransformasi telah berlaku apabila lain2 jabatan dalam bangunan yang sama dah guna pakai sistem punch berelektronik tetapi satu jabatan ni terbaik dalam talking rubbish masih lagi guna punch ala2 restoren nasi kandar lagi..mesin pulak bukan depan entrance tapi depan bilik kp..hal sebenarnya 1)makcik2 jaga kad situ hilang power bila guna sistem elektronik, 2)penjaga kad punch walau pun N32 tapi lepas kp dia la tkp, 3)mudah punish sapa2 dilihat mempunyai angin berbeza arah tiupan (manipulasikan peraturan berkaitan)

Mohon KP JPA transfer dulu org org mcmni dari jabatan sebab situasi semasa di pejabat ialah org datang bukan untuk kerja tapi untuk punch card..buat projek rugi silap berjuta2 ringgit masih dapat anugerah cemerlang sebab2 hari2 punch..mmg cantik pun..mmg rajin pun dtg opis..tapi outcome?tu kalau makcik2 sayang..kena yang makcik2 tak sayang tapi tak punch sebab tugas luar balik office just tak rekod saje..tiba2 gaji kena potong

Datuk Azih tahu isu ni

TQ