SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Jun 2015

CUEPACS HARAP NAJIB UMUM KENAIKAN GAJU RABU INI

Bernama
14/6/2015


ALOR SETAR, 14 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap gaji minimum penjawat awam RM1,200 sebulan antara yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Himpunan Penjawat Awam dijadual Rabu ini.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata ini kerana kenaikan gaji itu dari RM900 kepada RM1,200 sebulan mampu meringankan penjawat awam untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Sudah tentu penjawat awam tertunggu-tunggu kenaikan gaji mereka. Mereka harap Najib akan umumkan sesuatu yang menggembirakan mereka dalam menyambut Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu Cuepacs turut meminta elaun rumah penjawat awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan memandangkan sewa rumah agak tinggi pada masa ini.

Katanya ada kalangan penjawat awam menerima elaun rumah pada kadar RM180 sebulan sedangkan kadar sewa rumah paling rendah lebih RM300 sebulan.

"Kerajaan perlu selaraskan elaun tersebut agar ia tidak membebankan penjawat awam yang sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib," katanya.

-- BERNAMA

55 ulasan:

Keluarga Masbil berkata...

kerajaan takde duit la... tggu selepas setahun GST baru dipertimbangkan..

prof2 berkata...

Asalam.. janji tinggal janji, cuepacs telah mencanangkan gaji minimum RM900 kepada RM1200, sekian lama tetapi hasilnya masih ditakuk lama, 252 skim disemak masih juga tidak berhasil, ini menunjukkan prestasi terburuk cuepacs kepada 1.6 juta penjawat awam. Hampir 15 tahun semakan gaji penjawat awam tidak pernah di buat, baik dipihak jpa dan kerajaan, yg dapat ahli parlimen, berapa kali sebulan ahli parlimen dan ahli dun turun padang, kerja ahli parlimen dan dun banyak dibuat oleh penjawat awam, dari office boy hinggalah kepada pegawai atasan. Perubahan apa yg dibuat oleh ahli parlimen dan dun, setakat bagi idea, semua orang boleh buat, begitu juga dengan pegawai atasan.. Ke mana perginya ksn, ksu, kppa dan presiden cuepacs apabila disebut mengenai semakan gaji penjawat awam, apa penambahbaikan untuk penjawat awam, bab elaun pun tak selesai.. tiada berita baik buat penjawat awam, cuma bantuan hari raya sebanyak RM500, itu semua penjawat awam dah tahu termasuk presiden cuepacs dan ajknya.. yang bersungguh-sungguh menunggu pengumuman tue hanya penjawat awamjjawatan rendah kerana mereka cukup susah, dengan duit tersebut dapatlah mereka membeli baju raya anak-anak mereka manakala golongan gred 48 hingga jusa C,B,A dan turus tersenyum sinis, elaun mereka dah berlebihan. Kerajaan jgn lupa undi golongan penjawat awam perlaksana paling ramai.. fikir-fikirkanlah..!!

Macam-macam ada.. berkata...

Setidak-tidaknya, janganlah potong elaun cola bagi kami yang tinggal di kuaters. Kami ni dahlah gred 17 je, bekerja di ibu kota, kos sara hidup tinggi, pendapatan bersih isi rumah tak sampai 2k.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa Ceupacs masih memohon kepada pihak Kerajaan untuk mempertimbangkan dan mengkaji berkenaan permohonan kenaikan gaji & elaun-elaun Penjawat Awam? Penjawat Awam sekarang ini tidak lagi mahu perkara berkenaan dipertimbangkan dan dikaji lagi kerana isu ini telah lama dimaklumkan kepada pihak Kerajaan. Jadi pada masa sekarang ini kepimpinan Ceupacs tidak perlu lagi menyatakan kepada pihak kerajaan untuk dipertimbangkan dan dikaji lagi tentang isu kenaikan gaji & elaun-elaun ini. Penjawat Awam telah lama menunggu jawapan berkenaan ini. Cuma apa yang saya ingin ketahui apakah jawapan yang akan Ceupacs berikan kepada Penjawat Awam jika pihak kerajaan masih menyatakan berkenaan isu ini akan dikaji dan dipertimbangkan serta menilai kemampuan kewangan kerajaan lagi. Jika isu ini masih lagi tidak dapat diselesaikan oleh Ceupacs, saya rasakan seluruh kepimpinan Ceupacs perlu berundur dan tutup je kedai sebab tiada apapun kejayaan yang berjaya diperjuangkan untuk menuntut hak-hak serta menjaga kebajikan Penjawat Awam serta tdak mampu melaksanakan tugas serta tanggungjawab untuk menjaga kebajikan Penjawat Awam.

raehuan berkata...

ingat! jgn hanya pandai tabur kata2 manis!buruk padahnya!!!

kereta sewa kuching berkata...

saja je kupek ni..nak kasi gempak..

Kagumas berkata...

Siap sedia untuk lancarkan mogok jika tuntutan tidal dipenuhi Rabu ini...

rasa bosan menunggu berkata...

jgn mimpi la.menyalak mcm anjing je kau ni,paling kuat najib sial ckp kerajaan dah hbs duit naik kan elaun menteri yahudi diaowg,penjawat awam kena berjimat,itu la nti najib ckp,menteri naik gaji patut,penjawat awam takpe leh makan kangkung.gampang,mati lg baik kau ni,pondan takut najib

Unknown berkata...

Cuepacs tak da bisa dah kot. Kalau pada yb beratus2 persen naik. Kejap sj tak perlu semak lama2. Klau pd rakyat nak naik rm50 sj pun berpuluh kali semak.

ANAK MERDEKA berkata...

BANTUAN KEWANGAN HARI RAYA UNTUK KAKITANGAN AWAM X ADA KE ? MANA TAHU ADA RM1000.PASAL BAJU RAYA MAHAL, TOL MAHAL, MINYAK NAIK, GST LAGI .KASIHANILAH KAMI KAKITANGAN AWAM.KASI LAH BANTUAN HARI RAYA 1 JULAI NANTI.BRIM BOLEH KASI, TAKKAN PADA PENJAWAT AWAM TAK ADA.ALA...SEHARI KUTIP GST DAN MINYAK DAH BOLEH BAYAR BANTUAN KHAS HARI RAYA RM1000 SEORANG LUMPSUMP BERGRED 1 HINGGA 52.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak ada kenaikan gaji & elaun-elaun tak pun bantuan khas hari raya kepada Penjawat Awam apa orang-orang ceupacs nak kelentong dekat Penjawat Awam? Ceupacs nak harap Najib umum kenaikan gaji 99% sah-sah tak akan dapat la. Yang dia akan cakap confirm kena kaji dan tengok kemampuan kewangan kerajaan dulu. Itu jela jawapan yang dia akan bagitahu. Kepala hangguk dia la..

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya Kerajaan kena semak kenaikan gaji & elaun-elaun Penjawat Awam setiap 5 tahun sekali tapi Kerajaan yang ada sekarang ni cuma semak gaji & elaun dato2 dan tan sri-tan sri yang sah-sah gaji sebulan macam gaji penjawat awam bawahan 4bulan jumlahnya

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya Kerajaan kena semak kenaikan gaji & elaun-elaun Penjawat Awam setiap 5 tahun sekali tapi Kerajaan yang ada sekarang ni cuma semak gaji & elaun dato2 dan tan sri-tan sri yang sah-sah gaji sebulan macam gaji penjawat awam bawahan 4bulan jumlahnya

Unknown berkata...

sudah tentu la bergantung kepada kemampuan kewangan negara,inilah jawapan yang sering di ungkapkan saban tahun sejak 2007.

sedangkan penjawat awam golongan pelaksana 1 dan 2 sedia maklum bahawa pihak tertinggi dalam kerajaan telah membuat kenyataan akan membuat pengumuman tentang kenaikan gaji,kenaikan elaun elaun golongan ini pada hujung 2015.

Namun hingga kini masih tiada kata putus atau jawapan yang mengatakan kenaikan tersebut benar benar berlaku dalam tahun 2015.

Apakah akan ada kenyataan lain yang boleh melengahkan lagi kenaikan ini,penjawat awam golongan ini sentiasa menyokong PM dan sentiasa berdiri teguh sebagai tulang belakang kerajaan dalam menentukan hala tuju dasar negara.

Justeru,umumkanlah kenaikan GAJI DAN ELAUN ELAUN sebagai berita gembira buat golongan pelaksana 1 dan 2 seperti mana golongan ini telah tunjukkan prestasi yang membanggakan dalam tugas seharian.

Unknown berkata...

Ayat sama da.....lusa dah puasa da yg pasti.

Unknown berkata...

Ayat sama da.....lusa dah puasa da yg pasti.

Unknown berkata...

Ayat sama da.....lusa dah puasa da yg pasti.

Unknown berkata...

PM,
kasihanilah kami sbg pnjawat awam,
dgn kos sara hdup yg tggi..tlg naikan gaji kami n elaun sara hdup kami...
elaun perumahan sudah tidak rasional iaitu hanya rm180 brbnding sewa rumah bulanan lbh dar rm450...
dalam kajian,pendapatan yg tidak mencukupi akan mengganggu potensi dan komitmen pekerja,untk melahirkan masyarakat n isirumah yg bhagia,masyarakat perlu bebas tekanan.

Unknown berkata...

sembang boleh la.... Ceupacs cuma berangan tu...apa2 yang berkaitan Ceupacs..hangpa toksah dok percaya sangat..depa ni kuat AUTA..AUTA....AUTA....AUTAA.....AUTA....AUTA....AUTA.......DAN AUTA....

Aljabbar Bukit Katil berkata...

alhamdulliah imbuhan tetap perumahan dinaikan minima rm300 n pemberian khas hari raya sebyk rm500,rezeki utk penjawat awam,kenaikan gaji kite tunggu jela 23/10/15 kalo dpt bertambh rzeki

ANAK MERDEKA berkata...

ADA KHABAR GEMBIRA KE HARI INI ? ATAU NK KASI KHABAR PERIHAL 1MDB ? HARAP ADA LAH PENGUMUMAN KENAIKAN ELAUN RUMAH RM300 DARI RM180 .MANA ADA DH SEWA RUMAH SEKARANG RM180 ? SEWA BILIK PUN DAH RM400.DI LUAR BANDAR SEWA RUMAH PUN DH RM500.DAN ADA LAH HENDAKNYA BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM1000 UNTUK KAKITANGAN AWAM YEK.KEMARIN BELI BARANG DAPUR UTK SEBULAN HAMPIR RM500 :CRY: SIKIT JE BARANG.GST PUNYA BANYAK.NAMPAK SIKIT YE GST.BELI TEA HERBA BUKAN KENA 60SEN.TAPI SEKOTAK JADI RM1.00 LEBIH.MANA TAK UNTUNG.DENGAN KENAIKAN MINYAK LAGI.ADDDUSSSSSSS.....MMG BEBAN BUAT KAKITANGAN AWAM.GAJI RM900.KOREK LUBANG TUTUP LUBANG .

ANAK MERDEKA berkata...

dah umum ke ? kenaikan elaun rumah rm300 ? bila mula di bayar tu ?

de MAMA's AINE COLLECTION berkata...

kalau ada berita terkini berkiatan maklumkan apa isinya, yang duduk kat perhimpunan tu kongsilah....

gha berkata...

yup.. pm da umum kenaikan elaun rumah rm300dan duit raya rm500

ANAK MERDEKA berkata...

yup .umum lah kat sini segera YE.

gha berkata...

elaun rumah naik kuatkuasa bin Nov ni...

ANAK MERDEKA berkata...

kasi share info

ANAK MERDEKA berkata...

la bulan november ? ingat bulan ni.

ANAK MERDEKA berkata...

duit raya bila bayar ?

ANAK MERDEKA berkata...

kasi ceupacs update blog segera

eLLiSa~ berkata...

ye BETULLLLLLLLLLLLLLLLL...syukur sangat saya!!

eLLiSa~ berkata...

duit raya 25hn ini

ANAK MERDEKA berkata...

kompom ke wafa

sarah halim berkata...

Kenaikan kadar imbuhan itu bagaimanapun hanya melibatkan penjawat awam gred 41 ke bawah sahaja. Bagi penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan pula akan mendapat tambahan 25% dari Imbuhan Tetap Perumahan itu. Kadar baru itu akan berkuatkuasa mulai 1 November 2015.

sarah halim berkata...

"Bagi membantu meringankan beban penjawat awam, saya umumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan yang akan dibayar pada 25 Jun

sarah halim berkata...

"Bagi membantu meringankan beban penjawat awam, saya umumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan yang akan dibayar pada 25 Jun

BiG k berkata...

sekali gaju da......

ANAK MERDEKA berkata...

OK DAH TU.BAGI YG ELAUN RM180 AKAN ADA PERTAMBAHAN SEBANYAK RM120 ELAUN RUMAH, CUMA PERLU DIINGAT TAKUT ELAUN COLA DI TARIK BALIK...LAGI HARU,HARAP JGN BEBAN KAKITANGAN AWAM JE.

IR 4.0 berkata...

ETP je ke? EPW macam mana?

noordin berkata...

sabah dan serawak

Unknown berkata...

Sepatutnya semua elaun rumah dinaikkan utk semua gred.baru adil....bantuan rm500 je..hmmm sepatutnya rm1000

Unknown berkata...

Sepatutnya semua elaun rumah dinaikkan utk semua gred.baru adil....bantuan rm500 je..hmmm sepatutnya rm1000

Unknown berkata...

Sepatutnya semua elaun rumah dinaikkan utk semua gred.baru adil....bantuan rm500 je..hmmm sepatutnya rm1000

IR 4.0 berkata...

terpinggirnya orang kerja swasta, orang sabah dan sarawak

prof2 berkata...

Asalam.. Tiada berita gembira hanya mendapat bantuan khas hari raya RM500 dan kenaikan elaun perumahan dariRM180 kepada RM300, tetapi elaun tersebut bersifat sementara, apabila penjawat awam berpencen tiada elaun baginya. Prestasi terburuk presiden cuepacs dan pemimpin lainnya kerana telah gagal didalam usulnya untuk kenaikan gaji baru bagi 1.6 juta penjawat awam, keduanya cuepacs gagal lagi untuk menaik taraf 252 skim penjawat awam, ketiga cuepacs masih gagal dalam mendesak kerajaan untuk kenaikan gaji minimum dari RM900 ke RM1200. Oleh kerana itu presiden cuepacs dan pemimpin lainnya hendaklah berundur dengan cara terhormat dari memegang tampuk pentadbiran cuepacs. Terlalu amat mengecewakan bagi 1.6 juta penjawat awam yg kini terpaksa mengharungi kepayahan hidup dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi, ditambah lagi dengan perlaksanaan gst, yang amat terkesan dengan perlaksanaan gst adalah penjawat awam gred 36 ke bawah. Diharap kepimpinan cuepacs yang baru nanti akan memberi nafas baru kepada 1.6 juta penjawat awam dengan slogan " kami memimpin kearah ttransformasi baru".

ombakjahat berkata...

aku sokong prof2 berkata....

Tanpa Nama berkata...

rekod terbaik dipegang semasa era pentadbiran paklah 7.5% hingga 35% kenaikkan gaji penjawat awam pada 2007 berkuatkuasa 1 Julai 2007...tunggu pula budget oktober ni bagaimana...pada yang baru servis di era pm sekarang...mungkin hanya mimpi...dapatlah celah gigi...8 tahun dah berlalu...rindu pada yg tahu mengenang jasa...bukan yg penting diri dan pandai bermain kata...sumber:- http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

ummie r&R berkata...

ummie.
elaun perumahan dah naik...macam kami sabah sarawak yang berkhidmat di semenanjung elaun perumahan wilayah xnaik2 pun..harap2 ada berita kenaikan lpas ni...nak beli tiket balik kg pun xlpas..

noordin berkata...

bti ummie

Kagumas berkata...

Org bg elaun rumah bukan elaun beli tiket flight! Dh dpt waran FREE setaun sekali pun dh ok...

Unknown berkata...

Apa khbar CUEPACS? Nampak gaya JPA sbagai penganjur MAPPA tlh menyisih CUEPACS. Nama Presiden CUEPACS pun tak disebut dlam pembuka kata ucapan PM jgn kan nak sedia tempat duduk Presiden di pentas utama. Kebiasaannya Presiden yg berucap dulu sblm PM? Apa dah jadi? Nampak sangat JPA dah tak respek CUEPACS. Apa yg diharap penambahbaikan 272 Skim masih tertangguh. PM lupa ke dlm ucapan bajet 2015 telah sebut kerajaan meluluskan penambahbaikan 272 skim perkhidmatan. Sampai sekara JPA buat tak tau je. Besar sangat ke KPPA yg baru ni? Kalau mcm ni elok ganti je KPPA dgn orang yg boleh buat keja sebagaimana kerajaan ganti KPPA yg dulu sebab CUEPACS tolak SBPA (walaupun bukan dia yg buat SBPA, tp dia cuma umun saja). Dah tubuh suruhanjaya tapi tak ada hasil, suruh JPA buat sampai sekarang tak Nampak hasil. Haruskah KPPA sekarang ni masih duduk kat situ lagi atau dinyah dan diganti orang lain yang boleh setel isu ini. PM kena perhati benda ni dengan nasihat CUEPACS. Nampak gaya KPPA dah nyahkan CUEPACS dari hati PM sebelum PM nyahkan KPPA.
APA TINDAKAN CUEPACS SEKARANG????

PA kecewa dgn janji-janji.

Unknown berkata...

Syukur alhamdulillah ada pertambahan kadar elaun rumah,boleh dipanjangkan lagi pertambahan untuk kadar elaun elaun lain sesuai masa kini.

Julia Taee berkata...

EPW naik jugak ke? huuuuhuuuu mohon naik pls.. kalau tak naik, serupa mcm xde kenaikan apa2 utk kami..

einaa80 berkata...

betul ..sape yang dapat epw mana dapat itp.....macam tak fair ITP naik EPW tak naik2 ..x revise lg tu ..tukar ofis dari kl - Selangor pun epw turun 100 ..huhuhu

Unknown berkata...

"Saya dapat banyak SMS daripada pegawai peringkat Persekutuan yang cemburu sebab pegawai negeri dapat sebulan bonus, di Persekutuan hanya RM500. Ada yang kata dia nak pindah bekerja di Selangor, saya kata tak payah pindah, biar saya pindah ke Putrajaya. Insya-Allah" - MB Selangor, Mohamed Azmin Ali
(http://bit.ly/1IrWKVw)