SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 November 2015

CUEPACS SARAN MESIN KIOSK JPJ DITAMBAH DI SELURUH NEGARA

Bernama
8/11/2015



DUNGUN, 8 Nov (Bernama) -- Cuepacs hari ini menyarankan supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menambah bilangan danmenaik taraf perkhidmatan mesin kiosk jabatan itu di seluruh negara.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata saranan itu dibuat bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan jabatan itu memandangkan mesin kiosk berkenaan hanya ditempatkan di kawasan yang terhad.

"Orang ramai sering merungut untuk menggunakan perkhidmatan mesin ini. Jadi kita harap pihak kerajaan dapat memberikan satu peruntukan kepada JPJ bagi menambah dan menaik taraf mesin tersebut," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ, di Sekolah Kebangsaan Padang Pulut di sini.

Turut hadir Pengarah JPJ Negeri Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie dan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam.

Pada majlis itu, seramai 248 calon terdiri daripada 111 lelaki dan dan 137 wanita warga emas memperoleh lesen motosikal kelas B2.

Menurut Azih, setakat ini sebanyak 51 buah mesin kiosk berkenaan sudah ditempatkan di pejabat JPJ seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya 25 buah sahaja yang berfungsi manakala yang lain mengalami kerosakan.

Jelasnya perkhidmatan mesin kiosk itu juga perlu diperluaskan ke tempat yang menjadi tumpuan awam serta kawasan pedalaman bagi memudahkan pelaksanaan urusan orang ramai tanpa perlu ke pejabat JPJ.

"Apabila ditempatkan di kawasan tumpuan, maka ia memudahkan penduduk terutamanya yang tinggal jauh dari bandar untuk berurusan seperti membaharu lesen memandu, cukai jalan, membayar saman dan sebagainya.

"Jadi kita harap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan dan menilai perkara ini bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai," katanya.

Katanya, di negeri Terengganu hanya tiga buah mesin kiosk berkenaan ditempatkan di pejabat JPJ dan keadaan itu dilihat tidak mencukupi.

-- BERNAMA

10 ulasan:

Unknown berkata...

ini cadangan yg bernas,dgn adanya kios akan memudahkan PA brurusan.Harap cadangan ceupacs ini akn dipertimbgkn.

Unknown berkata...

Assalamualaikum...Kpd Admin,tolong ambill serius tentang komen yg dimuat naik oleh bapak rahmad bastian.Jangan biarkan setiap komen darinya dipamerkan di dlm ruangan ini.
Ambillah apa2 iniasitif supaya bapak rahmad bastian tidak mengganggu ruangan forum ini.
Boleh dikatakan setiap topik,bapak rahmad bastian memuat naik komennya.
Seandainya admin prihatin,dapatlah kiranya memadamkan semua status yang dimuat naik oleh bapak rahmad bastian.

kzam berkata...

Mesin tu ada masalah JPJ kena perkenalkan roadtax baru macam mykad lagi mudah.

Rossa Calla berkata...

Cadangan yang bernas. semoga dapat ditambah lagi untuk kemudahan orang awam berurusan dengan JPJ

Unknown berkata...

Asalam... pekeliling penambahbaikan 252 SKIM telah dikeluarkan, yang dukacitanya ialah TIADA PERUBAHAN GRED KE SATU GRED YANG LEBIH TINGGI, hanya kenaikan 3% di darab dengan gaji basic ditambah pula dengan hanya 1 KGT, apa dah jadi dengan kenaikan atau perubahan gred, pihak CUEPACS sudah tahu mengenai pekeliling 252 skim tersebut, hanya didiamkan sahaja. Pihak CUEPACS telah telah menghancurkan perjuangan 1.6 juta penjawat awam... Pihak CUEPACS juga telah berbohong kepada 1.6 juta penjawat awam, serta bersubahat dgn pihak JPA...harap pihak CUEPACS dapat memberi penjelasan kepada 1.6 juta penjawat awam... dengan segera...

Unknown berkata...

mana nak dapat pekeliling tu? tak jumpa pun

az berkata...

Berbalik kepada Gaji Permulaan RM1,200 pada 1 Julai 2016
saya cukup risau kerana kerajaan perkenalkan Jaduka Gaji Minumun - Maksimun (JGMM) dengan lain perkataan tiada tangga gaji seperti dulu:

Contoh: Gred N117 jika ikut JGMM adalah antara RM928 - RM3,375

Sekarang 1 Julai 2016
============== ============
T1 928 T1 1,200
T2 1,018 T2 1,290
T3 1,108 T3 1,380
T4 1,198 T4 1,470
T5 1,288 T5 1,560
T6 1,378 T6 1,650
T7 1,468 T7 1,740
T8 1,558 T8 1,830
T9 1,648 T9 1,920
T10 1,738 T10 2,010
T11 1,828 T11 2,100
T12 1,918 T12 2,190
T13 2,008 T13 2,280
T14 2,098 T14 2,370
T15 2,188 T15 2,460
T16 2,278 T16 2,550
T17 2,368 T17 2,640
T18 2,458 T18 2,730
T19 2,548 T19 2,820
T20 2,638 T20 2,910

Contohnya N17 dah bekerja selama 20 tahun sekarang mendapat RM2,638 tahun adakah ianya mendapat RM2,910 atau paling hampir iaitu RM2,640 (beza RM2.00) atau RM2,730 (beza RM92.00)

Sedangkan N17 yang baru bekerja 2 tahun akan mendapat perbezaan (RM182.00) : RM1,200 tolak RM1,018, jika baru bekerja setahun lagi banyak lah.

Gred H11 ikut JGMM : antara RM837 - RM2,619

Sekarang 1 Julai 2016
============== ============
T1 837 T1 1,200
T2 917 T2 1,280
T3 997 T3 1,360
T4 1,077 T4 1,440
T5 1,157 T5 1,520
T6 1,237 T6 1,600
T7 1,317 T7 1,680
T8 1,397 T8 1,760
T9 1,477 T9 1,840
T10 1,557 T10 1,920

Jika Gred H11 ini telah bekerja 4 tahun adakah ia akan mendapat perbezaan RM43.00 sedangkan yang baru kerja setahun mendapat perbezaan RM363.00

Bila teliti saja ucapan bajet nampak gaya Gred 27 ke atas hanya gigit jari saja

**** Ketiga : Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada 1,200 ringgit sebulan yang akan memanfaatkan 60 ribu penjawat awam;

Bersabarlah semua PA, moga-moga pekeliling yang akan keluar nanti tidak akan ada PA yang di anak tirikan.

Unknown berkata...

Mama nak jumpa, org atas punya kerja...

Unknown berkata...

BETUL KE KUP 13 TAHUN DIMANSUHKAN BAGI YANG LANTIKAN 2006 KE ATAS?

Mahmood Adam berkata...

kerajaan perlu kurangkan sistem manual iaitu manusia di kaunter dan banyakkan sistem kiosk sebegini supaya pelanggan tidak banyak songeh kerana pelanggan hanya beremosi dengan mesin dan bukannya manusia.